Monday, April 30, 2012

Blog alyzafisol.com Giveaway

Assalamualaikum!






Memulaaaa sekali.. Eh apesal kena follow balik blog akakku ni? sejak terjumpa dekat preview the smurf lama dulu balik terus follow tau *eh takdelah balik terus follow esoknya tu terus follow*. Nak sentaplah dengan bloggerdotcom nih main unfollow orang sesuki hati macam tuiter pulok doh jadinya.



Kenapa join GA ni? sebabnya ikut suka saya lah nak join saya menyokong usaha kakakku ini korang ape tahu kekeke.



Ok ok serius..
Korang sila lah join GA ni kerana kak alyza ni beeeest macam jenama naget farm best tu. eh! *bodek lebih nih* hahahaha. Kalo join murah rezeki dapat hadiah dari kemboja silap gaya kak aliza ni murah lagi hati dikasinya mende lain mane kita tahu. Tuah ayam nampak dikaki, tuah kucing pada mata, tuah manusia namanya rezeki, bertuah lagi dapat cenderamata. Hah tu dia siap pantun 30 saat.



Sudah sampai disini aje kang lagi panjang lagi merambu ramba jadinya. Siapa saya tag? Nah namanya ecah, along & kifli sila jahwab korang korang. Nak tag ayu tapi makcik tu gedik ntah mana blog dia pun tak tahu. Okdahbai.


Lupa siapa nak join sila lah klik SINI okbailagi

Tenkiuuu Baskin Robbins

Assalamualaikum!


Yumyumyum..

Haritu dapat 2 keping voucher dari BR tak tahu nak guna bila. Yang benarnya lagi first time nak merasa aiskrim BR hekhekhek asyik nak try tak jadi je. Semalam plannya nak beli kek ais krim yang satu slice tu tapi boleh pulak dah habis lalu teringat saya ada dapat voucher dari BR apakata kita guna huehuehue.


Karaoke tu soooon hikhik soooon


Ingatkan kena purchased apa-apa baru boleh dapat sekali pergi tanya rupanya free. Yes yes dapat makan ais krim free. Jadi pilih lah saya flaver yang mahu. Siap gatal tambah wafer lagi dah alang alang makan free kan. Tapi wafer tu kena bayar lah semua nak free banyak cantik muka *saya memang cantik. eh* hahahahaah


Apa yang saya dapat dengan voucher free itu? meh tengok meh. Siapa terliur pergi BR nanti lunch :p saya ada lagi sekeping voucher BR tapi ntah bila nak pergi makan pon tak tahu ler.


aaaa yum yum yum



Saturday, April 28, 2012

Menang dari The Body Shop

Assalamualaikum!



Mekasih body shop!
Aritu saya sesaje je masuk contest kat twitter body shop ni sekali menang hikhik rezeki rezeki.
Tak sabar nak pergi collect hadiah :)



Rangsang Deria Anda Dengan LG Cinema 3D Smart TV

Assalamualaikum!



Awak awak suka tengok tv tak? Saya suka tapi tapi rumah saya sekarang tak ada tv jadi bila saya pergi shopping complex mesti saya masuk kedai yang ada tv lepastu lepak lama lama sebab nak puaskan mata tengok tv kuikuikui.


Lepastu berangan nanti bila saya kaya saya nak beli tv macam ni 


Awak tahu kenapa saya nak beli tv macam kat atas tu sebabnya saya nak feeling tengok tv macam tengok movie kat rumah. Awak tahu apa nama tv tu? meh sini saya bisik tv idaman kelbu saya tu namanya LG Cinema 3D Smart TV. Tengok rupa bentuk pun dah tahu yang tv tu Lightweight glasses pastu cool 3D effects dan ultimate immersive viewing saya sukeeeeeeeeeeeeer. Kalau saya ada satu tak payah saya nak pergi  berliburan kat luar baik saya duduk kat rumah hiburkan diri dengan LG Cinema 3D Smart TV tanpa limit ooooh bestnyaaaaa *bayangan masa depan*




