Sunday, December 18, 2011

Keputusannya Julai 2011


Petang semalam dalam pukul 3 lebih gitu tetiba terasa nak buka ecitie, korang yang tak tahu ecitie tu online application untuk budak UniKL. So capai laptop terus nak login sekali zzzzzzzzzzzz respond to long dah pelik dah tapi buat tak tahu yelah semua budak tau server ecitie tu bukan boleh orang access sekali harung ribu riban mesti nak jammm. Pastu buka wall budak dah kecoh result keluar terus mek gigih buka ecitie naik keras urat refresh. Adalah dalam setengah jam try baru boleh buka. Berdebar toksah cakap lah macam nak buang jantung gantung kat hanger bilik kasi sejuk sikit kena aircond. 



Cik sah ada duk terbongkang tidur tak heksited langsung nak tengok result anak. Biasalah penyakit keturunan kaki tidur tak boleh salahkan sesiapa kalau tidur tak cukup 12 jam. Dah boleh klik my result sekian hal pulak nak nungu loading macam tunggu kau kaunter nak refill air kat mekdi tapi takda orang layan. Macam mana rasa tunggu air dapat penuh cup macam tu lah jugak rasa tunggu ecitie tu loading. Kalau server tu boleh bercakap harus dimakinya semua yang tak sabar nak dilayan.



Bila dah boleh tengok result yang first sekali tengok Grade takutlah ada tersangkut C, Alhamdulillah setakat di UniKL ni takda lagi C syukur sangat pastu baru buka mata leluas tengok result lain. Yang best sekali result NetSec sebab prof cakap kalau nak dapat A mesti otak kena sama macam dia jadi siapa yang baca status semalam mesti paham kenapa. Yang tak paham duk diam diam hakhakhak.



Jadinya inilah result untuk semester 7 di UniKL. Alhamdulillah masih dalam perjalanan untuk satu lagi semester sebelum buat cik sah, cik maz dengan encik raz tersenyum lebar. Ada impian untuk digapai masa konvokesyen, semoga segalanya diizin dan dipermudahkan olehNya.




Untuk kawan kawan result korang amacam? Semoga bagus juga. Terima kasih untuk sepanjang satu semester korang membantu saya yang tak seberapa ni. Sem depan kita usaha sesama lagi.




To you i will always be with u!

1 comment:

Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^