Showing posts with label -iPhone-. Show all posts
Showing posts with label -iPhone-. Show all posts

Sunday, September 16, 2012

Instagram Picture

Assalamualaikum!


Sejak pandai berinstagram ni rajin pulak saya duk post memacam dalam tu. Especially makanan konfem ada jeeer yang saya akan post. Tiap kali nak makan ipon mesti kat tangan nak ambik gambor dulu baru boleh makan dengan tenang. Kalo tak hingat mesti macam alaaaa lupa nak ambik gambor, xpe xpe kang lain kali datang lagi haaa sampai gitu sekali penangan instagram isk isk.


Siapa yang follow saya kat instagram memang awaklah yang santek dan hensem intan payung kepayang yang tak follow sila follow sekarang kalo tak awak tak santik takmo kawan hahahaha takde kena mengena langsung. Sebenarnya saya ni nak share apa yang saya duk post kat instagram tu dah alang-alang backup ipon saya copylah gambar sekali update kat sini.
















Tu jer yang saya rajin cari nak tengok lelebih pergi follow ar *gaya kerek* :p

Wednesday, March 14, 2012

Ketat Bergetah Baju Mister I

Assalamualaikum







Yeay mister I ada baju baru dua pulak tu satu pepel satu pink. Sempat masuk [i] store @ publika masa event Libress tak ada niat nak beli pong tapi nak buat acane dah terambik terus pergi kaunter hikhikhik. Harga 2 tu adalah Rm 79 kira dalam satu kotak tu ada 2 case terus. Jimat kan kan. Yang lagi tak tahan keluar kedai terus kasi mister I pakai baju baru yang lama sumbat masuk beg tak kenang jasa sungguh hahahaha.  Ketat bergetah uoools baju baru mister I, yang lama dah lobos kurang bergetah tak ummmp dah hahahahaha ok ella dah merapu. Bye. 

Monday, February 20, 2012

Emily Cable Winder


Assalamualaikum


Selalunya earphone ella mesti gulung merata, gulung kat pen lah gulung kat henfon lah suka suki mane tempat yang boleh gulung ella gulung gituuu. Buruk perangai kan huhuhu. Tapi pakcik sorang tu selalu bising dia duk bebel nanti jahanam nak kena beli lain bila sebut beli kena pakai duit apa ingat kita cop duit ke?? hikhikhik




So aritu masa pergi kedai S&J nak cuci mata tengok teddy bear nampak cable winder ni, terus lajuuu je tangan ambil. Ingat kan mahal rupanya rm2.90 gitu je apalagi ambik je lah sebab malas nak seksa telinga dengar orang membebel hiks! Sekarang dengan gembiranya gulung earphone kat emily ni tapi bila malas tetap jugak gulung ikut suka hati hahahahaha.


macam pakai baju kan kan

Tuesday, January 3, 2012

Murahnya iPhone - Apple One Day Shopping


Tadi dapat email dari apple, sempena tahun naga ni diorang buat special Apple One Day shopping. So apa lagi jom rembat apa yang berkenan dihati. Check their link HERE




Monday, December 26, 2011

DiGi iPhone 4SURE 4 ME

Apa yang orang duk sibuk pokpetpokpet sekarang eh? soalan mak untuk anaknya yang gila gadjet.

Bukan pasal weeding Lisa Surihani dengan Yusry Kru tu lah dokpun(takpun) pasal duit baru tahun depan tapi pasal iPhone4s dari DiGi tahu dok(tahu tak)? soalan anak gila gadjet kepada emak yang gila kerja pakai henfon cap ayam.

Dok tahu pon, cu story skek nape benda tu (cuba cerita sikit apa benda tu)? soalan berupa request dari emak kepada anak.

Meh sini nok crita (mari sini nak cerita)... jawab anak kepada emak..

Kenapa DiGi iPhone 4SURE 4 ME?? Jawapannya senang saja.




Pertama, sebab si anak duduk jauh di Kuala Lumpur dan si emak duduk jauh di sempadan Malaysia dek kerana tuntutan gila kerja,  gila tak gila gosip tetap gosip.