Sambung bayangan masa depan lagi... Kalau ada tv tu mesti tetiap malam saya habiskan masa dengan family berkaraoke bermarathon movie berdansa keliling ruangtamu sampai kedapur bergolek dengan sang kucing semua depan tv aje. Bila dah tv best mesti lah audio dengan visual pun mantop aaaaaaa syioknyaaaa. Saya konfem sangat kalau ada sebijik memang tak keluar rumah pun takpe janji rumah saya ada tv best saya boleh layan semua kegemaran hanya dengan sebijik tv LG Cinema 3D Smart TV aje kat rumah :p


Lagi lama tenung LG Cinema 3D Smart TV tu lagi tak keruan jadinya. Tak sabar pulak macam nak pergi rembat satu kat kedai. Tengok gambar pun dah merangsang segala deria dalam tubuh nak satu tv nih kalu tengok depan depan mau overload deria rangsangan silap gaya takmau balik selagi tak dapat tv tu satu. Kalau korang nak pergi beli satu sebelum ella dapat sebijik korang boleh baca kat LINK LG Cinema 3D Smart TV INI  untuk dapatkan lebih maklumat.

Friday, April 27, 2012

Preview : The Avengers

Assalamualaikum!





Yea yea yea ingat lagi cerita mikohero saya? tak ingat boleh baca kisah mikohero saya balik kat SINI.
Kan aritu saya ada kasitau kat SINI yang saya dapat preview tu.Tenkiuuuuuuuuu Nuffnang pilih mikohero saya! Lalu semalam dengan jayanya saya sudah tengok kehkehkeh. 


Hai captain america awak sangat cute tahu. *tetibe*


Seriously ceritanya thumbsup! 
Korang wajib pergi tengok. Kiranya movie ni paling best lah kot. Cukup rasa gelak senyum sengeh sedih lawan  perang gitu. Yang part sedih tu time agent coulson kot namanya mati terus tik tik tik air mata. Padahal cerita tengah nak lawan musuh tu tak taulah keturunan siapa yang terfeeling terlebih menghayati benau. 
So untuk korang yang teragak-agak nk pergi tengok sila kejam mata bayar je tiket tu konfem tak menyesal. Satu lagi lepas abis movie tu tunggu sat naaa jangan laju laju nak keluar bajet i am number one langkah pintu keluar sebabnya ada lagi siket storynya. Blogger yang ada juga semalam kak alyza, penmerah, cik epal, kifli plus yang lain ada jugek tapi saya tak kenal sangat hikhik.



Sinopsis
Continuing the epic big-screen adventures started in “Iron Man,” “The Incredible Hulk,” “Iron Man 2,” “Thor” and “Captain America: The First Avenger,” “Marvel’s The Avengers” is the superhero team up of a lifetime. When an unexpected enemy emerges that threatens global safety and security, Nick Fury, Director of the international peacekeeping agency known as SHIELD, finds himself in need of a team to pull the world back from the brink of disaster. Spanning the globe, a daring recruitment effort begins.


Tuesday, April 24, 2012

MrLens Mataku Biru Kelabu Kalah Ashwararai

Auummm.. Aummmm.. Entri panjang tapi jangan bimbang gambo bersepah :)




Ingat lagi tak gambar yang saya suruh korang tenung lelama kat entri  Mata Cantik Seksi tuh? Takpe kalau tak ingat tak payah sesusah pergi cari klik aje kat SINI. Sian korang tenung lelama yer nak tengok kaler apa yang bertukar. Sebelum tu meh sini nak cerita sejarah sikit sebelum masuk bab mataku biru kelabu. Tau lah dah tak sabar tapi tahan sikit je lagi, informasi penting ni. Memula say tenkiu dulu kat MrLens dan Tammy kerana dioranglah mataku seksi eeewah :)




