Showing posts with label -duit-. Show all posts
Showing posts with label -duit-. Show all posts

Thursday, December 5, 2013

Lawak Ke Der 3 Memang Lawak Ler Hoiiiiiii bersama ESCAPE!

Assalamualaikum!

Akhirnya setelah hampir 6 bulan menyepi dari penulisan harini kerna Lawak Ke Der I am back uolllls.
Heh
Back sangat ler kau! :p
Tak..
Tak..
Sebenarnya ade je kat Instagram sana kat sini je tak ade, ate kerojenya 7 hari seminggu mana nak gagau letop dah huhuhu.


Bek to the story babeh, semalam balik keje terus pecut pergi Istana Budaya sampai sana mengelupur cari Bro orang kuat tuuu. Tenkiu Bro sudi memberi peluang peace yooo!*kenyit mata sambil jeling tunang kat seblah, eh eh dah tunang? laen kali kite cite yer :p


Semalam sekali lagi Istana Budaya bergegar dengan gelak ketawa berair mata sebabnya Lawak Ke Der 3 wa cakap lu memang gempak habis. Kali ni Lawak Ke Der 3 bawa masuk Douglas Lim si apek pelawak yang mulanya ingat tak lawak sekali dapat lawak dia hambek kau tak mampu nak sorok gigi kapak dah gelak tak reti kaver sudahnya. Macam nak aje jerit nak lagi nak lagi. Sumpah lawak gila! Tumbs up Douglas dengan lagu Tragedi Disember yang power habis, kitaorang satu line siap bersorak nak histeria lagi lagi iols satu line selang 4 kerusi aje dengan noks Kifly. Cuba kalu seblah harus patah aku rasa satu row tuh kah kah.


Selain Douglas ada lagi Harith Iskandar yang sememangnya lawak, ko tak payah dengar dia pun ko mesti nak gelak bila tengok muka dia, mamat salleh gebu ala-ala celup yang konfuse dari kecik sampai sekarang. Harapnya lepas ni dia tak konfused dah sebab kita kan 1 mesia. Kali ni Lawak Ke Der pun bawa masuk orang baru iaitu Kumpulan Jambu. Story dia iols rasa lawak tang maen catur, nak tau acane pergi beli tiket sana. Kang smua crita kat sini tak syok ah.

Oh haa pengacara dia main actor punch tak jadi Nabil. Tapi nasib baik dia pandai kaver ape yang dia tak brapa menjadi. Keseluruhannya memang sempoi habis lah kali ni. Most recommended kena pergi tengok lawak Douglas Lim, memang tak terkata mau gelak aje sepanjang masa dia atas stage. Well done uncle! Now people see you lepas ni takdak lagi soklan "tak de shooting ke?" kalo ade lagi yang tanya cemgitu jawab aje "ni mesti tak gi tengok Lawak Ke Der 3" tu pasal tak tau cite hekhekhek.


Untuk yang mengeletis nak tengok Lawak Ke Der baek ko pergi booking beli tiket sesiap, kang lelambat tiket abis rugiiii ooooo. Pementasan Lawak Ke Der 3 ini bermula dari 4-8 Disember aje, kalo tak tengok versi omputih sila pergi rembat tiket 6 Disember, penampilan khas untuk versi Bahasa Inggeris. Iols semalam tiket tajaan #Escape tenkiuuuuuuu #Escape! Now we know that we're never be alone with Escape!

Lagi satu udah alang-alang tengok Lawak Ke Der tu ushalah Escape skali untung berganda seh. Jom kita Escape sesame nak nak! Come Escape with me bak kate Jacky Chang dalam iklan wayang nak start tu.



