Monday, October 31, 2016

Shopping Online dengan ezbuy Malaysia


Assalamualaikum!


Mementang dah nak gaji terus up posting pasal shopping mintak kad bank sangat ni 
kuikuikui 😘

tapinya tak salah kan shopping untuk diri sendiri kalo ada lebih shopping untuk family adik beradik sekali berkongsi rezeki lagi murah rezeki maaa




ezbuy.my adalah satu platform yang menyediakan perkhidmatan membeli-belah dalam talian secara profesional yang pertama dan terbesar di Singapura


ezbuy.my telah menyediakan perkhidmatan membeli-belah dari China, Taiwan, Amerika Syarikat kepada lebih daripada 500,000 rakyat Singapura, 50,000 rakyat Malaysia, Australia dan Thailand.


dengan ezbuy.my anada boleh membeli-belah produk global dan nikmati sehingga 4 kali penjimatan. Bukan 100 ribu produk tapi berjuta-juta produk yang ezbuy.my perkenalkan kepada anda

bila go thru website ezbuy ni semestinya section yang akan ella tengok dulu bahgian Toys, Mother & Kids maklumlah sekarang dah ada anak sure punya anak didahulukan kikiki

mak punya xpe kedian sikit yang penting anak punya bahgian tip top gituuu

bahgian Toys, Mother & Kids ni semua ada

dari botol susu, baju tidur, carrier, kasut, thermometer, pool semua ada

mak mana tak gembira kalo dah satu platform website semua ada

tak payah nak pening wei pikir mana nak cari

buka ezbut.my je semua complete


Mengapa beli-belah di ezbuy mudah, lebih murah dan lebih cepat?


Kerana ezbuy membawa pelbagai produk di seluruh dunia untuk anda secara langsung, mengubah pembelian luar negara untuk pengalaman membeli-belah secara tempatan. Dengan itu, korang akan dapat membuat pilihan dengan selesa dan nikmati penjimatan yang ditawarkan.

Kalau korang ni kaki shopping yang hardcore dan suka beli barangan besar dari oversea, ezbuy pun ada sediakan platform terbaik mereka ini
hanya dengan serendah RM 18.80 sebulan korang boleh membeli perabot dari luar negara dan segalanya urusan postage akan diuruskan oleh ezbuy
untuk special features ini korang hanya perlu signup untuk account PRIME SERVICE
yang ni memang ella suka
asyik duk tengok je orang shopping furniture dari oversea kan sekarang ella pun dah boleh membeli dengan gembira yeay yeay yeay!

PRIME SERVICE adalah program keahlian yang dilanggan eksklusif untuk ezbuy pelanggan sedia ada. Yuran keahlian adalah RM 188 setahun dan ini membolehkan anda untuk menikmati ahli Perdana satunya manfaat untuk satu tahun.

apa benefit kalo korang signup PRIME SERVICE??

  • penghantaran yang tidak terhad, ahli Prime Service akan menikmati RM 8.80 penghantaran antarabangsa tanpa had. Tanpa mengira jumlah kuantiti, berat atau saiz barangan ', jumlah kos penghantaran antarabangsa
  • Kadar Bayaran Ejen terendah untuk pemprosesan pesanan dan pemeriksaan dan pembungkusan, mengeksport dan mengimport dokumen, dan lain-lain ahli Perdana boleh menikmati 4% kadar agen bayaran yang paling rendah untuk Perdana barangan layak, tanpa mengira tahap ahli semasa (normal, VIP atau SVIP ).
  • Percuma insurans sehingga RM2000 sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku kepada parcel korang.. hebat sangat kan


Dengan ezbuy korang bebas untuk memilih barangan dari best selling kategori dengan kadar postage yang terendah iaitu RM4.50/500g
dan yang lagi best TIADA agent fee
tak payah nak pening kepala takut ada extra charges
yang ni memang win
win sesangat




Sempena pengenalan ezbuy di Malaysia
pembaca blog ella dengan bertuahnya mendapat 15% diskaun bagi postage fee
make sure korang masukkan code ezsh15 sebelum checkout
dan sebagai tambahan juga korang akan mendapat RM15 voucher apabila korang signup dan register dengan ezbuy : http://bit.ly/2dDrSGW

fuh fuh fuh
harini dah gaji boleh lah gi usha ezbuy
mana tau kot kot ada yang sangkut
esok lusa sampai depan pintu rumah
kikikiki
korang tu jangan lupa register cepat-cepat dan jangan lupa code diskaun shpping okeh

Thursday, October 6, 2016

Seqy Beauty Family

Assalamualaikum!


Ketagih ITIK tak habis lagi now ketagih menda lain pulok 🙈
Bukan ketagih makanan tapi ketagih produk kecantikan 
jangan tak caya ella yang tak mekap ni pun boleh katagih dengan produk kecantikan

produk yang diketagihkan sangat sekarang ni tak lain tak bukan
SEQY BEAUTY by sepet

actually dah lama pakai bb cream seqy tapi aritu murtad kejap
konon nak test produk lain
tapi kini ku kembali kepangkal jalan
hahahaha

dah kembali ke pangkal jalan terus jadi agen
alhamdulillah 
bulan september aritu dengan rasminya 
diriku menjadi agen #seqybeauty
tepek gambar founder aka big boss besar kita bersama produknya



dah kenal bos besar kita
meh kenal makkis kita pulak
makkis kita ni gorgeous sangat tau
lemah lembut ayu gitewww hahah

makkis kita mak jemah aka kak vp aka viruspadu

okay ella nak kasitau yang ella agen cover area Kuala Terengganu tapi boleh nak COD di Kuala Nerus, Marang dan Dungun

mesti korang pikir jauhnya travel sampai 4 daerah
actually on weekdays ella ada di Kuala Terengagnu so nk cod di Kuala Nerus pun boleh
tapi on selected weekend ella balik umh MILdi dungun
dah alang-alang satu jalan balik ke umah MIL boleh lah cod di marang giteewww

lepas ni kalo korang nak beli produk seqybeauty boleh contact ella tau
pm/wa sentiasa dialukan
ataupun contact salah satu saluran yang korang selesa nak membeli



sekian untuk harini pasal announcement kita jadi agen seqybeauty
pakai seminit cantik selamanya
calit calit terus cantik
 😍 

Sunday, September 25, 2016

Ketagih I.T.I.K 🐣

Assalamualaikum!

