Friday, January 27, 2012

Tahniah Farah Lee dan Ally Iskandar

Assalamualaikum 


Mulakan dengan gambar pengantin sekeluarga fuh fuh ambik berkat :p

Hijau = ally. Kelabu = farah
Cuti chinese new year aritu ella balik terengganu. Balik 4 hari semata nak pergi majlis kahwin adik dan kawan kesayangan. Nasib baik ada tiket kalo tak harus paksa my lobely tipah skype. Cadangnya nak balik dengan flite sekali tiket hambik ko return trip sampai 300++ tak kuasa nak bayar. Jadi marilah menyakitkan bontot selama 7 jam didalam bas huehuehue.

Interview uollls

So sampai pukul 5.30am lelap mata kejap pukul 7.30am bangun terus bersiap nak pergi majlis akad nikah dekat Masjid Kristal. 

ramai betul mana acik tak ketaq lutut :p
Sampai sana terkejut tengok ramainya jemputaaaaaan. Malu lah pulak. Hati berdebar macam diri sendiri yang jadi pengantin :p Duduk sipi kat belakang nanti kang kalo masuk tv glemer kang susah, ai tak suka publisiti hahahahaha #pengsan

Macam nak angkut bunga table tu tau
Pergi dengan all my lovely tipahs dengan niat ambil berkat mana tahu coming soon salah seorang yang lekat dulu hahahaha gila berangan tak sudah. Well perempuan. Akhirnya dengan 2 kali lafaz farah sah menjadi isteri ally yang sah. Terharu sebak gembira semua ada saat dengar akad nikah tu. Dah selamat jadi isteri orang dah adikku yang comel tu. Siapa cakap pergi majlis kahwin semua orang gembira? Kitaorg pergi majlis kahwin sedih tahu sebab adik kahwen dulu dari kakak. Lepas ni sapa nak jadi pengapit, calon sorang dah tak layak. Siapa nak boleh isi borang lah yer hahahaha

oh my lovely tipahs & pengantin & nenek

Ally dan farah sungguh relax kita nak ambil gambar pun boleh tak macam retis kahwin kat tv tak kasi orang ambil gambar. Maka dengan ini tataplah gambar yang ada sahaja okeh. Acik tak kuasa nak ambil gambar banyak, acik lebih suka menghayati majlis indah tu dari kelek kamera kehulur kehilir. Majlis berakhir dengan sungguh manis. Manis macam air sirap. Terima kasih adik atas jemputan. Semoga perkahwinan ini membawa ke syurga dan dikurniakan anak-anak yang solehah. Jadilah isteri yang taat pada suami. Kakak sentiasa mendoakan kebahagiaan adik #sapu air mata :) hugs!


kak lisa kakak pengantin yang available sila isi borang jika punya niat hehehe

Diakhiri dengan gambar with my lovely tipahs yang tak cukup seorang. Jangan dikau tanya siapa yang tolong lilit tudung daku itu. Putar dan lilit saja tudung ituuuuuu apa yang dilihat adalah hasilnya :p

Kulilit tudung dikepalaku tema hari itu

0 comments:

Post a Comment

Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^