Showing posts with label -kahwin-. Show all posts
Showing posts with label -kahwin-. Show all posts

Friday, January 27, 2012

Tahniah Farah Lee dan Ally Iskandar

Assalamualaikum 


Mulakan dengan gambar pengantin sekeluarga fuh fuh ambik berkat :p

Hijau = ally. Kelabu = farah
Cuti chinese new year aritu ella balik terengganu. Balik 4 hari semata nak pergi majlis kahwin adik dan kawan kesayangan. Nasib baik ada tiket kalo tak harus paksa my lobely tipah skype. Cadangnya nak balik dengan flite sekali tiket hambik ko return trip sampai 300++ tak kuasa nak bayar. Jadi marilah menyakitkan bontot selama 7 jam didalam bas huehuehue.

Interview uollls

So sampai pukul 5.30am lelap mata kejap pukul 7.30am bangun terus bersiap nak pergi majlis akad nikah dekat Masjid Kristal. 

ramai betul mana acik tak ketaq lutut :p
Sampai sana terkejut tengok ramainya jemputaaaaaan. Malu lah pulak. Hati berdebar macam diri sendiri yang jadi pengantin :p Duduk sipi kat belakang nanti kang kalo masuk tv glemer kang susah, ai tak suka publisiti hahahahaha #pengsan

Macam nak angkut bunga table tu tau
Pergi dengan all my lovely tipahs dengan niat ambil berkat mana tahu coming soon salah seorang yang lekat dulu hahahaha gila berangan tak sudah. Well perempuan. Akhirnya dengan 2 kali lafaz farah sah menjadi isteri ally yang sah. Terharu sebak gembira semua ada saat dengar akad nikah tu. Dah selamat jadi isteri orang dah adikku yang comel tu. Siapa cakap pergi majlis kahwin semua orang gembira? Kitaorg pergi majlis kahwin sedih tahu sebab adik kahwen dulu dari kakak. Lepas ni sapa nak jadi pengapit, calon sorang dah tak layak. Siapa nak boleh isi borang lah yer hahahaha

oh my lovely tipahs & pengantin & nenek

Ally dan farah sungguh relax kita nak ambil gambar pun boleh tak macam retis kahwin kat tv tak kasi orang ambil gambar. Maka dengan ini tataplah gambar yang ada sahaja okeh. Acik tak kuasa nak ambil gambar banyak, acik lebih suka menghayati majlis indah tu dari kelek kamera kehulur kehilir. Majlis berakhir dengan sungguh manis. Manis macam air sirap. Terima kasih adik atas jemputan. Semoga perkahwinan ini membawa ke syurga dan dikurniakan anak-anak yang solehah. Jadilah isteri yang taat pada suami. Kakak sentiasa mendoakan kebahagiaan adik #sapu air mata :) hugs!


kak lisa kakak pengantin yang available sila isi borang jika punya niat hehehe

Diakhiri dengan gambar with my lovely tipahs yang tak cukup seorang. Jangan dikau tanya siapa yang tolong lilit tudung daku itu. Putar dan lilit saja tudung ituuuuuu apa yang dilihat adalah hasilnya :p

Kulilit tudung dikepalaku tema hari itu

Saturday, January 7, 2012

Edisi Hadiah Kahwin Wajib Yang Orang Beri

Disebabkan sekarang musim kawan kawan kahwin jadi mari kita tulis cerita hadiah kahwin. Nak tunggu hadiah kahwin sendiri lambat lagi jadi mari kita sibuk hadiah kahwin orang lain ngeh ngeh ngeh.




Dulu dulu masa kecik kalau pergi rumah orang kahwin ella suka sangat pegang hadiah kahwin sebab nak tunjuk hadiah kawin kita bawa lagi besar dari hadiah kahwin awak bawa biarpun hadiah tu lagi besar dari tuan yang bawa tapi hogeh hogeh juga nak bawa. Tapi tu masa budak air liur berjejer lagi sekarang nak bawa pun malas nak pergi beli lagiii malas sebab duit sendiri kena keluar hahahaha. Kira kalau orang tu dapat hadiah kahwin dari ella sangat bertuah sebab ella rajin pergi mencari dan membeli. Tapi kalau pergi beli hadiah untuk diri sendiri sangat rajin lah pulak takpayah di suruh hakhakhak. 




Selalunya bila pergi cari hadiah untuk orang kahwin ella mesti cerewet banyaaak. Ella akan fikir panjang contohnya macam ni, kalau beli ni agak diorang pakai tak, kang beli ni diorang tak pakai pulak mmm beli tu lah boleh diorang gantung kat dinding eh eh tak pun beli ni nanti bila diorang masak teringat yang tu hadiah diorang kahwin nak baling pun tak sampai hati haaaaaa sampai camgitu sekali ella fikir. Padahal pengantin tu tak heran mana pun dengan hadiah kita bagi hehehe.




Normal gift yang orang beri untuk para pengantin

1- Cadar / Comforter
2- Set periuk belanga/ kuali/frying pan
3- Set gelas/cawan/pinggan/mangkuk
4- Jam dinding




Dan ella termsuk dalam golongan makcik diatas selalu kasi yang no 2 dengan no 3 tu gila oldskool kan tapi sekarang zaman moden pengantin siap rikues hadiah daripada pemberi okeh. Rikues microwave lah toaster lah nasib baik tak rikues kereta dengan rumah kalau tak si pemberi bankrup hahaha. Terus boikor pergi jemputan kahwin :p




Jadi sekarang disebabkan zaman yang terlampau moden dan pengantin pun macam ragam terover apa kata kita tukar style hadiah yang lebih uptodate. Kita beri buku ilmiah pula walaupun murah dari segi harga tapi mahal dari segi nilai ilmunya. InsyaAllah pahala turut mengalir bersama kita bila si penerima membacanya. Amin. Tapi jangan esok haku kawen hadiah semua buku je sudah hahahaha nak juga hadiah lain macam orang lain #pang sekali.





kredit gambar to mr google!