Showing posts with label -nuffnang-. Show all posts
Showing posts with label -nuffnang-. Show all posts

Tuesday, February 23, 2016

Gaji Pertama dari Nuffnang


Assalamualaikum!


Eksited nak update blog semata nak bagitau dapat cek pertama ever dari Nuffnang hahaha (poyo tak perempuan ni :p) Walopon hasilnya takdelah se gah blogger femes tapi syukur sekurang-kurangnya dapat lah iols nk merasa jugak hasil bersengkang mata sebelum ni..

Lama okeh nak tunggu cek in sampai ke tangan.. ella cash out bulan december kot tapi harini baru sampai, gigih wei nunggu cek tiba.. Alhamdulillah ianya tiba sebelum ella start cuti panjang.. Walopon takmo pakai lagi duit ni tapi okey lah sekurangnya duit dah ade ditangan.. Niatnya duit ni nak pakai untuk beli carrier #zullellajr tapi tu nunggu habis pantang nanti.. Nak bawak budak kecik tu balik kampung nombor dua mommy daddy kekeke.. Nampak tak betapa mommy daddy dia rindu kolumpo walopon dah hampir dua tahun tinggalkan KL..
 
Sekarang ni nunggu cek dari churpchurp pulok untuk tiba.. Tapi rasanya sampai tengah cuti nanti kot.. Takpelah sampai bebila pun janji sampai sudah.. Weeee tak sabar... tak sabar...
 
 
Nah ku tepek cek pertama sebagai kenangan sebelum masuk bank.. kot kot lah lepas bertahun satgi belek balik blog terimbau kenangan cek pertama yang diterima dari nuffnang :p 
 
till then tata! 

Tuesday, June 26, 2012

Preview Movie | Brave

Assalamualaikum!


Weeeehuuuuu akhirnya dapat juga preview daripada Nuffnang, sebenarnya dah lama saya tak dapat preview daripada Nuffnang or ChurpChurp, saya baru ingat nak merajuk tapi diorang macam tau tau je terus dapat hahahaha. So untuk cerita ni apa yang boleh saya katakan memang BEST! tak rugi kiranya kalau korang pergi beratur untuk beli tiket. 



Sinopsis cerita Brave yang saya cilok dari Nuffnang kehkehkeh

Set in the rugged and mysterious Highlands of Scotland, Disney Pixar’s “Brave” follows the heroic journey of Merida (voice of Kelly Macdonald), a skilled archer and headstrong daughter of King Fergus (voice of Billy Connolly) and Queen Elinor (voice of Emma Thompson). Determined to change her fate, Merida defies an age-old custom sacred to the unruly and uproarious lords of the land: massive Lord MacGuffin (voice of Kevin McKidd), surly Lord Macintosh (voice of Craig Ferguson) and cantankerous Lord Dingwall (voice of Robbie Coltrane), unleashing chaos in the kingdom. When she turns to an eccentric Witch (voice of Julie Walters), she is granted an ill-fated wish and the ensuing peril forces Merida to harness all of her resources—including her mischievous triplet brothers—to undo a beastly curse and discover the meaning of true bravery.
merida sangat cekap memanah "bijop ngat"

Comel sangat rambut Merida sampai terbayang kalaulah rambut saya macam tu mesti saya buat macam-macam fesyen tapi kekadang tengok rimas ler pulok hahahaha. Apa yang dapat saya simpulkan cerita ni mengenai tradisi keluarga dan jangan sesekali cuba untuk menderhaka kepada ibu anda sebab akhirnya korang akan menyesal. Sangat menyesal. Saya tak nak cerita banyak tapi kalau ada chance saya nak pergi tengok lagi. Jadi korang boleh tahu kan sedap ke tak cerita ni >.<


Sunday, June 10, 2012

Buffered Earnings Nuffnang Mencanak Naik

Assalamualaikum!




