'Sorry your phone line has been barred, please contact your service provider or visit our branch to make the payment. Thank you'
Okay..
Okay..
Kena bar lagi phewww terima kasih lah tolong bagi tahu *cakap dalam hati kat diri sendiri pang padan muka!*
Boleh kata dalam setahun adalah empat lima kali kena macam tu, dasar tak berapa nak sedar diri tu student tapi gatal nak pakai bil jadi ambik kau terimalah kalau line kena barred sebab duit dalam purse cukup nak buat makan kalau bayar bil maggi pun belum tentu kau mampu makan nak tunggu hujung bulan hahahaha.
Orang pakai bil ko pun sibuk nak pakai bil pastu gelabah bila closing date lambat lagi tapi bil dah 80% nak capai kredit limit. Bila lambat pergi kelas nak mintak member tolong cover mulalah pinjam henpon housemate nak message sekeping padahal sendiri pakai henfon mahal tapi bil kena potong malu wuiii malu.
Ginilah padahnya bila signup mobile plan yang diri sendiri tak affordable nak bayar. Kadang mampu kejar settle semua bil kadang tunggu lah elaun masuk bayar dulu siket kasi line up pastu berjimat habisan nak call lecturer pun sayang kredit rela tunggu berjam luar bilik nak tanya pasal assignment.
Tak settle lagi pasal bil dengan henfon cikai gatal pulak tangan nak angkat iPhone 4s tapi kali ni memang nak kena rancang betul betul mobile plan yang nak kena ambil. Yelah apa guna kalau pakai smart phone tapi tak ambil mobile data plan macam makan telur separuh masak tak letak kicap dengan lada sulah rasa semacam kembang tekak. Jadinya setelah survey baaaaaik punya compare setiap mobile plan dengan semua telco yang ada kat Malaysia akhirnya ku temui cinta hati mobile plan yang cocok dengan henfonku iaitu tadaaaaaaaa DiGi mobile plan is the best!
Ella nak pilih plan ni iDiGi 88 sebabnya yang sebelum ini punya plan monthly agak mencekik tapi yang plan DiGi ni cuma RM55/month. Yang bestnya plan yang ella guna sebelum ni dengan telco yang lain sama je yang iDiGi 88 ni offer. Kira Voice call, sms, mms dengan data memang sebijik sama tapi with DiGi ella cuma perlu bayar half price compared dengan sebelum ni.
Jadi lepas ni ella tak payahlah nak terima ucapan minta maaf yang tak diundang dari cik kak dalam telefon tu lagi sebab confirm plan DiGi ni mampu sesangat nak sign up. Sememangnya nak cakap kat korang yang ‘DiGi iPhone 4SURE MOST AFFORDABLE’. Tak sabarnya nak tunggu iPhone 4s sampai depan pintu =)
Nak tahu lagi plan yang DiGi offer boleh pergi tengok dekat link SINI <-- klik. Confirm korang tak rugi, lagi #Untungler adalah =D
0 comments:
Post a Comment
Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^