Mari kita start, untuk yang tak tahu MrLens ni merupakan distributor contact lenses online terbesar dari Europe yang juga merupakan finalist untuk prestigious Swiss Economic Award in 2008. Kagum tak? ada lagi ni selain online inventory contact lenses terbesar MrLens turut menawarkan harga terendah di Malaysia daaaaaan menawarkan penghantaran secara PERCUMA bagi pembelian melebihi Rm50 (hanya untuk lokasi terpilih di Klang Valley-boleh cek kat sini untuk mengetahui lokasinya http://www.mrlens.com.my/en/shipping.php) dua kali kagum. *saya kan kalau bab nampak perkataan PERCUMA memang suka sesangat*



Bukan itu aje yang tambah best lagi MrLens ni menawarkan program recommend a friend. Apa tu? senang cerita macamni lah kalau saya sensorang bermata seksi tak syiok weh nak bergambor, moh kite ajak member-member bermata seksi juga baru lah meriah mata berkelip-kelip. Jadi bila dah recommend  member dapatlah diskaun dari MrLens. Kawan ajak kawan lagi dapat diskaun lagi haaaa gitu syiok betul. Sesama share sesama dapat melaram bermata seksi sesama dapat voucher shopping lens heaven. Tetiap hari mata bertukar arini ashwararai esok angeline jolie lusa siti nurhaliza pilih aje mata siapa MrLens mampu menunaikannya.


Macam macam warna ada pilih saja


Apa yang perlu dibuat untuk program recommend a friend ni hanyalah register dan member korang perlu membuat pembayaran penuh dan beli lenses untuk collect the rewards senang benor. Kalau member/korang klik "share with friends" dalam facebook untuk MrLens kempen korang boleh dapat Rm20/diskaun bila 10 kawan korang like faccebook MrLens. Macamnilah senang cerita korang mintak kawan-kawan korang reramai klik share semua kempen dari MrLens dalam facebook korang akan dapat diskaun. Haaa paham tak? Okeh tamat mukadimah.


Best product macam tak terasa pakai lens


Packaging FreshLook ColorBlends


Sekarang masuk perenggan Mataku Biru Kelabu suka lettew korang tak sabar tadi kaaaaaaaaaan. Jangan tergoda tau tengok mata saya sebab saya sendiri tengok pun saya sudah tergoda hahahaha. Untuk mata Ashwararai part one saya pilih FreshLook ColorBlends True Sapphire. First ayat popout dari mulut saya adalah fuuuuuuuuuyyoooooooo cun sangat saya rasa diri ini. Kalau saya berjalan kat red karpet grammy award sebelah ashwararai konfem orang cakap saya kembar dia. Perkenalkan saya aishwararaiella.. lambai gaya miss world.. hahahaha *perasaaaan nyew diew*


hai saya aiswararaiella, saya kembar mata aishwararai


Kalau tadi True Sapphire nampak sebijik macam kembar ashwararai yang Sterling Gray ni pulak memang saya konfem konfiden sesangat buat tyra banks menangis. Saya jamin mahkota malaysia next top model tu milik saya tak payah pergi bertanding hahahaha. Sebabnya tyra banks cair tengok mata saya yang bersinar-sinar kelabu. Pergh dasyat betul penangan FreshLook ColorBlends dari MrLens ni. Tu korang baru tengok gambor kalau korang tengok face to face mata saya memang korang mintak sain kat dada punyalah hehehe.


tyra siap hantar mail lagi cakap dia cair tengok mata saya.. jadi korang pun kena cair jugak :p


