Wednesday, May 18, 2016

Expecting A Baby : Buka Buku Pink

Assalamualaikum!

Sebelum ni stop kat nak buat buku pink kan? So moh kite sambung..
Untuk nak buat buku pink ni kena tengok kawasan rumah, kawasan rumah ni bukan bermaksud lagi besar ko ada taman keliling rumah jadi ko kena pergi buat kat hospital.. Bukan eh maksud dia perumahan korang tu klinik mana yang cover.. Macam kes ella kena pergi ke Klinik Desa Durian Burung
Yess klinik desa aje pon boleh bukak buku ni bagi kawasan kampung lah yer
Best pergi checkup klinik desa ni bukan ape nurse kat sana for sure hapal nama korang sebabnya orang tidok lah ramai macam klinik kesihatan tu
Oleh yang demikian tak dapetlah korang nak mencilok takmo pergi checkup ke ape diorang sure cari sampai dapat punya hahaha

Untuk buka buku pink tu korang cuma perlu bawa i/c dengn kad kahwen aje
Kalo korang takde kad kahwen sila bawa sijil kahwen sebagai bukti yer
Nak buka tu ambik masa jugak dalam sejam camgitu
if korang bekerja sila pergi awal pagi
macam kawasan ella KD buka pukul 7.15 pagi
nombor dah boleh ambil cuma service start dalam pukul 7.45 / 8.00 pagi
JM prepare semua barang dulu + kemas baru diorang start service

Apa yang di periksa untuk yang pertama kali pregnant?
tarikh last peyed korang wajib ingat
kalo tak ingat nanti diorang refer ke KK untuk scan nak agak baby dah berapa minggu
lain lain JM akan cek berat badan, tinggi, tekanan darah, hemoglobin dalam darah, sejarah kesihatan family, sejarah kesihatan diri sendiri
semua ni JM akan rekod dalam buku pink tersebut
lepas dah siap daftar buku pink tu dah jadi kad pengenalan mengandung
tak boleh tinggal merata huhuhu
tetiap kali checkup pun mesti bawa buku pink ni even though pergi check up dekat swasta pun kena bawa buku pink ni, doktor akan refer & rekod semua benda kat dalam tu

Alhamdulillah time ella pregnant aritu takde masalah cumanya berat je overdose hahahaha
overdose sampai kena ambik bp selang sehari :p
yelah dari berat 48kg sebelum pregnant time due berat dah naik 69kg kuangkuangkuang
dan berat pernah naik 2kg dalam masa 2 minggu hahahaha
pening mak nak kena ulang alik pergi KD
nak buat macam mana kan dah lapar makanlah
paling win bangun pukul 3 pagi lapar pergi makan nasi macam makan tengahari hahaha
geleng kepala hasben tengok 😆

cumanya yang sakit mata bila tengok buku ada pen merah
yang tu memang mendebarkan
dah macam cikgu mark paper pastu dapat markah paling rendah dalam kelas terus zass dapat pen merah huhuhu
apapun pen merah ke biru ke hitam ke janji sihat sudah yer dok
yang pasti jangan skip checkup dan jangan lupa minum susu dan vitamin yang klinik kasi InsyaAllah semuanya baik baik saja

ok lah tu je kot nak cerita pasal buku pink nanti sambung pasal delivery pulak lah
yang tu ngeriiiii oiiii

love ❤️,
mommy 

0 comments:

Post a Comment

Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^