Monday, December 26, 2011

Subway Kalendar 2012



Melt honey oat all veggie rance sweet onion chili & thousand island *taktau betul tak eja :p* 


Tu subway feveret ella sepanjang masa, tiap kali pergi mesti nak yang tu jer kecuali angin kuskus datang nak merasa yang lain. Ni tahun kedua ella dengan gigihnya memberli subway cukup rm30 setiap hujung tahun semata nak kalendar dia sebab kat bawah kalendar tu diorang kasi kupon sunway tiap bulan jadi harus ku rembat nak jimat niat suci disitu kahkahkah



Masa ella beli ni sebelum balik haritu pepagi buta pergi subway sebelum kejar flite. Ella guna yang December 2011 punya kupon buy 1 free 1 pastu minta si cashier tu kirakan apa lagi boleh ditambah nak kasi cukup rm30. Banyak sangat choice last sekali senang beli Italian BMT satu cookies 3 keping dengan free Club satu ngam rm30.75. Habis cerita angkut balik kalendar 2012. Korang nak jugak sila pergi redah Subway sekarang :)

Sunday, December 25, 2011

Telan air liur glup glup bunyi


Tell me why why why kat sempadan golok ni takda Secret Recipe. 
Sedapnya NewYork cheese cake.
Terliurnya.
ok dah bye!

Friday, December 23, 2011

Mutiara Sabah bah


Tak tahu nak tulis apa jadi sajer je gedik show off gelang mutiara dari sabah yang ella dapat aritu. Baru je keluar dari arrival hall terus dapat orang first lagi tuu bangga mak noks! Sape yang kasi?? Tunggu lah InsyaAllah tahun tahun depan baru ella bagitau *malu* hiks!

Thursday, December 22, 2011

Jangan dicuba udang petai

Haritu ella teringin gila makan udang masak petai siap pergi pasar chow kit cari petai. Redah Tesco dengan Jusco takda tu yang pergi chow kit tu. Jalan kaki dari rumah dengan panas berpeluh basah ketiak semata cari petai. Bajet malas nak cari yang dah siap perisi tak payah bergetah tangan sekali hoiiii yang dah perisi lima hengget ko tau dah lah secoet je. Makan pun tak puas.


Dah harganya pon lima hengget tak hingin nak membeli yang siap perisi, ambik yang belum perisi tapi harganya mencekik jugak ko tahu. 3 papan tiga hengget. Gila! Tu yang segar yang kureng segar 3 papan dua hengget tapi memang kecut berut lah gayanya makan takda bunyi kruk kruk. Tensen betul semua nak mahal je harga tak boleh nak murah kalau banyak tu takpe jugak ni siket je kot tapi mencekik. Dalam pada tensen marah beli jugak sebab dah basah ketiak mintak tawar tak dapat kalo tak beli kang teringin makan lagi susah.


Balik rumah laju laju masak sebab tak tahan bau petai, tengah masak tu pun tak tahu lah berapa kali duk merasa sampai tak tahu rasa dah jadinya hahahaha. Dalam pinggan haruslah petai lebih dari udang kata teringin petai haaa hambik udang wa tak pandang petai dulu wa mentekedarah. Dah tu lawan pulak dengan air rootbeer anw agak agak ape yang jadi, rasanya memang lah mengancam.


Duduk seploh minit lepas basuh pinggan terus tak boleh angkat kepala ko tahu. Tengok tv macam tengok wayang 3d tak pakai spek khas. Berputar pinar mata memang kepeningan yang hamat. Tu pun bantai nak makan panadol lagi tapi seb baik sedar diri kalo tak memang cek in HKL belakang rumah lah jawabnya. Bila dah kepala hotak segar baru sedar yang sebenarnya if makan petai JANGAN MINUM AIR BERGAS kalo tak gasaklah ko berpinar bijik mata pening. Sebabnya petai tu kan angin dan bergas ko gi lawan pulak dengan air gas memang masyuk lah. Lepas ni kena beringat yer korang JANGAN tau tapi kalo nak try rasa high petai macam mana sila try. 


Tu gambar masak sendiri okeh bukan gambar google 

Wednesday, December 21, 2011

DiGi iPhone 4SURE I DO 1ST



Korang kalau dapat iPhone 4s yang orang duk sibuk pokpetpokpet sekarang ni apa yang korang akan buat dulu? okeh malas dengar jawapan korang muahahahah :p



Kalau ella dapat in hand iPhone 4s ni tau apa yang ella nak buat dulu? Ella nak cari setting takpun applications pastu nak cuba tukar SIRI yang paham bahasa omputih je tu kepada bahasa terengganu *berangan* nak buat macam mana lidah pekat dialek terengganu harus lah henpon mesti paham bahasa terengganu. Kata smart phone mestilah jadi smart macam tuannya jugak walaupun dalam mimpi je nak tukar bahasa yang SIRI tu paham kehkehkeh.





Tapi dah sah sah angan pertama tu takkan berjaya punya jadi angan-angan kedua yang pasti berjaya hanya dengan DiGi iPhone 4Sure boleh adalah ella nak bercakap bahasa terengganu dengan si smart SIRI pastu kita tengok apa dia reply. Mesti boleh buat ella gelak guling guling macam iklan DiGi orang kuning versi hindustand golek golek kat taman klcc. Bukan saja tu tapi SIRI ni memudahkan kerja. Dalam kelas lepas ni tak payah lah ella duk bimbang kalau nak reply message urgent ella cuma cakap dengan SIRI pastu SIRI tolong tuliskan pastu send. Tak ke sangat memudahkan. Tu lah benda first sekaliiiiiii yang ella akan buat dengan DiGi iPhone 4SURE  I DO 1ST godek godek SIRI sepuas hati.



Sebenarnyakan korang sedar tak yang SIRI ni sebenarnya boleh mengeratkan hubungan korang dengan orang tersayang. Kenapa ella cakap macam tu? macam ni korang bayangkan eh one day tu korang dah tak tahu nak buat apa dah boring melepak, tengok movie pergi makan makan, semua tu dah bosan buat korang nak buat benda baru. Tapi benda baru tu korang tak tahu apadia. Tapi kalau korang ada iPhone 4s ni korang boleh play around SIRI dengan pasangan anda. 


Mula mula si girlfriend cakap kat SIRI "Say Hello B Busuk"


Tengok apa SIRI reply. Mesti SIRI reply ntah apa-apa sebab SIRI kan tak paham lidah melayu.


Pastu si boyfriend pulak cakap kat SIRI "I LOVE U"




Kali ni mesti SIRI paham sebab lidah omputeh. Dengar apa SIRI reply mesti korang berdua gelak terkekeh kekeh. Tak ke merapatkan hubungan tu. Bukan saje smart untuk iPhone tapi juga smart untuk relationship. Memang iPhone 4Sure semua boleh lah dengan DiGi