Showing posts with label -kampus-. Show all posts
Showing posts with label -kampus-. Show all posts

Monday, May 21, 2012

Selesai jua satu pengorbanan

Assalamualaikum!



Alhamdulillah akhirnya pengorbanan untuk bergelar seorang penuntut berijazah selesai jua. Tapi ni baru selesai part final year project yang munguji kesabaran iman. Setahun tempoh nak buat projek macam sepuluh tahun terseksa tapi tulah pengorbanan dalam pelajaran. Terima kasih buat semua yang terlibat. Next selesaikan semua peperiksaan lepastu kita hooooray! eh tak kena cari kerja  T__T. Siapa ada kerja kosong meh kasi borang nak isi :p







Friday, March 23, 2012

FYP is coming

Assalamualaikum!


Yes sekarang tengah membizi gilak dengan fyp. 4april nak present tapi ado lagi yang tak siapnya.


taip taip padam taip lagi padam lagi taip lagi dah tak tahu nak tulis apa otak blank. Jadi ni jelah yang tinggal baca lah ek apa yang ada.

Saturday, February 18, 2012

Word Search Hobi Baru



Assalamualaikum 


Haritu kan dapat voucher buku, so selain daripada novel ella beli juga buku word search ni, bukan apa sementara tunggu lecturer masuk kelas boleh juga tambah ilmu kan :) selain tu exercise mata untuk cari huruf huruf tu. Nampak macam senang tapi sebenarnya susah jugak kadang sampai naik juling biji mata mencari tapi fun. Ilmu kan boleh dicari dimana-mana so salah satunya dicari dalam buku ni. Harganya murah je dalam Rm 6 atau Rm 7 gitu je. Ada banyak jilid dan ada juga dalam bahasa melayu, yang ella punya ella pilih yang English nak mahirkan diri kata hatiku eeeewah :p nak cari juga? boleh pergi cari di kedai buku popular :)

 


Wednesday, February 1, 2012

Hanya Sekeping Sijil Berharga Rm 190


Assalamualaikum




Ingat lagi tak entri officially-ethical-hacker ni? tak ingat boleh baca balik kat SIN
Haaaa 2 minggu lepas ella baru terima sijilnya. Hampir 6 bulan baru dapat sijilnya lama betul nak boleh dapat in hand. Tak tahu lah apa proses yang diorang buat sampai lambat macam tu sekali. Tapi Alhamdulillah sekarang selamat simpan dalam file dah. Simpan aje nanti tunjuk kat anak cucu, kalau ada rezeki guna lah hikhikhik 



Dan ini lah sijil paling mahal yang ella perlu bayar. Untuk exam sahaja fees dia Rm 600 dan untuk dapatkan sekeping sijil yang original ni ella kena bayar lagi Rm 190. Total semuanya kira korang tambah sendiri :p
Nasib baik lulus, kalo fail bayangkan kaki licin sebab cukur bulu kira timbang kati nak bayar second test hahahaha.


Korang kalau berminat boleh ambil juga exam ni. Eccouncil juga ada offer banyak lagi profesional exam yang lain dan trainer diorang pun semuanya berkaliber. :)




Saturday, January 28, 2012

Berkorban Apa Saja

Assalamualaikum


Ini lah dia universiti yang terbilang melahirkan pelajar berdedikasi tinggi harapan 1 Malaysia tanpa segan silu jadual pembelajaran saya tersusun sangat indah. Cukup punya banyak waktu untuk berjimba. Harus paling penting repeat baju tak sampai sebulan. Terbaik sangat susunan yang hanya 2 jam setiap hari dan membanggakan 5 jam di hari Sabtu. Betul hari SABTU. Jadi dengan bangganya saya mengisytiharkan perang kepada sebarang aktiviti di hari sabtu.



Apa lagi yang mahu ditonjolkan? tak perlu pergi jauh untuk berkorban cukup sekadar korbankan waktu melepak di hari sabtu dengan menayang muka di kelas, dan membayangkan muka housemate senang enak membuai mimpi dikala anda bangun pagi dan terkedek ke kelas. Ingatan buat diri sendiri. Sila berkorban untuk markah 12.00 anda. Mari kira sama-sama menuju kejayaan.


Rasa poyo jek tulis soooo baku hahahaha. Tanda protes secara aman. OkBai.

