Monday, December 26, 2011

DiGi iPhone 4SURE 4 ME

Apa yang orang duk sibuk pokpetpokpet sekarang eh? soalan mak untuk anaknya yang gila gadjet.

Bukan pasal weeding Lisa Surihani dengan Yusry Kru tu lah dokpun(takpun) pasal duit baru tahun depan tapi pasal iPhone4s dari DiGi tahu dok(tahu tak)? soalan anak gila gadjet kepada emak yang gila kerja pakai henfon cap ayam.

Dok tahu pon, cu story skek nape benda tu (cuba cerita sikit apa benda tu)? soalan berupa request dari emak kepada anak.

Meh sini nok crita (mari sini nak cerita)... jawab anak kepada emak..

Kenapa DiGi iPhone 4SURE 4 ME?? Jawapannya senang saja.




Pertama, sebab si anak duduk jauh di Kuala Lumpur dan si emak duduk jauh di sempadan Malaysia dek kerana tuntutan gila kerja,  gila tak gila gosip tetap gosip.

Kedua, oleh kerana dua-dua berjauhan tapi sehari kalau tak bergosip memang tak sah, nak jugak dengar suara walaupun hanya hello, mak bizi nanti gosip.. tuuttt tuuttt talian putus :)

Ketiga, oleh kerana si anak dan si emak berjauhan jadinya bergosip hanya ikut panggilan suara tak ada feel, kan lebih baik ada iPhone4s yang boleh berface time jadi sesi gosip ibu anak lebih meriah terasa macam bercakap sebelah menyebelah kongsi satu bantal atas katil sambil makan kerepek walaupun hakikatnya sorang di selatan sorang di timur. Tak ke anda rasa macam sentiasa ada ibu dimana anda berada. Macam orang kuning i will follow you tuuu.

Keempat, memang iPhone4s dicipta untuk mengeratkan hubungan yang jauh menjadi dekat sebab tu jadinya nama iPhone4s, 's' tu means Sentiasa, Selamanya, Selalu, berSamamu *eeeewah pepandai je ella hek*


Kalau ada iPhone4s saja tak guna kalau tak ada mobile plan macam mana nak bergossip sambil berface time ataupun ber iMessage, jadi mestilah nak kena signup mobile plan baru lah sesi lebih hangat. Apalagi yang lebih menguntungkan selain tawaran dari si gemok orang kuning yang selalu duk ngikut kemana saja korang pergi untuk bergosip nak kasi line clear full bar connection supaya tak terputus putus bila bergosip which is i LIKE!


Jadinya kalau menang sebijik iPhone4s dari DiGi angan-angan gossip sambil berface time memang jadi kenyataan buat si anak gila gadjet dan si emak yang berhenfon cap ayam. Confirm tiap malam nak tidur wajib face time pastu tertidur sambil tengok muka mak biarpun dah unur doplohtiga tahun hikhik.




naaah tu the main reason why DiGi iPhone 4SURE 4 ME simple padat tepat. Cukup tak payah banyak janji sesi gosip dengan beloved mom on setiap hari walaupun berjauhan dimata tapi dekat diface time hanya with DiGi iPhone4s Sentiasa, Selamanya, Selalu, berSamamu :)





0 comments:

Post a Comment

Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^