weeeeeeee ITIK oh ITIK
acane ntah boleh ketagih padahal sebelum ni tak reti pun nak bershawl
ella kan penggila bawal
sejak dah berbaby ni gilanya beralih ke shawl pulek
sampaikan sebelum masuk keje beria wassap group ratu canang jangan terkejut kalo tengok ella bertukar rupa pakai shawl pulok kikikiki

Mula mula kita tepek gambor kita dulu sebagai pemangkin semangat kuikuikui

 
Oh masa ni anakku baru 2m kot tapi dah gagah angkut pergi kolumpo
Mommy daddy rindu sangat dengan klcc 😭
Jadi bawak ler anak lawat kawasan buat pengubat rindu

Okay sambung itik
kegilaan ni bermula bila tengok kak ceera duk update pasal beli duck mothers day kaler biru pastu beli duck mothers day kaler pink pulok
mula-mula tak layan pun scroll je insta bila ramai orang duk update berebut nak membeli
eh kita pon xmo kalah nak jugak menyibuk
perangai apakah itu
sekali menyibuk hambek kau
melekat terus
gigih wei cari ps yang nak letgo
alhamdulillah bermulalah ketagihan itik sehingga harini 
dan kian menjadi-jadi 😝
bila dah berITIK ni mulalah sesi meracun orang sekeliling pulak kakakaka

latest ketagihan mencari ITIK LE
yang paling mahai ITIK blooming
pernah jumpa sampai 600 hengget ++
gilaaa oiiiii gilaaaa
tapi rezekiku dapat jugak blooming seketul yang orchid lavender NEW pulok tu kikiki
alhamdulillah

 


for now collection ITIK ku 🐣🐣🐣🐣🐣

LE Mothers day Pink
LE Songket Turqoise
LE Blooming Orchid Lavender
LE KL City Black
Georgette Banana Split

lepas ni siap sedia nak berbattle jugak
yang penting tak sabar nak gi duckstore
maklumlah kita kat terengganu takde ITIK ade Penyu jew kakakaka 😘

Tuesday, July 19, 2016

The Day #AltheaTurns1


Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to Althea
Happy Birthday to you


Yeay #AltheaTurns1 today!!!
so its time to shopping barang barang korean dengan girangnya
 *tepuk tepuk tangan*
sempena  #AltheaTurns1 ni ada special gift untuk kita semua
sukanyaaaaa 😍
selain special limited edition gift ada juga biggest birthday giveaway dari #altheakorea

 orang lain punya birthday tapi kita yang dapat hadiah siapa tak suka kan hikhikhik



takmo cakap banyak 
dah tau korang tak sabor nak tau apa yang biggest birthday giveaway kan?


so bersempena birthday althea korang berpeluang untuk menang hadiah bernilai KRW10,000,000
banyak tu *blink blink blink*


Caranya mudah je 
pergi capai handphone cecepat pastu baca sini


1. order anything dari #altheakorea on 27/8/16 dan dapatkan limited edition birthday box yang mana kat dalam tu nanti korang akan dapat diy birthday kit (While stocks last)


2. Then bila dah dapat althea party kit, lelaju pergi selfie dengan kreatif yang boleh then wish birthday to althea dengan #altheaturns1 


3. okay dah settle! siap


Mudah sangat kan nak join tak payah nak pening kepala reka memacam semuanya dikasi cumanya sila selfie & wish aje




 bila dah namanya gift away sure punya ada hadiah
meh nak reveal sikit hadiahnya
tadaaaaa
🙆🏽
 "Macbook Air, Ipad Air 2, iPhone 6S, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, Althea credits and beauty hampers from Althea! "
total semua hadiah worth KRW10,000,000 tau


dan jangan lupa contest ni start harini 20th July hingga 15th August, 2016 aje
banyak masa nak shopping dari #altheakorea dan banyak juga masa nak selfie hingga menang


sebelum lupa first 1,500 shoppers berpeluang nak menang free goodies with full size beauty products yoo


banyak weh hadiah #altheakorea nak kasi
gatal tangan nak klik klik klik item yang dah lama aim
dah alang-alang althea nak kasi memacam mari ler kita berjemaah shopping
mana tau menang berganda


selain memacam kat atas nun
3 top seller product akan dapat 100% rebate yang akan dikredit  dalam account althea korang
nak tahu apa productnya lelaju klik #altheakorea tengok apa yang top sellers


okay dah
semua dah reveal apa yang #altheakorea nak kasi sempena  #AltheaTurns1 
korang yang dah lama aimed nak beli memacam tu masanya dah tiba
sebelum item sold out baik gi beli cecepat kang dah habis nangis sensorang tepi laptop
jangan cakap akak tak payung naaa


eh eh okay lah ella nak g memborong jugak 
insyaAllah ella menang Macbook air sebijik



amiiin 😝 


jangan lupa ya  
dari 20th July hingga 15th August, 2016 je tau tau tau
ggod luck!


saengil chukhahamnida althea
❤️‍


*Terms and conditions apply. Please refer to www.althea.kr and Althea Facebook for more information. 

Monday, July 4, 2016

Batman Snuggbaby Carrier

Assalamualaikum!


yeah dah masuk 4 bulan #areesaadeliamz maknanya dah boleh pakai snuggbaby batman yang mommy beli
mula-mula baru plan nak beli carrier tak decide pun lagi nak beli jenis apa ke semua tu
being me mesti nak kena baca sampai puas hati pastu refer kat sesapa yang terror baru beli
so bila dah kasitau hasben dia kata oklah kita cari satu carrier senang sikit nanti nk g holiday takyah lah angkut quinny + maxi cosi
dia dah tau kalo hangkut benda alah tu confirm dia yang extra penat sebab dia seorang je yang boleh angkat jadi better dia setuju nak beli carrier



dah survey few brand carrier yang nak beli siap private message lagi seller tanya memacam pastu teringat kat nadiah member office yang memang kaki pakai carrier terus lelaju wassap dia mintak pendapat then dia suggest snuggbaby tapi katanya snuggbaby ni dia open booking limited slot kira siapa berjaya dapat slot untung ler boleh customized design yang kita nak yang memang confirm confirm ada satu je dalam dunia
apalagi mommy tak senang duk diam ler nak take chance dapatkan slot
bila cek lagi 3 hari kot masa tu snugg nak buka slot
gigih wei mommy nunggu pukul 3 petang walopon masa tu tak decide pun lagi nak design macam mana yang mommy tau misi nak dapatkan slot dulu


hari kejadian pukul 1 t/hari gtu tidokan si tomato dulu sesiap kalo tak memang tak dapat ler nak berperang booking slot pastu grab laptop standby sesiap walopon slotnya bukak lambat lagi
godek godek dulu pastu baca review siket pasal snugg ni
bila dah open slot sap sap soi isi details bayar deposit tungu email
done


then owner snugg email to confirm order then dia call untuk better understanding
we all pilih design superheors BATMAN instead Liverpool walopon sipi je lagi nak confirm order
untuk design batman ni lakiku gigih cari picture yang dia berkenan untuk sulam
nak keep simple but special
harga jangan di tanya berapa nanti kang ada yang pitam
this is my own investment for my lil princess
my own ya not others
nanti kang ada yang cakap iols duk mengikis sini sana huhuhuhu


finally
after 2 weeks kot we have it in our hand
tadaaaaa
the Batman carrier
"Always be yourself unless you can be Batman, then always be Batman."