Kedua, oleh kerana dua-dua berjauhan tapi sehari kalau tak bergosip memang tak sah, nak jugak dengar suara walaupun hanya hello, mak bizi nanti gosip.. tuuttt tuuttt talian putus :)

Ketiga, oleh kerana si anak dan si emak berjauhan jadinya bergosip hanya ikut panggilan suara tak ada feel, kan lebih baik ada iPhone4s yang boleh berface time jadi sesi gosip ibu anak lebih meriah terasa macam bercakap sebelah menyebelah kongsi satu bantal atas katil sambil makan kerepek walaupun hakikatnya sorang di selatan sorang di timur. Tak ke anda rasa macam sentiasa ada ibu dimana anda berada. Macam orang kuning i will follow you tuuu.

Keempat, memang iPhone4s dicipta untuk mengeratkan hubungan yang jauh menjadi dekat sebab tu jadinya nama iPhone4s, 's' tu means Sentiasa, Selamanya, Selalu, berSamamu *eeeewah pepandai je ella hek*


Kalau ada iPhone4s saja tak guna kalau tak ada mobile plan macam mana nak bergossip sambil berface time ataupun ber iMessage, jadi mestilah nak kena signup mobile plan baru lah sesi lebih hangat. Apalagi yang lebih menguntungkan selain tawaran dari si gemok orang kuning yang selalu duk ngikut kemana saja korang pergi untuk bergosip nak kasi line clear full bar connection supaya tak terputus putus bila bergosip which is i LIKE!


Jadinya kalau menang sebijik iPhone4s dari DiGi angan-angan gossip sambil berface time memang jadi kenyataan buat si anak gila gadjet dan si emak yang berhenfon cap ayam. Confirm tiap malam nak tidur wajib face time pastu tertidur sambil tengok muka mak biarpun dah unur doplohtiga tahun hikhik.




naaah tu the main reason why DiGi iPhone 4SURE 4 ME simple padat tepat. Cukup tak payah banyak janji sesi gosip dengan beloved mom on setiap hari walaupun berjauhan dimata tapi dekat diface time hanya with DiGi iPhone4s Sentiasa, Selamanya, Selalu, berSamamu :)





Wednesday, December 21, 2011

DiGi iPhone 4SURE I DO 1ST



Korang kalau dapat iPhone 4s yang orang duk sibuk pokpetpokpet sekarang ni apa yang korang akan buat dulu? okeh malas dengar jawapan korang muahahahah :p



Kalau ella dapat in hand iPhone 4s ni tau apa yang ella nak buat dulu? Ella nak cari setting takpun applications pastu nak cuba tukar SIRI yang paham bahasa omputih je tu kepada bahasa terengganu *berangan* nak buat macam mana lidah pekat dialek terengganu harus lah henpon mesti paham bahasa terengganu. Kata smart phone mestilah jadi smart macam tuannya jugak walaupun dalam mimpi je nak tukar bahasa yang SIRI tu paham kehkehkeh.





Tapi dah sah sah angan pertama tu takkan berjaya punya jadi angan-angan kedua yang pasti berjaya hanya dengan DiGi iPhone 4Sure boleh adalah ella nak bercakap bahasa terengganu dengan si smart SIRI pastu kita tengok apa dia reply. Mesti boleh buat ella gelak guling guling macam iklan DiGi orang kuning versi hindustand golek golek kat taman klcc. Bukan saja tu tapi SIRI ni memudahkan kerja. Dalam kelas lepas ni tak payah lah ella duk bimbang kalau nak reply message urgent ella cuma cakap dengan SIRI pastu SIRI tolong tuliskan pastu send. Tak ke sangat memudahkan. Tu lah benda first sekaliiiiiii yang ella akan buat dengan DiGi iPhone 4SURE  I DO 1ST godek godek SIRI sepuas hati.



