Thursday, May 31, 2012

Fantasia Bulan Madu Muzikal


Assalamualaikum! 


Fantasia Bulan Madu lagu idaman kalbu nih sejak dari pandai menyanyi lagu ni adalah feveret. Walaupun orang cakap "hek eleeeeh old skul gilaaa minah nih" eh ada wa kisah? ikut suka hati wa lah old skul ke new skul ke janji hati wa gembira ecececece


Disebabkan terlalu sukakan lagu ni saya selalu berangan kalau diberi peluang saya nak buat Muzikal Fantasia Bulan Madu tapi acane nak buat saya bukan budak yang belajar bab filem in the making. Saya budak security LOL jadi untuk memuaskan hati saya berangan aje lah hekhekhek.


Biasanya muzikal ni nak lagu yang rancak yang chicky baru orang terkinja sama kaan tapi disebabkan ini muzikal angan-angan saya maka sukatik saya lah hahahahaha. Eh eh tak, saya akan tukar melodi lagu Fantasia Bulan Madu ni jadi lebih menusuk kalbu yang pasti alunan dia mendayu. Nak tau kenapa mendayu? sebabnya lirik lagu ini cukup menyentuh hati. Kira muzikal saya ni untuk orang yang bercintancintun gitu barulah romantik. Sambil hati melayan cinta cintun sambil menyelami lirik lagu eeewah! Kalau korang jenis dengar lagu sambil hayati lirik mesti korang akan meleleh air mata feeling hokeh.


Bab lagu dah settle, bab scene pulak mmmmmmm saya nak pelakon pempuan fazura dan pelakon lelaki fahrin ahmad. Kenapa? sebab fazura gigi cantik *takde kene mengena dengan lagu langsung tapi sebab minat ku mahu jua*, fahrin sebab muka dia penuh sifat-sifat yang boleh menyelami lagu tu huhuhu. Dan lokasinya ringkas aje ditepi pantai sambil disinari rembulan purnama bersama sebijik gitar kapak.


Okay korang bayangkan eh scene ni..

"fazura dan fahrin tengah menyusuri gigi air di pantai ditemani keindahan langit sambil disinari cahaya bulan dan bintang sebab tu ulang tahun perkahwinan diorang yang pertama, sambil tu diorang dihiburkan dengan deruan ombak dan desiran angin malam pantai.. Then diorang duduk berbaring rehat seketika dekat sebatang tunggul kayu ambil fazura bersandar pada fahrin sebabnya nak kira bintang di langit dan menikmati cahaya bulan purnama. Lepastu fahrin mulakan alunan lagu ....... 

"Demi cintaku pada mu 
Ke mana saja kan ku bawa 
Ku hujung dunia ke bintang Kejora, 
Demi cintaku padamu
Kukorbankan jiwa dan raga
Biar pun harus ku telan
Lautan bara
Bulan madu di awan biru
Tiada yang menggangu
Bulan madu di atas pelangi
Hanya kita berdua
Mengecap nikmat cinta
Yang putih tak terbendung
Sesuci embun pagi
Andai dipisah
Laut dan pantai
Musnahlah ilham
Hilang pedoman
Andai dipisah
Cahaya dan bulan
Gelap gulita
Musnah asmara"

sambil fahrin memetik gitar hadiah anniversary dari fazura dan memandang mata fazura yang mana masa tu diorang berdua hanya ditemani cahaya bulan


auuuuwwww so suweet nanti dah kawen nak rikues gini jugaklah huehuehue. Siapa yang nak sambut anniversary masih belom terlambat nak rikues. Okay sebelum angan-angan lebih parah lebih baik saya stop, kang ada esok pergi kampus isi borang add subjek ambik subjek creative media ni kang :p

Saturday, May 26, 2012

Kau Kau by Zenny Salihuddin

Assalamualaikum!



Aritu masa event Maxi-Peel saya sempat beramah mesra dengan Zenny Salihuddin, kan Zenny ni Duta bagi produk Maxi-Peel Malaysia. Dalam duk rancak bersembang Zenny bagitahu yang sekarang ni dia tengah nak promosi single terbaru bertajuk Kau Kau then Zenny tanya "eh i dah kasi belum single i kat u" haruslah saya jawab belum, memang belum dapat pun sebab sibuk nak makan hahaha.


