Alhamdulillah belogella dah ada follower yang ke 201. Tenkiu untuk korang yang sudi mengfollow belogella cap pokpetpokpet ni. Tapi itulah nak mencapai angka ratus ni sangat susah :( tak macam orang lain kejap je boleh naik ribu riban tapi ella susah sangat makan tahun baru boleh capai ratus. Sedihkan wuwuwuw tapi ella tak kisah *dalam hati kisah sebenarnya* sebabnya ella akan tetap terus menulis sharing apa2 info, bercerita kat korang apa yang ella buat, aktiviti atau apa2 je tips. Sebab ella kan suka pokpetpokpet walaupun kadang malu macam kucing hidung kemek tapi pokpetpokpet tatap tak boleh tinggan. Keturunan suka bercakap ginilah, orang layan ke tak layan ke tetap mulut pokpetpokpet. Sabor je lah yer yang mendengar kihkihkih.
Ni adalah ella share sikit tips nak naikkan follower walaupun ella sendiri tak berapa nak ramai follower tapi kan berkongsi ilmu besar pahalanya. :)
# Bawak bawaklah rajinkan diri blogwalking. Cara senang tinggalkan jejak korang kat shoutmix diorang tu kalo adalah kalau takda rajinkan tangan pergi komen kat entry diorang. Jangan malas tahu :p If diorang tinggalkan Hai kat blog korang pergilah jejak diorang balik. Macam ella buat if orang Hai kat shoutmix ella, nanti ella pergi blog diorang ella follow terus pastu tinggalkan jejak jugak. Kalau orang tu baik hati dia follow lah korang balik.
# If ada bajet lebih, bolehlah korang buat GiveAway kat blog, InsyaAllah ramai lah nanti yang akan join dan follow. Tak payah buat GA yang payah nanti orang malas nak join. Buat GA yang simple je cukup tapi menarik perhatian kan ke lagi afdal macam tu. :) *teringin nak buat GA*
# Last sekali tawakal dan terima je lah seadanya apa yang blog korang ada setakat ni. Mungkin masa korang belum sampai untuk blog korang booom kebabooom. Yang penting ikhlas dalam berkongsi cerita yang korang tulis kat blog. Prinsip yang ella pegang senang je "Berkongsi setiap cerita dengan sepenuh hati dan perasaan bukan dengan otak semata" InsyaAllah masa akan tiba untuk kita jika itu sudah tertulis rezeki kita. peace!
hahaha! ella ni comel la! bab tawakal tu yg tak tahan, fifa gelak ngan spontan kat sini k ;p
ReplyDeletecepatnye dapat follower banyak...
ReplyDeletesalam cik ella...sy baru lg dlm dunia blogger ni...tgh usya2 la cr cne nk tingkatkan follower....stkt neh mmg xde follower lg sbb bru sgt n x reti lg la berblog2 blogan...mebi ella or mber 2 len boleh singgh n follow my blog..silakan....
ReplyDeletehttp://edhamz.blogspot.com/
tq :-)