Tuesday, May 3, 2011

to all orenda's & pbi's

to mr mike &en fendy:-
terima kasih banyak banyak mr mike sebab bagi ella peluang untuk menimba ilmu di bawah bimbingan en fendy.. banyak yang ella belajar dari en fendy tentang kehidupan, kerja dan kerjaya.. tenkiu untuk offer kerja dan untuk kemaman trip jugak! boncit perot 2 hari..=D

to kak putri & kak aini & kak zura:-
tenkiu dear sistas untuk semuanya.. untuk kata kata semangat, untuk ilmu, dan untuk setiap kerjasama kerja kita..

to kak farah,kak shai, tiera, kak nana, kak ida, kak ema, mel, mei ling, kak intan & naida:-
tenkiu untuk semua kuih muih, makan makan, the best koktail jus, coklat, erk semua makanan.. tenkiu lagi untuk semua ajaran dan pengajaran..

to faiz, acap, rizal, hirwan, pain & epul:-
tenkiu untuk lawak lawak korang yang memang putus urat perot, tenkiu ajar guna mesin potostat yang canggih tu, & tenkiu untuk semua sesi pemecahan lemak secara ketawa.. =p

to yaya, usop & ana:-
tenkiu untuk selama kita sama sama belajar menimba ilmu.. to yaya, all the best & tenkiu for being my friend..=D


wish all of u all the best, gud luck and tenkiu for every thing.. pengalaman 16 minggu dengan korang memang best.. miss u guys!

p/s: nanti sape sape kat opis nak kawin ella nak kad jempuan eh..

Monday, May 2, 2011

Tiga Ceritera dalam sebuah WARNA

yesza!
seperti yang dijanjikan ella nak review novel ni untuk hari ni, kan dah janji nak cerita bila dah habis baca..
dalam novel ni ada tiga cerita semestinya ada tiga penulis.
cover page nyawarna hijau ada bunga bunga siket dan novel ni keluaran Jemari Seni tapi serang orang bilang JS sajok pendek dan padat.

cerita pertama dalam novel ni bertajuk "Bukan Dipaksa" tulisan Nazurah Aishah, ceritanya berkisahkan seorang gadis bernama Nardine Zahiyyah tetapi di panggil ayu oleh orang kampung dan keluarga. Ayu ni seorang cikgu dan pernah berkasih dengan Affan tapi half way dia diceraikan kerana mak mertua tak suka si Ayu ni, so dia bawa diri ke Australia hingga lah dia bersalin disana. Beberapa tahun juga lah si Affan duk mencari si Ayu tapi hampa, Azura adik Affan tetap berpegang teguh pada rahsia sahabat baiknya agar tidak memberitahu Affan di mana Ayu berada sehinggalah Affan yang sudah bergelar doktor pulang ke kampung dan bertemu semula Ayu. Affan juga nekad mahu mencari dimanakah harta kurniaan Allah swt yang dilahirkan Ayu, sehinggan ke titik pertemuan semula mertua Ayu tidak dapat menerima Ayu, namun kuasa Allah swt mengatasi segalanya apabila si kecil Nayli memanggil mertua Ayu nenek membuatkan dia berlembut hati..

jalan ceritanya macam pendek saja tapi cukup berkesan, kalau satu novel full ni mau nya ada adegan airmataku mengalir lagi.. hahaha.. congrats Nazurah Aishah.. cant wait to see your new baby "Bening Merah Jingga"


story ke dua pulak tulisan Rnysa, Hikari Ainori.. Secara jujurnya ella seperti belum pernah membaca tulisan Rnysa, mungkin pernah mungkin tidak tapi apa ada hal baca tetap baca review tetap review..=p
Hikari membawa maksud cahaya ataupun nama kereta api  berkelajuan tinggi di negara matahari terbit. Cerita ni banyak berkisarkan kehidupan student di Jepun dan US dan setelah pulang ke Malaysia mempunyai kerjaya yang very mantop. Main story mengenai Hazelina, Adriena Ayuni dan Rafique, pada mulanya Ayuni bercinta dengan Rafique namun selepas Ayuni diserang penyakit dan pulang ke Malaysia hanya dengan meninggalkan sepucuk surat kepada Rafique membuatkan Rafique tekad menyatakan yang hatinya hanya untuk Ayuni walaupun dia terpaksa bertunang dengan Hazel. Hazel berusaha untuk menerima Rafique lelaki pilihan keluarga walaupun hatinya tidak terarah kepada lelaki itu. Setelah menemui Ayuni di UNIKL MIAT, Rafique nekad untuk memutuskan pertunangan dengan Hazel dan memilih Ayuni sebagai teman hidupnya.. dan Hazel cuba dipikat oleh Rayyan lelaki melayu yang berambut blonde putih dek kerana protes kepada bapanya.

