Sunday, December 15, 2013

REVIEW Ninetology Vs LG

Assalamualaikum!


Lepas seminggu duk godek gadget baru arini baru nak kasi review itu pun sebab esok dah nak kene hantor balik dah, cuba kalu esok tak payah anto lagi mau aku hold lagi review sebab syok guna hahaha. Dah lah skin besor clear gilla pulak tu camera. Suka. Suka.


Gadget yang aku cakap arini adalah handphone Ninetology Z1 vs LG G Pro. Aku buat fair review eh, tulus ikhlas punya review selepas seminggu mengodek dua-dua smart phone nih.




Aku ni kalau handphone nak kata cerewet tu takde lah sangat tapi boleh tahan choosy jugak lah untuk membeli handphone baru. Apa yang aku paling cerewet kalau nak beli handphone mestilah bateri nak kene tip kamera nak kena top. Kalau salah satu fail konpem aku kureng sebab dah tahu napsu diri yang suke sangat upload memacam kat instagram huahuahua. Jadi follow lah intagram diriku ini Ellanadjla *promote instagram sendiri* Jadi arini aku review benda yang aku paling penting apalagi mestilah Kamera & Bateri.



Ciri yang ada kat handphone ini adalah Multi SIM, Android 4.2, CPU 1.2 CHz Quad Core, Screen 5.7" IPS HD Gorilla Glass, Kamera belakang 12.0mp, kamera depan 5.0 mp. Selain tu ada connectivity GPS, A-GPS, WiFi, FM dan juga bluetooth. Interm of bateri pulak 2600mAH yang penting kamera best, bateri tahan lama walopon ko online sesaje tak henti. Takdelah bateri tu zuuppp drop macam other phone. Sakit hati tahu kalo bateri 100% pastu ko baru je online sejam pastu bateri dah menyala macam nak baling je phone huhuhu.



Kalo ko tengok saiz antara Z1 dengan LG G Pro no semestinya Z1 lagi besar. Even dengan note II pun si Z1 ni besar siket. Kalo ko ambik gambar memang penuh clear ko boleh tilik muka.Mari kita tengok gambaq2 dari dua-dua henpon ni okay.


Indoor Ninetology ini kamera depan yer uolss marveles


LG G Pro kamera depan

Kamera Belakang Ninetology without flash



Indoor Kamera belakang LG G Pro without flash



Camera Belakang Ninetology with Flash outdoor gambar tak nampak pecah clear


Camera Belakang LG G Pro with flash outdoor, nangis


Okay ni bukan aku sesaje puji eh ni memang betul. Tak kuasa kalo aku nak pong pang pong pang sekali tak betul berdosa woiii. Kalo ko nak beli handphone yang skrin besar, kamera cun, bateri tip top, Ninetology Z1 harus termasuk dalam senarai pilihan terbaik. Apa yang ko akan dapat bila beli Z1 ni hah godek lagi box nya. Macam biasa charger, usb cable, earphone, yang advancednya ada 2 casing free okeh satu yang belakang sahaja, lagi satu yang full flip casing. Jimat berganda.





Sekarang dah nampak mana yang lagi bagus?? apalagi yang nak tukar phone tu boleh pergi cari test mesti puas hati. Untuk lebih info boleh check it out website Ninetology dan juga FB Ninetology.


Thursday, December 5, 2013

Lawak Ke Der 3 Memang Lawak Ler Hoiiiiiii bersama ESCAPE!

Assalamualaikum!

Akhirnya setelah hampir 6 bulan menyepi dari penulisan harini kerna Lawak Ke Der I am back uolllls.
Heh
Back sangat ler kau! :p
Tak..
Tak..
Sebenarnya ade je kat Instagram sana kat sini je tak ade, ate kerojenya 7 hari seminggu mana nak gagau letop dah huhuhu.


Bek to the story babeh, semalam balik keje terus pecut pergi Istana Budaya sampai sana mengelupur cari Bro orang kuat tuuu. Tenkiu Bro sudi memberi peluang peace yooo!*kenyit mata sambil jeling tunang kat seblah, eh eh dah tunang? laen kali kite cite yer :p


Semalam sekali lagi Istana Budaya bergegar dengan gelak ketawa berair mata sebabnya Lawak Ke Der 3 wa cakap lu memang gempak habis. Kali ni Lawak Ke Der 3 bawa masuk Douglas Lim si apek pelawak yang mulanya ingat tak lawak sekali dapat lawak dia hambek kau tak mampu nak sorok gigi kapak dah gelak tak reti kaver sudahnya. Macam nak aje jerit nak lagi nak lagi. Sumpah lawak gila! Tumbs up Douglas dengan lagu Tragedi Disember yang power habis, kitaorang satu line siap bersorak nak histeria lagi lagi iols satu line selang 4 kerusi aje dengan noks Kifly. Cuba kalu seblah harus patah aku rasa satu row tuh kah kah.


Selain Douglas ada lagi Harith Iskandar yang sememangnya lawak, ko tak payah dengar dia pun ko mesti nak gelak bila tengok muka dia, mamat salleh gebu ala-ala celup yang konfuse dari kecik sampai sekarang. Harapnya lepas ni dia tak konfused dah sebab kita kan 1 mesia. Kali ni Lawak Ke Der pun bawa masuk orang baru iaitu Kumpulan Jambu. Story dia iols rasa lawak tang maen catur, nak tau acane pergi beli tiket sana. Kang smua crita kat sini tak syok ah.

