Showing posts with label -unikl-. Show all posts
Showing posts with label -unikl-. Show all posts

Saturday, November 3, 2012

UniKL Antara Universiti Diiktiraf Cemerlang

Assalamualaikum!



Bangga weh! Bangga! tadi baca kat wall lecturer yang UniKL antara universiti yang cemerlang di Malaysia. Alhamdulillah ni mesti berkat student yang belajar pepandai (nak jugak puji) hahahah #eh berkat lecturer yang mengajar ler hahahaha :p 

Rasanya ni tahun kedua kot UniKL berjaya kekalkan kedudukan cemerlang. Mesti tersenyum gelak hehehe dean dr roslan. Menurut  Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pencapaian tiap universiti diukur berdasarkan pengajaran dan pembelajaran.


Tahniah buat semua warga UniKL terutamanya para lecturer, you guys rocks >.< 


Pengesahan mengenai pengiktirafan ni boleh baca di SINI

Friday, August 10, 2012

Berbuka puasa buffet RM 15 di Bistro 3 Sebumbung dengan UniKL BNS Style

Assalamualaikum!



Alhamdulillah, semalam berbuka puasa dengan geng kampus unikl BNS style di Bistro 3 Sebumbung, Wangsa Maju. Jangan terkejut buffet diorang hanya Rm15 seorang untuk dewasa dan ada lebih 20 juadah untuk berbuka tidak termasuk kuih muih. Part pemanis mulut tu ada lebih kurang 10 jenis. Gasaklah perut sumbat semua makanan huehue.







Kalau dah nama buffet haruslah boleh makan sampai habis, siap diorang letak plastik dan bekas kat atas buffet table, saya assume mungkin diorang kasi kita untuk bawa pulang lauk yang tak habis (saya lupa pulak nak tanya). Untung sangat kalaulah gitu caranya, sebabnya tak membazir. Takde lah makanan yang tak habis tu dibuang, no no no setan takdak masa Ramadhan jangan kita pulak berlagak nak jadi setan sudah :p





Bagi saya yang cekeding tapi hantu makan saya cukup puas hati dengan lauk diorang. Sedap dan cukup rasa pastu banyak pilihan makanan. Maklumlah bulan puasa, kalau termasin termanis siket tu adatlah nak buek camno dah semua orang pun puasa. 


Juadah diorang berbeza tetiap hari ya, jangan pulak ko mengamuk kat situ kalo pergi arini butter prawn ada esok pergi takde. Jadi untuk lebih selamat call diorang dulu untuk bertanya dan tempah meja. Masa saya pergi kedainya full. Nampak sangat makanan sedap tanpa ragu-ragu.



Untuk sebarang pertanyaan silalah rujuk maklumat penting ni untuk sebarang tempahan


Contact number:- 
  • 019-5236669-En.Nizam
  • 019-3843648-En.Kamarudin a.k.a Dino.. 
  • 019-3991954-Pn liza

Cawangan:-
  • Shani Cafe Wangsa Maju No.20 Jalan Wangsa Delima 11,D'Wangsa Link Wangsa Maju,53300 Kuala Lumpur. Bersebelahan dengan Restoran Cheng Ho, Satu Barisan Dengan CIMB Bank (restoran disebelah belakang)
  • Shani Cafe Wangsa Maju Yang Ke-2 No.21 Jalan Wangsa Delima 10, D'Wangsa Link Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur..
  • Shani Cafe Shah Alam 45, Jalan Plumbum R7/ R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam..
  • Shani Cafe Cheras No 41 Dataran Dwi Tasik ,Jalan Dwi Tasik 1, Bandar Seri Permaisuri, Cheras 56000 Kuala Lumpur
  • Shani Cafe Maluri(Aliya's kitchen) Food Court DBKL Berdekatan Kolej CYBERNETICS bersebelahan kolej YPC dan Casaria

Monday, May 21, 2012

Selesai jua satu pengorbanan

Assalamualaikum!