Alhamdulillah Buffered Earnings Nuffnang mencanak naik. Sebenarnya saya jarang buka page Nuffnang sekarang ni sebab sibuk sangat dengan 2 subjek last pastu sibuk mencari kerja hantar resume sana sini. Kalau online pun mesti ikut ipong je kalau rajin siket buka leptop update belog. Kalo saya update tu maknanya saya ada masa siket lah tu huhuhu.


Tadi sementara nak ambil mood buat assignment kampus saya bukalah Nuffnang sekali vavava rezeki masuk. Pestime kot dapat 4 Buffered Earnings Nuffnang sekaligus. Terima kasih Nuffnang. Ni semangat nak update blog nih tapi masa sungguh mencemburui saya :(

Thursday, May 31, 2012

Fantasia Bulan Madu Muzikal


Assalamualaikum! 


Fantasia Bulan Madu lagu idaman kalbu nih sejak dari pandai menyanyi lagu ni adalah feveret. Walaupun orang cakap "hek eleeeeh old skul gilaaa minah nih" eh ada wa kisah? ikut suka hati wa lah old skul ke new skul ke janji hati wa gembira ecececece


Disebabkan terlalu sukakan lagu ni saya selalu berangan kalau diberi peluang saya nak buat Muzikal Fantasia Bulan Madu tapi acane nak buat saya bukan budak yang belajar bab filem in the making. Saya budak security LOL jadi untuk memuaskan hati saya berangan aje lah hekhekhek.


Biasanya muzikal ni nak lagu yang rancak yang chicky baru orang terkinja sama kaan tapi disebabkan ini muzikal angan-angan saya maka sukatik saya lah hahahahaha. Eh eh tak, saya akan tukar melodi lagu Fantasia Bulan Madu ni jadi lebih menusuk kalbu yang pasti alunan dia mendayu. Nak tau kenapa mendayu? sebabnya lirik lagu ini cukup menyentuh hati. Kira muzikal saya ni untuk orang yang bercintancintun gitu barulah romantik. Sambil hati melayan cinta cintun sambil menyelami lirik lagu eeewah! Kalau korang jenis dengar lagu sambil hayati lirik mesti korang akan meleleh air mata feeling hokeh.


Bab lagu dah settle, bab scene pulak mmmmmmm saya nak pelakon pempuan fazura dan pelakon lelaki fahrin ahmad. Kenapa? sebab fazura gigi cantik *takde kene mengena dengan lagu langsung tapi sebab minat ku mahu jua*, fahrin sebab muka dia penuh sifat-sifat yang boleh menyelami lagu tu huhuhu. Dan lokasinya ringkas aje ditepi pantai sambil disinari rembulan purnama bersama sebijik gitar kapak.


Okay korang bayangkan eh scene ni..

"fazura dan fahrin tengah menyusuri gigi air di pantai ditemani keindahan langit sambil disinari cahaya bulan dan bintang sebab tu ulang tahun perkahwinan diorang yang pertama, sambil tu diorang dihiburkan dengan deruan ombak dan desiran angin malam pantai.. Then diorang duduk berbaring rehat seketika dekat sebatang tunggul kayu ambil fazura bersandar pada fahrin sebabnya nak kira bintang di langit dan menikmati cahaya bulan purnama. Lepastu fahrin mulakan alunan lagu ....... 

"Demi cintaku pada mu 
Ke mana saja kan ku bawa 
Ku hujung dunia ke bintang Kejora, 
Demi cintaku padamu
Kukorbankan jiwa dan raga
Biar pun harus ku telan
Lautan bara
Bulan madu di awan biru
Tiada yang menggangu
Bulan madu di atas pelangi
Hanya kita berdua
Mengecap nikmat cinta
Yang putih tak terbendung
Sesuci embun pagi
Andai dipisah
Laut dan pantai
Musnahlah ilham
Hilang pedoman
Andai dipisah
Cahaya dan bulan
Gelap gulita
Musnah asmara"

sambil fahrin memetik gitar hadiah anniversary dari fazura dan memandang mata fazura yang mana masa tu diorang berdua hanya ditemani cahaya bulan


auuuuwwww so suweet nanti dah kawen nak rikues gini jugaklah huehuehue. Siapa yang nak sambut anniversary masih belom terlambat nak rikues. Okay sebelum angan-angan lebih parah lebih baik saya stop, kang ada esok pergi kampus isi borang add subjek ambik subjek creative media ni kang :p

Saturday, April 28, 2012

Rangsang Deria Anda Dengan LG Cinema 3D Smart TV

Assalamualaikum!