Last nak kasi tau korang yang MrLens bukan aje menjual FreshLook ColorBlends saja tapi menjual pelbagai jenis brands contact lenses antaranya Acuvue Tru Eyes, Acuvue Moist, Acuvue Oasys, Acuvue Oasys Astigmatism, Acuvue Define, Soflens 38, Soflens 59, Soflens Toric, Purevision 2, Purevision HD, Biomedics 38, Biomedics 55, Proclear, Definition, Focus Dailies Aqua Comfort, Focus Night & Day, Air Optix, Air Optix for Astigmatism, Freshlook One Day, Proclear 1 day, Sauflon Clariti 1 day, Soflens daily disposable, Acuvue 2, Acuvue Advance, Adore Dare, Adore Imagene, Adore Pure Eyes, Air Optix Multifocal, Biomedics 55 Evolution, Biomedics Toric, Blincon BB, Blincon Big Eyes, Blincon Classic, Blincon Elegance, Blincon Jazzy, Blincon Sweetie, Chameloen, Colorvue, Freshkon Alluring Eyes, Freshkon Color Fusion, Freshkon Dezigner, Freshkon Mosaic, Freshlook Colorblends, Maxim Color Blue, Maxim Colors Orange, Maxim Color Pink, Maxim Color Toric, Sauflon 55UV, Sauflon Bioclear, Saulfon Bioclear Toric, Sauflon Clear Comfort Aspheric, Soflens Multifoca and etc. Yang paling dijamin penting harganya murah dan servis tip top.


Jadi jangan nak bermuka satu dua macam kat bawah ni sangat sebab muka tiga dah tunjukkan betapa servis MrLens sangat tiptop order pagi petang terus sampai :) nak bermata aishwararaiella sila tengok gambar bermuka empat senyum sampai ketelinga.



Untuk maklumat lanjut korang sila klik page MrLens di facebook. Selamat bermata aishwararaiella!

Sunday, April 22, 2012

Resepi : Nasi Goreng Daging Senang

Assalamualaikum!



Dinner setengah jam yang lepas nasi goreng daging senang. Sebenarnya saya tengah bizi buat report final projek tapi saya rasa macam tak sopan pulak kalau tak share resepi senang yang saya tahu ni jadi saya luangkan masa untuk taip jugak entri ni buat awak semua yang suka benda senang. Okay ayat disitu sangat ayu padahal realiti yang tulis tu rimau.


Kenapa ada nama senang sebab nak buat senang bahan pon senang makan pon senang kekekeke. Dasar malas semua nak senang blake hahaha. Kalo korang pon malas yang hamat macam saya tetapi lapar boleh lah try resepi ni konfem lepastu perut kenyang tapi malas tetap jugak sama. Yang penting perut kena kasi kenyang dulu :p


Resepinya senang sesangat. Bahan yang korang perlu cuma:

nasi putih untuk 2 orang makan
perencah seri aji nasi goreng cina
daging kisar
bawang besar
minyak masak
perasa


Cara-caranya:

Tumis bawang besar cincang dengan minya masak, bila nampak bawang tu agak kuning masukkan daging kisar. Goreng daging tu sampai nampak macam half cook then letak lah perasa segala mak nenek garam gula sikit. Lepastu gaul kasi perasa tu sebati. Bila dah sebati masukkan nasi putih gaul lagi sampai nampak daging dengan nasi bersatu last sekali tabur perencah seri aji nasi goreng cina tu dan gaul lagi sampai lah semua bahan sebati. Siap boleh makan.


Saya makan dengan keropok dan sos cili sebab dari kecik kalo makan nasi goreng mesti nak sos cili. Keropok tu extra mark kalo ada tapi kalo kat trengganu keropok tu makanan wajib. Sekarang saya jadi master chef, dinner tadi co-chef saya yang masak sedap sangat nampak tak saya pandai ajar orang memasak. Eh *perasaaaaaan* hahahaha. 


Friday, April 20, 2012

Awak dapat tak?

Assalamualaikum!



Kuik apdate heeee saje je nak tanya korang siapa lagi dapat boleh lah jumpa kat sana. Kerana mikohero lah saya dapat. Nak tahu cerita kegigihan mikohero boleh baca kat SINI.  Nantikan mikohero datang menyelamatkan bumi weeeeee.




Lepas ni nak start balik lah buat preview kat blog. Dulu rajin lepas tu dah malas sekarang kena rajin balik. Jangan lupa jumpa kat sana kawan kawan.

Tuesday, April 17, 2012

Resepi : Potato Salad

Assalamualaikum!



Tenkiu untuk kak dilla sebab sudi share resepi potato salad dia yang vasss aummm sedap sesangat ni. 