nice storyline, tapi pada pendapat ella mungkin tak cukup kuat untuk membuatkan hati tersentuh melalui pembacaan, bak kata Adlin Aman Ramli untuk student AF "semua dah okay cuma tak sampai ke hati ar cerita yang nak disampaikan" * sesuki je ella komen kan.. ampun Rynsa pendapat ella je tu.. =D


lastly cerita ketiga dalam novel ni yang baru jek abis baca pagi td bertajuk Karamel tulisan Nasz..
sebelum baca ella macam dah boleh agak mesti hero takpun heroin cerita ni suka Karamel, dah settle baca kang betul memang si Nory Ana ni hantu Karamel. Cerita ni ada part lawak ada part romantik, tapi paling banyak lawak kot cuma bukan lawak yang ketawa berdekah dekah tu tapi lawak yang buat orang baca senyum sensorang.. =D
Nory Ana yang memang sentiasa mempunyai idea gila tetapi selalu dibuli oleh bos yang dipanggil Tak Arif hanya kerana Arif menyangka Ana adalah ibu tirinya. Dibuli sehingga terpaksa menghantar Arif pulang ke Chemor walaupun dalam keadaan terpaksa dan dibalas balik pembulian dengan memberi Arif kopi expired bercampur ajinamoto. Namun akhirnya bersatu dengan dilamar oleh Arif di satu majlis kenduri dan hanya diberikan jam tangan oleh tuan empunya badan Arif sebagai tanda lamaran. Comel cerita ni sebab macam macam hal berlaku sepanjang cerita very sweet tau si Nasz ni tulis..


korang nak baca? pergi cepat cari kat Popular ke MPH ke Kinokunia ke *buatbuat betul kalo salah eja* memang tak rugi tapi mungkin korang rugi sikit lah kot sebab kat luar harganya Rm 21.50, oleh kerana ella beli di pesta buku jadi murahlah sikit tak sampai Rm 20, kata pesta buku ada diskaun sapa suruh tak rembat awal.. ngeh ngeh ngeh...

tapi tak salah menghabiskan duit untuk pembacaan, bukankan itu juga satu ilmu yang dituntut supaya kita mencarinya... happy reading!

Sunday, May 1, 2011

bila sebut pesta buku otak berputar 360 terus nama hidayu zamani menjelma

penangan pesta buku kali ni memang mencengkam jiwa, dari tahun lepas lagi dah exsited tunggu pesta buku siap buat budget khas lagi untuk novel tapi tau jelah kan bila duit duduk ditangan sure punya lah akan abis dan memang betul habis sebelum tibanya pesta buku.. hahahaha...

bila nampak banting pesta buku depan rumah terus tengok date otak terus berpusing mane nak cekau duit nih dah lah elaun belom masuk waktu, tapi macam Allah swt tahu je niat murni suka membaca tetiba pagi esoknya papa ella call mintak no account cimb.. ni bukan mintak tau tapi mungkin naluri kot tahu anak dia nak beli buku.. ekekekekek.. mula tu macam huiii malunya siap cakap "dakpe ah pa, la ada duit ag *padahal dalam hati syukur =p" tapi being my papa bila dia dah kata dia nak bagi memang tak payah cakap no nanti kang keluar ayat dia "pa nok wi ni ambik je lah, bukan kene bayo pon tu pun susoh nok ambik" memandangkan saya anak yang memahami terus cakap "pahni la sms no account cimb ke pa" dalam malu malu sebelum letak henpon cakap "trime kasih pa, love u!" teruslah yippieeeee..

ella ni bukan jenis meminta duit parent kecuali memang perlukan duit untuk belajar sebab dah ada kontrak dengan family, siap malu lagi ada yelah dah 23 tahun nak mintak lagi duit memang oren lah muka kan, tapi bila dah orang nak bagi kita sambut lah dengan senyuman berdepa depa... =D yang bab kontrak tu bukan kontrak ko pergi belajar dapat duit mara jadi ko pakai lah duit tu sampai ko takde duit pandai pandai lah nak hidup.. no no no... kontrak yang ella maksudkan tu ialah mak ella dah cakap awal sebelum masuk belajar lagi yang dia akan tanggung semua benda yang melibatkan pembelajaran termasuklah makan minum sewa rumah elektrik air buku laptop pendek kata semua yang digunakan untuk belajar lah.. cuma yang part nak shopping or pergi jalan jalan dengan member je pakai duit perbelanjaan mara but still mak ella bagi monthly allowance jugak.. kata nak pempuan sorang.. hehehe... syukur sangat dapat mak yang very supporting & understanding..


