Saturday, June 30, 2012

Delicious | Afternoon Tea

Assalamualaikum!


Berhari-hari lepas saya pergi redeem deal yang saya beli aritu, yang INIKemain eksited okay pergi redeem, nak redeem sepatutnya kena buat reservation 3 hari sebelum tapi saya buat-buat diri sendiri so special pukul 12tghari saya call cakap nak pergi petang tu sebab mengidam nak makan pavlova terus diorang cakap petang tu ada slot kosong *tipu tipu* hahahaha tapi memang saya dapat slot petang tu gembiraaaaa.


Saya suka sangat suasana delicious sini rileks tenang je *mula mula lah*  bila dah hala ke petang
nauzubillah bising kemain abis feeling menenangkan perut, naik pening pulak jadinya nasib baik tak ada limit masa untuk makan maka duduk lah saya menghabiskan makanan selama 2 jam. Budak 24y memang minumim time untuk makan 2jam, kalo bawa pergi steamboat time puasa rugi tak sempat nak makan dah times up asyik tercekik sampai ke sudah hahahahaha. Eh saya dah melalat kelain T__T jom sambung.

macam nak rembat sangkut kat bilik sebijik
Apa yang saya dapat dari deal tu semua makanan yang mengemukkan dan menyelerakan. Untuk dessert saya kena pergi pilih apa yang diorang display, nasib baik saya gagahkan mata tengok pavlova aje kalo ikut napsu semua saya nak order sebab semua dessert dia ada strawberry menggugat kalbu saya betul. Dah lah saya ni gila semua jenis buah yang ada nama berry. Tapi nasib baik jugak iman saya masih mampu kontrol napsu serakah kalau tak nanges nak bayar harga dessert yang bebelas hengget tu.


Saya tahu korang baca tu tak teruja langsung kan, meh saya kasi korang teruja konfem korang tak sabar nak tunggu esok nak pergi delicious hahahaha. Ni rupa set tea yang saya dapat

3 layer tray 

Terliur tak? saya nak tambah lagi rasa terliur korang biar air liur tak sabaq nak meleleh nak merasa jugak dessert delicious yang memang delicious bebenor nih hahahaha.

Berrilicious Chocolate Pavlova
Cappuccino
Hot Mocha

6 Assortment of Finger Sandwiches
3 Rosemary & Cheese Cookies & 2 Hand-rolled Chocolate Truffles

3 Warm Scones with Preserves Pure Cream & 2 Strawberries with Chocolate Dip

2 Duck Confit in Filo Pastry

eh eh tray dah kosong tinggal secotet truffles sumbat masuk henbeg

Dan nah gambor budak yang beria nak kasi korang teruja tengok dessert cantik padahal nak tunjuk muka kekonon comels *pang* hahahaha. Esok petang boleh pergi delicious request afternoon tea, eh haaa lupa afternoon tea set ni start pukul 3pm sampai 6pm aje yer. Jangan pepandai ko pergi puluk doplas mintak afternoon tea mau teapot diorang kasi kang >,<


Friday, June 29, 2012

Contest Nando's Minggu 2 : "We Grill Champions"

Assalamualaikum!


Minggu lepas tamat sudah bagi sesi pertama contest "We Grill Champions", bagi sesiapa yang tak menang atau tak sempat masuk boleh cuba lagi minggu kedua ni. Mana tahu rezeki korang menang 1 x Nando's Peri Platter (for 4pax) bernilai Rm62 kan. Tak payah saya eksplain bebanyak moh ler kita tengok task untuk minggu ni.


Untuk minggu ni korang cuma perlu jawab 2 soalan. Yeeeeeeeeeeeer 2 soalan je, kang kasi bebanyak pening korang nak jawab pastu saya pon join pening nak pilih pemenang hahaha. Jadi untuk senang kerja 2 soalan pun cukup. Tinggi siket peluang korang nak menang ^.- So sekarang ni tugas korang adalah tengok video yang diberi, cari jawapan dan jawab soalan.




Soalannya adalah jeng jeng jeng......