arini princess tomato cukup 4 bulan so boleh lah kita beraya dengan batman snugg ni
mommy is tak sabaaaar
😍


thank you snuggbaby for make this batman alive
❤❤❤

Thursday, June 9, 2016

Vaksin Pneumococcal

Assalamualaikum!


Alhamdulillah princess tomato dah selamat terima jab pertama Vaksin Pneumococcal
time ambil vaksin ni umur dia 2m++
mula-mula berbelah bagi jugak nak ambil ke tak vaksin ni yelah kat terengganu ni limited siket tempat yang ada provide vaksin ni
yang ella survey hanya KTS dan Klinik Khoo sahaja yang ada di Kuala Terengganu
tak tahu lah klinik lain ada ke tak huhuhu
tanya orang pun diorang macam blur apakah vaksin itu
kita nak explain bebanyak pun takut salah kan
apa yang kita tahu kita explain share the knowledge

lepas bincang dengan daddynya kitaorang stick to the decision untuk ambil vaksin ni demi si tomato dan decide nak ambil dekat KTS
harga vaksin sama je dengan klinik khoo cuma yang membezakannya sape yang cucuk tu aje
kalo di KTS dia ada rate 
pakar rate lain, MO rate lain gituler kekdahnya
tapi total semua tak jauh beza pun dengan klinik khoo 


so 12 may 2016 aritu selamat lah kena vaksin sikecik ni
tanya doc akan demam tak?
soalan mak mak kan takut anak demam
katanya tak demam tapi depends on the baby itself katanya
dalam hati berdoa supaya tak demam
sekali balik rumah melepek sikecik ni demam
suhu tak tinggi pun dalam 37 - 38 je tapi merengek lah mungkin dia tak sedap badan tu yang duk ek ek je


untuk Vaksin Pneumococcal ni if ambil from baby start 2m dia akan dapat 4 kali jab
means 2m, 4m, 6m and last 12m
kalau nak ambil sekali dengan vaksin rotavirus pun boleh jugak


Vaksin Pneumococcal ni vaksin tambahan yer dan tidak disediakan di klinik gov
ella pernah tanya di KD dengan KK if diorang ada sediakan vaksin ni with charge tapi hampa takde diorang just bagi untuk sesiapa yang dah sakit je untuk yang tambahan ni tidak disediakan
sedikit info Vaksin Pneumococcal:-


Pneumonia merujuk kepada jangkitan kuman pada paru-paru yang membuatkan seseorang itu sukar bernafas. Ia berlaku disebabkan saluran udara pada paru-paru dipenuhi nanah dan lendir yang menyebabkan sistem pernafasan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan mengakibatkan oksigen tidak sampai ke dalam darah dan sel tubuh. Ini akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan oksigen yang menyebabkan dia sukar bernafas yang membahayakan nyawa si manja anda.

Pneumonia terjadi kerana jangkitan bakteria, virus, fungus dan parasit. Secara umum antara bakteria yang menyebabkan pneumonia adalah ‘Streptococcus pneumoniae’, ‘Haemophilus influenzae’, ‘Chlamydia trachomatis’,’Mycoplasma pneumoniae’ dan ‘Legionella pneumophila’. Jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan jangkitan di hidung , batuk, selsema dan berterusan pada paru-paru.

Kira-kira 60 peratus punca utama kebanyakan kanak-kanak dimasukkan ke wad di Malaysia. Pada awalnya kanak-kanak akan mengalami keradangan paru-paru (bronkitis) sebelum bertukar menjadi lebih kronik iaitu pneumonia. Pneumonia mungkin sukar dikesan pada kanak-kanak yang aktif, tetapi secara umum boleh dikesan menerusi perubahan sifat kanak-kanak itu iaitu meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.

Bagi kanak-kanak yang aktif, mungkin sedikit sukar mengesan gejala ini tetapi jika dia batuk berpanjangan selama tiga hari, lesu, muntah, nafas berbunyi dan mengalami kekurangan air (dehidrasi) segera dapatkan pemeriksaan lanjut dengan pegawai perubatan berdekatan. ibu bapa sepatutnya menyedari risiko pneumonia. Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kanak-kanak yang berisiko mendapat penyakit ini ialah mereka yang dijaga oleh pengasuh di taska, ‘day care’ iaitu dalam kelompok yang ramai dan keluarga yang besar dengan rumah yang sempit. Pada masa yang sama persekitaran dibiarkan tidak bersih dan perkongsian bekas makanan dan minuman yang menyebabkan penyakit disebar dengan mudah.

Dalam pada itu, bagi bayi yang berusia satu hingga tiga bulan sepatutnya sihat dan tidak ada sebab bayi ini mengalami demam. Namun jika tetap mengalami demam, bayi harus menjalani pemeriksaan imunisasinya.

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital iaitu pernafasan laju, sukar untuk bernafas , bibir menjadi biru, batuk berdarah dan tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing. Jangkitan kuman ini boleh membahayakan nyawa.

Simptom
♦ Demam panas
♦ Batuk dengan atau tanpa kahak
♦ Sakit dada
♦ Tiada selera makan, tidak mahu makan
♦ Rasa tidak sihat, sering merengek
♦ Pernafasan laju atau susah bernafas
♦ Muntah atau cirit-birit

Rawatan
Kanak-kanak yang mengalami jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Bagaimanapun, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Dalam pada itu, pencegahan awal untuk mengelak jangkitan kuman boleh dilakukan seperti amalan kebersihan diri, persekitaran yang baik dan meneruskan penyusuan susu ibu. Alternatif lain pencegahan awal ibu bapa boleh mendapatkan vaksin melalui hospital swasta untuk meningkatkan imun anak anda. Vaksin seperti vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles), Vaksin influenza dan Vaksin pneumococcal merupakan pengambilan imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru.

♦ Beza batuk biasa dan batuk pneumonia
Batuk biasa Bunyinya ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat pneumonia.
 
