Ingatlah wahai manusia yang Amalina pun manusia.
Memang tidak salah untuk kita menegur tapi tegurlah dengan cara berhemah dan menghormati beliau. Biar apa pun yang terjadi itu urusan dia dengan Allah swt, kita bukan sesiapa untuk menghakimi peribadi beliau.
Memang betul dia pernah melakarkan sejarah di Malaysia, masa tu semua orang berbangga dengan dia semua orang nak jadi macam dia, nak anak pandai macam dia. Tapi sekarang semua orang duk mengata dia duk mengutuk dia, lempar kata-kata yang tak betul dan mengguris hati dan perasaan dia, family dia dan kawan2 dia.
Kalau betul dia sudah berubah penampilan kita seharusnya memberi pandangan dengan ikhlas bukan dengan cara mengutuk dia. Benar tanggungjawab kita untuk menegur tapi keputusan terletak ditangan dia sendiri untuk menerimanya atau tidak. Bukan dengan cara meluahkan segalanya di mana mana medan sosial. Siapa korang untuk meluahkan kata-kata begitu kepada dia? Korang kenal rapat ke dengan Amalina? Korang pernah tidur sebantal ke dengan Amalina tu? Bayangkanlah suatu hati nanti jika orang mengata korang macam tu, apa perasaan ibu ayah korang? apa perasaan korang sendiri? mampu ke korang nak belajar dalam keadaan tertekan macam tu?
Kalau dulu orang menyokong memuji dia, Kenapa sekarang orang tidak boleh menyokong dia kembali untuk melakarkan lagi sejarah buat Malaysia dengan kejayaan dia? Kenapa tidak? Kerana dia berubah penampilan?
Bangunlah semua buka mata. Segala yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. Dia tengah melalui fasa kehidupan kita harus bagi sokongan dan nasihat bukan menghakimi dia. Ingatlah Allah swt Maha Berkuasa hanya dengan Kunfayakun sekelip mata segalanya mampu berubah.
p/s: Personally ella tak kenal pun amalina ni tapi ella kesian kat dia kena kata macam2, Nauzubillah. Ella pun bukanlah orang yang alim sangat tapi nak berkata2 tu biarlah berpada jangan sampai mengaibkan orang.
p/ss: kat Malaysia orang tak heboh pun, dari kampung pakai tudung litup berbaju kurung kain batik sampai KL seluar pendek fashion underware berbaju bikini nampak tetek. Terima Kasih.
yeah!!!biarkan dia ngan hidupnya...
ReplyDeletekesian dia kan kak...
ReplyDelete