1) Apakah nama maskot pada rantai Macho Kai? *hint: nama maskot nando's*
2) Ejaan "champion" bagi Macho Kai adalah ______________


Syarat-syarat untuk contest ni adalah:-

1) Segala keputusan adalah muktamad. Sebarang perubahan tertakluk kepada pihak penganjur.
2) Orang TERAKHIR yang meninggalkan jawapan di bahagian komen adalah pemenang bagi Contest Nando's Minggu 2 : "We Grill Champions"
3) Tarikh tutup untuk Contest Nandos Minggu 2 : "We Grill Champions" adalah 29 June 2012 Jam 6 ptg.
4) Tinggalkan jawapan anda pada ruangan komen anda di bawah entri ini beserta Nama penuh, Email,  URL blog  & Twitter handle. Ingat! tinggalkan details penuh anda, sekiranya gagal penyertaan anda akan dibatalkan secara automatik bagi memberi keadilan kepada semua peserta*Saya akan publishkan semua komen selepas tarikh tutup*
5) Setiap orang hanya boleh tinggalkan satu komen sahaja. *Kalau ada yang hantar lebih saya akan ambil yang pertama*
6) Setiap minggu saya akan pilih seorang (1) pemenang, jadi akan ada 4 pemenang sepanjang contest ini berlangsung.
7) Hadiahnya adalah berupa 1 x Nando's Peri Platter (for 4pax) bernilai Rm62.
8) Peserta mestilah mempunyai account blog ataupun twitter.


Senang je kan soalannya, yang penting semua jawapan ada dalam video, pepandai lah korang korek dalam video tu. Good Luck!

Duta Starbucks TAK berapa hot in town

Assalamualaikum!


Dengan ini saya melantik diri saya sendiri sebagai duta yang TAK berapa nak hot in town. Sobs sobs baru menghabiskan lagi kaching kaching dekat starbucks. Saya tak boleh tahan godaan caramel frapp lalu terbeli lagi dan lagi. Starbucks taknak kasi voucher free ke eh? takpun panggil bloggers pergi event diorang ke best jugak mana tau dapat voucher free *eh femes sangat ke ko nak orang panggil?* *tutup muka maluwww*


again caramel frapp

Finger sandwich +  Red Velvet Whoopie Pie

Saya berkenan sangat dengan tumbler dan  kad holder starbucks, siyes memang nak kena beli *belek duit*, ada sesiapa nak kasi free tak? saya kasi flying kiss ikut blog kalo dapat free hahahahaha.

Tuesday, June 26, 2012

Preview Movie | Brave

Assalamualaikum!


Weeeehuuuuu akhirnya dapat juga preview daripada Nuffnang, sebenarnya dah lama saya tak dapat preview daripada Nuffnang or ChurpChurp, saya baru ingat nak merajuk tapi diorang macam tau tau je terus dapat hahahaha. So untuk cerita ni apa yang boleh saya katakan memang BEST! tak rugi kiranya kalau korang pergi beratur untuk beli tiket. 



Sinopsis cerita Brave yang saya cilok dari Nuffnang kehkehkeh

Set in the rugged and mysterious Highlands of Scotland, Disney Pixar’s “Brave” follows the heroic journey of Merida (voice of Kelly Macdonald), a skilled archer and headstrong daughter of King Fergus (voice of Billy Connolly) and Queen Elinor (voice of Emma Thompson). Determined to change her fate, Merida defies an age-old custom sacred to the unruly and uproarious lords of the land: massive Lord MacGuffin (voice of Kevin McKidd), surly Lord Macintosh (voice of Craig Ferguson) and cantankerous Lord Dingwall (voice of Robbie Coltrane), unleashing chaos in the kingdom. When she turns to an eccentric Witch (voice of Julie Walters), she is granted an ill-fated wish and the ensuing peril forces Merida to harness all of her resources—including her mischievous triplet brothers—to undo a beastly curse and discover the meaning of true bravery.
merida sangat cekap memanah "bijop ngat"

Comel sangat rambut Merida sampai terbayang kalaulah rambut saya macam tu mesti saya buat macam-macam fesyen tapi kekadang tengok rimas ler pulok hahahaha. Apa yang dapat saya simpulkan cerita ni mengenai tradisi keluarga dan jangan sesekali cuba untuk menderhaka kepada ibu anda sebab akhirnya korang akan menyesal. Sangat menyesal. Saya tak nak cerita banyak tapi kalau ada chance saya nak pergi tengok lagi. Jadi korang boleh tahu kan sedap ke tak cerita ni >.<


Sunday, June 24, 2012

Peserta Dan Pemenang Contest Nando's Minggu 1 : "We Grill Champions"

Assalamualaikum!