 Batuk pneumoniaBunyinya ‘dalam’ dan kerap terjadi waktu malam sehingga ke pagi. Kahak berhimpun kerana lebih kerap batuk di sebelah malam.

5 Tip Mudah
1. Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.
2. Dapatkan puting botol susu jenis Y-Cut iaitu susu keluar apabila dihisap oleh anak kecil. Jenis ini membantu mengelak anak kecil tersedak susu.
3. Pastikan persekitaran taska bersih dan tidak terlalu ramai kanak-kanak.
4. Dapatkan rawatan doktor jika demam, selesema dan batuk tidak pulih selepas tiga hari.
5. Teruskan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan antibodinya.

Sumber : web Pa&Ma
 oh untuk yang nak dapatkan vaksin ni di KTS total untuk 1 jab dalam RM370++ itu termasuk consulataion fees, registration dan tax
demimu anak takpe mommy sanggup susah asalkan awak sihat cegas cerdas
next jab bulan 7 pulak yer sayang


love ❤️,
mommy

Tuesday, May 31, 2016

Long Girdle by Premium Beautiful

Assalamualaikum!
 



Hah kau terus beli girdle gara-gara berat masa pregnant naik 22kg
masa tu tak tau makanan sumbat kat celah mana sebabnya ramai yang tegur tak nampak gemok pun
hakikatnya tuan badan dah tak mampu nak gerak banyak pun huhuhu
 eh jangan di zoomkan gambor tu kang ada yang juling mata tengok harga kat situ
ella beli RM250 ajew yer
bukan preloved bukan reject tapi new
yer NEW
acane boleh murah cemgitu?
 alkisahnya ada seorang hamba Allah ni post kat fb dia nk stop business so nak letgo semua pada harga yang super duper low
ella pun mencuba nasib tanya dia bla bla bla
sekali dia bagitau harga 250 je kak
terus mengelupur pujuk laki kahkahkah
2-3 hari gak kot pujuk laki mintak izin nak beli


yelah lepas beranakkan junior nak naik penimbang masa sebulan checkup kat klinik berat 56kg
checkup dua bulan still ada no 5 tapi dah turun sikit jadi 53kg 
maknanya ada lagi 6kg nak kena hilangkan
before pregnant berat 46kg - 49kg aje tak pernah jejak no 5 tu kat depan huhuhu
tu yang usaha bodek lakiku nak beli girdle
yang lagi menakutkan bila tengok perut dan peha sendiri huwaaaaaaa
boncet berlipat weiiii
bukan minum ais pun nak boncet berlipat sangat 
minum air kosong je pun berbotol-botol huhuhu
jadinya lagiler ade alasan kukuh nak beli girdle kekeke
berjaya hokey membeli setelah dibuat pembentangan panjang lebor


now dengan full time menyusu junior dan bergirlde harapnya hilanglah boncet berlipat dan berat berlebihan ni
tapinya pulok napsu makan Ya Allah macam kingkong
lepas makan nasi capai pulak biskut pastu kurma pastu buah 
asyik lapor je memanjang pantang tengok makanan
tapi nasib baik laki bagi kata semangat walopon sebenarnya nak ambik hati ken hahaha


Now baru try sekali pakai girdle ni masa keluar
selesa tak panas kemas je rasa perut
harapnya berbaloilah melabur kalo tak mau kena perli dengan laki seminggu
next nak naik penimbang bulan 6 ni pulok masa checkup junior
semoga berat 53kg tu bertukar menjadi 35kg eh 😝 *amiin*
nanti lepas checkup kita update yer berat latest
for now bertabah dulu tengok perot boncet berlipat
dahler start keje 6/6/16 ni 
moga moga muatlah kurung moden ku itu tanpa perut kelihatan
doakan misi kurusku berjaya!
aamiiin
 
 

Monday, May 30, 2016

Lahirnya Areesa Adelia MZ

Assalamualaikum!

macam mana nak mula eh?
hmmmmmm


Alhamdulillah setelah 40w + 2day which means dah overdue berjaya melahirkan seorang princess tomato ni
act due date 1 mac 2016 tapi since baby suka ikut mommy gi kerja dia xmo keluar on the dot huhuhu


meh nak cerita dari awal
mommy daddy sebenarnya eksited nak baby keluar 29 feb 2016
yelah leap year kan tahun ni so macam rare lah kalo baby keluar masa tu
pulun berdoa supaya dapatlah merasa baby leap year sekali nan adoo
28 feb 2016 tu dah rasa sakit sipi sipi so macam eksited lah hahaha
29 feb 2016 lepas check up kat KD rasa sakit lagi terus rela hati pergi hospital serah diri kononnya
padahal sakit sikit je disebabkan eksited tarikh jomlah ke hospital gitu
so warded hospital sehari tapi sepanjang masa tu takde pape contraction pun hahahaha
dah gatal kena warded pastu bosan mintak balik
baru ku tahu gini rupanya tahap bosan duduk di spital
dengan connection 4g slow lagi ler haru
asyik bangun tido aje last last mintak balik pastu mintak mc sehari
sayang cuti woooo
so babailah nak anak lahir leap year
mungkin kita cuba next time oppps 😝