Friday, January 27, 2012

Anugerah Dekan lagi? Rezeki

Assalamualaikum


Sudah lama rasanya tidak berbicara disini, kesibukan diri dan kekangan waktu yang mencemburui hampir membuatkan saya terlupa saya punya tanggungjawab disini eeeeewaaaah! hahahaha sesekali berbahasa indah kaaaan :p


Minta ampun geng, ella agak sibuk sekarang ni maklumlah baru masuk umur patbelastahun #pitam banyak nak kena settlekan kerja, nanti kalau rajin ella update pasal celerate birthday yer.


Alhamdulillah, tahun baru bermula dengan gembira bila sekali lagi menerima Anugerah Dekan :) Anugerah untuk mak, pa & ma yang tak pernah jemu mendoakan kejayaan anaknya yang "sangat pandai" ini. Anak yang tiap kali nak exam study sampai sanggup tak tidur malam kerana takut apa yang dibaca akan hilang keesokkan pagi. Anak yang selalu hantar sms dan call malam sebelum exam, pagi sebelum masuk dewan dan selepas keluar dewan hanya untuk memohon diberkati segala apa yang dikurniakan dan memohon restu doa kejayaan.


Akhirnya, setiap restu doa mereka terbalas dengan kejayaan si anak. Syukur Alhamdulillah. Hanya kepadaMu aku bersujud Ya Allah.


Terima kasih juga untuk lecturer & sahabat yang ikhlas membantu dalam pelajaran. Untuk yang turut sama bakal menerimanya nanti jumpa 9 Februari okeh. Yang belum punya rezeki InsyaAllah satu hari setiap usaha anda akan dibalas oleh Yang Maha Esa.


Jangan ditanya siapa reka sebab jawapannya orang level 25 kot :p

Sunday, December 18, 2011

Keputusannya Julai 2011


Petang semalam dalam pukul 3 lebih gitu tetiba terasa nak buka ecitie, korang yang tak tahu ecitie tu online application untuk budak UniKL. So capai laptop terus nak login sekali zzzzzzzzzzzz respond to long dah pelik dah tapi buat tak tahu yelah semua budak tau server ecitie tu bukan boleh orang access sekali harung ribu riban mesti nak jammm. Pastu buka wall budak dah kecoh result keluar terus mek gigih buka ecitie naik keras urat refresh. Adalah dalam setengah jam try baru boleh buka. Berdebar toksah cakap lah macam nak buang jantung gantung kat hanger bilik kasi sejuk sikit kena aircond. 



Cik sah ada duk terbongkang tidur tak heksited langsung nak tengok result anak. Biasalah penyakit keturunan kaki tidur tak boleh salahkan sesiapa kalau tidur tak cukup 12 jam. Dah boleh klik my result sekian hal pulak nak nungu loading macam tunggu kau kaunter nak refill air kat mekdi tapi takda orang layan. Macam mana rasa tunggu air dapat penuh cup macam tu lah jugak rasa tunggu ecitie tu loading. Kalau server tu boleh bercakap harus dimakinya semua yang tak sabar nak dilayan.



Bila dah boleh tengok result yang first sekali tengok Grade takutlah ada tersangkut C, Alhamdulillah setakat di UniKL ni takda lagi C syukur sangat pastu baru buka mata leluas tengok result lain. Yang best sekali result NetSec sebab prof cakap kalau nak dapat A mesti otak kena sama macam dia jadi siapa yang baca status semalam mesti paham kenapa. Yang tak paham duk diam diam hakhakhak.



Jadinya inilah result untuk semester 7 di UniKL. Alhamdulillah masih dalam perjalanan untuk satu lagi semester sebelum buat cik sah, cik maz dengan encik raz tersenyum lebar. Ada impian untuk digapai masa konvokesyen, semoga segalanya diizin dan dipermudahkan olehNya.




Untuk kawan kawan result korang amacam? Semoga bagus juga. Terima kasih untuk sepanjang satu semester korang membantu saya yang tak seberapa ni. Sem depan kita usaha sesama lagi.




To you i will always be with u!

Wednesday, September 21, 2011

OWASP DAY KL 2011




Seminggu dua ni bizi dengan OWASP DAY KL 2011 ni je, ella salah sorang committee student representative so memang kedaung saje otak terhadap belog & twitter. Arini last day baru lah dapat bernapas siket tapi esok pun dah start queue assignment, quiz & test.