Alhamdulillah akhirnya pengorbanan untuk bergelar seorang penuntut berijazah selesai jua. Tapi ni baru selesai part final year project yang munguji kesabaran iman. Setahun tempoh nak buat projek macam sepuluh tahun terseksa tapi tulah pengorbanan dalam pelajaran. Terima kasih buat semua yang terlibat. Next selesaikan semua peperiksaan lepastu kita hooooray! eh tak kena cari kerja  T__T. Siapa ada kerja kosong meh kasi borang nak isi :p







Friday, March 23, 2012

FYP is coming

Assalamualaikum!


Yes sekarang tengah membizi gilak dengan fyp. 4april nak present tapi ado lagi yang tak siapnya.


taip taip padam taip lagi padam lagi taip lagi dah tak tahu nak tulis apa otak blank. Jadi ni jelah yang tinggal baca lah ek apa yang ada.

Wednesday, February 1, 2012

Hanya Sekeping Sijil Berharga Rm 190


Assalamualaikum




Ingat lagi tak entri officially-ethical-hacker ni? tak ingat boleh baca balik kat SIN
Haaaa 2 minggu lepas ella baru terima sijilnya. Hampir 6 bulan baru dapat sijilnya lama betul nak boleh dapat in hand. Tak tahu lah apa proses yang diorang buat sampai lambat macam tu sekali. Tapi Alhamdulillah sekarang selamat simpan dalam file dah. Simpan aje nanti tunjuk kat anak cucu, kalau ada rezeki guna lah hikhikhik 



Dan ini lah sijil paling mahal yang ella perlu bayar. Untuk exam sahaja fees dia Rm 600 dan untuk dapatkan sekeping sijil yang original ni ella kena bayar lagi Rm 190. Total semuanya kira korang tambah sendiri :p
Nasib baik lulus, kalo fail bayangkan kaki licin sebab cukur bulu kira timbang kati nak bayar second test hahahaha.


Korang kalau berminat boleh ambil juga exam ni. Eccouncil juga ada offer banyak lagi profesional exam yang lain dan trainer diorang pun semuanya berkaliber. :)




Saturday, January 28, 2012

Berkorban Apa Saja

Assalamualaikum


Ini lah dia universiti yang terbilang melahirkan pelajar berdedikasi tinggi harapan 1 Malaysia tanpa segan silu jadual pembelajaran saya tersusun sangat indah. Cukup punya banyak waktu untuk berjimba. Harus paling penting repeat baju tak sampai sebulan. Terbaik sangat susunan yang hanya 2 jam setiap hari dan membanggakan 5 jam di hari Sabtu. Betul hari SABTU. Jadi dengan bangganya saya mengisytiharkan perang kepada sebarang aktiviti di hari sabtu.



Apa lagi yang mahu ditonjolkan? tak perlu pergi jauh untuk berkorban cukup sekadar korbankan waktu melepak di hari sabtu dengan menayang muka di kelas, dan membayangkan muka housemate senang enak membuai mimpi dikala anda bangun pagi dan terkedek ke kelas. Ingatan buat diri sendiri. Sila berkorban untuk markah 12.00 anda. Mari kira sama-sama menuju kejayaan.


Rasa poyo jek tulis soooo baku hahahaha. Tanda protes secara aman. OkBai.

Friday, January 27, 2012

Anugerah Dekan lagi? Rezeki

Assalamualaikum


Sudah lama rasanya tidak berbicara disini, kesibukan diri dan kekangan waktu yang mencemburui hampir membuatkan saya terlupa saya punya tanggungjawab disini eeeeewaaaah! hahahaha sesekali berbahasa indah kaaaan :p


Minta ampun geng, ella agak sibuk sekarang ni maklumlah baru masuk umur patbelastahun #pitam banyak nak kena settlekan kerja, nanti kalau rajin ella update pasal celerate birthday yer.


Alhamdulillah, tahun baru bermula dengan gembira bila sekali lagi menerima Anugerah Dekan :) Anugerah untuk mak, pa & ma yang tak pernah jemu mendoakan kejayaan anaknya yang "sangat pandai" ini. Anak yang tiap kali nak exam study sampai sanggup tak tidur malam kerana takut apa yang dibaca akan hilang keesokkan pagi. Anak yang selalu hantar sms dan call malam sebelum exam, pagi sebelum masuk dewan dan selepas keluar dewan hanya untuk memohon diberkati segala apa yang dikurniakan dan memohon restu doa kejayaan.