2 mac 2016 pergilah ko kerja macam takde pape yang berlaku semalam
siap lari lari pergi meeting lagi
so kita aim next date 3/3/16 pulok
siap berangan pilih date hahahaha
so gi kerja tu exercise naik tangga turun tangga dengan harapan beranaklah pada tarikh lawo yang dihajati
balik keje siap pergi bedal dominos dengan aiskrim lagi huehuehue
esoknya tengah sesiap nak gi kerja tetiba rasa nak kencing
pas siap tu tetiba eh eh ape ni dot dot merah ni
bagitau lakiku dia cakap jom lah ke hospital pulok kite
pergi kejut mama papa ella bagitau diorang pun cakap better pergi hospital
so moh ler kita ke hospital
register bagai semua doc panggil check jalan dah bukak tapi baru 1cm
so warded lagi sekali kita kali ni memang betul-betul beranak ni
start warded tu sampai ke malam sakit dia Ya Allah tak tertanggung
nak bangun sakit nak baring sakit pendek kata semua pun sakitlah
dari pagi warded pukul 8.30pagi gitu tunggu punya tunggu melepas lagi tarikh 3/3/16 (nak mommy ni gila tarikh cantik :p)
Tapi nak cakapnya malam tu Ya Allah sakitnya memang tak dapat tidur langsung
Kalau tidur pun dalam tak sedar terlelap huhuhu
Begini rupanya sakit nak bersalin
Nak keluar yang seorang ni pun dah macamni rasa memang tabiklah yang anak 3-4 orang apatah lagi yang seploh orang tuuu
So esok pagi sambung sakit lagi
Lama oh sakitnya
Yang paling ngok sepanjang duduk hospital iols tak mandi yer uols hahaha
Sejuk giler wei airnya takdek water heater nak sapu muka pun terketar ketar campur dengan sakit memang tidok ler nak mandi kan *dasar spesis kambing takut air sejuk
Iols gosok gigi lap apa yang patut je pastu dah siap jom tukar uniform pink baru
Doctor nurse semua tak perasan iols tak mandi means still wangi lettew hahaha
Sakit masih berterusan yer sampailah surrender mintak cek laluan
Nurse check pagi tu baru 2cm kot lupa dah
Pastu bagitau pukul 9pg nanti datang cek laluan lagi
Saya kan spesis skema so pukul 9pg kedek-kedek jalan pergi checking room check jalan lagi baru berapa cm ntah lupa dah
Dalam pukul 11pg tu check lagi dah 4cm kot tunggu lagi
Pastu lupa dah pukul berapa nurse check dekat ward katanya dah 7cm terus suruh panjat katil nak hantar pergi labour room
Sampai labour room doc check laluan lagi cakap bru 5cm kot
Hoiiii durjana apakah ini kena tunggu lagi estimate lagi 5jam bru baby nak keluar
So duduk lah tahan sakit dalam labour room time tu doc dah pecahkan air ketuban then rasa sakit makin menjadi-jadi
Tak tahan sangat ngadu kat nurse lambat lagi ke ni saya sakit  sangat dah ni
Nurse tu melayan pulak cakap sakit bersalin memang macam ni takde ubat sakit tahan lah
Selang berapa minit ngadu lagi sampai nurse tu fedup kot terus bagitau ambik ubat cucuk kat bontot lah yer
Mula mula kental tak nak sebab takut epidural 
(Epidural eh yang cucuk kat tulang belakang tu?)
Rupanya bukan ni ubat sakit biasa yang buatkan jadi mengantuk yang amat tambah pulak ambik ubat sedut tu lagi ler lalok
masa dalam LR kan laki boleh tunggu dalam rasa sakit tu ade jugak amukan terjadi nasib baik lakiku redho layan bini dia yang menahan kesakitan hahahaha
ella siap marahkan zul lagi sebab tengok dia pegang phone padahal dia nak bgtau family yang ella ni bersalin lagi
ampuuun yer lakiku 😆


tunggu punya tunggu
dalam pukul 1 petang lebih gitu dah rasa sakit sangat macam nak berak
zul pergi panggil nurse bagitau nurse cakap lambat lagi tu estimate 5 jam lagi
eh eh kita dah sakit sangat ni dia boleh main ikut timming pulok
ok sabar tahan lagi sakit
pukul 2 ptg lebih ngadu lagi sakit nurse datang lagi cek tengok
eh eh eh terus jerit panggil doc dah nampak kepala baby
ntah doc mana yang datang suroh prepare semua
Alhamdulillah tepat jam 2.58petang 4 Mac 2016 dengan berat 3.5kg lahirlah Areesa Adelia MZ
 Semoga jadi anak yang berguna, solehah, bijak pandai dan sihat selalu yer sayang 😚



love ❤️,
mommy

Wednesday, May 18, 2016

Expecting A Baby : Buka Buku Pink

Assalamualaikum!

Sebelum ni stop kat nak buat buku pink kan? So moh kite sambung..
Untuk nak buat buku pink ni kena tengok kawasan rumah, kawasan rumah ni bukan bermaksud lagi besar ko ada taman keliling rumah jadi ko kena pergi buat kat hospital.. Bukan eh maksud dia perumahan korang tu klinik mana yang cover.. Macam kes ella kena pergi ke Klinik Desa Durian Burung
Yess klinik desa aje pon boleh bukak buku ni bagi kawasan kampung lah yer
Best pergi checkup klinik desa ni bukan ape nurse kat sana for sure hapal nama korang sebabnya orang tidok lah ramai macam klinik kesihatan tu
Oleh yang demikian tak dapetlah korang nak mencilok takmo pergi checkup ke ape diorang sure cari sampai dapat punya hahaha

Untuk buka buku pink tu korang cuma perlu bawa i/c dengn kad kahwen aje
Kalo korang takde kad kahwen sila bawa sijil kahwen sebagai bukti yer
Nak buka tu ambik masa jugak dalam sejam camgitu
if korang bekerja sila pergi awal pagi
macam kawasan ella KD buka pukul 7.15 pagi
nombor dah boleh ambil cuma service start dalam pukul 7.45 / 8.00 pagi
JM prepare semua barang dulu + kemas baru diorang start service

Apa yang di periksa untuk yang pertama kali pregnant?
tarikh last peyed korang wajib ingat
kalo tak ingat nanti diorang refer ke KK untuk scan nak agak baby dah berapa minggu
lain lain JM akan cek berat badan, tinggi, tekanan darah, hemoglobin dalam darah, sejarah kesihatan family, sejarah kesihatan diri sendiri
semua ni JM akan rekod dalam buku pink tersebut
lepas dah siap daftar buku pink tu dah jadi kad pengenalan mengandung
tak boleh tinggal merata huhuhu
tetiap kali checkup pun mesti bawa buku pink ni even though pergi check up dekat swasta pun kena bawa buku pink ni, doktor akan refer & rekod semua benda kat dalam tu

Alhamdulillah time ella pregnant aritu takde masalah cumanya berat je overdose hahahaha
overdose sampai kena ambik bp selang sehari :p
yelah dari berat 48kg sebelum pregnant time due berat dah naik 69kg kuangkuangkuang
dan berat pernah naik 2kg dalam masa 2 minggu hahahaha
pening mak nak kena ulang alik pergi KD
nak buat macam mana kan dah lapar makanlah
paling win bangun pukul 3 pagi lapar pergi makan nasi macam makan tengahari hahaha
geleng kepala hasben tengok 😆

cumanya yang sakit mata bila tengok buku ada pen merah
yang tu memang mendebarkan
dah macam cikgu mark paper pastu dapat markah paling rendah dalam kelas terus zass dapat pen merah huhuhu
apapun pen merah ke biru ke hitam ke janji sihat sudah yer dok
yang pasti jangan skip checkup dan jangan lupa minum susu dan vitamin yang klinik kasi InsyaAllah semuanya baik baik saja

ok lah tu je kot nak cerita pasal buku pink nanti sambung pasal delivery pulak lah
yang tu ngeriiiii oiiii

love ❤️,
mommy 

Tuesday, May 3, 2016

How to : Register Nuffnang dan Iklankan di Blog

Hello!