Actually aritu kak dilla bawa potato salad ni pergi kelas, dia bagi kat semua orang dalam kelas untuk brekfest. Ingatkan birthday anak dia ke apa rupanya dia sesaje buat untuk adik-adiknya di kelas, yelah dah last semester lepas ni entah bila akan jumpa pun tak tahu lah. Disebabkan sedap sesangat jadi saya pun mintaklah resepi. Mintak dulu nak membuatnya entah bila pun tak tahu hahahaha. 


Bahan-bahannya:-

5-6 biji potato / ubi kentang - rebus hingga lembut
Ayamas Meatloaf
Mayonis - secukup rasa
White pepper - secukup rasa
Garam - secukup rasa

Cara-caranya:-

1. Ubi kentang/ potato dipotong dadu
2. Goreng ayamas meatloaf hingga kekuningan dan dipotong dadu
3. Masukkan mayonis dalam bekas berisi ubi kentang dan meatloaf tadi
4. Masukkan sedikit white pepper dan garam secukup rasa
5. Gaulkan sehingga sebati.


Kalau nak sedap masukkan dalam peti ais nak makan baru keluarkan. Simple dan mudah. Saya ratah gitu je potato salad ni, kenyang jugak sebab potato kan tinggi karbohidrat. Kalu nak makan dengan sandwich pun boleh. Selamat mencuba :)



Monday, April 16, 2012

Makanan : Kerabu Su'un Siam

Assalamualaikum!



1. warna warni rencah dia


Ingat lagi entry mula mula saya pasal Kerabu Su'un? Tak ingat boleh tengok kat SINI. Haritu kan cuti jadi saya balik lah rumah ku tempat lepak ku di Rantau Panjang Kelantan sana. Bila balik sana ada je lah makanan yang emak akan beli dan masak untuk si anak yang balik bercuti.


Menu yang tak pernah tertinggal tiap kali saya balik cuti adalah Kerabu Su'un. Kalau dekat entri NI macam simple tak ada rencah isi pun dalam kerabu tu kan tapi balik kali ni penuh rencah isi. Baru tengok pun dah terliur nak makan. Yang bestnya walaupun dah tambah banyak rencah dalam Kerabu Su'un ni harganya tetap jugak sama Rm 2 je mangkuk. Semangkuk tu boleh makan dalam 2 orang gitu tapi saya makan semangkuk tu sorang je hehehehe 


2. tonggengkan dalam mangkuk besar


Rasa kerabu su'un ni masam pedas. Kalau nak makan dengan nasi pun boleh nak makan saje pon boleh sukatik. Korang boleh rikues jugak nak pedas banyak ke masam lebih ke taknak cendawan ke hape semua boleh. Cuma satu lah kerabu the best ni bukannya jual kat restoran. Yang saya suka makan ni jual kat kedai biasa tepi jalan je. Kat restoran pun ada jual tapi tak lah dapat harga dua hengget rasa pun tak sedap jadi tak payah lah try, sudah lah siket mahal tak sedap pulak huhuhu.


3. gaulkan semuanya. Terliur tak? saya telan air liur dah ni


Kalau korang pergi Rantau Panjang Kelantan boleh lah try beli Kerabu Su'un ni. Kedai dia betul betul depan pagar sekolah menengah rantau panjang. Kedai kecik seberang jalan pagar sekolah. Kalau tak jumpa boleh tanya pak guard sekolah tu yer. 


ni resepi baru kerabu ayam pun sedap


p/s: saya sebut Rantau Panjang Kelantan tu bukan ape takut ada yang pergi Rantau Panjang Selangor naya je hehehe.

Riben Merah

Assalamualaikum!



Kejap ingat balik mmmm rasanya beli ni masa pesta belon panas aritu kot lama sudah baru terhegeh nak cerita. Nak jugak tu kasi tau *nampak sangat takde benda dah nak cerita dalam blog baru godek balik draf* sebenarnya banyak benda yang berlaku nak share tapi tu lah asyik tangguh last last gambar dalam henfon penuh terus malas nak ingat balik kekeke. Abis mukadimah.