Awak awak suka tengok tv tak? Saya suka tapi tapi rumah saya sekarang tak ada tv jadi bila saya pergi shopping complex mesti saya masuk kedai yang ada tv lepastu lepak lama lama sebab nak puaskan mata tengok tv kuikuikui.


Lepastu berangan nanti bila saya kaya saya nak beli tv macam ni 


Awak tahu kenapa saya nak beli tv macam kat atas tu sebabnya saya nak feeling tengok tv macam tengok movie kat rumah. Awak tahu apa nama tv tu? meh sini saya bisik tv idaman kelbu saya tu namanya LG Cinema 3D Smart TV. Tengok rupa bentuk pun dah tahu yang tv tu Lightweight glasses pastu cool 3D effects dan ultimate immersive viewing saya sukeeeeeeeeeeeeer. Kalau saya ada satu tak payah saya nak pergi  berliburan kat luar baik saya duduk kat rumah hiburkan diri dengan LG Cinema 3D Smart TV tanpa limit ooooh bestnyaaaaa *bayangan masa depan*




Sambung bayangan masa depan lagi... Kalau ada tv tu mesti tetiap malam saya habiskan masa dengan family berkaraoke bermarathon movie berdansa keliling ruangtamu sampai kedapur bergolek dengan sang kucing semua depan tv aje. Bila dah tv best mesti lah audio dengan visual pun mantop aaaaaaa syioknyaaaa. Saya konfem sangat kalau ada sebijik memang tak keluar rumah pun takpe janji rumah saya ada tv best saya boleh layan semua kegemaran hanya dengan sebijik tv LG Cinema 3D Smart TV aje kat rumah :p


Lagi lama tenung LG Cinema 3D Smart TV tu lagi tak keruan jadinya. Tak sabar pulak macam nak pergi rembat satu kat kedai. Tengok gambar pun dah merangsang segala deria dalam tubuh nak satu tv nih kalu tengok depan depan mau overload deria rangsangan silap gaya takmau balik selagi tak dapat tv tu satu. Kalau korang nak pergi beli satu sebelum ella dapat sebijik korang boleh baca kat LINK LG Cinema 3D Smart TV INI  untuk dapatkan lebih maklumat.

Friday, April 27, 2012

Preview : The Avengers

Assalamualaikum!





Yea yea yea ingat lagi cerita mikohero saya? tak ingat boleh baca kisah mikohero saya balik kat SINI.
Kan aritu saya ada kasitau kat SINI yang saya dapat preview tu.Tenkiuuuuuuuuu Nuffnang pilih mikohero saya! Lalu semalam dengan jayanya saya sudah tengok kehkehkeh. 


Hai captain america awak sangat cute tahu. *tetibe*


Seriously ceritanya thumbsup! 
Korang wajib pergi tengok. Kiranya movie ni paling best lah kot. Cukup rasa gelak senyum sengeh sedih lawan  perang gitu. Yang part sedih tu time agent coulson kot namanya mati terus tik tik tik air mata. Padahal cerita tengah nak lawan musuh tu tak taulah keturunan siapa yang terfeeling terlebih menghayati benau. 
So untuk korang yang teragak-agak nk pergi tengok sila kejam mata bayar je tiket tu konfem tak menyesal. Satu lagi lepas abis movie tu tunggu sat naaa jangan laju laju nak keluar bajet i am number one langkah pintu keluar sebabnya ada lagi siket storynya. Blogger yang ada juga semalam kak alyza, penmerah, cik epal, kifli plus yang lain ada jugek tapi saya tak kenal sangat hikhik.