Cubaan untuk buat tutorial register nuffnang dan iklankan di blog agar kita mampu tuai hasil sesama nanti
Actually my schoolmate pm tanya macam mana nak buat duit dengan blog
nak ajar ikut message macam susah je sebabnya princess tomato ni nak duduk atas peha je mamanjang
padahal dia tido tapi bila angkat nak letak atas tilam terus bukak mata seluasnya huwaaaa 😭
macam dia tahu je mommy nak pergi buat keje lain tak duduk setepek tepi dia
acane mommy nak buat kerja ni junior {--- panggilan manja princess tomato since 9w


btw yuan ying hope this can help you
kalo you tak faham lagi takpe i teach you satu satu lagi okeh 😘
mula mula register dulu di website ni


pastu page ni akan redirect korang ke next page iaitu untuk key in details
make sure korang si yang betul betul tau bukan nickname yer
nanti kang bila nak cash out payment susah pulak nak kena update bagai
so isilah semuanya sebetulnya


okey bila dah siap isi semuanya akan keluar Finish
Bila dah klik Finish tu akan keluar pulak Account Activation yang mana korang kena pergi bukak email yang korang daftar tu dan klik link activation untuk mengaktifkan akaun Nuffnang anda
lepas dah siap aktifkan bolehlah log in dengan menggunakan email & pasword yang telah di tetapkan tadi


okay now pergi kat My Nuffnang
fokus ya sebabnya kat bahagian ni lah nak kena godek sikit untuk dapatkan kod html iklan
kalau ada masa sila try and error one by one + baca apa function yang tersedia okeh
me kenot explain satu satu sekarang sebabnya mengejar masa sementara princess tomato tidor
kang dia bangun save kat draft lah jawabnya entri ni huhuhu



dalam My Nuffnang tu akan ada tab belah kiri yang akan tunjukkan referral blog korang dari mana,
earning, statistic dan lain-lain
sila cuba satu satu ya
Now isikan semua details yang diperlukan macam dalam gambar 👇 ni



details tu mengenai blog korang yer bukan blog ella
then update survey semua
jangan lupa SAVE tau
then
kita ke bahagian ni pulak
nak kena pilih nak letak iklan nuffnang di bahagian mana dalam blog
kalo nak letak atas pilih yang no 1
nak letak tepi pilih no 2
nak letak tengah tengah entri pilih no 3
pilihlah sebanyak mana korang nak letak takde masalah


lepas dah pilih dan klik akan ada satu kod akan keluar di bahagian bawah template yang dipilih tu macam ni


okay now copy semua code tersebut
make sure copy bebetul
jangan tertinggal satu pun if not nanti tak jadi iklan korang tu

 lepas dah copy pergi login pulak blogger korang
then pergi kat bahagian layout

di bahagian layout ni pulak korang cari function untuk add gadget


okey now ada satu pop up yang keluarkan?
paste kan kod yang korang copy cari nuffnang tadi ke dalam skrin yang popup tadi like this



dan 
SAVE SAVE SAVE

Siap!

Sekarang sila pergi ke blog korang dan tengok iklan nuffnang kat sana


Thursday, April 21, 2016

Expecting A Baby Part 1

Assalamualaikum!




 Kawen january 2014 berjimba situ sini dengan laki bina kerjaya kumpul duit hidup roller coaster buat itu ini apa yang kitaorang suka tanpa pening kepala pikir soklan soklan orang

"eh tak dok baby lagi?"

"bila nok ada baby ni?"

"brape lama doh kawen xdok anok lagi?"

grrrrrrr ape motip pun tak tau nak tanya soklan gitu.. nasib baik bab tu kita tak sensitip kalau tak memang dah gi fire jugak 😠
ajal maut jodoh anak kaya miskin semua bukan kita yang lukis atas kertas kalau dah rezeki kita buat acane pun itulah rezeki kita ni tak sibuk duk bertanya macamlah kita ni tau bila nak dapat rezeki huhuhu
peliknya yang bertanya tu semua golongan nenek kebayan mulut puaka kata dah makan asam garam dulu sepatutnya paham lah bab rezeki yang tuhan nak kasi
manusia manusia

Then bila tahu expecting ni sibuk pulak bertanya

"baby laki ke pempuan?"

"berat baby berapa kilo dah?

"macam mana boleh lekat?"

aiyooo penat lah nak menjawab
ella bila dapat soklan bebanyak cemgitu terus buat muka kalo tak paham jugok terus kasi alasan nak g toilet muahahaha

Mula-mula suspek pregnant masa time sibuk setting raya office kat dewan besar bila geng geng sibuk duk borak nak ganti puasa
maka dengan bangga ella kasitau ella tak payah ganti tahun ni sebab piyed kasi cuti sebulan kekeke
masa tu tak tahu lagi pregnant yelah sibuk kerja konon stress lah punca utama tak piyed then member-member suruh pergi check up, masa tu baru terpikir "acane eh kalu bebetul pregnant?"
balik rumah tak kasitau hasben lagi dediam je sendiri sampailah satu hari tu tak boleh nak bangun tidur tak boleh nak naik tangga sebab sakit pinggang + bontot yang amat sangat
bajet diri ni wonder women takmo gi klinik check tapi disebabkan sakit yang amat sampai menangis baru relakan diri pergi klinik
call klinik hari jummat nak g check doc tak available so buat appointment hari sabtu pagi pukul 9
lepas melantak roti canai 2 biji terus g klinik
doc tak cakap banyak terus suruh baring scan perut terus nampak si tomato ni toink toink lompat
ooo suka ya awak tomato lompat dalam perut mommy
patut lah mommy sakit pinggang bawa awak 9 minggu dah rupanya
maka bila dah tahu tu tamatlah riwayat high heels ku cuma kurung moden je masih bertahan
lepas dah confirm  tu jadi marilah kita pergi ke Klinik Desa pulak bukak buku pink 😘

Monday, April 18, 2016

Setelah Berkali-kali Tersungkur Inilah Kerjayaku

Assalamualaikum!
 
A little throw back untuk jadi kenangan later.. Bagaimana kerjaya sekarang bermula setelah graduate tahun 2012 dari unikl miit.. Nak start cerita pun dah sedih rasanya tapi semua tu jadi kenangan dan memori untuk lebih menghargai apa yang ada sekarang.
 

