Saturday, January 28, 2012

Berkorban Apa Saja

Assalamualaikum


Ini lah dia universiti yang terbilang melahirkan pelajar berdedikasi tinggi harapan 1 Malaysia tanpa segan silu jadual pembelajaran saya tersusun sangat indah. Cukup punya banyak waktu untuk berjimba. Harus paling penting repeat baju tak sampai sebulan. Terbaik sangat susunan yang hanya 2 jam setiap hari dan membanggakan 5 jam di hari Sabtu. Betul hari SABTU. Jadi dengan bangganya saya mengisytiharkan perang kepada sebarang aktiviti di hari sabtu.



Apa lagi yang mahu ditonjolkan? tak perlu pergi jauh untuk berkorban cukup sekadar korbankan waktu melepak di hari sabtu dengan menayang muka di kelas, dan membayangkan muka housemate senang enak membuai mimpi dikala anda bangun pagi dan terkedek ke kelas. Ingatan buat diri sendiri. Sila berkorban untuk markah 12.00 anda. Mari kira sama-sama menuju kejayaan.


Rasa poyo jek tulis soooo baku hahahaha. Tanda protes secara aman. OkBai.

1 comment:

  1. kelas ape yg ari sabtu tu..kemain lame benau...


    kenape jadual awak sgt chantek???
    ahad jer awak dapat cuti..

    ReplyDelete

Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^