Showing posts with label - preview movie-. Show all posts
Showing posts with label - preview movie-. Show all posts

Thursday, December 5, 2013

Lawak Ke Der 3 Memang Lawak Ler Hoiiiiiii bersama ESCAPE!

Assalamualaikum!

Akhirnya setelah hampir 6 bulan menyepi dari penulisan harini kerna Lawak Ke Der I am back uolllls.
Heh
Back sangat ler kau! :p
Tak..
Tak..
Sebenarnya ade je kat Instagram sana kat sini je tak ade, ate kerojenya 7 hari seminggu mana nak gagau letop dah huhuhu.


Bek to the story babeh, semalam balik keje terus pecut pergi Istana Budaya sampai sana mengelupur cari Bro orang kuat tuuu. Tenkiu Bro sudi memberi peluang peace yooo!*kenyit mata sambil jeling tunang kat seblah, eh eh dah tunang? laen kali kite cite yer :p


Semalam sekali lagi Istana Budaya bergegar dengan gelak ketawa berair mata sebabnya Lawak Ke Der 3 wa cakap lu memang gempak habis. Kali ni Lawak Ke Der 3 bawa masuk Douglas Lim si apek pelawak yang mulanya ingat tak lawak sekali dapat lawak dia hambek kau tak mampu nak sorok gigi kapak dah gelak tak reti kaver sudahnya. Macam nak aje jerit nak lagi nak lagi. Sumpah lawak gila! Tumbs up Douglas dengan lagu Tragedi Disember yang power habis, kitaorang satu line siap bersorak nak histeria lagi lagi iols satu line selang 4 kerusi aje dengan noks Kifly. Cuba kalu seblah harus patah aku rasa satu row tuh kah kah.


Selain Douglas ada lagi Harith Iskandar yang sememangnya lawak, ko tak payah dengar dia pun ko mesti nak gelak bila tengok muka dia, mamat salleh gebu ala-ala celup yang konfuse dari kecik sampai sekarang. Harapnya lepas ni dia tak konfused dah sebab kita kan 1 mesia. Kali ni Lawak Ke Der pun bawa masuk orang baru iaitu Kumpulan Jambu. Story dia iols rasa lawak tang maen catur, nak tau acane pergi beli tiket sana. Kang smua crita kat sini tak syok ah.

Oh haa pengacara dia main actor punch tak jadi Nabil. Tapi nasib baik dia pandai kaver ape yang dia tak brapa menjadi. Keseluruhannya memang sempoi habis lah kali ni. Most recommended kena pergi tengok lawak Douglas Lim, memang tak terkata mau gelak aje sepanjang masa dia atas stage. Well done uncle! Now people see you lepas ni takdak lagi soklan "tak de shooting ke?" kalo ade lagi yang tanya cemgitu jawab aje "ni mesti tak gi tengok Lawak Ke Der 3" tu pasal tak tau cite hekhekhek.


Untuk yang mengeletis nak tengok Lawak Ke Der baek ko pergi booking beli tiket sesiap, kang lelambat tiket abis rugiiii ooooo. Pementasan Lawak Ke Der 3 ini bermula dari 4-8 Disember aje, kalo tak tengok versi omputih sila pergi rembat tiket 6 Disember, penampilan khas untuk versi Bahasa Inggeris. Iols semalam tiket tajaan #Escape tenkiuuuuuuu #Escape! Now we know that we're never be alone with Escape!

Lagi satu udah alang-alang tengok Lawak Ke Der tu ushalah Escape skali untung berganda seh. Jom kita Escape sesame nak nak! Come Escape with me bak kate Jacky Chang dalam iklan wayang nak start tu.



Sapa tak tau ESCAPE itu apa meh nak tolong stori, ESCAPE ni ibarat TV ler sebabnya korang boleh tengok video, filem, konsert, berita, acara terkini hanya pada satu site sahaja. Pendek kata satu tempat boleh bukak memacam tak payah nak tukar itu ini. Lagi best korang boleh pilih nak tengok sekali bayar sekali atau bayar RM25 sebulan untuk unilimited access.
Macam Lawak Ke Der 3 ni khas untuk pelanggan ESCAPE berita baik sesangat sebabnya korang semua boleh menyaksikan Lawak Ke Der 3 secara ekslusif di ESCAPE mulai 31.12.2013 selama 6 bulan! Tuuu diaa gelak lah kau pepuas. 
Lagi satu peluang yang mesti direbut oleh korang adalaaah peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE yang menawarkan hadiah tunai sebanyak RM5,000 setiap hari. Kau setiap hari sapa lagi nak kasi duit kalo bukan ESCAPE. Acane nak join?? Meh sini usha detailsnya:-

Mulai 7 hingga 27 Dis 2013, pelanggan Celcom perlu menonton Youtube Channel Cuit-cuit  @ESCAPE atau KLIK SINI  setiap hari untuk menjawab satu (1) teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3.

Pelanggan Celcom juga dikehendaki meneka dan menghantar jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888. Jawapan korang tak dikira panjang ke pendek janji yang korang anto tu jawapan kekeke. Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut layari lah ESCAPE.

