Saturday, November 10, 2012

I Need Hugs

Assalamualaikum!



So sweet right.
Kalau lah boleh bela seekoq kat kolumpo lagi sweet.
Siapa suka kucing?
Samalah kitew.. Kitew pon suka kucing jugak..
Ciptaan Yang Maha Esa sungguh mengagumkan..



Oh btw gambar adalah hasil google yang menjadi hiasan muka komputer riba :)

Wednesday, November 7, 2012

Resepi | Ketam Goreng Kari

Assalamualaikum!



Minggu lepas turun je ke dapur mama kasitau dalam sinki ada satu plastik hitam besar, saya pon macam pelik apekebenda lah yang banyak sangat dalam plastik bukak bukak tengok hah ambik stok segar baru turun dari bot terus sampai ke rumah. Terima kasih tok ngoh! Macam  tau tau ke saya balik kampung kennnn :p


Terus otak ligat pikir nak masak ape, mama nak buat singgang ikan aya (tongkol) okay satu dah tick, lauk ke dua pulak memula nak buat ketam sweet sour tapi mama cakap dah boring, jadi mama rikues nak ketam goreng biasa tapi saya pepandai edit menu buat ketam goreng kari hahaha. Jadi mari memasak doblas ekor ketam sekaligus untuk satu hari. 


Macam biasa bersihkan ketam sesiap buang kulit keras bahagian atas dulu then kerat dua kat tetengah. Taknak belah dua pon boleh tak jadi masalah. 


Bahan-bahan yang perlu:-

Serbuk kunyit debu
Serbuk kari  - saya campur kari ikan dengan kari daging
Garam
Cili giling / cili kisar - ikut sukatik pedas
Daun Kari - saya tak letak sebab malas pergi beli hehehe


Gaul semua bahan-bahan kat atas tapi make sure cukup untuk semua ketam korang. Then gaulkan semua bahan-bahan tersebut dengan ketam, kasi perap dalam sejam dua gitu. Bila nak makan goreng ketam tersebut dalam minyak yang banyak. Tapi kalu nak bakar pon boleh. Saya bakar seekor sebab sorang je nak makan. Hasilnya isi manis putih berjuicy rasa kari yumyums.



Tips! 
1. Ingat yer kalo nak perap lagi lama sila letak perapan ketam tu dalam peti ais kalo tak ketam korang akan berbau.

2. Ketam ini cepat masak, jadi sila goreng dalam seminit dua je, bila dah kulit ketam bertukar merah balik balikkan then terus angkat sebab kalo ko goreng terlalu lama nanti isi dah kering xda juice tak sedap huhu

3. Masa menggoreng sila tutup kuali, kalo tak tutup harapan tinggi nak kena letusan minyak panas.


Ni lah hasil suku daripada ketam yang dah siap goreng. Tak sampai sekerat hari ketam tinggal suku dah main ratah je semua tak henggat lauk lain dah.


Urutan proses memasak, yang last tu hah hasilnya lepas semua orang main ratah je siap alu lesung duduk atas meja ketuk sepit ketam hahahaha.

Sunday, November 4, 2012

Tips | Buang Getah Cempedak dan Nangka

Assalamualaikum!


Sekarang dah masuk musim cempedak kan? eh ke cempedak takde musim? ikut lah ada musim ke takda musim yang penting sebijik cempedak dah selamat masuk perut.. Ada 2 bijik lagi tak terusik.. Semua orang malas nak perisi sebabnya leceh dengan getah.


Cempedak ngan nangka kan kaya dengan getah, tu yang sebab semua orang malas nak makan.
Rela tunggu orang yang rajin perisi baru nak makan takpun pergi beli kat kedai je senang kan kan. 
Korang lettew. 


Aritu papa beli cempedak bawa balik tapi takdak orang nak pergi perisi. Sebenarnya saya pon malas nak perisi sebab malas nak bergetah bagai tapi tak tahan dengan bau. Ko bayangkan cempedak duk kat dapur, ko pulak duk lepak kat ruang tamu depan tv aroma tu macam mengekor sampai ke lubang hidung. 
Berapa lama ko mampu tahan dengan aroma tu? 




Memang tak payah berangan nak ego sangat lah kan, dengan sendirinya bontot terangkat pergi dapur cari pisau perisi sesiap letak dalam tupperware angkut pergi depan tv balik isk isk tabiat dari umur lima tahun sampai ke doplohpat tahun tak berubah.


Part yang leceh nak perisi bila kena berperang dengan getah wuuuu dah lah melekit payah pulak tu nak tanggal. Basuh dengan air pon tak jalan still jugak melekit-lekit.


