Tuesday, May 31, 2016

Long Girdle by Premium Beautiful

Assalamualaikum!
 



Hah kau terus beli girdle gara-gara berat masa pregnant naik 22kg
masa tu tak tau makanan sumbat kat celah mana sebabnya ramai yang tegur tak nampak gemok pun
hakikatnya tuan badan dah tak mampu nak gerak banyak pun huhuhu
 eh jangan di zoomkan gambor tu kang ada yang juling mata tengok harga kat situ
ella beli RM250 ajew yer
bukan preloved bukan reject tapi new
yer NEW
acane boleh murah cemgitu?
 alkisahnya ada seorang hamba Allah ni post kat fb dia nk stop business so nak letgo semua pada harga yang super duper low
ella pun mencuba nasib tanya dia bla bla bla
sekali dia bagitau harga 250 je kak
terus mengelupur pujuk laki kahkahkah
2-3 hari gak kot pujuk laki mintak izin nak beli


yelah lepas beranakkan junior nak naik penimbang masa sebulan checkup kat klinik berat 56kg
checkup dua bulan still ada no 5 tapi dah turun sikit jadi 53kg 
maknanya ada lagi 6kg nak kena hilangkan
before pregnant berat 46kg - 49kg aje tak pernah jejak no 5 tu kat depan huhuhu
tu yang usaha bodek lakiku nak beli girdle
yang lagi menakutkan bila tengok perut dan peha sendiri huwaaaaaaa
boncet berlipat weiiii
bukan minum ais pun nak boncet berlipat sangat 
minum air kosong je pun berbotol-botol huhuhu
jadinya lagiler ade alasan kukuh nak beli girdle kekeke
berjaya hokey membeli setelah dibuat pembentangan panjang lebor


now dengan full time menyusu junior dan bergirlde harapnya hilanglah boncet berlipat dan berat berlebihan ni
tapinya pulok napsu makan Ya Allah macam kingkong
lepas makan nasi capai pulak biskut pastu kurma pastu buah 
asyik lapor je memanjang pantang tengok makanan
tapi nasib baik laki bagi kata semangat walopon sebenarnya nak ambik hati ken hahaha


Now baru try sekali pakai girdle ni masa keluar
selesa tak panas kemas je rasa perut
harapnya berbaloilah melabur kalo tak mau kena perli dengan laki seminggu
next nak naik penimbang bulan 6 ni pulok masa checkup junior
semoga berat 53kg tu bertukar menjadi 35kg eh 😝 *amiin*
nanti lepas checkup kita update yer berat latest
for now bertabah dulu tengok perot boncet berlipat
dahler start keje 6/6/16 ni 
moga moga muatlah kurung moden ku itu tanpa perut kelihatan
doakan misi kurusku berjaya!
aamiiin
 
 

Monday, May 30, 2016

Lahirnya Areesa Adelia MZ

Assalamualaikum!

macam mana nak mula eh?
hmmmmmm


Alhamdulillah setelah 40w + 2day which means dah overdue berjaya melahirkan seorang princess tomato ni
act due date 1 mac 2016 tapi since baby suka ikut mommy gi kerja dia xmo keluar on the dot huhuhu


meh nak cerita dari awal
mommy daddy sebenarnya eksited nak baby keluar 29 feb 2016
yelah leap year kan tahun ni so macam rare lah kalo baby keluar masa tu
pulun berdoa supaya dapatlah merasa baby leap year sekali nan adoo
28 feb 2016 tu dah rasa sakit sipi sipi so macam eksited lah hahaha
29 feb 2016 lepas check up kat KD rasa sakit lagi terus rela hati pergi hospital serah diri kononnya
padahal sakit sikit je disebabkan eksited tarikh jomlah ke hospital gitu
so warded hospital sehari tapi sepanjang masa tu takde pape contraction pun hahahaha
dah gatal kena warded pastu bosan mintak balik
baru ku tahu gini rupanya tahap bosan duduk di spital
dengan connection 4g slow lagi ler haru
asyik bangun tido aje last last mintak balik pastu mintak mc sehari
sayang cuti woooo
so babailah nak anak lahir leap year
mungkin kita cuba next time oppps 😝