Aritu  masa saya beratur nak beli chatime tertengok henpon amoi sorang ni *padahal intai bukan tertengok hehehe* dia cucuk satu benda alah kat lubang earphone, yang amoi tu pakai bentuk hello kitty tak silap nampak macam metching sangat dengan dia punya cover yang blink blink pon hello kitty tu. 
Saya nak tanya malu lalu saya balik terus tanya paksik kesayangan google apekah benda misteri itu. Rupanya dah berlambak orang pakai bersepah saya je yang ketinggalan zaman. Nasib baik tak tanya amoi tu aritu kalo tak mesti dia kutuk saya kan huehuehue.



Saya nak cari yang murah aje takde nya saya nak spend sampai berpuluh hengget untuk aksesori henpon, baik saya pergi makan kat seoul garden ada jugak untung :p Puas cari yang murah dekat machines harga senonet tu sembilan belas ringgit tak logik betul. Last last saya give up. Tup tup masa pesta belon aritu saje gatal kaki pergi round dekat kedai banyak banyak tu ternampak benda kiut tergantung ingatkan subang sebab banyak sangat bentuk rupanya benda senonet ni. Terus tanya harga tauke tu cakap lima ringgit je satu,  nafsu masa tu nak ambik tiga empat pattern aim nak cari yang hello kitty jugak tapi kena marah disebabkan merajuk ambik satu je tu pun pandang sebelah mata je pilih *benda macam ni pon gedik nak merajok* bayar terus keluar kedai.




Tapi merajok tak sampai lima saat pon hahahaha sebabnya tengok cik i pakai riben merah macam meching pulak dengan baju dia yang ala ala pink oren tu. Tak jumpa yang hello kitty dapat riben atas kepala hello kitty pon bolehlah. Otomatik pasang niat lepas ni nak beli baju cik i yang baru lepas tu nak beli ear cap yang diamond mesti comel macam tuan dia jugak ahaks.


tengok riben pon orang tahu henpon pempuan ke ada jugak lelaki pakai riben kat henpon?

Sunday, April 15, 2012

Contest : Marvel’s The Avengers

Soalan dari Nuffnang:

What superhero would you be if you could create a new member for The Avenger’s team and how would you save the world?


Jawapan dari saya:

Disebabkan dalam The Avenger’s team semua lelaki gagah jadi saya nak join the team jadi perempuan hebat barulah bersemangat hero ketak-ketak nak berjuang. Kalau superhero Avenger’s team buka vacancy nak tambah geng saya nak jadi superhero yang boleh membaca kuasa jahat. Bila ada je kuasa jahat mata saya akan kasi alarm berkelip kelip banyak kali disebalik topeng merah bagi melindungi sesiapa mengesan signal itu. Bila berkelip kelip bermaksud ada sesuatu jahat akan muncul jadi saya kena berhati-hati.



Bila dah ada signal haruslah ada sesuatu yang jahat nak menyerang jadi saya boleh tahu dan boleh lah saya and the Avenger’s team bersiap sedia untuk melawan kuasa jahat tu. Dengan itu saya boleh lah menyelamatkan bumi daripada kemusnahan yang teruk. Dengan costume merah vouge dan topi kuning yang lengkap dengan set pemanah dan laser gun semestinya saya mampu membantu The Avenger’s team untuk menghapus kuasa jahat daripada memusnahkan bumi.


Dengan ini saya mengelarkan diri saya "MikoHero" the new Avenger’s team member. Mari kaita bersama-sama menyelamatkan bumi.

saya adalah MikoHero. Nak sain tak?

Makanan : Malberi Malaysia

Assalamualaikum!



First time saya try tu pun pergi petik rumah orang hehehe. Rasanya manis tapi kalau yang warna merah cerah tu rasa dia masam siket sebab tak berapa nak masak lagi. Kalau yang warna merah hitam macam dalam gambar ni manis sangat. Dengar kata bagus untuk darah tinggi tapi tak pulak saya rajin nak google cari khasiatnya. Saya rajin makan je, InsyaAllah kalau mood rajin saya sampai saya share tapi tak janji bila rajinnya akan tiba kat hati hahahaha.