Sinopsis
Continuing the epic big-screen adventures started in “Iron Man,” “The Incredible Hulk,” “Iron Man 2,” “Thor” and “Captain America: The First Avenger,” “Marvel’s The Avengers” is the superhero team up of a lifetime. When an unexpected enemy emerges that threatens global safety and security, Nick Fury, Director of the international peacekeeping agency known as SHIELD, finds himself in need of a team to pull the world back from the brink of disaster. Spanning the globe, a daring recruitment effort begins.


Friday, April 20, 2012

Awak dapat tak?

Assalamualaikum!



Kuik apdate heeee saje je nak tanya korang siapa lagi dapat boleh lah jumpa kat sana. Kerana mikohero lah saya dapat. Nak tahu cerita kegigihan mikohero boleh baca kat SINI.  Nantikan mikohero datang menyelamatkan bumi weeeeee.




Lepas ni nak start balik lah buat preview kat blog. Dulu rajin lepas tu dah malas sekarang kena rajin balik. Jangan lupa jumpa kat sana kawan kawan.

Sunday, April 15, 2012

Contest : Marvel’s The Avengers

Soalan dari Nuffnang:

What superhero would you be if you could create a new member for The Avenger’s team and how would you save the world?


Jawapan dari saya:

Disebabkan dalam The Avenger’s team semua lelaki gagah jadi saya nak join the team jadi perempuan hebat barulah bersemangat hero ketak-ketak nak berjuang. Kalau superhero Avenger’s team buka vacancy nak tambah geng saya nak jadi superhero yang boleh membaca kuasa jahat. Bila ada je kuasa jahat mata saya akan kasi alarm berkelip kelip banyak kali disebalik topeng merah bagi melindungi sesiapa mengesan signal itu. Bila berkelip kelip bermaksud ada sesuatu jahat akan muncul jadi saya kena berhati-hati.



Bila dah ada signal haruslah ada sesuatu yang jahat nak menyerang jadi saya boleh tahu dan boleh lah saya and the Avenger’s team bersiap sedia untuk melawan kuasa jahat tu. Dengan itu saya boleh lah menyelamatkan bumi daripada kemusnahan yang teruk. Dengan costume merah vouge dan topi kuning yang lengkap dengan set pemanah dan laser gun semestinya saya mampu membantu The Avenger’s team untuk menghapus kuasa jahat daripada memusnahkan bumi.


Dengan ini saya mengelarkan diri saya "MikoHero" the new Avenger’s team member. Mari kaita bersama-sama menyelamatkan bumi.

saya adalah MikoHero. Nak sain tak?

Monday, March 5, 2012

Tulisan Dinding

Assalamualaikum



Cari mana korang punya tulisan dinding, kalau pandai teka juga yang mana ella punya tulisan dinding (alaaa yang ada love dengan bunga tuuuu ) untuk Mr. Stick Man yang hensem itu weeeeeee..



Tuesday, February 28, 2012

Nuffnang Is 5 Birthday Party

Assalamualaikum



Temanya adalah biru dan register timenya adalah 6 petang tapi pukul 430 dah gerak dari rumah walaupun klcc tu hanya seploh minit dari rumah ok gila bunyinyakan dan memang gila sebab first time pusing dari jalan pinang masuk jalan kia peng lepastu masuk sampai kompleks karangkraf berpusing lagi sampai ke restoran tophat gila sangat gila. Akhirnya pukul 5.20 gitu jumpa tempat yang dicari lepak dalam kereta sampai hujan rintik baru berlari keluar dasar pemalu terlampau. Tu pun ada lagi niat nak tunggu kak alyza sampai dek kerana kemaluan terlebih huhuhu.