Panjang betul tajuk entri saya kali ni semata untuk jawapan contest Nando's aritu hahahaha.. Sekarang saya listkan semua peserta yang tinggalkan jawapan pantun diorang dibawah entri contest saya. Contest Nando's INI lah yang saya maksudkan itu. Ada juga peserta yang tinggalkan link tapi masalahnya saya tak mintak buat entri saya minta jawapan je huhuhuhu, ada jugak yang tinggalkan jawapan kat blog kakak alyza saya tapi tu saya tak kira, saya hanya kira yang tinggalkan jawapan di blog saya dibawah entri contest tersebut sahaja dan peserta yang memenuhi semua syarat supaya ianya adil dan saksama. Jadi tiada istilah tak puas hati antara semua peserta. Setuju semua gitu kan? dan sekarang saya reveal para pesertanya *padahal boleh je tengok dekat komen tapi gedik nak jugak buat entri hehehe*


Details
Jawapan
Nama: Hidayu Zamani 
Email:
Twitter: @zhidayu
Blog:zhidayu.wordpress.com
Perut lapar bagai nak gila,
Eh patutlah sebab dah masuk waktu tengahari,
Harry Kok dan Macho Kai kata mahu belanja,
Apa lagi jomlah pegi Nandos's ada ayam peri-peri.
Nama : NURUL HIDAYAH BINTI A.HAMID
Email : nurulhidayahamid@gmail.com
URL Blog : yayaqazrin.blogspot.com
Twitter : @yayaqazrin
Bila Harry Kok bercerita pasal cita-citanya,
Bukan main si Macho Kai sakan dok mengata;
Tapi saya tak kisah pasal dorang berdua atau sesiapa,
Cuma nak mencekik Nando's bersama Babang tercinta.
Nama:
Email:
Url Blog:
Twitter: @nanaradieha
Batang ubi dikerat-kerat,
Tanah dirata tanam benihnya,
Harry Kok di Timur Macho Kai di Barat,
Nando's di utara pilihan akhirnya.
Nama: Wah Li Lian 
Email: wahlilian@yahoo.co.uk
URL blog: methecontradiction.blogspot.com
Twitter handle: @lilianwah
Macho Kai ada gaya ada stamina
Tengok dia kat Nando Peri Peri
Jom makan Cataplana kat sana 
Itulah sumber protein hari-hari!
Nama:  CharMiea
Email:
Url blog:
Twitter handle:
Letih berjalan, Harry Kok lesi
Macho Kai penat, dah taknak jalan
Perut lapar minta diisi
Nando's juga jadi pilihan

Susah untuk saya pilih pemenangnya sebab semua pandai-pandai buat pantun. Tapi saya ada masalah besar sebenarnya ni, masalah saya semua peserta contest ni tak ikut syarat bebetul huwaaaaaaaaaa *acane nak pilih pemenang ni sobs sobs sobs*. Jadi untuk mencari pemenang yang adil dan saksama tanpa ada bantahan daripada sesiapa walaupun keputusannya adalah muktamad, saya nak buat juga forensik untuk tetiap peserta huehuehue:-


Peserta 1 Hidayu, tak tinggalkan details lengkap



Peserta 2 Hidayah, jeda kat belakang pantun tak sama (refer petak merah)


Peserta 3 Radieha, tak tinggalkan details lengkap



Peserta 4 Lilian, tiada perkataan Harry Kok *tapi pantun sedap, saya suka*


Peserta 5 CharMiea, tak tinggalkan details lengkap



Setelah di telek, belek dan forensikkan semua pantun adalah best tapi setiap peserta ada terkurang tak mengikut syarat penuh huhuhu. Jadi untuk tidak menimbulkan pergaduhan dan untuk memilih pemenang secara adil daaan juga yang penting tak memeningkan kepala saya, saya decide untuk buat cabutan nama untuk pilih pemenang. Adil untuk semua pihak, walaupun tak ikut full syarat tapi saya pilih semua untuk punya harapan menang, maka jika nama anda tercabut, anda sungguh bertuah, saya gunakan kuasa tangan sakti saya untuk pilih pemenangnya. Dan pemenangnya mengikut pilihan tangan bertuah saya adalaaaaaaah




Sooo tahniah untuk pemenang minggu pertama daaaaan untuk yang tak menang nantikan hari isnin ini untuk task minggu ke 2. Yang ni saya jamin sangat sangat senang soalannya *saja nak kasi korang menang* Good Luck! Sebelum saya terlupa, hadiahnya pemenang akan dapat selepas 20Julai2012 okay! Nanti saya contact by email..

Friday, June 22, 2012

Contest Nando's Minggu 1 : "We Grill Champions"

Assalamualaikum!


* Contest Minggu 1 - TAMAT dengan rasminya* siapakah pemenangnya? jeng jeng jeng.. Kasi saya mentelaah satu persatu pantun korang, nantikan Contest untuk Minggu 2 bermula Isnin depan ^.^*


Update 1: Tinggalkan jawapan (pantun) anda di bahagian komen lengkap beserta Nama penuh, Email, URL blog & Twitter handle

Update 2: Setiap minggu saya akan pilih seorang (1) pemenang, jadi akan ada 4 pemenang sepanjang contest ini berlangsung. 