Saturday, April 14, 2012

Jenaka : Kucing Tidur Sambil Jelir Lidah

Assalamualaikum!



Ini bukan main-main ni gambar betul. Ntah ape yang di mimpikan pun tak tahu lah sampai terjelir lidah padahal tengah syiok tidur tuh. Lalu saya yang nakal pergi cuit lidah si baby *comel macam tuan dia tak nama* hahahahaah dan dia tetap tidur tak layan buat derk. Agaknya penat sangat kot berkawal semalaman luar pagar takut penjahat datang serang hehehe.







Blogging Contest : Mata Cantik Seksi


*Wink*Wink*

Announcement! Announcement!

Dengan bangganya saya mengumumkan bahawa saya telah dipilih dengan jayanya menyertai peraduan "Blogging Contest Mata Cantik Seksi"  yang pertama kalinya diadakan. Say tenkiu to MrLens Malaysia & Plusizekitten yeeeeehaaaaaa. Tepok tangan kuat kuat.


#new update lepas tepok tangan kuat kuat tu jangan lupa pergi like Fan Page MrLens Malaysia macam macam ada dalam tu :)



Eksited mau mengtransformkan mataku ini kepada mata yang seksi meksi macam mata aisywararai. Tengoklah nanti konfem tyra banks kasi mahkota malaysia next top girl tu kat saya punyalah hahahaha.
Takpe saya tahu semua jeles sebab tak percaya kaaaan nanti bila mata saya dah seksi meksi mesti korang nak korek rahsia acane nak mata jadi seksi jugak :p



tenung lama-lama 


Sementara tunggu transform tu berjaya sila tenung gambor atas tu lama-lama siket lagi dia tukor warna. Bukan tuan yang tukor warna tau tapi mata tu yang tukor warna. Sabar yer tunggu siket je lagi. Peace!

Wednesday, April 11, 2012

Taman Burung Kuala Lumpur

Assalamualaikum!




Siapa ada cita-cita mendalam nak menjelajah KL mari bermula dengan jelajah Taman Burung KL ini dulu sebabnya ada deal tiket murah tersangat. Dan saya dengan rasminya baru lepas beli, tak sampai tengah bulan lagi tapi duit heeeeeew *belek duit dalam bank*. 


Sebenarnya tak nak pun hapdate arini sebab semalam macam dah banyak je hapdate tapi terjugak hapdate semata nak kasi tau korang pasal deal ni. Kalo terlepas jangan salahkan saya sebab saya pun baru tahu pagi ni hikhik. Siapa nak beli boleh visit LINK INI UNTUK DEWASA dan LINK INI UNTUK KANAK-KANAK hambek tu dia besor punya link saya kasi hewhewhew. Jumpa kat sana yer.


tunggu kite datang melawat awak tau, awak nak pesan ape-ape tak?

holoh holoh muka tak boleh comel lagi awak? yer awak yang kat bawah belah kanan tu

Saya Sangat Cute

Tadi berjalan kat 9gag sekali tertengok makhluk comel ni. Ya Allah cute sangat macam nak peluk gomol sekarang jugak. Macam mane nak buat ni? Nak kucing sebijik macam ni *sambil hentak kaki tarik rambut*



"Besarnya kuasaMu Ya Allah, begitu indah ciptaanMu sehingga lidahku kelu untuk berkata-kata"



Sumber: 9gag

Tuesday, April 10, 2012

auwwww ringannya diriku

Assalamualaikum!


Semalam lunch macam biasa dekat dbkl. Kata bangunan kembor harus lah mampu masuk dbkl tak payah register tinggal ic bagai. Tunjuk kad student aje lalu lah kau macam vip.


