Showing posts with label -voucher buku 1 malaysia-. Show all posts
Showing posts with label -voucher buku 1 malaysia-. Show all posts

Saturday, February 18, 2012

Word Search Hobi Baru



Assalamualaikum 


Haritu kan dapat voucher buku, so selain daripada novel ella beli juga buku word search ni, bukan apa sementara tunggu lecturer masuk kelas boleh juga tambah ilmu kan :) selain tu exercise mata untuk cari huruf huruf tu. Nampak macam senang tapi sebenarnya susah jugak kadang sampai naik juling biji mata mencari tapi fun. Ilmu kan boleh dicari dimana-mana so salah satunya dicari dalam buku ni. Harganya murah je dalam Rm 6 atau Rm 7 gitu je. Ada banyak jilid dan ada juga dalam bahasa melayu, yang ella punya ella pilih yang English nak mahirkan diri kata hatiku eeeewah :p nak cari juga? boleh pergi cari di kedai buku popular :)

 


Friday, February 17, 2012

Baucar Buku Tingkatkan Budaya Membaca

Assalamualaikum



Mula mula nak terima kasih kat kerajaan malaysia sebab kasi voucher ni walopon ditahun akhir semester baru merasa nak dapat kelebihan sebagai student. Kenapa lah dari sem lepas diorang tak terfikir nak kasi mesti bertambah tambah koleksi pembacaan.




Nah voucher 200 hengget tu semua ku bedal beli di kedai buku popular, bukan apa senang nak cari barang kalo kat mph kadang blur nak tengok kat mana lepastu stationary pon tak berapa nak meriah sangat terus kansel nak menyopping secara free :p



Apa yang dapat dengan 200 hengget voucher tu? dapatlah beli semua stationary idaman kalbu selama ni mampu tengok nak membeli macam membazir tapi bila dah alang alang ada voucher ni mestilah ku rembat kihkihkih. Dan memandangkan ella ni major in IT dan minor in Sastera haruslah yang sastera tu lebih di utamakan hahahahahha. Minor sastera tu rekaaan feeling diri sendiri okeh jangan korang pergi percaya pulak, tak ada lagi dalam sejarah universiti kat malaysia buat camgitu kahkahkah.



Nah seblas bijik novel berjaya dibeli demi memenuhi subjek sastera diri sendiri :p Lepas ni boleh lah ella join jadi penulis novel mana tahu hlovate pon menangis baca cerita ella #perasan hahahahaha. Buku komputer liat siket nak baca tapi kalau kasik novel sehari pun mampu habis walopon terkadang bengkak mata ayior mata meleleh siap boleh hafal lagi jalan cerita novel tu macam mana kheeeelaskan. Lecturer pon tabik spring toink toink tengok anak murid mampu hafal cerita novel bukan cerita dalam kelas #tumpang lalu madam :p




Siapa nak pijam sorry ler wa bukan library nak kasi pinjam buku kihkihkih eh tapi kalo ayu ke ecah ke zila ke nak pinjam ai relaaaa kasi pinjam u (bodek sebab nak pinjam novel diorang jugak kelip kelip mata) hahahahhahaha