2 mac 2016 pergilah ko kerja macam takde pape yang berlaku semalam
siap lari lari pergi meeting lagi
so kita aim next date 3/3/16 pulok
siap berangan pilih date hahahaha
so gi kerja tu exercise naik tangga turun tangga dengan harapan beranaklah pada tarikh lawo yang dihajati
balik keje siap pergi bedal dominos dengan aiskrim lagi huehuehue
esoknya tengah sesiap nak gi kerja tetiba rasa nak kencing
pas siap tu tetiba eh eh ape ni dot dot merah ni
bagitau lakiku dia cakap jom lah ke hospital pulok kite
pergi kejut mama papa ella bagitau diorang pun cakap better pergi hospital
so moh ler kita ke hospital
register bagai semua doc panggil check jalan dah bukak tapi baru 1cm
so warded lagi sekali kita kali ni memang betul-betul beranak ni
start warded tu sampai ke malam sakit dia Ya Allah tak tertanggung
nak bangun sakit nak baring sakit pendek kata semua pun sakitlah
dari pagi warded pukul 8.30pagi gitu tunggu punya tunggu melepas lagi tarikh 3/3/16 (nak mommy ni gila tarikh cantik :p)
Tapi nak cakapnya malam tu Ya Allah sakitnya memang tak dapat tidur langsung
Kalau tidur pun dalam tak sedar terlelap huhuhu
Begini rupanya sakit nak bersalin
Nak keluar yang seorang ni pun dah macamni rasa memang tabiklah yang anak 3-4 orang apatah lagi yang seploh orang tuuu
So esok pagi sambung sakit lagi
Lama oh sakitnya
Yang paling ngok sepanjang duduk hospital iols tak mandi yer uols hahaha
Sejuk giler wei airnya takdek water heater nak sapu muka pun terketar ketar campur dengan sakit memang tidok ler nak mandi kan *dasar spesis kambing takut air sejuk
Iols gosok gigi lap apa yang patut je pastu dah siap jom tukar uniform pink baru
Doctor nurse semua tak perasan iols tak mandi means still wangi lettew hahaha
Sakit masih berterusan yer sampailah surrender mintak cek laluan
Nurse check pagi tu baru 2cm kot lupa dah
Pastu bagitau pukul 9pg nanti datang cek laluan lagi
Saya kan spesis skema so pukul 9pg kedek-kedek jalan pergi checking room check jalan lagi baru berapa cm ntah lupa dah
Dalam pukul 11pg tu check lagi dah 4cm kot tunggu lagi
Pastu lupa dah pukul berapa nurse check dekat ward katanya dah 7cm terus suruh panjat katil nak hantar pergi labour room
Sampai labour room doc check laluan lagi cakap bru 5cm kot
Hoiiii durjana apakah ini kena tunggu lagi estimate lagi 5jam bru baby nak keluar
So duduk lah tahan sakit dalam labour room time tu doc dah pecahkan air ketuban then rasa sakit makin menjadi-jadi
Tak tahan sangat ngadu kat nurse lambat lagi ke ni saya sakit  sangat dah ni
Nurse tu melayan pulak cakap sakit bersalin memang macam ni takde ubat sakit tahan lah
Selang berapa minit ngadu lagi sampai nurse tu fedup kot terus bagitau ambik ubat cucuk kat bontot lah yer
Mula mula kental tak nak sebab takut epidural 
(Epidural eh yang cucuk kat tulang belakang tu?)
Rupanya bukan ni ubat sakit biasa yang buatkan jadi mengantuk yang amat tambah pulak ambik ubat sedut tu lagi ler lalok
masa dalam LR kan laki boleh tunggu dalam rasa sakit tu ade jugak amukan terjadi nasib baik lakiku redho layan bini dia yang menahan kesakitan hahahaha
ella siap marahkan zul lagi sebab tengok dia pegang phone padahal dia nak bgtau family yang ella ni bersalin lagi
ampuuun yer lakiku 😆