Tapi jangan risau sebab ada satu bahan yang boleh tanggalkan getah dengan senang iaitu guna MINYAK MASAK.

ihsan google


Yeeeeeer minyak masak tuuuu.
Apa yang perlu?
Bukan kerjasama tapi kerjanya sebelum pergi belah cempedak ke nangka ke sowatever buah yang bergetah sapukan minyak masak tu kat tangan dulu sesiap kasi berminyak baik punya, lepastu sapu pulak dekat mata pisau yang korang nak guna tu. 
Tapi make sure korang pegang pisau tu bebetul yek sebab tangan korang kan dah berminyak takut licin bahaya huhuhu. Bila dah semua berminyak bolehlah perisi dengan girang. Nak basuh pon senang, korang picit je glo atas tangan gosok basuh dah takde minyak dah.
Lepasni tak payah disuruh konfem bau cempedah dengan nangka terus lari pergi dapur perisi hiks.


Saturday, November 3, 2012

UniKL Antara Universiti Diiktiraf Cemerlang

Assalamualaikum!



Bangga weh! Bangga! tadi baca kat wall lecturer yang UniKL antara universiti yang cemerlang di Malaysia. Alhamdulillah ni mesti berkat student yang belajar pepandai (nak jugak puji) hahahah #eh berkat lecturer yang mengajar ler hahahaha :p 

Rasanya ni tahun kedua kot UniKL berjaya kekalkan kedudukan cemerlang. Mesti tersenyum gelak hehehe dean dr roslan. Menurut  Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pencapaian tiap universiti diukur berdasarkan pengajaran dan pembelajaran.


Tahniah buat semua warga UniKL terutamanya para lecturer, you guys rocks >.< 


Pengesahan mengenai pengiktirafan ni boleh baca di SINI

Friday, November 2, 2012

Resepi | Ubi Kayu Rebus Tabur Gula

Assalamualaikum!


Ingat tak lagi entri saya pasal ubi kayu?
yer..
yer..
ubi kayu lagi selagi tak puas selagi tu saya akan makan ubi kayu tapi macam tak pernah puas je makan ubi hahahaha. 
Kalau korang nak resepi ubi kayu gaul kelapa boleh ikut resepi kat SINI


Tapi sekarang ni saya nak kasi resepi ubi kayu jugak cumanya bukan gaul kelapa tapi ubi kayu tabur gula. Ni pon nak kasi resepi kan, padahal senang bebenor macam malu pon ada nak kasi resepi tapi dah ada gambar jadi buleh lah saya kasi jugak. Kalo ko tak pernah kenal ubi kayu macam mana haaa tengok sini rerapat. 
Ini ubi kayu yer bukan kayu buruk. Rupa je buruk tapi rasanya tak buruk pasai tu orang kata biar rupa buruk janji sedap. Tapi sebelum nak sedap tu ko kena pandai jugak jangan main taram je.


Ubi kayu biasanya panjang dan besor tapi kalo ko nak yang sedap sila cari ubi yang tak tua, sebabnya kalo ubi tua memang merasa lah ko makan sambil buang urat jerami ubi. Tak syok weh makan dengan jerami tak tenang nak menguyah. Memula ko kena buang dulu lapisan kulit ubi yang keras, part ni memang seksa woooiii sampai merah-merah tangan jadi sila hati-hati secara berlebihan.



Bila dah siap ko kena basuh lagi sekali ubi tu bersih-bersih. Kemudian boleh masukkan air. Kuantiti air yang perlu adalah sampai ubi tu tenggelam, kalo nak letak air lebih pon takpe takde effek pon. Jangan lupa letak garam. Yang ni penting sebabnya kalo ko tak letak garam maka tak lengkaplah rasa ubi. Otomatik ubi akan jadi tak sedap huhuhu.




Pastu rebus ubi tu sampai semuanya empuk. Acane nak tau ubi tu dah empuk? senang je, bila ko angkat ubi tu nampak yang kaler ubi tu dah bertukar jadi kuning dan bila ko cucuk rasa dia dah lembut. Lagi lama rebus lagi sedaaaap sebab dia dah empuk. Bila dah semua empuk bolehlah toskan dan nak makan sedap tabur gula masa ubi tu masih panas sebabnya nanti gula tu akan meresap masuk. Kalo ko tabur gula time ubi sejuk memang ko mamah gula seketul seketul ler jawabnya.


Sebenarnya kalo ko malas main tabur-tabur gula ko boleh buat cara senang zaaassss, caranya masa ubi dah last stage kiranya masa semua ubi dah bebetul empuk ko campak gula masuk periuk pastu biar dia mendidih sampai semua gula hancur. Tambahlah seberapa banyak gula yang ko nak ikut tahap kesukaan masing-masing. Ok dah siap! eh kalo nak ubi sedap lagi boleh campak masuk daun pandan masa merebus jugak. Sekarang dah nak masuk musim hujan memang in sangat dengan ubi.




Selamat mencuba!