 
Grad dengan pointer yang boleh dibanggakan till boleh convert loan study kepada scholarship memang suatu yang diharapkan so boleh lah save duit. Kalo tak boleh convert mau sekarang terbongkok bongkok nak membayor hutang. Yelah loan diploma dan 30k+ tambak pulak loan degree 60k+ mau kerja untuk membayor hutang jelah jadinya. Alhamdulillah berkat kenakalan di universiti grad jugak budak ni 😗

 
 
Sebelum final exam last semester dah dapat offer interview kat Exxon Mobile tapi dah nama pun bukan rezeki tak dapat nak merasa keje dalam sector o&g. Takpe chill jelah mase tu walopon frust huhuhu. In between nak habis tu jugak dapat offer untuk jadi part time lecturer di unikl jugak ajar budak diploma untuk lab subjek ICIS tapi lupa dah amende subject tu, sempat lah jugak mengajar dalam setahun setengah. Mengajar tu part time on weekdays malam so siang hari boleh dah bekerja sama macam orang lain, time ni dapat offer as a Trainee Management Program di Texas Instrument Malaysia dengan gaji yang WOW untuk budak baru grad. Tapi sayang bertahan seminggu je huahuahua sebab tak tahan kena buat programming which is bukan minat utama jadi relakan hati melepaskan kerja kat situ.


Lepas menggangur diwaktu siang hari dalam 2 bulan dapat pulak offer kat Indah Water hq as a Database Executive. Gaji takdelah sebesor di TIM tapi cukuplah nak bayar sewa rumah walopon masa ni mak still support 700rat tetiap bulan 😛 ku harap pelangi yang menjelma selamanya tapi ribut petir datang menyambor pulak. Keje sana sebulan lebih je kot terus ciow kes tak tahan nak kena keje balik lambat huhuhu. Iols mane boleh balik lambat keje bukan nak balik kasi anak makan tapi sebab iols kan lecturer part time iols ade student menanti. Gila wei nak redah Damansara - KL time balik keje pukul 5.30 ptg kelas start pkl 6 mane sempat dengan penat otak lagi, last choice hantar resignation letter.


Dengan kekebalan my dear erin dapatlah pulak keje di Brunsfield Embassyview as a Customer Service. Bayangkan budak grad IT keje jadi Cust Service. Tapi jangan dipandang dengan lobang hidung hokey iols keje jadi along kejar overseas owner untuk bayar management fees rumah diorang. Masa keje sini syiok wei sebabnya keje rileks tapi time membayor dengan time buat invoice juling siketlah mata mengira duit orang puluh puluh ribu. Yang lagi syiok keje sini boleh balik ontime, pukul 5 sharp punch out. Movie kat klcc pukul 5.50ptg pun sempat hoi 😄
 
 
Nampak tak bile dah duduk di Kolumpo takde maknanye ko boleh nak memilih keje lainlah kalo anak vvvvvip boleh ler petik jari nak keje kat mana
kalo keje kuli nih usaha lah sendiri untuk hidup yang lebih bermakna ecece
 
 
Stay kat Brunsfield setahun lebih then tangan gatal nak try keje lain pulok huehuehue
so applylah keje as a HR exec pulok utk syarikat sub con petronas
Ofis kalini bebetul depan KLCC
maka heharilah muka kelihatan di AvenueK dan klcc
Masa ni baru kawen so laki dari Ampang Hilir terus jemput bini dalam klcc nak ngelak jem
 keje kat sana tak lama sangat tetibe dapat surat interview gov apalagi cabut balik kampung ler interview
Alhamdulillah setelah 5-6 bulan gitu dapat result yang iols berjaya


Maka dengan itu sehingga sekarang gov lah majikan ku
memang takde maknanye nak resign dah lepas ni melainkan tukar profession jadi lecturer pulak ke tapi nak jadi lecturer dengan gov jugak xmo g swasta dah walopon kekadang private lagi best 😝
 
 
Apa yang nak share sebenarnya walopon uols grad dengan pointer gempak tahap gaban pun kalo dah dikatakan bukan masanya rezeki bersabarlah
InsyaAllah bila tiba rezeki korang dan memang tertulis itulah rezeki korang macam mana pun tetap jadi milik korang jugek
sabar dan continue happy with what you have till u get what u dream okey
💕

Wednesday, April 13, 2016

Perkiraan Komitment Untuk Membeli Rumah Idaman

Assalamualaikum!


Macam dalam entri sebelum ni ella ada bagitau nak share macam mana perkiraan yang ella buat sejak belajar sehingga berjaya beli rumah kan... If tak ingat boleh baca balik entri tu okeh..

So nilah dia cara-caranya yang mudah cumanya kena disiplin lah follow.. Let say bulan tu nak pakai duit so make sure remark kat situ guna untuk apa tarikh bila supaya senang nak refer balik.. Takdelah tetiba jadi rimau sebab tak tau duit ke mana perginya macam tuan yang tengah menulis ni yang kekadang gi fire laki sendiri sebab tak tau duit kemana padahal diri sendiri yang guna lupa nak update.. Laki jugak jadi mangsa 😆
 
Alhamdulillah dengan usaha gigih ni nampaklah duit tu kemana.. Kekadang bila emergency nak pakai duit pun kurang-kurang adalah tempat nak mencekau takdelah gigil nak mencari..
 
If korang nak pakai method ni silakan.. Mana tahu kita sma-sama boleh menyimpan dengan berhemah..
Ni ella kasi contoh tau:-

Budget April 2016

Basic : RM 2200 + RM 900 = RM 3100
8% kwsp : RM 100
Gaji bersih : RM 3000


Fix Expenses :
*Rumah - RM 1000 pay 25/3
*Bil iPhone - RM 200 pay 1/4
*Kerete - RM 600 trnfr to mbb-s 4/4
*Mara - RM 150 pay 4/4
Pantry - RM20
*Kelab sukan - RM10 trnfr 27/3

Total : RM 1980

RM3000 - RM 1980 = RM 1020

Perbelanjaan femili :
*Minyak - RM200 trnfr to b 24/3
*Makan - RM400 trnfr to b 24/3
Shopping - RM30

Total : RM630

RM 1020 - RM 630 = RM 390

Saving :
*ASB - RM50 trnfr 27/3
*Kerete - RM50 (cimb-i) trnfr 4/4
Anak - RM50 (pb-w)
*Saving - RM50 (cimb) trnfr to ayu 27/3

Total : RM 200

RM 390 - RM 200 = RM 190

Balance Gaji = RM 190


Pb-w (anak)
Pb-b (rumah)
Cimb-i (kreta)
Cimb (menabung)


haaa nampak tak lepas kira-kira tolak semua komitment ada lagi balance gaji RM 190.. Maka yang balance tulah boleh guna untuk berjimba rambu ramba ataupun kalo nerd sikit simpan untuk masa depan.. Gitulah  caranya..

