Monday, January 2, 2012

Tips Kalau Merajuk

Eh jap ada ke tak eh orang buat tips gini kalo ada bagus lah tapi kalau takda maknanya ella nak jadi orang pertama buat sebab sekarang mood merajuk kahkahkah #pang merajuk pun buleh gelak.




Korang mesti selalu merajukkan tak kira lah merajuk with family ke with friends ke dengan pakwe ke makwe ke janji korang cakap dalam hati sendiri yang korang tengah merajuk. Biasanya kalau merajuk apa korang buat?



Naturally kalau ella merajuk mula lah mood mengada datang, mood mengada tu diklasifikasikan sebagai mood meroyan nak makan apa saja yang terlintas di kepala lepastu ada je niat nak membeli barang yang ntah apaapa kehkehkeh #ko hingat ko anak hartawan yang dermawan :p




Tips no satu;

orang kalau merajuk tu agak2 lah jugak jangan lah nak off henfon bagai pastu geram punya pasal pergi campak henfon sampai berderai lepastu bila mood dah ok menyesal campak henfon lagi menyesal duit sendiri juga yang terbang membeli henfon baru masa tu ko cakap kat bapak pon kena lempang free. Kalau sakit hati sangat tengok henfon sebab calling picture keluar gambar orang yang korang sedang rajukkan #eh main suka hatik punya perkataan, apa kata korang letak henfon tu dalam silent mode pastu pergi letak dalam almari. Jangan lupa off kan vibrate kalau tak off lagi meroyan lah ko disitu serabut bunyi zeeet zeet zeettt. Tapi jangan pulak ko pergi sorok henfon tu tempat ntah mana2 nanti ko juga yang menggila cari henfon tu balik :p



Tips no dua;

pergi dapur buka peti ambil ice cream dan makan! Dipercayai oleh doktor tidak bertauliah ellaNadj dengan memakan benda sejuk hati pun akan turut menjadi sejuk dengan cepat kehkehkeh. Kalau tak suka aiskrim pon boleh, ambil apa makanan kegeramaran anda dan makanlah dengan tenang :)


Tips no tiga;

Lepas sudah melahap makan segala apa kegemaran yang normally nya boleh membawa kepada kegemukkan, bawalah minda anda untuk berehat. Jom pergi jalan jalan dekat taman hirup udara segar samping tu boleh jugak bersenam buang lemak yang terkumpul, terapi ni pon boleh meredakan hati yang panas tahu.


Tips no empat;

Kalau semua diatas tak jalan juga sila buka kipas/ekon ambil bantal tarik selimut dan tidur! lelapkan mata seketika sampai lena nanti bila dah bangun hati tak adalah panas sangat macam nak pergi tenyeh orang tu kehkehkeh.



dan Tips terakhir;

Ambil wudhuk dan bersolat lah kamu sebelum kamu disolatkan #ayat macam depan masjid geliga :p sesungguhnya ia mampu memberikan ketenangan.





0 comments:

Post a Comment

Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^