Sebenarnyakan korang sedar tak yang SIRI ni sebenarnya boleh mengeratkan hubungan korang dengan orang tersayang. Kenapa ella cakap macam tu? macam ni korang bayangkan eh one day tu korang dah tak tahu nak buat apa dah boring melepak, tengok movie pergi makan makan, semua tu dah bosan buat korang nak buat benda baru. Tapi benda baru tu korang tak tahu apadia. Tapi kalau korang ada iPhone 4s ni korang boleh play around SIRI dengan pasangan anda. 


Mula mula si girlfriend cakap kat SIRI "Say Hello B Busuk"


Tengok apa SIRI reply. Mesti SIRI reply ntah apa-apa sebab SIRI kan tak paham lidah melayu.


Pastu si boyfriend pulak cakap kat SIRI "I LOVE U"




Kali ni mesti SIRI paham sebab lidah omputeh. Dengar apa SIRI reply mesti korang berdua gelak terkekeh kekeh. Tak ke merapatkan hubungan tu. Bukan saje smart untuk iPhone tapi juga smart untuk relationship. Memang iPhone 4Sure semua boleh lah dengan DiGi

Tuesday, December 20, 2011

DiGi iPhone 4SURE MOST AFFORDABLE

'Sorry your phone line has been barred, please contact your service provider or visit our branch to make the payment. Thank you'



Okay.. 


Okay..


Kena bar lagi phewww terima kasih lah tolong bagi tahu *cakap dalam hati kat diri sendiri pang padan muka!*


Boleh kata dalam setahun adalah empat lima kali kena macam tu, dasar tak berapa nak sedar diri tu student tapi gatal nak pakai bil jadi ambik kau terimalah kalau line kena barred sebab duit dalam purse cukup nak buat makan kalau bayar bil maggi pun belum tentu kau mampu makan nak tunggu hujung bulan hahahaha.


Orang pakai bil ko pun sibuk nak pakai bil pastu gelabah bila closing date lambat lagi tapi bil dah 80% nak capai kredit limit. Bila lambat pergi kelas nak mintak member tolong cover mulalah pinjam henpon housemate nak message sekeping padahal sendiri pakai henfon mahal tapi bil kena potong malu wuiii malu.


Ginilah padahnya bila signup mobile plan yang diri sendiri tak affordable nak bayar. Kadang mampu kejar settle semua bil kadang tunggu lah elaun masuk bayar dulu siket kasi line up pastu berjimat habisan nak call lecturer pun sayang kredit rela tunggu berjam luar bilik nak tanya pasal assignment.



Tak settle lagi pasal bil dengan henfon cikai gatal pulak tangan nak angkat iPhone 4s tapi kali ni memang nak kena rancang betul betul mobile plan yang nak kena ambil. Yelah apa guna kalau pakai smart phone tapi tak ambil mobile data plan macam makan telur separuh masak tak letak kicap dengan lada sulah rasa semacam kembang tekak. Jadinya setelah survey baaaaaik punya compare setiap mobile plan dengan semua telco yang ada kat Malaysia akhirnya ku temui cinta hati mobile plan yang cocok dengan henfonku iaitu tadaaaaaaaa DiGi mobile plan is the best!




Ella nak pilih plan ni iDiGi 88 sebabnya yang sebelum ini punya plan monthly agak mencekik tapi yang plan DiGi ni cuma RM55/month. Yang bestnya plan yang ella guna sebelum ni dengan telco yang lain sama je yang iDiGi 88 ni offer. Kira Voice call, sms, mms dengan data memang sebijik sama tapi with DiGi ella cuma perlu bayar half price compared dengan sebelum ni. 




Jadi lepas ni ella tak payahlah nak terima ucapan minta maaf yang tak diundang dari cik kak dalam telefon tu lagi sebab confirm plan DiGi ni mampu sesangat nak sign up. Sememangnya nak cakap kat korang yang  ‘DiGi iPhone 4SURE MOST AFFORDABLE’. Tak sabarnya nak tunggu iPhone 4s sampai depan pintu =)





Nak tahu lagi plan yang DiGi offer boleh pergi tengok dekat link SINI <-- klik. Confirm korang tak rugi, lagi #Untungler adalah =D