Friday, January 27, 2012

Anugerah Dekan lagi? Rezeki

Assalamualaikum


Sudah lama rasanya tidak berbicara disini, kesibukan diri dan kekangan waktu yang mencemburui hampir membuatkan saya terlupa saya punya tanggungjawab disini eeeeewaaaah! hahahaha sesekali berbahasa indah kaaaan :p


Minta ampun geng, ella agak sibuk sekarang ni maklumlah baru masuk umur patbelastahun #pitam banyak nak kena settlekan kerja, nanti kalau rajin ella update pasal celerate birthday yer.


Alhamdulillah, tahun baru bermula dengan gembira bila sekali lagi menerima Anugerah Dekan :) Anugerah untuk mak, pa & ma yang tak pernah jemu mendoakan kejayaan anaknya yang "sangat pandai" ini. Anak yang tiap kali nak exam study sampai sanggup tak tidur malam kerana takut apa yang dibaca akan hilang keesokkan pagi. Anak yang selalu hantar sms dan call malam sebelum exam, pagi sebelum masuk dewan dan selepas keluar dewan hanya untuk memohon diberkati segala apa yang dikurniakan dan memohon restu doa kejayaan.


Akhirnya, setiap restu doa mereka terbalas dengan kejayaan si anak. Syukur Alhamdulillah. Hanya kepadaMu aku bersujud Ya Allah.


Terima kasih juga untuk lecturer & sahabat yang ikhlas membantu dalam pelajaran. Untuk yang turut sama bakal menerimanya nanti jumpa 9 Februari okeh. Yang belum punya rezeki InsyaAllah satu hari setiap usaha anda akan dibalas oleh Yang Maha Esa.


Jangan ditanya siapa reka sebab jawapannya orang level 25 kot :p

1 comment:

Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^