Register posing semua bagai moh cari kerusi dan lepak. Hari tu sungguh tak bertuah sebab sakit perut bendera merah menambahkan lagi kemaluan yang ada untuk membuka mulut beramah mesra bencik bencik. Apakan daya jika itu sudah tertulis eeeeeewaaah ayat sedih pulak dah hahahahaha. Jadinya sempat berkenalan dengan wawa dan adik kak alyza je yang lebihnya tengok dari jauh senyum senyum padahal dah lalu depan madammondoq dah tuuu. Nak bergambar dengan kak red pun tak kesampaian dabel bencik. Sempat bergambar dengan kak lily je sooooo sad. Jadi apa yang ada hanyalah gambar syiok sendirik dan cupcake yang sedap dan manis :(




Cupcake yang saya sengaja terlebih ambik sebab nampak cute siap bawa balik 2 bijik lagi hehehehe



Dan semuanya berakhir bila saya balik awal pukul 9.20pm dah calllo tak tahan perut yang dah bertukar menjadi mesin basuh secara tetiba bencik lagi bencik. To you stick man Happy Birthday! Hugs!

Sunday, February 19, 2012

Happy Birthday! Nuffnang Is Turning 5!

Assalamualaikum 





Hi Nuffnang stick man Selamat Hari Lahir yang ke 5 tahun!
Dah besar dah awak sekarang yer cuma tak boleh nak kahwin je lagi hikhikhik. Kalau budak dah masuk tadika dah ni tapi budak yang advanced sebab genius :p Mula mula nak tenkiu dulu kat Nuffnang sebab bagi peluang untuk para blogger mencari ruang untuk sama-sama berjaya dan juga berjaya mengangkat blogger ke satu tahap di mana blogger semakin dikenali :)




Okay stop untuk ucapan sekarang kita fikirkan partaaaay!!! (macam confirm dijemput je gayanya hahahahaha) Jadinya untuk birthday kali ni temanya adalah BIRU. 





Hmmmmmm kalau biru selalu yang pop out kat kepala mesti suasana yang warm bak kata pepatah sejuk mata memandang. Kalau dah warm tu haruslah nak ada lilin kasi bercahaya gitu. Kata birthday haruslah kelihatan bercahaya dan semestinya lilin yang wangi tu pilihan utama mesti romantik auuwwwww.




Lepastu campur pulak dengan blue roses sekeliling lilin tu bertambah tambah lah warm suasana birthday parti nanti. Bayangkan sepanjang pintu masuk tu kiri kanan bertaburan blue roses dan lilin wangi berwarna biru mesti semua feeling sangat dihargai. Okeh tak dapat dibayangkan kalau tak dapat join suasana birthday gitu.






Hmmmm bila dah ada lilin ada bunga satu lagi yang wajib ada mestilah belon! Belon haruslah biru jugak. Apalah birthday parti tanpa belon kan. Belon pulak hiasnya mestilah disegenap ruang dalam hall tu. Biarkan belon tu tergantung disetiap kerusi mesti awesome. Sampai tenggelam semua blogger dengan belon belon biru dimerata tempat. Oh sweetnya birthday parti macam tu. Selain tu ada makanan best best dengan games yang boleh kasi gelak all the time. Birthday haruslah bergembira bila gembira haruslah bahagiakan. Maaaak nak birthday parti macam tu jugak hehehehe.




Ok sebenarnya tu angan-angan birthday parti masa kecik tapi tak kesampaian jadi kita transform kasi birthday parti untuk lovely Nuffnang! Happy Birthday Nuffnang stick man!


Monday, December 26, 2011

DiGi iPhone 4SURE 4 ME

Apa yang orang duk sibuk pokpetpokpet sekarang eh? soalan mak untuk anaknya yang gila gadjet.

Bukan pasal weeding Lisa Surihani dengan Yusry Kru tu lah dokpun(takpun) pasal duit baru tahun depan tapi pasal iPhone4s dari DiGi tahu dok(tahu tak)? soalan anak gila gadjet kepada emak yang gila kerja pakai henfon cap ayam.