tunggu punya tunggu
dalam pukul 1 petang lebih gitu dah rasa sakit sangat macam nak berak
zul pergi panggil nurse bagitau nurse cakap lambat lagi tu estimate 5 jam lagi
eh eh kita dah sakit sangat ni dia boleh main ikut timming pulok
ok sabar tahan lagi sakit
pukul 2 ptg lebih ngadu lagi sakit nurse datang lagi cek tengok
eh eh eh terus jerit panggil doc dah nampak kepala baby
ntah doc mana yang datang suroh prepare semua
Alhamdulillah tepat jam 2.58petang 4 Mac 2016 dengan berat 3.5kg lahirlah Areesa Adelia MZ
 Semoga jadi anak yang berguna, solehah, bijak pandai dan sihat selalu yer sayang 😚



love ❤️,
mommy

Wednesday, May 18, 2016

Expecting A Baby : Buka Buku Pink

Assalamualaikum!

Sebelum ni stop kat nak buat buku pink kan? So moh kite sambung..
Untuk nak buat buku pink ni kena tengok kawasan rumah, kawasan rumah ni bukan bermaksud lagi besar ko ada taman keliling rumah jadi ko kena pergi buat kat hospital.. Bukan eh maksud dia perumahan korang tu klinik mana yang cover.. Macam kes ella kena pergi ke Klinik Desa Durian Burung
Yess klinik desa aje pon boleh bukak buku ni bagi kawasan kampung lah yer
Best pergi checkup klinik desa ni bukan ape nurse kat sana for sure hapal nama korang sebabnya orang tidok lah ramai macam klinik kesihatan tu
Oleh yang demikian tak dapetlah korang nak mencilok takmo pergi checkup ke ape diorang sure cari sampai dapat punya hahaha

Untuk buka buku pink tu korang cuma perlu bawa i/c dengn kad kahwen aje
Kalo korang takde kad kahwen sila bawa sijil kahwen sebagai bukti yer
Nak buka tu ambik masa jugak dalam sejam camgitu
if korang bekerja sila pergi awal pagi
macam kawasan ella KD buka pukul 7.15 pagi
nombor dah boleh ambil cuma service start dalam pukul 7.45 / 8.00 pagi
JM prepare semua barang dulu + kemas baru diorang start service

Apa yang di periksa untuk yang pertama kali pregnant?
tarikh last peyed korang wajib ingat
kalo tak ingat nanti diorang refer ke KK untuk scan nak agak baby dah berapa minggu
lain lain JM akan cek berat badan, tinggi, tekanan darah, hemoglobin dalam darah, sejarah kesihatan family, sejarah kesihatan diri sendiri
semua ni JM akan rekod dalam buku pink tersebut
lepas dah siap daftar buku pink tu dah jadi kad pengenalan mengandung
tak boleh tinggal merata huhuhu
tetiap kali checkup pun mesti bawa buku pink ni even though pergi check up dekat swasta pun kena bawa buku pink ni, doktor akan refer & rekod semua benda kat dalam tu

