Assalamualaikum!
Alhamdulillah princess tomato dah selamat terima jab pertama Vaksin Pneumococcal
time ambil vaksin ni umur dia 2m++
mula-mula berbelah bagi jugak nak ambil ke tak vaksin ni yelah kat terengganu ni limited siket tempat yang ada provide vaksin ni
yang ella survey hanya KTS dan Klinik Khoo sahaja yang ada di Kuala Terengganu
tak tahu lah klinik lain ada ke tak huhuhu
tanya orang pun diorang macam blur apakah vaksin itu
kita nak explain bebanyak pun takut salah kan
apa yang kita tahu kita explain share the knowledge
lepas bincang dengan daddynya kitaorang stick to the decision untuk ambil vaksin ni demi si tomato dan decide nak ambil dekat KTS
harga vaksin sama je dengan klinik khoo cuma yang membezakannya sape yang cucuk tu aje
kalo di KTS dia ada rate
pakar rate lain, MO rate lain gituler kekdahnya
tapi total semua tak jauh beza pun dengan klinik khoo
so 12 may 2016 aritu selamat lah kena vaksin sikecik ni
tanya doc akan demam tak?
soalan mak mak kan takut anak demam
katanya tak demam tapi depends on the baby itself katanya
dalam hati berdoa supaya tak demam
sekali balik rumah melepek sikecik ni demam
suhu tak tinggi pun dalam 37 - 38 je tapi merengek lah mungkin dia tak sedap badan tu yang duk ek ek je
untuk Vaksin Pneumococcal ni if ambil from baby start 2m dia akan dapat 4 kali jab
means 2m, 4m, 6m and last 12m
kalau nak ambil sekali dengan vaksin rotavirus pun boleh jugak
Vaksin Pneumococcal ni vaksin tambahan yer dan tidak disediakan di klinik gov
ella pernah tanya di KD dengan KK if diorang ada sediakan vaksin ni with charge tapi hampa takde diorang just bagi untuk sesiapa yang dah sakit je untuk yang tambahan ni tidak disediakan
sedikit info Vaksin Pneumococcal:-
Pneumonia merujuk kepada jangkitan kuman pada paru-paru yang
membuatkan seseorang itu sukar bernafas. Ia berlaku disebabkan saluran
udara pada paru-paru dipenuhi nanah dan lendir yang menyebabkan sistem
pernafasan tidak dapat berfungsi dengan baik.
Keadaan ini jika
dibiarkan berterusan akan mengakibatkan oksigen tidak sampai ke dalam
darah dan sel tubuh. Ini akan menyebabkan kanak-kanak mengalami
kekurangan oksigen yang menyebabkan dia sukar bernafas yang membahayakan
nyawa si manja anda.
Pneumonia terjadi kerana jangkitan
bakteria, virus, fungus dan parasit. Secara umum antara bakteria yang
menyebabkan pneumonia adalah ‘Streptococcus pneumoniae’, ‘Haemophilus
influenzae’, ‘Chlamydia trachomatis’,’Mycoplasma pneumoniae’ dan
‘Legionella pneumophila’. Jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan
jangkitan di hidung , batuk, selsema dan berterusan pada paru-paru.
Kira-kira 60 peratus punca utama
kebanyakan kanak-kanak dimasukkan ke wad di Malaysia. Pada awalnya
kanak-kanak akan mengalami keradangan paru-paru (bronkitis) sebelum
bertukar menjadi lebih kronik iaitu pneumonia. Pneumonia mungkin sukar
dikesan pada kanak-kanak yang aktif, tetapi secara umum boleh dikesan
menerusi perubahan sifat kanak-kanak itu iaitu meragam, tidak mahu minum
susu dan tidak aktif.
Bagi kanak-kanak yang aktif, mungkin
sedikit sukar mengesan gejala ini tetapi jika dia batuk berpanjangan
selama tiga hari, lesu, muntah, nafas berbunyi dan mengalami kekurangan
air (dehidrasi) segera dapatkan pemeriksaan lanjut dengan pegawai
perubatan berdekatan. ibu bapa sepatutnya menyedari risiko pneumonia.
Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kanak-kanak
yang berisiko mendapat penyakit ini ialah mereka yang dijaga oleh
pengasuh di taska, ‘day care’ iaitu dalam kelompok yang ramai dan
keluarga yang besar dengan rumah yang sempit. Pada masa yang sama
persekitaran dibiarkan tidak bersih dan perkongsian bekas makanan dan
minuman yang menyebabkan penyakit disebar dengan mudah.
Dalam
pada itu, bagi bayi yang berusia satu hingga tiga bulan sepatutnya sihat
dan tidak ada sebab bayi ini mengalami demam. Namun jika tetap
mengalami demam, bayi harus menjalani pemeriksaan imunisasinya.
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang
singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh
mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen.
Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke
hospital iaitu pernafasan laju, sukar untuk bernafas , bibir menjadi
biru, batuk berdarah dan tidak boleh makan atau minum atau tidak
kencing. Jangkitan kuman ini boleh membahayakan nyawa.
Simptom
♦ Demam panas
♦ Batuk dengan atau tanpa kahak
♦ Sakit dada
♦ Tiada selera makan, tidak mahu makan
♦ Rasa tidak sihat, sering merengek
♦ Pernafasan laju atau susah bernafas
♦ Muntah atau cirit-birit
Rawatan
Kanak-kanak yang mengalami jangkitan kuman ini disebabkan oleh
bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Bagaimanapun, jika
jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak
anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik
dan sokongan perubatan yang lain.
Dalam pada itu, pencegahan
awal untuk mengelak jangkitan kuman boleh dilakukan seperti amalan
kebersihan diri, persekitaran yang baik dan meneruskan penyusuan susu
ibu. Alternatif lain pencegahan awal ibu bapa boleh mendapatkan vaksin
melalui hospital swasta untuk meningkatkan imun anak anda. Vaksin
seperti vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles),
Vaksin influenza dan Vaksin pneumococcal merupakan pengambilan imunisasi
boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru.
♦ Beza batuk biasa dan batuk pneumonia
Batuk biasa Bunyinya ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat pneumonia.
Batuk pneumoniaBunyinya ‘dalam’ dan kerap terjadi waktu malam sehingga ke pagi. Kahak berhimpun kerana lebih kerap batuk di sebelah malam.
5 Tip Mudah
1. Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.
2. Dapatkan puting botol susu jenis Y-Cut iaitu susu keluar apabila
dihisap oleh anak kecil. Jenis ini membantu mengelak anak kecil tersedak
susu.
3. Pastikan persekitaran taska bersih dan tidak terlalu ramai kanak-kanak.
4. Dapatkan rawatan doktor jika demam, selesema dan batuk tidak pulih selepas tiga hari.
5. Teruskan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan antibodinya.
Sumber : web Pa&Ma
oh untuk yang nak dapatkan vaksin ni di KTS total untuk 1 jab dalam RM370++ itu termasuk consulataion fees, registration dan tax
demimu anak takpe mommy sanggup susah asalkan awak sihat cegas cerdas
next jab bulan 7 pulak yer sayang
love ❤️,
mommy