Then Zenny beri saya satu single album dia, first saya tengok tu dalam hati cakap waaaaauuuu menarik dan simple dia punya cover. Pastu dia punya presentation bukan dalam bentuk bekas cd biasa tapi dalam bentuk kad sangat kreatif, lain daripada biasa. Saya suka sangat terus rasa tak sabar nak dengar lagu Kau Kau.


Cover single Zenny Salihuddin simple dan menarik

Balik rumah tak menyempat buat benda lain terus pergi on laptop play Kau Kau. Memang KawKaw wa cakap sama luuuuu *gengster tak? hahaha* muzik lagu ni fresh bagi saya lah sebab rancak dan sesuai dengan suara Zenny. Lagu ni kalau buat live show siap dengan menari-nari mesti gempak. Sekarang on leptop mesti play sekali lagu Kau Kau by Zenny. Sedap telinga saya mendengar sesambil belek notes nak exam segar siket mata bila dengar lagu rancak gini.


bahagian dalam siap ada lirik, boleh lah miming sambil layan lagu

Semoga Zenny terus sukses dalam karier dan haaa jangan lupa tunggu kemunculan single Zenny aite. Maapler kalau korang tanya saya kat mana nak dapatkan album single Zenny ni jawapan saya adalah tak tahu sebab saya lupa nak tanya aritu hehehe. Kalau korang ada terjumpa belilah yang original & sokonglah artis kita okay :)

Friday, May 25, 2012

Kerusi Urut Seringgit


Assalamualaikum!


Seringgit untuk 3 minit murah kan. Haaa ni kerusi urut yang ada dekat shopping kompleks tu, first time dulu jumpa dekat IJN masa kisah deting dengan doktor kat sana dulu-dulu sekarang dah tak deting dah. Alhamdulillah jantung sehat sudah :)


Saya try dekat e-curve, memula takut sakit maklumlah yang ada tulang sesaje kat badan ni kang dikepit dek kerusi mau kriuk krek bunyi tapi dah tengok orang macam layaaaan je bila kena urut terus rasa gatal bontot nak try. Memula geliiiii hokeh rasa bebola dia gerak dari pinggang sampai ke leher tapi tahan bila dah seminit gitu baru lah boleh layaaaan jugak. Sekarang kalau pergi mesti spare duit seringgit sesiap untuk kerusi urut ni hehehe.


Gegor gambo sebab tuan yang ambik tu tengah bergegor

Nanti kalau murah rezeki entah tahun bila tu boleh beli satu letak kat rumah. Sambil tengok tv sambil diurut tak payah ke spa cukup depan tv pon boleh.

Thursday, May 24, 2012

Mood Mee

Assalamualaikum!


Seminggu ni mood makan mee je, tak rasa langung nak makan nasi. Asyik dok ulang menu mee sampai ke sudah, kang minggu depan mood lain pulak datang aduhaiii memilih betul mulut nak makan. Sementara boleh makan ni rasa lah apa yang mahu yer dok. Cer bagi suggestion mee apa lagi yang sedap eh? 


mee bandung

mee kari

mee rebus

Mee rebus menuruti rasa tekak sampai ulang makan dua hari berturut, perah limau kasturi 2-3 bijik gaul makan. Alhamdulillah rezeki waktu sekarang.

Wednesday, May 23, 2012

Tuesday, May 22, 2012

Terbayang-bayang didepan mata

Assalamualaikum!



Siapa tahu kat mana saya boleh beli milk frother untuk buat buih-buih macam kat atas air nih? Taknak lah yang mencekik yang biasa-biasa sudahlah asal boleh lepas gian buat sendiri kat rumah.

 

Monday, May 21, 2012

Selesai jua satu pengorbanan

Assalamualaikum!



Alhamdulillah akhirnya pengorbanan untuk bergelar seorang penuntut berijazah selesai jua. Tapi ni baru selesai part final year project yang munguji kesabaran iman. Setahun tempoh nak buat projek macam sepuluh tahun terseksa tapi tulah pengorbanan dalam pelajaran. Terima kasih buat semua yang terlibat. Next selesaikan semua peperiksaan lepastu kita hooooray! eh tak kena cari kerja  T__T. Siapa ada kerja kosong meh kasi borang nak isi :p







Sunday, May 20, 2012

Khasiat Kurma

Assalamualaikum!