Jangan bimbang dengan ESCAPE kini anda takkan terlepas menonton filem atau drama bersiri kegemaran anda. Untuk maklumat lanjut, layari ESCAPE sekarang.





Tuesday, June 26, 2012

Preview Movie | Brave

Assalamualaikum!


Weeeehuuuuu akhirnya dapat juga preview daripada Nuffnang, sebenarnya dah lama saya tak dapat preview daripada Nuffnang or ChurpChurp, saya baru ingat nak merajuk tapi diorang macam tau tau je terus dapat hahahaha. So untuk cerita ni apa yang boleh saya katakan memang BEST! tak rugi kiranya kalau korang pergi beratur untuk beli tiket. 



Sinopsis cerita Brave yang saya cilok dari Nuffnang kehkehkeh

Set in the rugged and mysterious Highlands of Scotland, Disney Pixar’s “Brave” follows the heroic journey of Merida (voice of Kelly Macdonald), a skilled archer and headstrong daughter of King Fergus (voice of Billy Connolly) and Queen Elinor (voice of Emma Thompson). Determined to change her fate, Merida defies an age-old custom sacred to the unruly and uproarious lords of the land: massive Lord MacGuffin (voice of Kevin McKidd), surly Lord Macintosh (voice of Craig Ferguson) and cantankerous Lord Dingwall (voice of Robbie Coltrane), unleashing chaos in the kingdom. When she turns to an eccentric Witch (voice of Julie Walters), she is granted an ill-fated wish and the ensuing peril forces Merida to harness all of her resources—including her mischievous triplet brothers—to undo a beastly curse and discover the meaning of true bravery.
merida sangat cekap memanah "bijop ngat"

Comel sangat rambut Merida sampai terbayang kalaulah rambut saya macam tu mesti saya buat macam-macam fesyen tapi kekadang tengok rimas ler pulok hahahaha. Apa yang dapat saya simpulkan cerita ni mengenai tradisi keluarga dan jangan sesekali cuba untuk menderhaka kepada ibu anda sebab akhirnya korang akan menyesal. Sangat menyesal. Saya tak nak cerita banyak tapi kalau ada chance saya nak pergi tengok lagi. Jadi korang boleh tahu kan sedap ke tak cerita ni >.<


Wednesday, June 20, 2012

Preview : Filem Mael Lambong

Assalamualaikum!




Semalam saya berkesempatan pergi ke Preview Filem Mael Lambung di TGV Sunway Pyramid, tenkiu atas jemputan kakakku ruby. Filem Mael Lambong ini akan mula ditayangkan di 79 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 21 JUN 2012, merupakan filem ketujuh terbitan EXCELLENT PICTURES dan diarahkan oleh pengarah terkenal AHMAD IDHAM AHMAD NADZRI.


Antara gambar scene dalam Mael Lambong


Ulik mayang yang akhitnya meal diulitkan


auw, hiyak, oh, ek gaya mael kaching!


mariaaa ooo mariaaa


Filem ni memang tak rugi nak pergi tengok sebabnya konfem korang akan ketawa berdekah-dekah dari awal sampailah ke akhir. Aksi-aksi para pelakon memang mengundang kerusi bergegar, sampaikan saya sendiri penat rahang duk gelak memang tak kaver langsung, dalam gelap siapa tahu kalo gelak macam hantu pon hahahahaha . Filem ini dibintangi oleh pelakon terkenal ZIZAN RAZAK, TAIYUDDIN BAKAR, JULIANA EVANS dan juga seorang bakat baru, SHENTHY FELIZIANA.


Saya rekomend korang pergi tengok sebab nanti akan ada aksi dikampung halaman mael yang memang teeeeeeeettttt tapi kelakar gilaaaaa. Ok tak boleh bayang lagi nanti kang gelak sensorang >.< cumanya tak puas hati siket sebab zizang dok cakak tranung padahal balik kapong doh huhuhu.


Jangan lupa korang pergi tengok cerita Mael Lambong di pawagan bermula 21 Jun ini.



P/s: Gambar dari preview semalam jangan ditanya, tadi gatal pergi forensickan memori lalu terus korup semua hukhukhuk

Friday, June 1, 2012

Preview: Piranha 3DD


Assalamualaikum!





Siapa plan nak pergi tengok movie ni lebih baik pikir leklok sebabnya bagi saya tak tahu apa jalan cerita yang nak disampaikan yang sebenarnya. Saya tengok dengan penuh beria tapi sampai ke habis saya tak tahu apa motif yang positif huhuhu. Motif terang benderang yang saya nampak adalah nak tayang tetek semata sesuai sangat tajuk 3DD. 