Oh sebelum lupa yang tanda * kat depan tu maknanya duit tu dah di ambil dari bank atau dah diguna pada tarikh sekian sekian so mudah nak detect duit apa yang tinggal..

Tuesday, April 12, 2016

Beli rumah diusia 26 tahun

Assalamualaikum!


fuh fuh nak backdated cerita sebenarnya nih walopon sebelum ni dah ada cerita sikit-sikit kat entri ni tapi apakan daya masa dan keadaan mencemburui kita {----- banyak alasan gila pempuan nih 😝


Okeh meh start cerita..


Macam mana boleh nak terbeli rumah ni?



Alhamdulillah.. Teringat azam berpuluh tahun dulu masa mantan PM Tun Dr Mahathir datang upacara pecah tanah dekat sini masa tu umur berapa pun lupa dah tapi ingat lagi tunggu depan pagar rumah mama nak tengok tun depan mata.. Dipendekkan cerita rezeki dan azam puluh tahun tu jadi kenyataan bila 2014 dapat offer kerja kat terengganu terus balik tak pikir panjang dah.. Masa tu bulan Jun 2014, 3 bulan ulang alik TGG-KL sebab hasben ella still keje sana masa tu, then lepas hitung panjang buat belanjawan hasben ella nekad nak pindah balik terengganu jugak walopon masa tu dia xdapat kerja lagi kat terengganu nih.. Tapi dah nama pun rezeki yang kita tak tahu percaturan Allah swt Alhamdulillah hasben ella dapat keje lecturer.. Maka bertukarkan profession dia dari Technical IT ke Lecturer sampai sekarang 😃


Okeh berbalik cerita beli rumah, lepas pindah balik terengganu ella dah ada buat survey sikit-sikit nak beli rumah, yelah takkan sampai tua nak duduk rumah mama ella kan, nak jugak beli aset sendiri.. Pantang nampak iklan rumah mesti laju je bukak pastu buat research baca situ sini.. Then satu hari tu ella buka website PMINT tengoklah diorang ade bukak balik jualan rumah di KP Perdana.. Apalagi tak pikir panjang terus mencuba nasib apply Alhamdulillah dapat surat tawaran untuk rumah yang ella mohon tu.. Walopon rumah tu yang fasa 2012/2013 tapi ella dengan hasben dah pergi round kawasan yelah rumah yang nak beli ni dengan rumah mama ella tu 5 minit je drive kuikui


Lepas dah puas hati terus catat nombor rumah yang nampak available means yang takde meter air dengan meter letrik untuk memudahkan proses pilih rumah nanti masa kat PMINT..


Apa yang kitaorang buat sebelum bebetul decide nak beli rumah adalah....... Buat perkiraan perbelanjaan bulanan yang wajib nak kena bayar.. Ni sangat penting tau supaya nanti bila dah beli rumah takdelah kitaorang kebulur nak makan nak shopping sebabnya hutang dah bertambah dengan amount yang sangaaaaat besar..


Lepas dah buat segala perkiraan maka jomlah kita ke bank.. Naik turun semua bank yang ada ada kat terengganu ni untuk dapatkan rate yang paling rendah.. 2 minggu jugaklah duk bertangga kat bank yelah kena fahamkan bebetul term dan condition diorang sebelum nak mohon.. Ella tak boleh nak ambil gov loan sebabnya kitaorg buat shared loan (loan bersama).. Kata pun beli rumah bersama haruslah loan bersama jadi hutang pun bersama sama bayar hahahaha 😝


Akhirnya dapatlah bank yang offer kitaorang dengan rate yang sangat berpatutan.. Masa nak memohon tu exec diorang akan tanya gaji then apa komitment bulanan yang ada.. Jawablah dengan jujur sebabnya kalo tipu pon takde paedah nya lepas submit borang diorang akan buat screening lagi sekali huhuhu.. Alhamdulillah lepas tunggu 2 bulan akhirnya perkabaran gembira loan bersama tu lulus yippii 😍


Macam mana boleh lepas loan tu??? actually kami pun terkejut jugak hehehe yelah dengan baru tukar keje, gaji ciput, ada loan study, ada loan kereta, loan asb then tak strong lagi kerjaya baru huhuhu


Jawapannyaaa


Komitment bulanan yang kitaorang ada tak tinggi means dengan gaji + komitment yang ada still gaji kitaorang mampu untuk tampung loan rumah ni maka sebab itulah loan rumah kitaorang lulus.. Alhamdulillah pada usia 26 tahun ella mampu genggam kunci rumah sendiri walopon tu rumah milik bersama..


Later ella share macam mana ella buat calculation komitmen monthly yang ella amalkan dari zaman belajar dulu sampailah sekarang okeh..

Tuesday, February 23, 2016

Gaji Pertama dari Nuffnang


Assalamualaikum!


Eksited nak update blog semata nak bagitau dapat cek pertama ever dari Nuffnang hahaha (poyo tak perempuan ni :p) Walopon hasilnya takdelah se gah blogger femes tapi syukur sekurang-kurangnya dapat lah iols nk merasa jugak hasil bersengkang mata sebelum ni..

Lama okeh nak tunggu cek in sampai ke tangan.. ella cash out bulan december kot tapi harini baru sampai, gigih wei nunggu cek tiba.. Alhamdulillah ianya tiba sebelum ella start cuti panjang.. Walopon takmo pakai lagi duit ni tapi okey lah sekurangnya duit dah ade ditangan.. Niatnya duit ni nak pakai untuk beli carrier #zullellajr tapi tu nunggu habis pantang nanti.. Nak bawak budak kecik tu balik kampung nombor dua mommy daddy kekeke.. Nampak tak betapa mommy daddy dia rindu kolumpo walopon dah hampir dua tahun tinggalkan KL..
 
Sekarang ni nunggu cek dari churpchurp pulok untuk tiba.. Tapi rasanya sampai tengah cuti nanti kot.. Takpelah sampai bebila pun janji sampai sudah.. Weeee tak sabar... tak sabar...
 
 
Nah ku tepek cek pertama sebagai kenangan sebelum masuk bank.. kot kot lah lepas bertahun satgi belek balik blog terimbau kenangan cek pertama yang diterima dari nuffnang :p 
 
till then tata!