Showing posts with label -Delicious-. Show all posts
Showing posts with label -Delicious-. Show all posts

Saturday, June 30, 2012

Delicious | Afternoon Tea

Assalamualaikum!


Berhari-hari lepas saya pergi redeem deal yang saya beli aritu, yang INI. Kemain eksited okay pergi redeem, nak redeem sepatutnya kena buat reservation 3 hari sebelum tapi saya buat-buat diri sendiri so special pukul 12tghari saya call cakap nak pergi petang tu sebab mengidam nak makan pavlova terus diorang cakap petang tu ada slot kosong *tipu tipu* hahahaha tapi memang saya dapat slot petang tu gembiraaaaa.


Saya suka sangat suasana delicious sini rileks tenang je *mula mula lah*  bila dah hala ke petang
nauzubillah bising kemain abis feeling menenangkan perut, naik pening pulak jadinya nasib baik tak ada limit masa untuk makan maka duduk lah saya menghabiskan makanan selama 2 jam. Budak 24y memang minumim time untuk makan 2jam, kalo bawa pergi steamboat time puasa rugi tak sempat nak makan dah times up asyik tercekik sampai ke sudah hahahahaha. Eh saya dah melalat kelain T__T jom sambung.

macam nak rembat sangkut kat bilik sebijik
Apa yang saya dapat dari deal tu semua makanan yang mengemukkan dan menyelerakan. Untuk dessert saya kena pergi pilih apa yang diorang display, nasib baik saya gagahkan mata tengok pavlova aje kalo ikut napsu semua saya nak order sebab semua dessert dia ada strawberry menggugat kalbu saya betul. Dah lah saya ni gila semua jenis buah yang ada nama berry. Tapi nasib baik jugak iman saya masih mampu kontrol napsu serakah kalau tak nanges nak bayar harga dessert yang bebelas hengget tu.


Saya tahu korang baca tu tak teruja langsung kan, meh saya kasi korang teruja konfem korang tak sabar nak tunggu esok nak pergi delicious hahahaha. Ni rupa set tea yang saya dapat

3 layer tray 

Terliur tak? saya nak tambah lagi rasa terliur korang biar air liur tak sabaq nak meleleh nak merasa jugak dessert delicious yang memang delicious bebenor nih hahahaha.

Berrilicious Chocolate Pavlova
Cappuccino
Hot Mocha

6 Assortment of Finger Sandwiches
3 Rosemary & Cheese Cookies & 2 Hand-rolled Chocolate Truffles

3 Warm Scones with Preserves Pure Cream & 2 Strawberries with Chocolate Dip

2 Duck Confit in Filo Pastry

eh eh tray dah kosong tinggal secotet truffles sumbat masuk henbeg

Dan nah gambor budak yang beria nak kasi korang teruja tengok dessert cantik padahal nak tunjuk muka kekonon comels *pang* hahahaha. Esok petang boleh pergi delicious request afternoon tea, eh haaa lupa afternoon tea set ni start pukul 3pm sampai 6pm aje yer. Jangan pepandai ko pergi puluk doplas mintak afternoon tea mau teapot diorang kasi kang >,<


Thursday, May 3, 2012

Traditional Afternoon Tea Set for 2 Pax @ Delicious Hanya RM 34.7

Assalamualaikum!



*Deal extended! jadi boleh beli lagi.. Nak beli sila klik LINK kat bawah yek :)


Sebenarnya saya dah lama nak makan kat Delicious tapi harganya kemain mencekik *bagi sayalah*  bila nampak deal ni  hip hip horay. Dan saya baru TERbeli lagi deal makanan ni dekat LivingSocial. Semalam gatal tangan pergi browse je sekali nampak deal murah meriah ni terus kira duit dalam bank cukup ke tak, semangat betul mengira semata nak penuhkan permintaan napsu perut hahaha.


Untuk berkongsi kegembiraan deal meriah ni saya sudah share semalam link nya dekat twitter dengan wall jadi tak ada alasan yang saya tak share benda yang best okay. Kalau nak tahu deal yang best sila lah follow twitter saya kat sana cepat siket saya kasitau benda kat blog ni kalau rajin cepatlah kalo malas sebulan punya cerita pun belum tentu saya tulis hehehe.


Sebelum pergi redeem marilah layan gambar Delicious ni dulu sambil telan air liur glup glup











Deal ni untuk semua branch Delicious rasanya tapi korang kena pilihlah nak pergi makan yang dekat mana jangan beli yang dekat ou tapi nak redeem dekat sunway memang tak dapatlah.


So sesiapa yang nak beli deal ni boleh pergi klik SINI dan deal ni tamat on 3 May 2012 10:55 AM cepat beli okay!