eh eh cerita sudah melencong ke entry mother's day pulak, btw mother's day 8 may 2011 tau tau..
berbalik ke entry pesta buku, petang lepas abis kerja aka praktikal pecut pergi pwtc, jammm tak hengat kaaaaauu, tapi kugagah kan jua niat murni walapun hampir sejam setengah dari maju junction ke pwtc demi mu buku.. sampai je terus masuk mengagau cari booth Jemari Seni, seb baik ada banting gadis ayu comey aje kaler pink depan pintu hall ape lagi berjalan tapi gaya sudah macam berlari nak ke booth tu tak sabar punya kes, hahahaha hiperbola disitu tapi siyes tak pandang dah booth lain, yang nampak kat mata jemari seni jemari seni jemari seni aje..

masuk je booth tu mula mula capai buku hlovate 2 bijik terus sebab ingat hlovate keluarkan 2 novel tapi rupanya mak tertipu nyah rupanya sebijik buku dibelah dua.. terus kaver malu macam ada member mintak tolong beli bila takde orang kat tepi baru letak balik... then seperti biasa meneruskan tradisi mencari buku baru nazurah aishah dulu baru capai buku lain, yang bestnya pilih yang kaver cantik cantik baru baca sinopsis.. rambang mata i tengok buku macam nak ambik syer saham dalam JS je tau, pilih punya pilih decide nak ambik 4 buku sebab anak cik zamani cakap kalo 100 hengget dapat dalam 4 bijik je buku tapi sekali lagi i tertipu kaka JS tu kira baru berapa hengget, terus lah ella capai segala jenis mak nenek novel yang nak, tak ingat dah nak tambah darab berapa hengget terus pergi letak kat kaunter bayar, konfident je ngam ngam 100 hengget tapi rupanya over the budget 9 hengget tapi ella buat kelabu mata rembat aje..

akhirnya dapat lah 7 bijik novel baru.... sumpah eksited gila siap tepon ayu lagi kes nak berlagak dia tak pergi lagi pesta buku, kejam gila... ampun yer yu.. jawab elok elok exam eh jangan mimpi ella tau.. wakakakka..
dah settle beli baru ternampak buku siti rosmizah yang penulis novel andai itu takdirnya tapi hold dulu budget nak datang lagi tapi dalam hati macam mesti tak datang dah lepas ni tak pon pinjam je lah dengan sape sape nanti.. sekali lagi Allah swt mendengar suara hambanya, ella pergi lagi pesta buku jummat minggu lepas sebab nak tolong beli novel cik ziela langkawi terus lah ella rembat buku siti rosmizah siap jumpa penulis lagi... dabel eksited!

lepas dah beli sibuk pulak mencari plastik buku nak balut, memang jenis dan tabiat ella setiap novel mesti nak kena balut, bukan novel je sekali dengan penanda buku ella balut baru lah macam haaaaah lega buku dah cantik jadi boleh lah baca penuh feel.. now i am reading "Tiga Cerita dalam sebuah Warna by Nazurah Aishah, Rynsa & Nasz" nanti dah abis ella review oke.. Promise!

untuk tatapan mu hidayu zamani


upacara membalut novel hingga bersepah

Monday, April 25, 2011

teeeeetttttt

cer teka apakah inside that maggi box?


lambat ah korang.. jawapannya minuman yogurt nestle bliss....


28 botol semuanya berperisa strawberry..


semua ini untuk cabaran teeetttt...
syaratnya habiskan nestle bliss yang berkhasiat ini dalam 14 hari 2 kali sehari...
i love nestle bliss!

nanti bila dah proper announce i review yer...
caiyok ella caiyok...
memang kegemaran pon air bliss ni...^___^

Sunday, April 24, 2011

hari hari terakhir

cepat sungguh masa berlalu..
sekejap saja dah nak habis bulan april..
bermakna habis jugalah my internship..
to officemate i will miss u..
korang semua memang happening..
bigboss and boss pon sama chill jugak..
one day i will back and we will be teammate again..
lagi setahun korang tunggu lah muka ella terpacak kat sana balik kalo ada rezeki..
ngehngehngeh..
tenkiu bigboss for the great job offer...
i will grab the chance once i finish my study yeah...
sekarang ni ella sambung study yang tinggal siket aje lagi ni eh.. =D
tinggal lagi 5 hari terakhir..