Saturday, December 3, 2011

Snowflake Taiwanese Dessert Secret

Korang pernah makan tak?
Tak pernah?
Booooooooooooooooo hahahaha padahal ella pun first time makan.



Tu pun puas duk gi mari gi mari depan kedai dia baru berani nak pergi order, kata first time haruslah tak tahu nak order yang mana satu. Banyak sangat pilihannya. 



Mula2 musyik jugak halal ke tak ni, tapi bila tengok ramai yang Islam bertudung makan terus yakin InsyaAllah Halal. Nak ordernya senang je *bajet terror* korang pergi je kedai Snowflake ni yang ella tau ada kat Pavillion dengan MidValley pastu pilih nak yang mana satu samaada nak panas ataupun sejuk then bayar.



Pastu nanti lepas bayar ambik resit dengan si alien bulat merah yang macam dalam gambor bawah ni.



alien moden



Pegang lah korang sampai si alien ni bernyala-nyala dan bergegar. Kalau dah macam nak terbang dengan lampu kelip siap gegar tu boleh lah korang pergi kaunter collection ambil apa yang korang order tadi. If tak gegar tak menyala sila tunggu jangan korang pergi menyibuk kat kaunter collection, mau kena maki dengan orang lain nanti karang. Pahem?


berkelip gegar sudah sampai kamera pon gegar



Bila dah collect snowflake yang korang order tu boleh lah korang melahap, tak cukup boleh tambah lagi, pergi beratur lagi, order lagi jangan memandai ingat refill free puloks sudah. :p


Jemput makan korang.


Lupe apa nama yang ella order ni *ampun*



Eh lupa rasanya macam air cikung bak kata orang tranung, bak kata orang KL macam air cincau tapi sedap. Yang oren tu adalah labu peringgi kenal tak labu peringgi? tak tau okey mat salleh panggil pumpkin dan yang putih tu ubi tapi wo pu chi tao ubi apa. Yang wa tau sedut masuk mulut telan masuk perot. 



Lagi sekeping gambar nak kasi korang terliur termimpi mimpi hikhikhik


sila telan lagi air liur anda

0 comments:

Post a Comment

Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^