Oh haa pengacara dia main actor punch tak jadi Nabil. Tapi nasib baik dia pandai kaver ape yang dia tak brapa menjadi. Keseluruhannya memang sempoi habis lah kali ni. Most recommended kena pergi tengok lawak Douglas Lim, memang tak terkata mau gelak aje sepanjang masa dia atas stage. Well done uncle! Now people see you lepas ni takdak lagi soklan "tak de shooting ke?" kalo ade lagi yang tanya cemgitu jawab aje "ni mesti tak gi tengok Lawak Ke Der 3" tu pasal tak tau cite hekhekhek.


Untuk yang mengeletis nak tengok Lawak Ke Der baek ko pergi booking beli tiket sesiap, kang lelambat tiket abis rugiiii ooooo. Pementasan Lawak Ke Der 3 ini bermula dari 4-8 Disember aje, kalo tak tengok versi omputih sila pergi rembat tiket 6 Disember, penampilan khas untuk versi Bahasa Inggeris. Iols semalam tiket tajaan #Escape tenkiuuuuuuu #Escape! Now we know that we're never be alone with Escape!

Lagi satu udah alang-alang tengok Lawak Ke Der tu ushalah Escape skali untung berganda seh. Jom kita Escape sesame nak nak! Come Escape with me bak kate Jacky Chang dalam iklan wayang nak start tu.



Sapa tak tau ESCAPE itu apa meh nak tolong stori, ESCAPE ni ibarat TV ler sebabnya korang boleh tengok video, filem, konsert, berita, acara terkini hanya pada satu site sahaja. Pendek kata satu tempat boleh bukak memacam tak payah nak tukar itu ini. Lagi best korang boleh pilih nak tengok sekali bayar sekali atau bayar RM25 sebulan untuk unilimited access.
Macam Lawak Ke Der 3 ni khas untuk pelanggan ESCAPE berita baik sesangat sebabnya korang semua boleh menyaksikan Lawak Ke Der 3 secara ekslusif di ESCAPE mulai 31.12.2013 selama 6 bulan! Tuuu diaa gelak lah kau pepuas. 
Lagi satu peluang yang mesti direbut oleh korang adalaaah peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE yang menawarkan hadiah tunai sebanyak RM5,000 setiap hari. Kau setiap hari sapa lagi nak kasi duit kalo bukan ESCAPE. Acane nak join?? Meh sini usha detailsnya:-

Mulai 7 hingga 27 Dis 2013, pelanggan Celcom perlu menonton Youtube Channel Cuit-cuit  @ESCAPE atau KLIK SINI  setiap hari untuk menjawab satu (1) teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3.

Pelanggan Celcom juga dikehendaki meneka dan menghantar jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888. Jawapan korang tak dikira panjang ke pendek janji yang korang anto tu jawapan kekeke. Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut layari lah ESCAPE.

Jangan bimbang dengan ESCAPE kini anda takkan terlepas menonton filem atau drama bersiri kegemaran anda. Untuk maklumat lanjut, layari ESCAPE sekarang.





Saturday, June 22, 2013

Bayar Sekali Jer Tapi Makan Sepuas Hati



Hamboiiii badan keding je tapi napsu makan tak serupa saiz kuikuikui
kalo bab makan cuba bilang kat sesiapa pon akan sibuk tanya kat mana? kat mana? sedap tak? 
well manusia dan makanan adalah kamcheng..ceng..ceng duit je tak berapa nak ceng sangat hahaha


bulan ni saja 2 kali pergi melantak steamboats. Tiap kali nak makan mesti pergi Flamming, asal terasa nak steamboats je pilih Flamming. Isk takda ke tempat lain yang best dan murah selain Flamming?? cuba share kat mana lagi ada..


dan setiap kali pergi ko bayang serupa 4 orang the undertaker yang duduk kat meja dan berapa banyak makanan yang terduduk depan mata =.='
memang sifat turun termurun betul bila tengok makanan mata jadi berpinar tangan gatal je nak ambik..
napsu.. napsu..
tapi dalam pada napsu pon abis semua jugak dilantak
mulut duk cakap kenyangnyaa senaknyaaa tapi bangun lagi capai udang ketam hahaha
cuma yang semua jenis ball ball je tak berapa minat sebab masa first time pergi dulu gatal kutip tiap satu jenis, ko bayangkan walopon ko kutip satu je tapi banyaaaaaaaak hokeh. Muntahlah ko nak habiskan huhuhu. Jadi sila jangan membazir ambik yang ko mahu aje cukup. Kang tak pepasal kena bayar.










 
 
Eh dah habis menulis hahahahaha.
Ok lah untuk entri start on track balik setelah lama bercuti :p
Sekarang sudah bekerjaya wassalam siket aktiviti belog.
Maghiiiii kita asah balik jari ^-^

Monday, January 7, 2013

Mohon Doa Kawan-Kawan

Assalamualaikum!


2 minggu ini banyak sangat dugaan yang berlaku sehinggakan segalanya terabai huhuhu. Saya dalam proses pemulihan *bukan pemulihan dadah ke hape ek* ni pemulihan semangat dan tenaga huhuhu.


Sekarang jugak proses saya untuk dapatkan kerja.
Beberapa bulan sudah duduk rehat sekarang saya perlu agresif cari kerja tapi dulu pun agresif jugak tapi orang tak da panggil pun *sedih*
Kalo korang ada lubang mana-mana nak pakai pekerja area KL sila roger.
Yang luar KL tak payah roger plis memang tak daapt saya nak pergi.


Beberapa hari lepas dapat suprise tusukan dari hospital kegemaran :(
Sebelum pape lebih teruk terjadi saya serah diri kembali untuk jadi bahan ujikaji para doktor.
Maka lepasni bermula lah episod normal checkup sehingga didapati bebas.


Mohon yer kawan-kawan doakan saya dapat kerja dan bebas dari menjadi manusia tabung uji para doktor hekhek.