Showing posts with label -Minggu 4-. Show all posts
Showing posts with label -Minggu 4-. Show all posts

Sunday, July 15, 2012

Pemenang Contest Nando's Minggu 4 : We Grill Champion

Assalamualaikum!


Yeay akhirnyaaaa tamat sudah cabaran contest nandos selama 4 minggu ni. Alhamdulillah berjaya ke penamat juga walaupun saya bizi kemain sehinggakan blog pun saya pandang sipi-sipi je. Saya nak karang banyak-banyak pon tak boleh sebabnya esok saya final exam. Final exam paling last InsyaAllah bagi degree level jadi sebelum saya umumkan pemenang marilah sesama kita berdoa agar saya mendapat A bagi kedua-dua subjek yang saya bakal hadapi minggu ini. Eh sempat lagi mintak korang tolong doa hahahaha :p


Jadi peserta untuk minggu ke 4 ni ada tiga orang. 






Dan semua jawapan yang diorang kasi sangat kreatip. Tapi ada seorang yang kasi jawapan buat saya gelak kehkehkeh. Saya bajet korang dah tahu kot saya cakap siapa peserta tu. Maka dengan ini saya umumkan bahawa Hidayu Zamani awak merupakan Pemenang Contest Nando's Minggu 4 : We Grill Champion. Saya gelak sebabnya boleh dia samakan si Barci dengan si Apek gol keeper Kelantan tu *mata kekiri kekanan*, saya rasa Barci lagi hensem kot dari Si Apek tu. 

Jadinya tahniah Hidayu kerana berjaya memenangi 1 x Nando's Peri Platter (for 4pax) bernilai Rm62, saya akan contact anda nanti yer, hadiah anda akan dapat selepas 20 Julai 2012.


Pesanan untuk semua pemenang Minggu 1 hingga Minggu 4, saya akan emailkan kepada anda semua setelah hadiah berada ditangan saya okay. Selagi tak email tu maknanya sila tunggu okay, jangan datang serang saya pulak hahahahaha.

Monday, July 9, 2012

Contest Nando's Minggu 4 : "We Grill Champions"

Assalamualaikum!


Yayersss.. Tibalah minggu terakhir Contest Nando's "We Grill Champions", siapa yang tak menang lagi dari minggu sebelum-sebelum ini boleh mencuba peluang terakhir untuk menang dalam minggu ini. Mana tahu tuah korang pada minggu keempat ni. So untuk minggu last ni pun sama jugak korang kena tengok dua (2) video kat bawah ini dan jawab task yang saya berikan.


Video 1

Video 2



Task untuk minggu terakhir ini adalah nyatakan dengan penuh kreatif:

1) Siapakah yang korang rasa layak untuk memenangi cabaran We Grill Champions ini? adakah Harry Kok ataupun Macho Kai? dan mengapa beliau patut memenangi cabaran tersebut.


2) Mengapakah anda sukakan Nando's dan siapakah yang anda akan bawa bersama untuk menikmati hidangan Nando's Peri Platter untuk 4orang tersebut.




Syarat-syarat bagi Contest Nando's Minggu 4 : "We Grill Champions":-

1) Segala keputusan adalah muktamad. Sebarang perubahan tertakluk kepada pihak penganjur.
2) Tinggalkan jawapan anda di bahagian komen entri ini lengkap beserta Nama penuh, Email, URL blog & Twitter handle. Ingat! tinggalkan details penuh anda, sekiranya gagal penyertaan anda akan dibatalkan secara automatik bagi memberi keadilan kepada semua peserta *Saya akan publishkan semua jawapan selepas tarikh tutup*
3) Tarikh tutup untuk Contest Nandos Minggu 4 : "We Grill Champions" adalah 13 julai 2012 Jam 6 ptg.
4) Setiap seorang hanya boleh tinggalkan satu komen sahaja, jika terlebih saya akan pilih jawapan yang pertama disubmit sahaja mengikut waktu dihantar.
5) Setiap minggu saya akan pilih seorang (1) pemenang, jadi akan ada 4 pemenang sepanjang contest ini berlangsung.
6) Hadiahnya adalah berupa 1 x Nando's Peri Platter (for 4pax) bernilai Rm62.
7) Peserta mestilah mempunyai account blog ataupun twitter.



Kalau ada pertanyaan sila tinggalkan komen ataupun mention di twitter saya @ellaNadj okay. Selamat Berjaya!