Dok tahu pon, cu story skek nape benda tu (cuba cerita sikit apa benda tu)? soalan berupa request dari emak kepada anak.

Meh sini nok crita (mari sini nak cerita)... jawab anak kepada emak..

Kenapa DiGi iPhone 4SURE 4 ME?? Jawapannya senang saja.




Pertama, sebab si anak duduk jauh di Kuala Lumpur dan si emak duduk jauh di sempadan Malaysia dek kerana tuntutan gila kerja,  gila tak gila gosip tetap gosip.

Kedua, oleh kerana dua-dua berjauhan tapi sehari kalau tak bergosip memang tak sah, nak jugak dengar suara walaupun hanya hello, mak bizi nanti gosip.. tuuttt tuuttt talian putus :)

Ketiga, oleh kerana si anak dan si emak berjauhan jadinya bergosip hanya ikut panggilan suara tak ada feel, kan lebih baik ada iPhone4s yang boleh berface time jadi sesi gosip ibu anak lebih meriah terasa macam bercakap sebelah menyebelah kongsi satu bantal atas katil sambil makan kerepek walaupun hakikatnya sorang di selatan sorang di timur. Tak ke anda rasa macam sentiasa ada ibu dimana anda berada. Macam orang kuning i will follow you tuuu.

Keempat, memang iPhone4s dicipta untuk mengeratkan hubungan yang jauh menjadi dekat sebab tu jadinya nama iPhone4s, 's' tu means Sentiasa, Selamanya, Selalu, berSamamu *eeeewah pepandai je ella hek*


Kalau ada iPhone4s saja tak guna kalau tak ada mobile plan macam mana nak bergossip sambil berface time ataupun ber iMessage, jadi mestilah nak kena signup mobile plan baru lah sesi lebih hangat. Apalagi yang lebih menguntungkan selain tawaran dari si gemok orang kuning yang selalu duk ngikut kemana saja korang pergi untuk bergosip nak kasi line clear full bar connection supaya tak terputus putus bila bergosip which is i LIKE!


Jadinya kalau menang sebijik iPhone4s dari DiGi angan-angan gossip sambil berface time memang jadi kenyataan buat si anak gila gadjet dan si emak yang berhenfon cap ayam. Confirm tiap malam nak tidur wajib face time pastu tertidur sambil tengok muka mak biarpun dah unur doplohtiga tahun hikhik.




naaah tu the main reason why DiGi iPhone 4SURE 4 ME simple padat tepat. Cukup tak payah banyak janji sesi gosip dengan beloved mom on setiap hari walaupun berjauhan dimata tapi dekat diface time hanya with DiGi iPhone4s Sentiasa, Selamanya, Selalu, berSamamu :)





Wednesday, December 21, 2011

DiGi iPhone 4SURE I DO 1ST



Korang kalau dapat iPhone 4s yang orang duk sibuk pokpetpokpet sekarang ni apa yang korang akan buat dulu? okeh malas dengar jawapan korang muahahahah :p



Kalau ella dapat in hand iPhone 4s ni tau apa yang ella nak buat dulu? Ella nak cari setting takpun applications pastu nak cuba tukar SIRI yang paham bahasa omputih je tu kepada bahasa terengganu *berangan* nak buat macam mana lidah pekat dialek terengganu harus lah henpon mesti paham bahasa terengganu. Kata smart phone mestilah jadi smart macam tuannya jugak walaupun dalam mimpi je nak tukar bahasa yang SIRI tu paham kehkehkeh.