Alhamdulillah time ella pregnant aritu takde masalah cumanya berat je overdose hahahaha
overdose sampai kena ambik bp selang sehari :p
yelah dari berat 48kg sebelum pregnant time due berat dah naik 69kg kuangkuangkuang
dan berat pernah naik 2kg dalam masa 2 minggu hahahaha
pening mak nak kena ulang alik pergi KD
nak buat macam mana kan dah lapar makanlah
paling win bangun pukul 3 pagi lapar pergi makan nasi macam makan tengahari hahaha
geleng kepala hasben tengok 😆

cumanya yang sakit mata bila tengok buku ada pen merah
yang tu memang mendebarkan
dah macam cikgu mark paper pastu dapat markah paling rendah dalam kelas terus zass dapat pen merah huhuhu
apapun pen merah ke biru ke hitam ke janji sihat sudah yer dok
yang pasti jangan skip checkup dan jangan lupa minum susu dan vitamin yang klinik kasi InsyaAllah semuanya baik baik saja

ok lah tu je kot nak cerita pasal buku pink nanti sambung pasal delivery pulak lah
yang tu ngeriiiii oiiii

love ❤️,
mommy 

Tuesday, May 3, 2016

How to : Register Nuffnang dan Iklankan di Blog

Hello!

Cubaan untuk buat tutorial register nuffnang dan iklankan di blog agar kita mampu tuai hasil sesama nanti
Actually my schoolmate pm tanya macam mana nak buat duit dengan blog
nak ajar ikut message macam susah je sebabnya princess tomato ni nak duduk atas peha je mamanjang
padahal dia tido tapi bila angkat nak letak atas tilam terus bukak mata seluasnya huwaaaa 😭
macam dia tahu je mommy nak pergi buat keje lain tak duduk setepek tepi dia
acane mommy nak buat kerja ni junior {--- panggilan manja princess tomato since 9w


btw yuan ying hope this can help you
kalo you tak faham lagi takpe i teach you satu satu lagi okeh 😘
mula mula register dulu di website ni


pastu page ni akan redirect korang ke next page iaitu untuk key in details
make sure korang si yang betul betul tau bukan nickname yer
nanti kang bila nak cash out payment susah pulak nak kena update bagai
so isilah semuanya sebetulnya


okey bila dah siap isi semuanya akan keluar Finish
Bila dah klik Finish tu akan keluar pulak Account Activation yang mana korang kena pergi bukak email yang korang daftar tu dan klik link activation untuk mengaktifkan akaun Nuffnang anda
lepas dah siap aktifkan bolehlah log in dengan menggunakan email & pasword yang telah di tetapkan tadi


okay now pergi kat My Nuffnang
fokus ya sebabnya kat bahagian ni lah nak kena godek sikit untuk dapatkan kod html iklan
kalau ada masa sila try and error one by one + baca apa function yang tersedia okeh
me kenot explain satu satu sekarang sebabnya mengejar masa sementara princess tomato tidor
kang dia bangun save kat draft lah jawabnya entri ni huhuhu



dalam My Nuffnang tu akan ada tab belah kiri yang akan tunjukkan referral blog korang dari mana,
earning, statistic dan lain-lain
sila cuba satu satu ya
Now isikan semua details yang diperlukan macam dalam gambar 👇 ni



details tu mengenai blog korang yer bukan blog ella
then update survey semua
jangan lupa SAVE tau
then
kita ke bahagian ni pulak
nak kena pilih nak letak iklan nuffnang di bahagian mana dalam blog
kalo nak letak atas pilih yang no 1
nak letak tepi pilih no 2
nak letak tengah tengah entri pilih no 3
pilihlah sebanyak mana korang nak letak takde masalah


lepas dah pilih dan klik akan ada satu kod akan keluar di bahagian bawah template yang dipilih tu macam ni


okay now copy semua code tersebut
make sure copy bebetul
jangan tertinggal satu pun if not nanti tak jadi iklan korang tu

 lepas dah copy pergi login pulak blogger korang
then pergi kat bahagian layout

di bahagian layout ni pulak korang cari function untuk add gadget


okey now ada satu pop up yang keluarkan?
paste kan kod yang korang copy cari nuffnang tadi ke dalam skrin yang popup tadi like this



dan 
SAVE SAVE SAVE

Siap!

Sekarang sila pergi ke blog korang dan tengok iklan nuffnang kat sana