Yang DD tu mungkin merujuk kat saiz tetek pempuan dalam cerita tu lah kot. Tetiap scene hokeh tayang tetek tak paham betul acane pengarah movie ni boleh terpikir nak buat scene gitu. Cerita ni sesuai sangat untuk orang yang nak pergi cuci mata tengok hot chicks, saya sendiri tutop mata malu wuiiii. Eh terlebih kritik pulak saya hahaha :p





Siapa yang nk pergi tengok jugak boleh baca sinopsis  ni dulu. Tapi dalam bahasa omputih lah yer sebab saya malas nak translate jadi saya kopipes dari blog Nuffnang aje hahaha. Padahal dapat tiket dari ChurpChurp :p


Having awoken from their spring break extravaganza at Lake Victoria, the swarm heads upstream where they look to make a meal out of Big Wet, a local water park where when it comes to fun, nobody does it wetter! Though they came to get wet, get loaded and get some, the staff and patrons get more than they bargained for when they must face the fiercest, most bloodthirsty piranhas yet.

Lead by the strong-willed, studious Maddy and her friends, Barry and Kyle, the trio must dive in and take on these man-eating creatures using every ounce of their being but can they be stopped?








Hah gini lah scene dalam cerita nih kemain tayang tetek besor siap boleh gelak lagi. Aiyooh tak sanggup mau nengok. Pesanan ikhlas saya siapa yang sayang duit dan rasa nak tengok cerita yang banyak aksi cerita ni sangat tak disyorkan yer. Tapi apepun teeeenkiu ChurpChurp untuk tiket :)




Friday, April 27, 2012

Preview : The Avengers

Assalamualaikum!





Yea yea yea ingat lagi cerita mikohero saya? tak ingat boleh baca kisah mikohero saya balik kat SINI.
Kan aritu saya ada kasitau kat SINI yang saya dapat preview tu.Tenkiuuuuuuuuu Nuffnang pilih mikohero saya! Lalu semalam dengan jayanya saya sudah tengok kehkehkeh. 


Hai captain america awak sangat cute tahu. *tetibe*


Seriously ceritanya thumbsup! 
Korang wajib pergi tengok. Kiranya movie ni paling best lah kot. Cukup rasa gelak senyum sengeh sedih lawan  perang gitu. Yang part sedih tu time agent coulson kot namanya mati terus tik tik tik air mata. Padahal cerita tengah nak lawan musuh tu tak taulah keturunan siapa yang terfeeling terlebih menghayati benau. 
So untuk korang yang teragak-agak nk pergi tengok sila kejam mata bayar je tiket tu konfem tak menyesal. Satu lagi lepas abis movie tu tunggu sat naaa jangan laju laju nak keluar bajet i am number one langkah pintu keluar sebabnya ada lagi siket storynya. Blogger yang ada juga semalam kak alyza, penmerah, cik epal, kifli plus yang lain ada jugek tapi saya tak kenal sangat hikhik.



Sinopsis
Continuing the epic big-screen adventures started in “Iron Man,” “The Incredible Hulk,” “Iron Man 2,” “Thor” and “Captain America: The First Avenger,” “Marvel’s The Avengers” is the superhero team up of a lifetime. When an unexpected enemy emerges that threatens global safety and security, Nick Fury, Director of the international peacekeeping agency known as SHIELD, finds himself in need of a team to pull the world back from the brink of disaster. Spanning the globe, a daring recruitment effort begins.


Friday, April 20, 2012

Awak dapat tak?

Assalamualaikum!



Kuik apdate heeee saje je nak tanya korang siapa lagi dapat boleh lah jumpa kat sana. Kerana mikohero lah saya dapat. Nak tahu cerita kegigihan mikohero boleh baca kat SINI.  Nantikan mikohero datang menyelamatkan bumi weeeeee.




Lepas ni nak start balik lah buat preview kat blog. Dulu rajin lepas tu dah malas sekarang kena rajin balik. Jangan lupa jumpa kat sana kawan kawan.

Monday, October 10, 2011

Pavillion & Real Steel first time

Semalam adalah first time parking kereta di pavillion dan hari semalam dalam sejarah telepon pavillion tanya kat mana parking paling dekat dengan GSC. Bukan sekali talipon tapi hempat kali talipon, siap eksplen saya first time nak parking dalam pavi nih hahahaha. Dan dalam jalan jeem yang tak hengat itu ella tawaf pavi semata2 cari parking yang tak berlabel Zon E tapi berlabel zon A. Tensen mencari sampai hampir2 nak pakai valet parking, tapi nasib baik iman kukuh kalau tak waselamat doploh hengget.



Gigih ella bertanyakan parking pavillion tu sebabnya ella nak pergi layan cerita REAL STEEL nih, best woooo. Korang yang memang aim nak pergi tengok sila pergi tengok minggu depan 13 oct 2011 tak silap tayangannya memang tak rugi beli tiket.



Real Steel ni cerita mengenai dush dush robot dengan robot, disebabkan kepuasan hati yang melampau dengan movie ni pop corn yang dibeli adalah makan tak habis, Ella duk "ralek" sangat tengok sampai lupe nak suap masuk mulut. Kesimpulannya movie ni BEST!

Dan aritu adalah ntah ke berapa kali jumpa kak ciklilyputih tapi masih tak berjaya nak berpose sama2. Next time memang nak kena tangkap cepat kak ciklilyputih nih. :p


Tenkiu ChurpChurp & TuneTalk! :)