Puasa dah nak dekat lepas ni sibuk mencari kurma pulak. Saya suka kurma yang kena letak dalam peti tu besar lembut dan sejuk, manis dia pun ala-ala je. Sekejap je kan dah nak puasa lagi :)

Saturday, May 19, 2012

Chatime Buy 1 Free 1 kembali lagi

Assalamualaikum!



Saya dapat email petang tadi terus terbayang passion fruit qq dalam kepala hahaha. Saya memang gila chatime, salah siapa yang kenalkan kat saya ni sampai kalau boleh hehari nak menepek muka kat chatime. Yang saya paling suka passion fruit qq, caramel milk tea, grass jelly milk tea dengan passion smoothie with rainbow jelly. 


Siapa yang ada thirstea card  jangan lupa sabtu ini dekat chatime lot10 buy 1 free 1 promo okay!




Ni masa promo last week kot dan saya adalah salah seorang manusia paling gigih beratur semata-mata promo buy 1 free 1, suka punya pasal sanggup menunggu cer kalau kena tak suka siap kutuk amende lah diorang nih beratur semata nak free 1 je kalau free seploh sedap jugak hahahaha


Friday, May 18, 2012

Berat paling latest

Assalamualaikum!





Ini tak tahu nak salahkan apa sebenarnya berat makin lama makin menurun huhuhu makan banyak membuang pun banyak. Tapi yang makan banyak tu makanan selain nasi sebab nasi kalau dua senduk memang tak akan habis. Kalau paksa nak habiskan jugak memang keluar balik semua isi perut tapi kalau makan meatball 20 bijik pun tak kenyang lagi. Sekarang kalau pakai jeans belt paling ketat pun still boleh terlondeh benci betul. Mungkin kena start minum susu balik kot kasi berat maintain 47-48kg gitu jangan lepasni timbang berat jadi 40kg sudah.

Jooom Ubah Kehidupan Anda Dengan Pengalaman bersama Maxi-Peel

Assalamualaikum!



Baru-baru ni saya berpeluang pergi event Maxi-Peel, untuk mencari wanita di Malaysia untuk satu program baru. Tapi ni bukan program tv ini program kecantikkan. Hanya dengan  menceritakan pengalaman korang boleh mengubah kehidupan korang. Best tak? best kaan. Tapi sayangnya saya tak layak sebab umur tak cukup, kalau layak sayalah orang pertama register, saya kan tamak bab masuk pertandigan hahahaha.




Program ni dinamakan "My MAXI-PEEL Journey" yang mana dianjurkan oleh Syarikat Splash Corporation.  Splash ni sebenarnya dari Filipina dan sudah dua tahun bertapak di Malaysia. Kalau nak tahu pelakon Filipina Marian Rivera yang jadi Dyesebel tu adalah Duta Antarabangsa product Maxi-Peel ni, padanlah cantik sangat pakai product ni rupanya :D


Majlis pelancaran program "My Maxi-Peel Journey"

Cara nak join program "My MAXI-PEEL Journey" ni senang saja, korang cuma perlu ikut syarat yang disediakan iaitu:-

1) Warganegara Malaysia *ofkoslah Malaysiaku tercinta*
2) Berumur 25-45 tahun.
3) Wanita *wanita ikut ic tau :p*

Hah senang je kan syaratnya dan apa yang korang perlu buat adalah hantarkan pengalaman korang semua melalui Facebook Maxi-Peel sebelum 30 Jun 2012 jam 11.59 malam.



Pihak Splash bukan mencari seorang peserta tapi mereka mencari LAPAN peserta untuk menyertai kem kecantikan, tatarias dan motivasi diri ni. Kesemua wanita yang terpilih akan diberikan product kecantikan Maxi-Peel untuk dicuba selama 2 bulan dan perkembangan setiap peserta akan di monitor oleh pihal Splash.   Bukan saje di supply dengan produk Maxi-Peel tapi SETIAP peserta akan diberikan hadiah wang tunai RM 1000.00, bestnyaaaa setiap sorang tu dapat hadiah duit. Untung badan peserta dapat produk kecantikan free, dapat duit free, nak join pun free. Lepas 2 bulan kem, ada lagi dinner untuk kaum keluarga bersama media untuk melihat perubahan para peserta, itu pun free.