Sudah makan sementara tunggu lif nampak penimbang free apelagi gedik ler nak naik padahal diri baru sudah makan. Sebelum ni timbang yang doploh sen tu sokmo tapi dah lama tak pergi sebab sibuk kan. Jadi redo je lah kalau berat naik mendadak kate melantak nasi tetiap hari siang malam huhuhu.


Sekali naik timbang hek eleh berat ni aje? ni baru sudah makan nasi sepinggan ni kalau sebelum makan tadi timbang mesti lagi ringan. Ceaaaaa berlagak tu *nauzubillah*


eh eh silap kertas hulkhogen mane lah ni berat sangat hiks


Sila lah tengok lepastu bayangkan pinggangku seperti amber chia yang melengking itu.


comel betul angka itu :p

Ringan tak? ringan kaaan ahaks. Ni lah petua makan nasi siang malam tetiap hari tapi kepala hotak tensen belajor. Seluor yang saiz m aci tarik je tak payah nak buka butang zip loose betul. Ok nak sambung tensenkan otak kasi seluar lepas ni saiz s pulok :p

Monday, April 9, 2012

Opps U did it again

Assalamualaikum!



Baru lepas terbaca satu post kat kat wall budak ni
wuiiiii dikatanya difitnah uools
eh kejap kalau difitnah  bukan ke orang  tu akan mention nama
kalau tak mention nama tu kira difitnah juga ke?
eh apa apa je lah



selingan dah lama tak berentri baru belogella    
later sambung kalau rajin ku update cerita yang berjela 
laa ni tengah malas ahaks!

Saturday, April 7, 2012

Berpeluk dengan #artis dan #retis Glamour


Assalamualaikum!



Tajuk entri kasi kontroversi hahahaha. Tengok gambor dulu baru tahu betul ke tidok tajuk tu kekeke. Terlambat update bukan ape bizi kemain dengan #fyp sekarang tu blog tinggal kelaut kejap. Ni sesi full gambo masa event Libress aritu. Siapa yang tak baca lagi boleh usha kat entri INI.


okeh mai layan gambor tak kuasa nak cerita banyak lagipon korang bukan nak baca pun kan kan.. Nak tengok gambor aje semangat kan.


with sarah dan siapa yer lupa nama ampuns


Finally jumpa Afra Yuri! Sweet gila dia okeh. Comels sangat. Tetiba macam malu nak bercakap banyak. Nasib baik lidah tak kelu hehehe.


u see bukti she's soooooooooooo sweet.

Ni part diva datang. Ko tengok gaya sensorang tak kaver langsung!


si vanessa tu kurus gils, bukan nak cakap kat adibah mok mok tau.


Dan first time meet journalist yang super baik. Macam dah kamceng lama je gaya. Kak Ina dari UtusanM


dari tepi pon jadi. Ya Allah gigi besarnyaaa ella

Now masuk sesi games pulak hyperaktif sensorang nak menang. Tak hengat cari jawapan. Cekap otak bekerja teka sambil gelak.


warm up hyper mode off lagi

nah! spotted jess, kelly & monica. Kau nampak hyper mode on tak sekarang?

Dah lepas part hyper now turn mode relax untuk pelancaran product Libress yang baru. Boleh baca SINI kalo nak tahu product apa yang baru tu.


with orang kuat Libress

new product Libress

Sila jangan muntah tengok aksi kat bawah ni. Kamera, pose dan gambar adalah cahaya blog. Maka kau tataplah gaya yang ada kat bawah ni kekeke :p


with Kak Ina

apa beza? ermmm 

sweet monica

bajet tinggi padahal tetap pendek mcm jambatan klcc

hai kakak ruby saya suka pipi akak hiks

bukan tiru gaya nisa kay tapi sebenarnya dalam mulut ada macrons tak sempat kunyah hahaha 

kakak anne orang kampung nih, kak kalu balik tranu roger lah neh.

Last gaya mereka yang sweet ahaks. Sekian dari kami yang dabel comels.




Bloggers link:-

Rabiatul Adawiyah
Kak Ina
Afra Yuri
Pen Merah
Nisa Kay
Lagi dua tu tak tahu nama huhuhu ampuns