Yeay! buat julung kalinyaa saya buat contest. Teeeenkiuuu to Nando's Malaysia sebab sudi menaja hadiahnya weeehoooo >.< Kita kasi tau hadiahnya dulu ea supaya orang teruja nak join * macam ramai je nak join hahaha* Makanya hadiah untuk sepanjang contest ini berjalan adalah 1 x Nando's Peri Platter (for 4pax) bernilai Rm62. 


Contest  "We Grill Champions" ini akan berlangsung selama 4 minggu bermula 18 june 2012 sehingga 13 julai 2012 dan setiap minggu saya akan memberi satu task untuk korang semua. Tapi jangan bimbang task yang saya beri tu senang  aje kenyit mata pon buleh jawab hehehe.


So untuk minggu pertama ni apa yang korang perlu buat adalah reka satu rangkap pantun berdasarkan video dibawah ini. Terpulang kepada korang nak reka tunggang terbalik ke terlingkup tergolek ke janji sekreatip yang mungkin dan wajib ada perkataan Nando's, Macho Kai dan Harry Kok.


video


Syarat-syarat untuk contest ni adalah:-

1) Segala keputusan adalah muktamad. Sebarang perubahan tertakluk kepada pihak penganjur.
2) Pantun mestilah 4 kerat dan mempunyai jeda yang sama dibelakangnya contohnya gini:
   Satu dua Macho Kai berlari
   Manakan sama  Harry Kok idaman
   Tiga empat kedai ku mencari
   Akhirnya Nando's jadi pilihan

3) Tarikh tutup untuk Contest Nandos Minggu 1 : "We Grill Champions" adalah 22 June 2012 Jam 6 ptg.
4) Tinggalkan komen anda di bawah entri ini beserta Nama penuh, Email, URL blog & Twitter handle. *Saya akan publishkan semua komen selepas tarikh tutup*
5) Setiap seorang hanya boleh tinggalkan satu komen sahaja, jika terlebih saya akan pilih jawapan yang pertama disubmit sahaja mengikut waktu dihantar.
6) Hadiahnya adalah berupa 1 x Nando's Peri Platter (for 4pax) bernilai Rm62.


Update: Peserta mestilah mempunyai account blog ataupun twitter ^.^


Pemenang akan dipilih oleh saya sendiri dan jadinyaaa, selamat mencuba korang semua. Selamat memerah otak untuk mereka sekreatif mungkin serangkap pantun 4 kerat korang orite. Jangan lupa tarikh tutupnya :) Selamat berjaya.

Design Pelamin Terbaru

Assalamualaikum!



Aritu saya sempat pergi saudara kawen dekat Gombak, dua-dua cikgu kat johor tapi seorang terengganu sorang kolumpo. Tapi sekarang ni bukan nak cerita pasal pengantin tapi nak share gambar pelamin diorang. Saya pestime tengok design pelamin gini terus rasa cantik sangat, suweet aje. Tangan saya mulanya nak ambik gambar pengantin tapi yang jadinya bukan ambil gambar pengantin tapi ambil gambar pelamin je lebih hahaha. Kesian kat pengantin beria senyum tapi tak masuk gambo huehue. Saya rasa sekarang ni trend pelamin macam ni pulak kot sebab ramai sangat yang kawen pakai pesen gini.Geram macam nak pegi petik je sekuntum bunga tu, nasiblah mampu kawal diri kalo tak mau runtuh pelamin orang saya retus bunga :p


Pengantin nampak kepala sekerat kekeke


Full shot pelamin ni, cantik tak?




Cantikkan! yang saya pasti bukan saya yang buat pelamin ni, saya tak tahu siapa yang buat saya datang je pelamin dah siap. Sekian.

Thursday, June 21, 2012

Amazing My Kitty Spider Cat

Assalamualaikum!


 ‘If you were given a chance, what animal/living being superpowers would you want to get?”.


Saya mahu kucing yang mempunyai superpower! hohoho pasaiapa nak kucing? sebabnya kucing dah ada kat rumah tapi sayangnya power tak cukup, lembik mengalahkan kucing betina. Nak turun dari tingkap boleh mengiau panggil mintak dukung tak ke ko rasa nak geget perot dia. Pandai naik tak pandai turun, yang dia pandai tidor tidor tidor. Sebab tulah kalo boleh nak my kitty jadi jantan siket ada power ummmph!


