Korang kalau dapat iPhone 4s yang orang duk sibuk pokpetpokpet sekarang ni apa yang korang akan buat dulu? okeh malas dengar jawapan korang muahahahah :p
Kalau ella dapat in hand iPhone 4s ni tau apa yang ella nak buat dulu? Ella nak cari setting takpun applications pastu nak cuba tukar SIRI yang paham bahasa omputih je tu kepada bahasa terengganu *berangan* nak buat macam mana lidah pekat dialek terengganu harus lah henpon mesti paham bahasa terengganu. Kata smart phone mestilah jadi smart macam tuannya jugak walaupun dalam mimpi je nak tukar bahasa yang SIRI tu paham kehkehkeh.
Tapi dah sah sah angan pertama tu takkan berjaya punya jadi angan-angan kedua yang pasti berjaya hanya dengan DiGi iPhone 4Sure boleh adalah ella nak bercakap bahasa terengganu dengan si smart SIRI pastu kita tengok apa dia reply. Mesti boleh buat ella gelak guling guling macam iklan DiGi orang kuning versi hindustand golek golek kat taman klcc. Bukan saja tu tapi SIRI ni memudahkan kerja. Dalam kelas lepas ni tak payah lah ella duk bimbang kalau nak reply message urgent ella cuma cakap dengan SIRI pastu SIRI tolong tuliskan pastu send. Tak ke sangat memudahkan. Tu lah benda first sekaliiiiiii yang ella akan buat dengan DiGi iPhone 4SURE I DO 1ST godek godek SIRI sepuas hati.
Sebenarnyakan korang sedar tak yang SIRI ni sebenarnya boleh mengeratkan hubungan korang dengan orang tersayang. Kenapa ella cakap macam tu? macam ni korang bayangkan eh one day tu korang dah tak tahu nak buat apa dah boring melepak, tengok movie pergi makan makan, semua tu dah bosan buat korang nak buat benda baru. Tapi benda baru tu korang tak tahu apadia. Tapi kalau korang ada iPhone 4s ni korang boleh play around SIRI dengan pasangan anda.
Mula mula si girlfriend cakap kat SIRI "Say Hello B Busuk"
Tengok apa SIRI reply. Mesti SIRI reply ntah apa-apa sebab SIRI kan tak paham lidah melayu.
Pastu si boyfriend pulak cakap kat SIRI "I LOVE U"
Kali ni mesti SIRI paham sebab lidah omputeh. Dengar apa SIRI reply mesti korang berdua gelak terkekeh kekeh. Tak ke merapatkan hubungan tu. Bukan saje smart untuk iPhone tapi juga smart untuk relationship. Memang iPhone 4Sure semua boleh lah dengan DiGi.
0 comments:
Post a Comment
Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^