 Ya Allah tabahkan aku untuk melalui semua ini.. ;) 

Tuesday, July 12, 2011

Officially "Ethical Hacker" sudah sekarang..
walopon markah hanya 86.53% tapi tetap lulus kalo tak lulus mau meroyan RM600 melayang sijil terbang..
sakit kepala otak duk jawab soklan Ec-Council bagi nih, sape lah yang pandai sangat buat soklan nih dah lah tiap sorang lain set takde maknanya ko nak meniru.. Exam 4jam pon tak cukup..

Alhamdulillah lulus..


Wednesday, May 25, 2011

cerita lepas cuti seminggu dan terkantoi final exam

setelah one week di kampung halaman bau bau pantai now i am back to KL...phewww..kemalasan memang terasa sebab nak masuk kelas yelah satu sem melepak praktikal tak payah pikir kelas assignment kejadag menda lain tetiba nak kena masuk balik belajar..

tensen otak wei.. apesal lah unikl ni tak buat praktikal semester terus boleh kerja kan carik duit..
now bila dah kat kl ni macam terlebih rajin je nak keluar lepak.. ada aje tempat nak pergi terjah.. semalam pergi layan Pirates of Caribbean.. best wuuu citer tu walopon withour orlando bloom *taktau eja =P* dan pertama kali ku tengok yang mermaid tu jahat siap ada taring.. walopon bertaring kanibal tapi cantik wuuu sexy putih melepak gebu.. hahahaha...

harini pulak hari ketiga kat kampus untuk CEH kelas and this friday final exam.. walaupun macam CCNA but still nak kena study jugak walopon secoit  dah lah pass marks 70% and the fees rm600.. kalo fail nih mau meraung hentak hentak kaki..

untuk minggu nih just fokus to CEH start next week kena fokus untuk short sem pulak.. final exam lagi 5 minggu jadinya nak kena bedal semua cukup cukup baru boleh lepak lagi.. oh terlupa semalam madam cerita ada budak kantoi meniru time final sem lepas oooppsss siapakah itu macam best je nak siasat and lagi best pempuan hokey.. cara dia meniru bukan bawak toyol tapi bawak smartphone then connect to blue tooth device yang cucuk telinga tu then cover dengan rambut and jawab exam.. tapi malang terkantoi time pergi toilet nak simpan menatang device tu lecturer pulak ternampak.. memang tertangkap lah ekau.. tak terexam lah jawabnya... zaman moden sekarang takdek dah pakai conteng kat meja lengan jari semua pakai teknologi.. canggihkan tapi kantoi jugak... muahahahaha...  cubalah meniru lecturer mungkin tak nampak tapi Allah swt diatas sana nampak..=D

yesza!

the reports finally done!
waiting for printing and binding..
then counting the days to be home..

Tuesday, May 3, 2011

tips untuk jadi sayalah budak praktikal paling baik tinggalkan ucapan untuk bos saya yang paling best

sebelum tulis nak gelak dulu...
jujur kot nak tulis ucapan dekat bos..
time tu memang bos tak ada kat office, bos pesan letak je kat atas meja nanti dia baca..
tetibe datang idea nak tinggalkan ucapan yang mungkin tak pernah dibuat dek budak praktikal lain untuk bos..
apalagi terus capai pen dengan stickynotes cepat cepat tulis pastu tampal depan buku log terus letak atas meja bos betul betul depan kerusi..
kiranya kalo duduk memang sure nampak punya lah.. =p
lepas letak terus angkat beg ciow sebab dah 530..


pagi esok bos masuk terus pergi masu bilik bos mintak buku log, yang tak malunya siap cakap bos baca tak notes yang saya tampal tu.. siyes takdek perasaan takot tanya bos macam chill je... hahahaha... bos siap buka log book tunjuk... hahahahaha sengeh memanjang kot aritu... i suka lah bos macam ni..=D

nak tau apa notes yang ella tulis nah tengok..




tapi betul weh time tulis tu memang tak pikir panjang, rasa tak bersalah langsung, tak takot langsung bos marah.. macam rilek je tulis tampal..
tip kot nih untuk budak praktikal akan datang...
nak markah tinggi silalah tulis notes kepada bos tanpa rasa bersalah janji kerja yang ko buat tu memang berbaloi untuk ko dapat markah best...
kalo kerja macam hampeh mau kene maki free dengan bos bila tulis notes camgini...=p

semoga maju jaya!