Sebelum berangan nak kasi power apa yang saya mahu untuk my kitty? meh skodeng my kitty dulu huhuhu

nama saya kitty saya memang suka tidur & makan daaaan party

Power yang saya mahu untuk my kitty kalo boleh:-

1) Power yang boleh terbang lompat-lompat sebabnya bolehlah si kitty tolong kemas rumah pasang langsir, buang sawang kat siling tak payah lah tuan dia terdongak-dongak nak sapu spider wax.

tuan saya selalu bebel nak suruh saya boleh terbang macam gini tapi lemak saya banyak sangat tak mampu saya nak terbang T_______T

2) Nak power soft paw, power ni untuk sesi penyamaran undercover kehkehkeh. Disebabkan kitaorg satu family suka pergi holiday dan tinggalkan kitty dengan penjaga yang datang daily makanya sangat sesuai untuk kitty ada very soft paw power, jadi bolehlah dia skodeng penjaga daily dia, dengan soft paw tapak kaki kitty takkan tinggalkan kesan walau dimana kitty berjalan kiranya soft paw ni buatkan jejak kaki kitty invisible. Mana tahu penjaga kitty ni menyelongkar barang berharga dalam rumah huehuehue.

Paw saya dah cukup lembut dah tapi tuan saya cakap nak lembut lagi, baru sesuai jadi uncercover detective katanya 

3) CamEye power, ni power paling gempaaaak! mata kitty adalah kamera bergerak. Kalau dah ada soft paw tak ada kamera macam mana kami nak monitor penjaga daily kitty dari jauh kaaan? so harus ada CamEye power. Kitty ni jenis suka menyendeng dekat orang yang dia kenal maka sesuai sangat ada power gini. Kiranya power ni link terus dengan henpon kitaorang boleh lah kitaorang skodeng sesambil berholiday.

ni saya pura-pura tidor aje ni tapi mata saya berjalan skodeng tuan saya sebab malas dengar dia bebel huehue

Haaa hebak tak imaginasi power yang saya nak untuk my kitty, macam terlampau millenium pulak rasa tapi gasaklah janji my kitty tak dalam bahaya bila kena tinggal kat rumah. ^.^

Okay! Okay! saya kena paksa prektis jadi Kitty Spider Cat walopon lelemak saya sakit wuwuwuw

Harga Terbaru Tiket Sunway Lagoon

Assalamualaikum!


*ini harga untuk tahun 2012 yer kawan-kawan.. kang ada yang email cakap iolss pentipu pulok* :p

Harga terbaru untuk tiket masuk ke Sunway Lagoon. Siapa nak pergi boleh sedia duit dari sekarang tapi saya konfem tak pergi, tak sanggup nak bayar tujuhploh hengget semata nak cuci mata main air. Baik saya buat makan boleh kenyang seminggu hekhek.



Wednesday, June 20, 2012

Preview : Filem Mael Lambong

Assalamualaikum!




Semalam saya berkesempatan pergi ke Preview Filem Mael Lambung di TGV Sunway Pyramid, tenkiu atas jemputan kakakku ruby. Filem Mael Lambong ini akan mula ditayangkan di 79 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 21 JUN 2012, merupakan filem ketujuh terbitan EXCELLENT PICTURES dan diarahkan oleh pengarah terkenal AHMAD IDHAM AHMAD NADZRI.


Antara gambar scene dalam Mael Lambong


Ulik mayang yang akhitnya meal diulitkan


auw, hiyak, oh, ek gaya mael kaching!


mariaaa ooo mariaaa


Filem ni memang tak rugi nak pergi tengok sebabnya konfem korang akan ketawa berdekah-dekah dari awal sampailah ke akhir. Aksi-aksi para pelakon memang mengundang kerusi bergegar, sampaikan saya sendiri penat rahang duk gelak memang tak kaver langsung, dalam gelap siapa tahu kalo gelak macam hantu pon hahahahaha . Filem ini dibintangi oleh pelakon terkenal ZIZAN RAZAK, TAIYUDDIN BAKAR, JULIANA EVANS dan juga seorang bakat baru, SHENTHY FELIZIANA.


Saya rekomend korang pergi tengok sebab nanti akan ada aksi dikampung halaman mael yang memang teeeeeeeettttt tapi kelakar gilaaaaa. Ok tak boleh bayang lagi nanti kang gelak sensorang >.< cumanya tak puas hati siket sebab zizang dok cakak tranung padahal balik kapong doh huhuhu.


Jangan lupa korang pergi tengok cerita Mael Lambong di pawagan bermula 21 Jun ini.



P/s: Gambar dari preview semalam jangan ditanya, tadi gatal pergi forensickan memori lalu terus korup semua hukhukhuk

Tuesday, June 19, 2012

Starbucks Happy Hour: Frappuccino Separuh Harga

Assalamualaikum!