Akhirnya, setiap restu doa mereka terbalas dengan kejayaan si anak. Syukur Alhamdulillah. Hanya kepadaMu aku bersujud Ya Allah.


Terima kasih juga untuk lecturer & sahabat yang ikhlas membantu dalam pelajaran. Untuk yang turut sama bakal menerimanya nanti jumpa 9 Februari okeh. Yang belum punya rezeki InsyaAllah satu hari setiap usaha anda akan dibalas oleh Yang Maha Esa.


Jangan ditanya siapa reka sebab jawapannya orang level 25 kot :p

Sunday, December 18, 2011

Keputusannya Julai 2011


Petang semalam dalam pukul 3 lebih gitu tetiba terasa nak buka ecitie, korang yang tak tahu ecitie tu online application untuk budak UniKL. So capai laptop terus nak login sekali zzzzzzzzzzzz respond to long dah pelik dah tapi buat tak tahu yelah semua budak tau server ecitie tu bukan boleh orang access sekali harung ribu riban mesti nak jammm. Pastu buka wall budak dah kecoh result keluar terus mek gigih buka ecitie naik keras urat refresh. Adalah dalam setengah jam try baru boleh buka. Berdebar toksah cakap lah macam nak buang jantung gantung kat hanger bilik kasi sejuk sikit kena aircond. 



Cik sah ada duk terbongkang tidur tak heksited langsung nak tengok result anak. Biasalah penyakit keturunan kaki tidur tak boleh salahkan sesiapa kalau tidur tak cukup 12 jam. Dah boleh klik my result sekian hal pulak nak nungu loading macam tunggu kau kaunter nak refill air kat mekdi tapi takda orang layan. Macam mana rasa tunggu air dapat penuh cup macam tu lah jugak rasa tunggu ecitie tu loading. Kalau server tu boleh bercakap harus dimakinya semua yang tak sabar nak dilayan.



Bila dah boleh tengok result yang first sekali tengok Grade takutlah ada tersangkut C, Alhamdulillah setakat di UniKL ni takda lagi C syukur sangat pastu baru buka mata leluas tengok result lain. Yang best sekali result NetSec sebab prof cakap kalau nak dapat A mesti otak kena sama macam dia jadi siapa yang baca status semalam mesti paham kenapa. Yang tak paham duk diam diam hakhakhak.



Jadinya inilah result untuk semester 7 di UniKL. Alhamdulillah masih dalam perjalanan untuk satu lagi semester sebelum buat cik sah, cik maz dengan encik raz tersenyum lebar. Ada impian untuk digapai masa konvokesyen, semoga segalanya diizin dan dipermudahkan olehNya.




Untuk kawan kawan result korang amacam? Semoga bagus juga. Terima kasih untuk sepanjang satu semester korang membantu saya yang tak seberapa ni. Sem depan kita usaha sesama lagi.




To you i will always be with u!

Wednesday, September 21, 2011

OWASP DAY KL 2011




Seminggu dua ni bizi dengan OWASP DAY KL 2011 ni je, ella salah sorang committee student representative so memang kedaung saje otak terhadap belog & twitter. Arini last day baru lah dapat bernapas siket tapi esok pun dah start queue assignment, quiz & test.


 Ya Allah tabahkan aku untuk melalui semua ini.. ;) 

Tuesday, July 12, 2011

Officially "Ethical Hacker" sudah sekarang..
walopon markah hanya 86.53% tapi tetap lulus kalo tak lulus mau meroyan RM600 melayang sijil terbang..
sakit kepala otak duk jawab soklan Ec-Council bagi nih, sape lah yang pandai sangat buat soklan nih dah lah tiap sorang lain set takde maknanya ko nak meniru.. Exam 4jam pon tak cukup..

Alhamdulillah lulus..