Duta Maxi-Peel Malaysia, Zenny Salihuddin (Juara Biggest Loser Asia 2009)


Menurut Pengurus Pemasaran Splash, Charmaine Sales "Program ini memberikan tumpuan kepada mereka di dalam lingkungan umur 25-45 tahun kerana kebiasaannya, golongan wanita yang bekerja mungkin tidak menumpukan perhatian terhadap kepentingan menjaga kesempurnaan kulit. Justeru itu, dengan menggunakan produk seperti Maxi-Peel, proses pengelupasan mikro akan menyingkirkan sel-sel kulit yang telah mati untuk memberikan wajah kilut yang sempurna".


Nak jugak menyelit ambik aura kecantikan duta Maxi-Peel ahaks.

Jangan lupa hantarkan penyertaan beserta pengalaman hidup anda di Facebook Maxi Peel Malaysia. Selamat Berjaya!


Thursday, May 17, 2012

Diet Rasulullah s.a.w


Assalamualaikum!


Saya lupa baca ini kat mana tapi saya rasa saya patut share dengan korang, mungkin ada yang dah baca dan yang belum baca. Yang dah baca tu bacalah sekali lagi tambahkan ilmu yang ada kot kot dah lupa hahaha.



Gulai Lemak Ikan Sepat Masin Nenas Peria Goreng

Assalamualaikum!




Menu kegemaran dekat dbkl kalau ada lauk ni yang lain tak pandang sudah. Saya mulut kampung lauk ni kan kat kampung femes, cukup nikmat macam makan dekat kampung aje rasanya. Hehari duk berdoa moga lauk ni ada sebelum langkah pintu dbkl hehehe.



Wednesday, May 16, 2012

Jom Bali Setapak



Assalamualaikum!



Akhirnya habis jugek final exam untuk final year syukur Alhamdulillah. Tapi nanti july ada lagi 2 paper nak kena habiskan sebab saya ambil short sem ngeeee nak maintain pointer niat di hati nak apply master next year. Doakan semuanya dipermudahkan aite kawan-kawan. Tenkiuuuuu :)


Habis cerita exam dungdangdungdang masuk cerita tempat makan pulak. Aritu lah ni tak plan pun nak pergi makan sini, dari rumah nak makan nasi kandar sekali lalu depan kedai Jombali ni terus kaki lajuu je masuk pastu blur. Dalam hati duk bercakap sesorang kedai ni ape yang best sebenarnya aci redah je masuk.


Sebab selalunya saya nak pergi makan kedai tak biasa memang sangat susah yer. Mesti nak google dulu nak  tanya orang dulu dah yakin baru pergi makan. Tapi kalau pergi berjalan tempat orang senang pulak main redah je masuk bila kat tempat sendiri payah dia tu macam nak kena interview.





Masuk dalam kedai terus cari kerusi sedap. Kerusi sedap maksud dia sofa, kenapa sofa bajet kesian kat bontot duduk kat kerusi keras jadi kena cari kerusi lembut baru nikmat nak makan. Padahal mengada nak duduk bawah kipas.


Nak order dia macam dekat old town style belek menu dan tulis code gitu aje nanti lelambai kat waiter dia kasi order tu. Aritu saya try 2 jenis makanan dasar perut besar takut tak cukup, lalu saya order bihun dengan bubur ayam. Masa tu dalam pukul 11 pagi gitu jadi ada breakfest set je sebab tu lah order banyak, kan biasa sarapan portion dia kecik. Tapi sekali sampai hambik tau telanlah sampai muntah. Satu portion dia banyak hokay, banyak bagi perut saya lah :P sekarang silakan makan sampai habis. Saya duduk dari pagi sampai ke tengahari mengeliat nak habiskan makanan hahahaha.


Suasana kedai Jombali ni santai jadi selesa nak lepak lelama. Nak buat business talk ke assignment ke sesuai sangat. Lagi satu kebersihan dia tiptop tu yang penting. Rasa makanan dia bagi saya macam biasa je tak lah special sangat berbaloilah dengan harga set pagi Rm4 kot kalau tak silap dengan teh tarik skali. Kalau nak try boleh ler datang dekat setapak ni hah. Sekarang kalau tak salah saya diorang tengah buat promo 20% diskaun untuk student. Parking pun senang dapat free pulak tu sedaplah boleh lepak lama sebelah-sebelah kedai dia pulak ada chatime lagi lah lama melepak.


snap bihun aje sebab bubur sampai lambat jadi dah malas nak ambik kamera 

Tuesday, May 8, 2012

Datang Lagiiiiiii

Yaaaa ia datang lagi. Apa yang datang lagi?