Sharing is caring loving kan? jadi meh nak share Starbucks buat Happy Hour Half-Price Frappuccino blended beverages (any frappuccino) start pukul 5pm - 7pm pada hari Rabu (Starbucks Card) dan Jumaat (for everyone) di semua Starbucks Outlets Malaysia. Offer ni valid until 8th June 2012. Applicable to all Starbucks Coffee Malaysia nationwide lagi.




Yaaaa apa yang berputar dikepala anda emang bener, muka saya tepek kat cermin welkem to Starbucks lagi hahahaha. Tapi kejadian hari jumaat ni memang tak tersangka kerana mulut duitku berlari masuk mesin cashier. Mulut saya dengan lajunya order 2 frapp siap tambah donat lagi gatai sangat lepastu salah lagi order caramel frapp yang susu ke apebendentah maka sesuci putih lah dia hukhuk seb baik sedap jugok kalu tidak merataplah enko kat situ.


Hasil gatal mulut hari kejadian Caramel Frapp "Albino"

Monday, June 18, 2012

Chatime Kasi Hadiah Birthday

Assalamualaikum!






Siapa yang dapat jangan lupa pergi redeem, kalo nak derma kat saya pon buleyh hehehe :p

Sunday, June 17, 2012

PROJEK AMAL RED BOX 2012 - ‘WE CARE’

Assalamualaikum! 


  


Sebagai pusat karaoke yang mengutamakan hiburan untuk seisi keluarga, Red Box telah bergiat aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan. Kini Red Box melangkah setapak ke hadapan dalam  aktiviti kemasyarakatan dengan menubuhkan Red Energy Charity Fund pada 2009 dalam usaha meningkatkan dana untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.


Kempen tersebut mengumpul dana kebajikan tahunan yang bertemakan 'WE CARE' sedang rancak berlangsung di semua rangkaian karaoke Red Box mulai 1 May hingga 31 Julai. Pelanggan boleh membeli beg amal 'WE CARE' yang dicipta khas untuk membantu mengumpul dana untuk Yayasan Nur Karangkraf. Beg tersebut boleh didapati di mana-mana rangkaian Red Box, Green Box dan Red Box Ria di seluruh Malaysia.

 

'WE CARE' mengajar kita untuk memberi sumbangan yang kecil yang mana mampu mengubah kehidupan manusia. Misi ini adalah untuk menyokong usaha Yayasan Nur Karangkraf dalam membela nasib golongan terbiar seperti ibu tunggal dan anak yatim melalui sumbangan wang ringgit. Disokong oleh Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN), Red Box berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan FIGOS dan Jamu Mak Dara dalam membantu memberi kehidupan yang lebih baik kepada golongan yang kurang berkemampuan.


"Apa yang menarik tentang beg amal 'WE CARE' ini ialah, pembeli bukan sahaja dapat berkaraoke, malah mereka berpeluang memiliki CD atau Novel kegemaran, produk Jamu Mak Dara dan menikmati baucar diskaun Red Box & FIGOS pada masa yang sama! Terdapat empat jenis baucar; RM5, RM10, RM20 dan 'Beli 1 Percuma 1' baucar Red Box. Beg tersebut mungkin bernilai lebih daripada RM200 tetapi mereka hanya perlu mendapatkannya pada harga RM25 sahaja!", ujar Puan Valerie Choo, Pengarah Urusan Kumpulan Karaoke Red Box.


"Dan dari jualan setiap beg, RM10 akan disalurkan kepada Yayasan Nur Karangkraf dalam menyokong program-program yang bertujuan meningkatkan kualiti hidup ibu tunggal dan anak yatim yang dibela oleh yayasan. Dengan bantuan rakan rasmi seperti FIGOS, Jamu Mak Dara dan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN), kami berharap ‘WE CARE’ mendapat sambutan! Sokongan berterusan yang kami terima daripada pelanggan dan rakan kongsi kami setakat ini amat memberangsangkan dan kami teruja untuk satu lagi kejayaan melalui WE CARE! ".


Valerie menambah, "Ini adalah musim ketiga kempen amal seumpama ini diadakan dan kami gembira kerana berjaya mencapai matlamat tanggungjawab korporat kami setakat ini. Pada 2009, dana pertama dengan jumlah sebanyak RM 20,881.26 berjaya disalurkan kepada World Vision untuk membina telaga dan projek tangki air di Ba Thuoc, Vietnam. Pada tahun 2010, satu lagi usaha membantu World Vision berjaya dilaksanakan, di mana semua wang yang dikutip hasil dari jualan 1000 tabung artis Nicholas Teo (edisi terhad) yang berharga RM 25 setiap satu berjaya didermakan kepada World Vision. Kami berharap agar kempen 'WE CARE' menempah satu lagi kejayaan agar dapat membawa harapan dan kehidupan yang lebih baik untuk ibu tunggal dan kanak-kanak yang memerlukan bantuan".