Tapi dah sah sah angan pertama tu takkan berjaya punya jadi angan-angan kedua yang pasti berjaya hanya dengan DiGi iPhone 4Sure boleh adalah ella nak bercakap bahasa terengganu dengan si smart SIRI pastu kita tengok apa dia reply. Mesti boleh buat ella gelak guling guling macam iklan DiGi orang kuning versi hindustand golek golek kat taman klcc. Bukan saja tu tapi SIRI ni memudahkan kerja. Dalam kelas lepas ni tak payah lah ella duk bimbang kalau nak reply message urgent ella cuma cakap dengan SIRI pastu SIRI tolong tuliskan pastu send. Tak ke sangat memudahkan. Tu lah benda first sekaliiiiiii yang ella akan buat dengan DiGi iPhone 4SURE  I DO 1ST godek godek SIRI sepuas hati.



Sebenarnyakan korang sedar tak yang SIRI ni sebenarnya boleh mengeratkan hubungan korang dengan orang tersayang. Kenapa ella cakap macam tu? macam ni korang bayangkan eh one day tu korang dah tak tahu nak buat apa dah boring melepak, tengok movie pergi makan makan, semua tu dah bosan buat korang nak buat benda baru. Tapi benda baru tu korang tak tahu apadia. Tapi kalau korang ada iPhone 4s ni korang boleh play around SIRI dengan pasangan anda. 


Mula mula si girlfriend cakap kat SIRI "Say Hello B Busuk"


Tengok apa SIRI reply. Mesti SIRI reply ntah apa-apa sebab SIRI kan tak paham lidah melayu.


Pastu si boyfriend pulak cakap kat SIRI "I LOVE U"




Kali ni mesti SIRI paham sebab lidah omputeh. Dengar apa SIRI reply mesti korang berdua gelak terkekeh kekeh. Tak ke merapatkan hubungan tu. Bukan saje smart untuk iPhone tapi juga smart untuk relationship. Memang iPhone 4Sure semua boleh lah dengan DiGi

Tuesday, December 20, 2011

DiGi iPhone 4SURE MOST AFFORDABLE

'Sorry your phone line has been barred, please contact your service provider or visit our branch to make the payment. Thank you'



Okay.. 


Okay..


Kena bar lagi phewww terima kasih lah tolong bagi tahu *cakap dalam hati kat diri sendiri pang padan muka!*


Boleh kata dalam setahun adalah empat lima kali kena macam tu, dasar tak berapa nak sedar diri tu student tapi gatal nak pakai bil jadi ambik kau terimalah kalau line kena barred sebab duit dalam purse cukup nak buat makan kalau bayar bil maggi pun belum tentu kau mampu makan nak tunggu hujung bulan hahahaha.


Orang pakai bil ko pun sibuk nak pakai bil pastu gelabah bila closing date lambat lagi tapi bil dah 80% nak capai kredit limit. Bila lambat pergi kelas nak mintak member tolong cover mulalah pinjam henpon housemate nak message sekeping padahal sendiri pakai henfon mahal tapi bil kena potong malu wuiii malu.


Ginilah padahnya bila signup mobile plan yang diri sendiri tak affordable nak bayar. Kadang mampu kejar settle semua bil kadang tunggu lah elaun masuk bayar dulu siket kasi line up pastu berjimat habisan nak call lecturer pun sayang kredit rela tunggu berjam luar bilik nak tanya pasal assignment.



Tak settle lagi pasal bil dengan henfon cikai gatal pulak tangan nak angkat iPhone 4s tapi kali ni memang nak kena rancang betul betul mobile plan yang nak kena ambil. Yelah apa guna kalau pakai smart phone tapi tak ambil mobile data plan macam makan telur separuh masak tak letak kicap dengan lada sulah rasa semacam kembang tekak. Jadinya setelah survey baaaaaik punya compare setiap mobile plan dengan semua telco yang ada kat Malaysia akhirnya ku temui cinta hati mobile plan yang cocok dengan henfonku iaitu tadaaaaaaaa DiGi mobile plan is the best!




Ella nak pilih plan ni iDiGi 88 sebabnya yang sebelum ini punya plan monthly agak mencekik tapi yang plan DiGi ni cuma RM55/month. Yang bestnya plan yang ella guna sebelum ni dengan telco yang lain sama je yang iDiGi 88 ni offer. Kira Voice call, sms, mms dengan data memang sebijik sama tapi with DiGi ella cuma perlu bayar half price compared dengan sebelum ni. 