Ni haaaa final exam datang lagi. Sebab tu lah belog senyap sebab tuan duk sibuk bergolek dengan notes :)


"Ya Allah Ya TuhanKu berikanlah kejayaan kepada ella dalam peperiksaan ini. Amiiiiin"

Okay tenkiu kawan-kawan tolong doakan ^___^

Friday, May 4, 2012

Draw Something

Assalamualaikum!


Siapa main draw something? saya main juga tapi main dengan kawan-kawan yang saya kenal je yang tak kenal kalau add  cecepat saya delete hahahaha. Haip haip bukan sombong tapi sebabnya gini haaa gini

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|



hahahahaha kalau main dengan orang tak kenal malu weyh nak buat camgini dengan yang memahami aje boleh hahahaha. Ni bukan draw something ni namanya write something hahaha garu kepala developer apps ni kalau tengok kitaorg main hahaha

Thursday, May 3, 2012

Masih Berkira-kira Nak ke Tak?

Assalamualaikum!


Semalam saya dah beli deal yang INI kan, harini saya duk berkira-kira nak beli deal ni pulak. Huwaaaa ape ni deal banyak sangat yang best cuma duit masuk je yang tak best. Deal ni dekat Restoran Istana Bambu saya tak pernah pergi lagi tapi yang saya pasti restoran ni berbintang. Bintang jula juli ke bintang ape tak tahu lah saya hehehehe. Sesiapa nak beli boleh lah beli yek saya tak konfem lagi ni harap harap tercapai lah hajat nak membeli, nak kena telek duit dalam bank dulu nih :p








Yang nak beli boleh klik SINIsiapa yang beli roger lah yek kot kot saya terbeli jugak kang boleh ler kita makan sesame ahaks!

Traditional Afternoon Tea Set for 2 Pax @ Delicious Hanya RM 34.7

Assalamualaikum!



*Deal extended! jadi boleh beli lagi.. Nak beli sila klik LINK kat bawah yek :)


Sebenarnya saya dah lama nak makan kat Delicious tapi harganya kemain mencekik *bagi sayalah*  bila nampak deal ni  hip hip horay. Dan saya baru TERbeli lagi deal makanan ni dekat LivingSocial. Semalam gatal tangan pergi browse je sekali nampak deal murah meriah ni terus kira duit dalam bank cukup ke tak, semangat betul mengira semata nak penuhkan permintaan napsu perut hahaha.


Untuk berkongsi kegembiraan deal meriah ni saya sudah share semalam link nya dekat twitter dengan wall jadi tak ada alasan yang saya tak share benda yang best okay. Kalau nak tahu deal yang best sila lah follow twitter saya kat sana cepat siket saya kasitau benda kat blog ni kalau rajin cepatlah kalo malas sebulan punya cerita pun belum tentu saya tulis hehehe.


Sebelum pergi redeem marilah layan gambar Delicious ni dulu sambil telan air liur glup glup











Deal ni untuk semua branch Delicious rasanya tapi korang kena pilihlah nak pergi makan yang dekat mana jangan beli yang dekat ou tapi nak redeem dekat sunway memang tak dapatlah.


So sesiapa yang nak beli deal ni boleh pergi klik SINI dan deal ni tamat on 3 May 2012 10:55 AM cepat beli okay!

Wednesday, May 2, 2012

Flamming Steamboat dengan livingsocial

Assalamualaikum!


Senyum tu sebolehnya nak tunjuk semua gigi hahaha, yang tersiratnya nak tunjuk eksited pergi redeem voucher yang beli dekat livingsocial murah berbaloi baloi. Kalau ikutkan harga walk in dalam RM 56++ untuk 2 orang tapi saya beli melalui livingsocial ni hanya RM39 saje. Separuh harga wey separuh harga. Silap pulak tak beli dua *okay sangat tamak sampai nak beli dua huehuehue*


Kalau beli coupon macam ni nak kena buat reservation ikut website Flamming dulu tapi semua tu kacang je klik klik dah siap. So ella set date dengan time sampai masa terus pergi terjah je diorang dah siapkan meja untuk korang tak payah lah korang nak nunggu bagai kalo time tu penuh. Boleh melangkah dengan bergaya menuju meja makan dan makanlah sepuas hati. Flamming ni dia buffet steamboats korang boleh cekau banyak mana korang mau makan asalkan tidak membazir :)


tak kaver gigi beso langsung


Okay nak cerita dengan livingsocial bukan ada deal makanan je ada juga deal lain tapi saya macam biasa deal lain tak berapa nak berminat kalau deal makanan laju aje tangan klik beli hahaha. Baru ni saya ada beli satu deal yang saya heboh kat SINI yang ni pun deal dari livingsocial dah selamat pergi pun. Lepas dah edit gambar saya heboh yer.