Saturday, June 16, 2012

Father's Day with Godiva Chocolate

Assalamualaikum!







p/s: Teringin juga nak merasa coklat ni tapi tapi tunggu lah kot kot ada rezeki lepas ni boleh lah merasa walaupun hanya seco'et. Bukan apa dengar kata harganya mencekik sesangat huhuhu.

Friday, June 15, 2012

Tips | Hampir Tertinggal Flight

Assalamualaikum!



Sambungan semalam adalaaaaah


"adik, flight adik ni rasanya dah.......... nak tutup gate dah ni tapi kalo lari sempat lagi ni" haaa perasaan saya masa tu macam nak panggil doraemon tolong terbangkan ke gate B7.


Dengan saya pakai wedgesnya dengan escalatornya slow saya redah je turun lelaju, nasib baik tak tercium lantai berkilat klia tu, sampai kat bawah fuh lega berjaya turun dengan selamat. Dari jauh nampak sengbod Gate B saya dah senyum sebab bajet dekat dah nak sampai tapi sekali gate B7 hujung puncak nun huwaaaaa bencik bencik.


Baru saya melangkah 5-6 tapak gitu dengar pulak "Attention to passenger Flight MH **** Miss Nur A********** bound to Kuala Terengganu please proceed to gate B7 immediately"  hah masa tu saya lari selaju mungkin tapi macam tak lari je sebab pakai wedges kang dengan henbeg sebelah dengan beg leptop lagi macam kekura berlari dah saya rasa tsk tsk tsk. Sesampai dekat gate B7 saya hulur tiket sambil mintak napas tapi saya lupa pulak nak keluarkan sesiap ic lalu terciptalah adegan sambil mintak napas sambil geledah henbeg cari ic.


Panamatnya saya berjaya naik flight dengan penuh rasa mengah berlarian dalam klia huehue. Ingat bila dah duduk dalam flite nak lelap kejap sekali hampaa saya kena melayan pakcik dengan makcik sebelah saya bercakap pulak  T_______________T diorang nak bercuti kat Terengganu jadi saya kena jadi duta kecik tourism terengganu sabor je lah.


Untuk korang yang ingin menaiki flight tak kira kemana saje sini saya kasi beberapa tips, jangan ulangi adegan bodoh saya dekat airport tu :)

1) Untuk penerbangan international sebaiknya berada di airport sejam sebelum, lagi awal lagi bagus.
2) Untuk penerbangan domestik sila lah berada di airport 45minit sebelum.
3) Selalu tengok jam untuk masuk gate, lebih baik masuk awal dari masuk lambat.
4) Buat online checkin sesiap jadi taklah kelam kabut.
5) Untuk penerbangan domestik prepare i/c sesiap
6) Untuk penerbangan antarabangsa sedia pasport sesiap. Make sure pasport masih valid 6 bulan dari tarikh luput. Kiranya kalo korang punya pasport expired bulan 12, make sure flite korang tu sebelum bulan 6.
7) Hand luggage hanya dibenarkan 2 beg sahaja setiap seorang dan berat tak melebihi 7kg.



Tu je kot yang penting yang lelain kalo nak tahu boleh comment atau email hokeh :)

Thursday, June 14, 2012

Makan Makan di Secret Recipe

Assalamualaikum!


Melantak sementara tunggu flight dekat KLIA untuk balik ke Kuala Terengganu, bajet punyalah cantik kenkonon sampai terus nak checkin tak nak lepak memana dulu sebab duit dah kering sekali tersampai awal lah pulok. Bila dah sampai awal haruslah berjalan dulu bila dah berjalan mesti lah lapaar. Bila dah lapar apa yang nampak depan mata mesti nak makan lepastu lupa diri order huehuehue.


Masuk secret recipe memula ambik cake aje, terpusing belakang nampak pak arab order lasagna huwaaaaa kejam betul. Mata dah bertentang makanan perut hantar isyarat lapar, kaki laju bangun pergi kaunter lalu terorder chicken lasagna juga. Tepok-tepok beg duit tengok wang saku tinggal 50 hengget terkontang kanting benciiiinyaaaaaaa. Tengok perut tuan mu sanggup berkorban untuk memenuhi selera besarmu itu.


