Tuesday, December 13, 2011
ByeBye Kuala Lumpur
AirAsia je kau tak mampu nak naik MAS walopon tiket AirAsia cuma murah 30 hengget je dari MAS hahahaha. Jadinya jumpa lagi Kuala Lumpur di tahun 2012. Bila sebut 2012 saya harus mencari hadiah terbaik buat the one and only adik perempuan kesayangan nun jauh oversea. *hakikatnya adik angkat* tapi tetap I love her forever! hugs!
Bye KL untuk 2011 nokhtah
Till then xoxo!
Labels:
-Air Asia-,
-macam macam-
Monday, December 12, 2011
Aprons Not Attached Cupcake yummy
Masihkah kau ingat, entry CupCake ini?
Tak ingat eyh pergklik kat CupCake atas tu baca balik yer.
So pagi tu ella pergi ambil cupcake dari Aprons Not Attached kat rumah tuan punya company.
Pusing punya berpusing ahirnya jumpa walaupun adalah ala ala nak sesat, nak sesat lagi walaupun dah pakai maps. Nak buat macam mana yang tengok maps tu pening hahahahaha. GPS tak on kata kau.
Dengan riang gembira nak ambil cupcake je tapi nk jugak pakai kasut baru cantik, alaa kasut hitam dot dot tu yang INI padahal bukan pakai kat muka orang taknak tengok pun tapi biasa gatal kaki. kahkahkah. Bajet boleh jumpa tuan punya kedai tapi..... Sampai depan pagar terus ada seorang pempuan keluar ella laju takder stop cakap baru nak call akak ingatkan tuan punya kedai rupanya bibik hantarkan. Fadam muka dua kali tu lah nak bergaya tak bertempat sangat. Kahkahkah lagi.
Dan ni lah rupa cupcake yang ella beli dari Milk A Deal tu sedap. Dikala update blog ni kepala dah berfikir nak beli cupcake lagi. Lapaq cupcake macam mana ni waaaaaaaaaa...
| Enam rupa Enam rasa |
Till then xoxo!
Labels:
-cupcake-,
-makanan minuman-,
-milk a deal-
Sunday, December 11, 2011
Cincin ai besar nyah
Ni oversize ring yang tak berapa nak baru ella beli kat Forever 21 masa pergi berjalan dengan Puan Sry Syazwani aritu. Dia lah yang duk ajar ella pakai aksesori pelbagai rupa, katanya "kita kena beli ni ella kalau tak kesian kat depa jual takdaq orang nak p beli, dah lah muraih pastu takdaq orang nak mai beli meh kita pilih meh" yes sry dah jadi puan walopon umur kitaorang sama tapi perangai tak nak puan sangat hahahaha dan loghrat kedah dia tak tinggal pekat macam kuah mee udang penang nuu hah.
Dan bestnya oversize ring ni ella beli pada harga Lima Hengget (RM5). Kitaorang duk pilih sampai duduk bersila dalam kedai. Cantik sangat bila pakai dengan baju kurung. Nak pakai emas tak mampu nak beli pakai yang ni pon kita suweet lah. Nanti nak pergi cari warna merah dengan pink pulak lah.
Till then xoxo!
Labels:
-Cincin-,
-Forever 21-,
Accessories-
Saturday, December 10, 2011
Pheeeewit Amy Search!
Pastu ella duk terpikir yang Amy Search ni fan Liverpool juga ke? sebab tak pernah pulak tengok timeline dia pasal Liverpool ke pasal game Liverpool ke ape kan. Terus lah ella dengan bodoh senyoyong pergi tweet Amy Search. Takda niat langsung nak tunggu dia reply ke ape kira tweet saje suke, biasa artis popular ni susah nak reply apa kita tweet yelah artis kaaaaaan. Pas setengah jam ella bukak balik twitter sekali nampak Amy Search reply okeh tweet ella. Amy Search tuuuu King Rockers tu reply terus tersenyum lebar.
Sekarang boleh buat kesimpulan yang artis original popular top star tak sombong nak reply tweet if diorang ada masa cuma artis aka retis je yang sombong terlebih tak reply apa yang kita tweet walopon baru sesaat dia tulis status kat twitter. Kalo sekarang blog popular pun dah susah nak reply tweet tak tahu lah kalo esok esok jadi artis blog confirm tak nampak orang dah sebab hidung kalah Pinocchio hiks! *mak merah aka kak red pon ada masa reply tweet kita tau, sayang kak red walopon tak pernah jumpa*
Till then xoxo!
Labels:
-Artis-,
-bola-,
-Liverpool-,
-twitter-
Friday, December 9, 2011
Saya bangga jadi Orang Terengganu
Dengarnya cerita ni dah lama tapi macam biasa ella pending siket dan ni pun ella copy dari email kihkihkih orang lama gini lah cerita dah berkurun pun baru nak tahu.
Walau apa pun awak cakap saya tetap dengan bangganya nak bagitahu yang Saya Bangga Dilahirkan di Terengganu, Dibesarkan di Terengganu dan Fasih berbahasa Terengganu.
Ada satu cerita dulu masa mula2 masuk diploma (ella diploma dulu kat KL kira first time jauh dari terengganu) ella xpandai nak cakap kolumpor sangat jadi ella main aci redah cakap bahasa terengganu dalam kelas dengan lecturer dengan member2 pastu bila jumpa geng terengganu lagi lah rancak ella cakap bahasa terennganu sampai ada member ella yang bukan orang terengganu cakap kitaorang *cakap bahasa terengganu* duk kutuk diorang. hahahahahaha. Sejak dari hari tu bagi mengelakkan diorang salah paham ella pun slowly cakap bahasa kolumpo sampai lah sekarang. Dan sekarang bila ella dah fasih cakap kolumpo orang ingat ella betul2 orang kolumpo pulak dah, bila ella cakap ella orang terengganu diorang gelak tak percaya. cooooiiiii, tak percaya sangat buktinya senang je ella cakap laju2 bahasa terengganu baru nganga percaya. hahahaha
Siapa ntah cakap dekat saya yang Ustaz Azhar pun ada cakap yang Bahasa Terengganu ni salah satu bahasa paling unik selepas bahasa Arab. WalAllahhualam.
Labels:
-macam macam-,
-merapu-,
-terengganu-
Subscribe to:
Posts (Atom)