Saturday, November 6, 2010

ini adalah PAKSAAN lagi.




seperti biasa macam yang sebelum sebelum ni juga saya mahu memaksa anda korang macam yang ini dan yang ini untuk mengucapkan GOOD LUCK kepada ella..
hakhakhak...
tak susah pun paksaan ni cuma ambil masa 5 saat je sebelum tidur tak kira lah siang malam pagi petang tengahari tengah berjalan  pon boleh selingan sambil tengok tv pun boleh..
paksaan apa??
paksaan untuk mengewish dan mendoakan supaya ella lagi comey GOOD LUCK dalam exam bukan GOAT LUCK hokey supaya dapat dean list lagi sem ni...
amin~
jadi kalau dah  dean list tiap semester ada lah harapan nak belanja korang pakai duit loan yang tak payah bayar hujung semester akhir nanti tahun 2013..hehehehe...


btw, to all my dearie lover friends, blogger, roomie 110, mar,ayu, zila, k.fiza, k.yati, k.rehan good luck in final exam.. do your best study smart don't study hard..=D oh to my bumblee too good luck kesayangan..





pesanan paksaan:- doa banyak banyak bagi ella dL..

Saturday, October 30, 2010

mari ke zoo negara untuk bekerja





few weeks ago ella join koko II group pergi buat volunteering dekat zoo negara... nama je panggil zoo tp nak kene keje 8jam minimum.. requirement daripada zoo macam tu so ella sebagai follower kena follow je lah lagi satu nak kena sampai kat zoo before 8 am.. dalam puluk 6.30 am tu semua dah get ready bagai dari bangsar gerak pergi kampus dulu pickup budak budak kat sana then gerak pergi zoo... cun je sampai depan pintu zoo 5 minit sebelum pukul 8 am terus sarapan berkeliaran kat gate zoo yang belakang sebab masuk free kan...=D
then mendivide kan diri sendiri dalam groups lepastu haa pergilah sana buat keje ko...
lucky me dapat group beburung sebab dapat ambik gambar dengan burung kakak tua 15K, badly untuk orang ramai sebab burung tu diorang buat keluar on special event je.. jadi nak ambik gambar silalah pergi menumpahkan usaha kerja suka rela dekat zoo negara sana demand nak group beburung tau! =p~

baru ku tahu tahi cik zirapah bolat bolat tahi kambing

bachelor in cabut rumput kandang enggang =D



selingan tepek muka tuan punya belog yang cantik pergi buat kerja dekat zoo..=p

zoo volunteer yo!

oh yea kerja dekat kitchen adalah menyediakan dan memberikan beburung serta binatang binatang lain makan.. secara terang dan jelasnya ko masak main main kat binatang tu, makanan haiwan haiwan tu demand oh.. nak yang fresh, manis manis, colorful senang kata yang nampak sedap lah.. nak kena blender bagai okay pastu ikan nak kena potong betul kalo tak binatang merajok taknak makan.. sabor je lah.. btw kitchen diorang bersih fulls dengan peti ais dan buahbuahan..

salah satu kerja kat bahagian kitchen, siat roti

daging rebus + telur separuh masak


kuda kiut manja gosok gosok siket terus tala muka

15k++ burung kakak tua cantik sangat bulu dia lembuuuut


dengan staff zoo bahagian beburung *beburung melambangkan burung yang banyak

time on off duty korang boleh pergi tawaf satu zoo sampai tak jumpa jalan balik nak pergi station korang balik.. macam main treasure hunt pun ada besar tak besar zoo kite sampai boleh sesat sabor aje lah... niway walopon penat tapi happy sebab bila kita bekerja dengan ikhlas kita dapat rasa yang haiwan haiwan tu menerima kita..=) marilah beramai ramai pergi menvolunteer kan diri dekat zoo negara..



* ada seekor burung nuri warna merah pandai cakap i love u bila kita cakap i love u kat dia tapi dengan syarat kene cakap dengan penuh perasaan kalo tak saje kene gelak dengan nuri tu.. malu woo first time kene gelak dengan burung, nampak sangat i tak romantik.. menci!