Showing posts with label -khasiat-. Show all posts
Showing posts with label -khasiat-. Show all posts

Thursday, January 5, 2012

Tips: SUSU membantu untuk tidur lena

kredit google


Dari kecik mak kita selalu suruh kita minum susu, mak awak ada tak suruh awak minum susu? Tapi bila dah besar ni kita selalu lupa nak minum susu yelah masa kecik nak susu je mak terus sua kat mulut hisap tektektek sekarang kalau mintak susu sua kat mulut lempang free ko dapat hahaha.




Stop mengarut ella! :p 




Korang kalau minum susu agaknyalah korang tahu tak khasiat susu tu? ke orang minum susu ko pun minum susu konon nak kulit putih gebu :p memang betul boleh gebukan kulit tapi selain tu susu pun boleh membantu orang insomnia untuk tidur lena waktu malam. Orang tak insomnia tapi selalu macam ada masalah nak tidur malam pun buleh try.




Susu ni bukan je kaya dengan kalsium tapi jugak kaya dengan protein dan vitaminB2. Kalsium membantu untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat, Protein tu pulak membantu untuk bina tisu dan pertumbuhan badan, dan VitaminB2 membantu untuk membebaskan tenaga yang diperolehi daripada karbohidrat, protein dan lemak dalam makanan.



Sebaiknya korang ambil 3 gelas susu sehari tapi untuk tidur yang lena minumlah segelas susu suam/sejuk sebelum korang masuk tidur. InsyaAllah tidur korang tidak terganggu dan mampu tidur lena. Dengan tidur yang lena korang mampu mendapatkan tidur yang cukup untuk menjana tenaga keesokkan hari untuk bekerja :)



Ohyaaa susu yang telah dibuka hanya bertahan dalam masa 2-3 hari je tau dah MESTI simpan dalam peti sejuk. MESTI.


susu kegemaran dutch lady strawberry ONLY

Monday, January 2, 2012

First Time menu makan malam tahun baru Belut rasa dan khasiatnya

Amboi ella nama entri nak khelaas aje feeling kelaaas kau mariaaaa hahaha. Jadinya seperti tajuk menu makan malam 3 hari sebelum tahun baru 2012 adalah sup belut dan gorengan belut. Jangan tanya dulu rasanya macam mana, soalan patut tanya dulu adalah reaksi sebelum nak boleh makan dan telan menu tu, diri sendiri pun rasa lawak bila teringat kisah nak makan hahahaha.


Belut segar *kredit google*


Korang kalau nak makan belut ni tak kiralah buat sup ke goreng ke paprik ke mesti setkan dalam kepala otak yang korang nak makan ikan, kalau korang jenis aci bedal tak payah nak buat tapi kalau korang jenis senyoyoh macam ella sila buat hahahaha.



Ella nak boleh makan dan telan belut tu ella cakap kat diri sendiri nak makan ikan ni.. ikan.. ikan.. ulang sampai patploh kali akhirnya selamat telan masuk perut belut tu, macam orang tak betul duduk kat meja makan cakap sensorang sambil cerita kat kucing, arini nak makan ikan special ikan tau ikan ikaaaaan hahahaha.

Gorengan belut versi kelantan

Ella memang jenis manusia eksotik spesies, eh tapi ella bukan makan binatang eksotik tahu, kang korang ingat ella makan binatang eksotik mampus pergi report kat jabatan perhilitan nayaaa. Member ella panggil ella manusia eksotik sebab ella suka mencuba makanan baru, kira kalau makanan tu baru orang teragak2 nak try ella memang akan try lagi2 kalo pergi melancong tempat orang lagi teruja nak mencuba makanan tempat diorang gituuu paheeem?




Haaa rasa belut hmmmm mungkin lain orang lain lidah lain rasa, lidah ella gorengan belut rasa okay macam ikan, ikan yang mmmmmmm ikan lah senang cerita. Tapi sup tu wa kenot kunyah you, kulit dia tu rasa licin atas lidah jadi tak tersempat nak terkunyah terus tertelan glup glup seketul masuk perot. Gasaklah apa jadi dalam perut hahahaha. *padahal dalam kepala terbayang rupa hakiki belut* :p



sup belut pon versi klate


Ok dah taknak bayang nanti ada terkeluar balik apa yang tertelan seketul seketul. Kat kelantan ni ramai orang cari belut tau sebab banyak khasiat belut ni. Antara khasiat belut bagus untuk menyembuh sakit kulit *kisah benar ni*, menguatkan daya ketahanan badan , Menguatkan daya ingatan seseorang, Berupaya menstabilkan tekanan darah, boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata dan membantu mencegah hepatitis.



Lagi satu harga sekilogram belut ni mahal betul kalah harga ayam dengan ikan. Kat Kelantan ni sekilogram belut hidup berharga Rm16. Tu pun bukan dapat seploh ekor tapi dalam 2-3 ekor belut aje dah cukup sekilo. Mahai mahai.Encik baha cakap ada member dia sanggup beli belut hidup segar Rm10 seekor, wuiiii kalo dah penggemar harga berapa pun sanggup beli tapi kalo ada orang nak kasi ella free seploh kilo belut takpelah awak jual lah kat orang lain saya baik hati kasi awak untung hahahaha.

Saturday, December 3, 2011

Khasiat Tutti Frutti

Salam korang!
Saja upkan entri pasal makanan je arini nak kasi korang lapar je memanjang boleh geng dengan perot ella.


Dengar nama Tutti Frutti pon korang dah tau ape tu kan.
Untuk yang tak tahu Tutti Frutti ni sebenarnya Frozen Yogurt atau ringkas orang sebut FroYo, ada banyak perisa dan korang boleh tambah buah or decoration yang korang nak then akan ditimbang ikut berat. Kalau tak silap ella 100g adalah Rm 5.30 *kalo salah sila komen*.


Nak tahu detail lagi? Nak baca history Tutti Frutti.



Dulu-dulu orang selalu makan yogurt je takda frozen ni tapi zaman beralih arus, makanan pun berubah wajah maka keluarlah Tutti Frutti. Soalan cepumas lah korang tau tak yang yogurt tu berkhasiat? mesti ada yang jawab tahu dan ada yang jawab tak tahu kan. Yang tak tahu tu mesti tau makan telan je asal sedap sebat tak fikir dah berkhasiat atau tak.


Meh sini rapat ella nak kasi tahu khasiat FroYo ni, senang cerita khasiat Tutti Frutti.  



Banyak kan? jadi lepas ni boleh lah makan Tutti Frutti tiap hari *kalo ella makan tiap hari poket rabak*
tapi dalam pada makan tu beringat juga yang mungkin kita akan diuji oleh Yang Maha Esa, tabah atau tidak kita hadapi ujian dariNya hanya kita yang tentukan. Makan pon makan jugak senaman itu penting kan ke mencegah lebih baik dari mengubati :)


Jagalah Kesihatan Anda!


nom nom nom



#Kredit wall info dari Tutti Frutti Axis Pandan Indah