Friday, May 25, 2012

Kerusi Urut Seringgit


Assalamualaikum!


Seringgit untuk 3 minit murah kan. Haaa ni kerusi urut yang ada dekat shopping kompleks tu, first time dulu jumpa dekat IJN masa kisah deting dengan doktor kat sana dulu-dulu sekarang dah tak deting dah. Alhamdulillah jantung sehat sudah :)


Saya try dekat e-curve, memula takut sakit maklumlah yang ada tulang sesaje kat badan ni kang dikepit dek kerusi mau kriuk krek bunyi tapi dah tengok orang macam layaaaan je bila kena urut terus rasa gatal bontot nak try. Memula geliiiii hokeh rasa bebola dia gerak dari pinggang sampai ke leher tapi tahan bila dah seminit gitu baru lah boleh layaaaan jugak. Sekarang kalau pergi mesti spare duit seringgit sesiap untuk kerusi urut ni hehehe.


Gegor gambo sebab tuan yang ambik tu tengah bergegor

Nanti kalau murah rezeki entah tahun bila tu boleh beli satu letak kat rumah. Sambil tengok tv sambil diurut tak payah ke spa cukup depan tv pon boleh.

2 comments:

  1. biasa hubby nens ler peminat setia kerusi urut ni..time die tggu nens soping kain baju die pg la ngurut..hoho

    ReplyDelete
  2. hahaha nens trylah sekali best tau..

    ReplyDelete

Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^