Kalau korang nak beli deal yang murah murah macam yang saya beli ni boleh check kat website livingsocial hari hari diorang ada deal baru. Senang cerita subscribe je terus nanti diorang akan update dengan email kat korang jadi kalau ada deal baru korang lah yang pertama tamanya dapat tahu. Jadi mari join saya membeli sambil berjimat dengan livingsocial murah dan berbaloi baloi.


Okay dah abis cerita *nampak sangat dah malas nak taip* layan gambor aje yer.

permulaan campakkan makanan secara memalu *kiri sup ayam kanan tomyam*

mountain dew sesuai sangat dengan steamboats

ketam of the day 15 ekor masuk perot huehuehue

kulit aje yang tinggal

okay now full tank tapi lepas tu pergi usha makanan lagi

Maapler gambor makanan tengah makan takde tak kuasa kejap kejap nak lap tangan nak ambik gambor, lagi rela penuhkan perot dari ambik gambor hikhikhik


Kalau nak register boleh klik SINI. Selamat berlivingsocial :)

#WW two

Assalamualaikum!




Tuesday, May 1, 2012

Ikea

Assalamualaikum!



Rasa macam dah lama tak share pasal makan-makan padahal baru je lepas cerita pasal aiskrim Baskin Robbins dasar perot pemakan tak henti. Takpelah korang suka kan baca pasal makanan *bajet ada orang baca* 



mmmmm kejadian bulan lepas kot ke bulan sebelomnya lupa pulak, yang ingatnya masa ni saya puasa ganti. Biasalah kalau puasa ganti napsu makan dia pelik sikit apa yang terlintas semua nak ini pun dah kontrol kalau tak ada nauzubillah. Plannya memang nak pergi makan meatball semata jadi ke ikea lah kita. Katanya napsu pelik jadi takde segan silu order terus duapuluh biji. Yaaaa 20 biji dengan muka penuh konfiden. Siap rikues sos dengan jem extra perut siapa lah ni hehehehe.


20 bijik dapat bendera seketul



Tak cukup doplohbiji kita tambah lagi salmon gravad lax kot namanya. Memula makan dulu kala first time terkena yang masin yaa rabbi. Agaknya masa tu dia tercurah garam sesenduk kot tu yang masin terlampau tapi yang second time ni secukup rasa sedap. Sampaikan macam nak pergi tambah lagi sepinggan padahal meatball dah 20 biji dah dalam perot *eh pentipu je kita share jadi seploh sorang*. Tetengah makan terpikir orang yang ambil sepinggan salmon ni kenyang pulak dia makan padahal salmon tu 3 slice je sangat sikit untuk perut hantu macam saya ni. Tak sempat nak jeling dah habis siap lapar balik.







Dah habis dua pinggan kat atas kita makan kek epal ni pulak nama saintifik dia lupa laaa. Sebenarnya cari kek daim tapi diorang dah tak buat kek daim jadi redah je apa pencuci mulut yang ada. Nampak macam keras tapi ia keras diluaran lembut keseluruhan. Kira kalau masuk mulut sesedap gigi je gigit terus hancur. Sedap lah jugak tapi kek daim lagi sedaplah. 





Sudah habis makan terus balik tak kuasa nak tawaf ikea kang ada terkenang susah. Sebelum semua ayat ter ter keluar baik balik jimat duit. Kalau korang nak pergi ikea better pergi weekdays, kalau pergi weekends memang berjiwa nak mencari parking, kalau nak makan meatball pulak pergi pukul 11pagi gitu masa tu meatball baru siap sebab time breakfast takde meatball yek. Lelain makanan yang korang patut try kalau pergi ikea mmm karipap diorang, yang jual dekat kaunter bayaran kat bawah tu rasa sedap jugak boleh lah bawak makan dalam kereta sementara sampai rumah.