Sapa tak tau ESCAPE itu apa meh nak tolong stori, ESCAPE ni ibarat TV ler sebabnya korang boleh tengok video, filem, konsert, berita, acara terkini hanya pada satu site sahaja. Pendek kata satu tempat boleh bukak memacam tak payah nak tukar itu ini. Lagi best korang boleh pilih nak tengok sekali bayar sekali atau bayar RM25 sebulan untuk unilimited access.
Macam Lawak Ke Der 3 ni khas untuk pelanggan ESCAPE berita baik sesangat sebabnya korang semua boleh menyaksikan Lawak Ke Der 3 secara ekslusif di ESCAPE mulai 31.12.2013 selama 6 bulan! Tuuu diaa gelak lah kau pepuas. 
Lagi satu peluang yang mesti direbut oleh korang adalaaah peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE yang menawarkan hadiah tunai sebanyak RM5,000 setiap hari. Kau setiap hari sapa lagi nak kasi duit kalo bukan ESCAPE. Acane nak join?? Meh sini usha detailsnya:-

Mulai 7 hingga 27 Dis 2013, pelanggan Celcom perlu menonton Youtube Channel Cuit-cuit  @ESCAPE atau KLIK SINI  setiap hari untuk menjawab satu (1) teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3.

Pelanggan Celcom juga dikehendaki meneka dan menghantar jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888. Jawapan korang tak dikira panjang ke pendek janji yang korang anto tu jawapan kekeke. Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut layari lah ESCAPE.

Jangan bimbang dengan ESCAPE kini anda takkan terlepas menonton filem atau drama bersiri kegemaran anda. Untuk maklumat lanjut, layari ESCAPE sekarang.





Saturday, January 7, 2012

Kenapa Bila Orang Dapat Duit Kita Asyik Minta Belanja?

Assalamualaikum korang! *tetibe*




Tadi terbaca status seorang kawan Alhamdulillah dia dapat interview kerja. Syukur akhirnya ada peluang untuk menjenguk pekerjaan walaupun baru interview tapi mana tahu rezeki dia dapat kerja tu kita tumbang gembira. Ramai yang komen tapi dalam ramai yang doakan kejayaan interview tu terselit beberapa komen berbunyi "nanti dapat gaji belanja lah weh" ada juga yang komen "nanti dah kerja jangan lupe belanja aku". Si penulis menjawab InsyaAllah ada rezeki lebih aku belanja.




Kadang kala ella mari terfikir sebab apa tiap kali kita dapat duit mesti orang minta belanja. Siap sampai mengungkit kalau kita tak belanja main perli perli bagai duit dah banyak tapi minta belanja pun kedekut. Memang betul kalau ada rezeki lebih tak baik nak kedekut tapi kadang orang tak tahu yang duit kita dapat tu bukan kita simpan semua dalam bank buat pekasam. Banyak benda yang nak kena bayar bil, kasi mak, bayar rumah kereta yang orang tak tahu. Yang orang tahu cuma minta belanja je.




Amboiiii ingat kita kerja dapat duit untuk belanja dia gamaknya. Ella pun pernah merasai dapat duit banyak seketul 5k dapat kat tangan tapi ella ikhlas nak belanja member. Bukan nak berlagak tapi niat ikhlas nak share tapi ada yang merasa tu siap janji takpe nanti giliran dia pula nak belanja. Kita pun iakan aja. Kalau ada rezeki dia belanja merasalah kita tapi kalau tak ada jangan lah meminta. Nampak sangat nak mentekedarah duit orang tapi duit sendiri kedekut.



Kesiankan lah kat kawan tu, gaji pertama dia bukan untuk belanja korang, mungkin dia ada niat nak belanja family ke bayar hutang ke yang kita tak tahu. InsyaAllah kalau ada rezeki korang dia nak belanja kita terima seadaanya dan bersyukur bukannya sesi perli dan bergosip cop kata dia kedekut huhuhu.



Bukan senang nak senang dan bukan senang nak susah, semua atas usaha kita sendiri. Cuma fahamkan lah posisi masing masing, kita tak tahu kesusahan orang dan orang tak tahu kesusahan kita jadi jangan cepat nak assume orang tu camgini orang ni camgitu boleh dosa free sejaje. adios!