Bila dah makan dengan penuh nikmat sehingga lupa ada penerbangan yang mahu dinaiki, lalu tengok jam sudah pukul 2 petang dengan penuh bergaya bangun berjalan lenggang mak limah ke pintu masuk. Kasi dekat cik kak polis tiket untuk final checkup dan cik kak dengan lemah lembut kasitau "adik, flight adik ni rasanya dah.......... " BERSAMBUNG esok yer :) * gatal nak main sambung-sambung pulak dah hahaha.

Wednesday, June 13, 2012

Duit Tinggal Rm 3 vs Bihun Seven Eleven

Assalamualaikum!



Gini lah nasib studeng bila elaun lambat masuk, jadi untuk memastikan perut sentiasa berisi dengan makanan yang mengenyangkan sesambil belek duit dalam beg duit mari kita cari sesuatu yang murah dan sedap.


Bihun seven eleven hanya Rm 2.80 sebekas sedap dia macam makan kat kedai cuma tak ada ayam banyaklah. Datang sekali dalam set tu hotdog 2 ketui kecik, sambal seco'et dengan telor dadar bodoh sekerat. Kira okay lah dengan harga dan rasanya. Memula beli orang dalam kat seven eleven tu yang sesama kat kaunter nak bayar tengok dengan gaya "eh budak ni macam tak ada kedai nak beli makanan, sampai ke 7E ko beli bihun". Bang, abang tahu tak bihun 7E ni silap gaya lagi sedap dari kedai makan yang abang selalu beli makanan pagi tu tau. 


Efek lepas panaskan balik rumah terus makan sementara masih berasap



Bagusnya 7E ni kalo korang nak beli kang makanan tu sejuk jadi korang boleh panaskan dalam microwave yang diorang sediakan tu. Tak reti pakai pon boleeh korang pergi aje kat kaunter buat muka comels mintak cashier tu ajarkan huehue. Tapi sebelum panaskan tu sila buka siket plastik penutup bihun tu kang tak pepasal meletop 7E orang, tapi jangan lepas ko buka ko tak beli pulak memang tak keluar lah enko :p



Sejak saya selalu beli bihun ni kat 7E saya perasan macam makin ramai pulak yang join sama beli huhuhu macam mana saya tahu? sebab kalau saya lambat siket pergi beli mesti bihun ni dah habis. Saya syak abang tu borong beli untuk anak bini untuk makan malam kot tak pon belanja memember makan yelah murah dan sedap siapa tak mahu. Tenkiu lah 7E supply makanan sesedap gini lepas ni boleh lah supply nasi minyak ke nasi beriani pulak ke barulah makin maju hikhik.

Tuesday, June 12, 2012

Caramel Frappuchino

Assalamualaikum!



Sekarang saya gilakan air ni tapi kalau hehari nak membeli pokai wooooo. Tetengah panas kalau dapat memang sedap sangat. Macam tak puas minum sebab rasanya tak lah manis sangat rasa lite lite aje. Pendek kata memang sedap lah. Kalo korang nak pergi beli jangan lupa cakap nak cream tauk :)



Monday, June 11, 2012

Milk Frother buat air buih buih di rumah

Assalamualaikum!



Ingat tak saya tanya mana nak beli Milk Frother, alaaa yang nak buat air buih buih hot chocolate macam kat SINI tuuu. Tadaaaa aritu saya terjumpa akhirnya masa pergi daiso. Sebenarnya nak pergi beli pocket warmer je tapi dah ternampak frother ni apa lagi sahut masuk bakul lah huehue. Murah aje RM 5 dan menggunakan bateri AA. Sayangnya saya lupa beli bateri lalu balik rumah curik bateri remote control tv nak try buat air buih buih :p pastu padan muka bateri habis terus tak sempat mulut nak dapat air buih buih. Sekarang nak tutup tv kena tekan dekat tv padam mula padam muka.




Nanti saya dah berjaya buat  air buih buih saya kasi sekali resepi dengan cara-caranya okeh.

Sunday, June 10, 2012

Buffered Earnings Nuffnang Mencanak Naik

Assalamualaikum!




Alhamdulillah Buffered Earnings Nuffnang mencanak naik. Sebenarnya saya jarang buka page Nuffnang sekarang ni sebab sibuk sangat dengan 2 subjek last pastu sibuk mencari kerja hantar resume sana sini. Kalau online pun mesti ikut ipong je kalau rajin siket buka leptop update belog. Kalo saya update tu maknanya saya ada masa siket lah tu huhuhu.


Tadi sementara nak ambil mood buat assignment kampus saya bukalah Nuffnang sekali vavava rezeki masuk. Pestime kot dapat 4 Buffered Earnings Nuffnang sekaligus. Terima kasih Nuffnang. Ni semangat nak update blog nih tapi masa sungguh mencemburui saya :(