Jadi lepas ni ella tak payahlah nak terima ucapan minta maaf yang tak diundang dari cik kak dalam telefon tu lagi sebab confirm plan DiGi ni mampu sesangat nak sign up. Sememangnya nak cakap kat korang yang  ‘DiGi iPhone 4SURE MOST AFFORDABLE’. Tak sabarnya nak tunggu iPhone 4s sampai depan pintu =)





Nak tahu lagi plan yang DiGi offer boleh pergi tengok dekat link SINI <-- klik. Confirm korang tak rugi, lagi #Untungler adalah =D

Tuesday, December 6, 2011

Buffered Earnings

Salam & Hi korang!




Today just nak share current buffered earnings kat belogella. Alhamdulillah aritu ella buka nuffnang tengok kat buffer ada 3 campaign. Syukur rezeki Allah swt berikan, walaupun tidak lah banyak tapi sekurangnya masih ada rezeki di belogella ni. 


Terima kasih korang sudi jenguk belogella yang tak nak seberapa ni. Mudahan nanti dapat pulak rezeki sponsor post dari nuffnang. Walaupun earning sekarang ni dah mampu nak cashout tapi takpelah dulu ella nak simpan dulu kat situ biar lama janji makin membukit nilainya. 


Mungkin tips ni berguna untuk korang if nak dapatkan buffered earnings, korang selalu update blog korang pastu rajinkan lah berjalan kat blog orang lain dan tinggalkan komen *walaupun diri sendiri tak menyempat nak buat* mungkin diorang akan balas kunjungan korang tu balik =D walau apapun rezeki masing2 telah ditentukan Yang Maha Esa namun tak salah untuk kita berusaha mungkin suatu hari nanti ada rezeki untuk kita.



Till then xoxo!


Friday, October 28, 2011

Kitty joom pergi jungle trekking!


Tiap kali sebut pasal pet mesti teringat kat my fatty cat "kitty"..
Kecomellan dia boleh buat semua orang geram nak pergi gomol gomol pastu usik hidung dia sebab dia sensitif tang hidung, tiap kali orang pegang hidung mesti nak merajok pastu lari sembunyi bawah kerusi.. Comel kan perangai macam tuan dia sebijik!


Selalu time holiday balik kampung wajib bawak kitty pergi round kat pantai, kasi angin sepoi sepoi bahasa tiup bulu dia. Bayangkan bawak kucing yang gedempol macam garfield pergi ambil angin pantai mesti orang teruja nak dukung jugak dia macam bayi paling cute. 


Korang kalo bawak pergi berjalan mesti senyum melebar kaaaan, harap kucing tak pandai senyum kalau pandai ramai lelaki nak jadi kucing jugak dah lah comey orang pelok pulak tu :p tu hakikat sebenar. Tapi fakta yang memang benar benar belaka my kitty sangat sangat sangat pemalas dan tak adventure tahu.. Nak turun tangga rumah pun sibuk meyelit tepi kaki orang nak mintak dukung bawak turun. Langsung tak mencabar tau walhal ko tu jantan kitty wei. Tak der sifat kejantanan langsung! Geram tau macam nak pergi selam je dalam kolam, tapi dalam geram tetap sayang hiks.


Ella duk terbayanglah kalau lah ada aktiviti jungle trekking dengan binatang peliharaan harus ella register kitty masuk nak kasi tough berketul2 siket muscle dia tak der lah gemok lemak je. Biar boleh selam si kitty masuk kolam pastu buat flying fox sambung terus lari 100 meter baru lah jantan siket si kitty tu nanti tak de lah lembik macam tuannya nih..Kalau lah ada kan aktivity dengan pets mesti seronok.. Kalau lah adaaaaaa...

mata sepet hidung penyet = tahap kemalasan terserlah