Showing posts with label -handphone-. Show all posts
Showing posts with label -handphone-. Show all posts

Wednesday, December 10, 2014

Alcatel OneTouch Flash Handphone Khas Untuk Selfie



Assalamualaikum!


Crystal White ke Gun Grey?

Crystal White ke Gun Grey?

Crystal White ke Gun Grey?

Pening kepala wei nak pilih mana warna mana satu sebab dedua pun cun. nak senang cite nanti tanya tuan empuya badan lah nak pilih mane satu. Actually aku plan nak kasi hadiah dekat mama nak gantikan henpon versi lama dia, yelah sekarang semua main slide slide aje cuma mama aku je still dok tekan tekan bila buka tepon.

Alang-alang Alcatel ada jemput ke pelancaran model terbaru henfon mereka ligat ler otak aku berpikir baik aku kasi henfon baru ni je kat mama. Spec dia pon tip top design pun tak kalah hokay.  Meh sini nak story panjang lagi pasal henpon baru Alcatel Onetouch nih..

Displaying Photo A.jpg
KL Kong, Country Manager, TCT Mobile Malaysia (3rd from left) unveiling the new ALCATEL ONETOUCH FLASH.

Displaying Photo B.jpg
KL Kong, Country Manager (3rd from left), Jeslyn Ng, Country Marketing Manager (4th from left) and Jason Khor, Business Development Manager (3rd from right) from TCT Mobile Malaysia with performers at the launch event of ALCATEL ONETOUCH FLASH.

Handphone terbaru dari Alcatel Onetouch ini diberi nama Flash. kenapa Flash? sebabnya ia diambil nama sempena kegilaan orang ramai ber #selfie kerana handphone pintar ini dicipta khas kaki selfie sekalian. Dengan camera depan 5 Mpxl HD dan kamera 13 Mpxl Full HD di belakang memang cun sangat lah.


ALCATEL ONETOUCH FLASH hanya 150g berat dan dilengkapi dengan skrin 5.5 "HD, selain itu menggunakan 1.4 GHz processor ternyata segala-galanya adalah ultra-cepat. Bateri pulak 3200mAh jadi boleh lah korang guna long lasting eh macam maskara pulok bunyi huehuehue. Selain itu Flash juga turut dilengkapi dengan Dual-frekuensi Wi-Fi yang membantu mengurangkan gangguan dan meningkatkan kelajuan penghantaran.

Displaying Photo C.jpg
KL Kong, Country Manager, TCT Mobile Malaysia (far left) taking a selfie with the ALCATEL ONETOUCH FLASH.


Oh yaa, Flash ini menggunakan perisian Android ™ 4.4.2 KitKat. ONETOUCH FLASH akan mula dijual pada 12 Disember 2014 di Semenanjung Malaysia dan  15 Disember 15, 2014 Sabah/Sarawak dengan harga MYR 699 .

Displaying Photo E.jpg
Brand ambassadors promoting the #BEaFlasher campaign which include a range of selfie related activities for all Malaysians.




Sempena pelancaran itu, ALCATEL ONETOUCH juga telah bekerjasama dengan Hydraskins.com untuk memberi 50% diskaun bagi bagi pembelian kulit ALCATEL ONETOUCH dengan hanya memasukkan kod penebusan "BEaFlasher". Tempoh promosi ini sah hingga 31 Mac 2015 aje ya. Jangan lupa sudah beli terus tebus xpayah nak tunggu lelama.

Dah habis cerita pasal launching mari kita tengok rupa sebenar Si Alcatel OneTouch ni pulak.

Crystal White
Gun Grey


Untuk maklumat lanjut, sila layari fb AlcatelOneTouchFlash atau website Alcatel

Sunday, December 15, 2013

REVIEW Ninetology Vs LG

Assalamualaikum!


Lepas seminggu duk godek gadget baru arini baru nak kasi review itu pun sebab esok dah nak kene hantor balik dah, cuba kalu esok tak payah anto lagi mau aku hold lagi review sebab syok guna hahaha. Dah lah skin besor clear gilla pulak tu camera. Suka. Suka.


Gadget yang aku cakap arini adalah handphone Ninetology Z1 vs LG G Pro. Aku buat fair review eh, tulus ikhlas punya review selepas seminggu mengodek dua-dua smart phone nih.




Aku ni kalau handphone nak kata cerewet tu takde lah sangat tapi boleh tahan choosy jugak lah untuk membeli handphone baru. Apa yang aku paling cerewet kalau nak beli handphone mestilah bateri nak kene tip kamera nak kena top. Kalau salah satu fail konpem aku kureng sebab dah tahu napsu diri yang suke sangat upload memacam kat instagram huahuahua. Jadi follow lah intagram diriku ini Ellanadjla *promote instagram sendiri* Jadi arini aku review benda yang aku paling penting apalagi mestilah Kamera & Bateri.



Ciri yang ada kat handphone ini adalah Multi SIM, Android 4.2, CPU 1.2 CHz Quad Core, Screen 5.7" IPS HD Gorilla Glass, Kamera belakang 12.0mp, kamera depan 5.0 mp. Selain tu ada connectivity GPS, A-GPS, WiFi, FM dan juga bluetooth. Interm of bateri pulak 2600mAH yang penting kamera best, bateri tahan lama walopon ko online sesaje tak henti. Takdelah bateri tu zuuppp drop macam other phone. Sakit hati tahu kalo bateri 100% pastu ko baru je online sejam pastu bateri dah menyala macam nak baling je phone huhuhu.



Kalo ko tengok saiz antara Z1 dengan LG G Pro no semestinya Z1 lagi besar. Even dengan note II pun si Z1 ni besar siket. Kalo ko ambik gambar memang penuh clear ko boleh tilik muka.Mari kita tengok gambaq2 dari dua-dua henpon ni okay.


Indoor Ninetology ini kamera depan yer uolss marveles


LG G Pro kamera depan

Kamera Belakang Ninetology without flash



Indoor Kamera belakang LG G Pro without flash



Camera Belakang Ninetology with Flash outdoor gambar tak nampak pecah clear


Camera Belakang LG G Pro with flash outdoor, nangis


Okay ni bukan aku sesaje puji eh ni memang betul. Tak kuasa kalo aku nak pong pang pong pang sekali tak betul berdosa woiii. Kalo ko nak beli handphone yang skrin besar, kamera cun, bateri tip top, Ninetology Z1 harus termasuk dalam senarai pilihan terbaik. Apa yang ko akan dapat bila beli Z1 ni hah godek lagi box nya. Macam biasa charger, usb cable, earphone, yang advancednya ada 2 casing free okeh satu yang belakang sahaja, lagi satu yang full flip casing. Jimat berganda.





Sekarang dah nampak mana yang lagi bagus?? apalagi yang nak tukar phone tu boleh pergi cari test mesti puas hati. Untuk lebih info boleh check it out website Ninetology dan juga FB Ninetology.