Showing posts with label -Nando's-. Show all posts
Showing posts with label -Nando's-. Show all posts

Sunday, July 15, 2012

Pemenang Contest Nando's Minggu 4 : We Grill Champion

Assalamualaikum!


Yeay akhirnyaaaa tamat sudah cabaran contest nandos selama 4 minggu ni. Alhamdulillah berjaya ke penamat juga walaupun saya bizi kemain sehinggakan blog pun saya pandang sipi-sipi je. Saya nak karang banyak-banyak pon tak boleh sebabnya esok saya final exam. Final exam paling last InsyaAllah bagi degree level jadi sebelum saya umumkan pemenang marilah sesama kita berdoa agar saya mendapat A bagi kedua-dua subjek yang saya bakal hadapi minggu ini. Eh sempat lagi mintak korang tolong doa hahahaha :p


Jadi peserta untuk minggu ke 4 ni ada tiga orang. 






Dan semua jawapan yang diorang kasi sangat kreatip. Tapi ada seorang yang kasi jawapan buat saya gelak kehkehkeh. Saya bajet korang dah tahu kot saya cakap siapa peserta tu. Maka dengan ini saya umumkan bahawa Hidayu Zamani awak merupakan Pemenang Contest Nando's Minggu 4 : We Grill Champion. Saya gelak sebabnya boleh dia samakan si Barci dengan si Apek gol keeper Kelantan tu *mata kekiri kekanan*, saya rasa Barci lagi hensem kot dari Si Apek tu. 

Jadinya tahniah Hidayu kerana berjaya memenangi 1 x Nando's Peri Platter (for 4pax) bernilai Rm62, saya akan contact anda nanti yer, hadiah anda akan dapat selepas 20 Julai 2012.


Pesanan untuk semua pemenang Minggu 1 hingga Minggu 4, saya akan emailkan kepada anda semua setelah hadiah berada ditangan saya okay. Selagi tak email tu maknanya sila tunggu okay, jangan datang serang saya pulak hahahahaha.

Friday, July 13, 2012

Pemenang Contest Nando's Minggu 3 : We Grill Champion

Assalamualaikum!



Maafkan saya sebab terlambat umumkan pemenang bagi Minggu 3 bertemakan Tiru Gaya Harry Kok. Saya kelibut *ayat pendek bagi kelam kabut* sangat dengan urgent interview dan final exam jadinya memang saya abaikan terus apa yang tak berapa nak penting ni. Kepala fokus kat interview je huhuhu. So ada 2 orang peserta untuk minggu ni dan peserta pertama adalah:-



NAMA: Nur Ilhani binti Ab Halil


Dan peserta kedua pula adalah


NAMA: Hazlinda binti hazman
TWITTER : lyndaji


Dengan cepat, pantas, keputusan muktamat dan rasminya setelah mendapat mendapat undian daripada seorang yang lebih arif mengenai gambar maka pemenang untuk Contest Nando's Minggu 3 : "We Grill Champions" adalah Hazlinda binti Hazman. Tahniah kerana berjaya memenangi
1 x Nando's Peri Platter (for 4pax) bernilai Rm62, saya akan contact anda nanti yer, hadiah anda akan dapat selepas 20 Julai 2012 yakni selepas tamat minggu ke empat. So esok jangan lupa contest Minggu ke 4 Nandos We Grill Champion sudah bermula dan akan berakhir jam 6 petang nanti. Siapa nak menang jangan lupa join okay! Good Luck!

Monday, July 9, 2012

Contest Nando's Minggu 4 : "We Grill Champions"

Assalamualaikum!


Yayersss.. Tibalah minggu terakhir Contest Nando's "We Grill Champions", siapa yang tak menang lagi dari minggu sebelum-sebelum ini boleh mencuba peluang terakhir untuk menang dalam minggu ini. Mana tahu tuah korang pada minggu keempat ni. So untuk minggu last ni pun sama jugak korang kena tengok dua (2) video kat bawah ini dan jawab task yang saya berikan.


Video 1

Video 2



Task untuk minggu terakhir ini adalah nyatakan dengan penuh kreatif:

1) Siapakah yang korang rasa layak untuk memenangi cabaran We Grill Champions ini? adakah Harry Kok ataupun Macho Kai? dan mengapa beliau patut memenangi cabaran tersebut.


2) Mengapakah anda sukakan Nando's dan siapakah yang anda akan bawa bersama untuk menikmati hidangan Nando's Peri Platter untuk 4orang tersebut.




Syarat-syarat bagi Contest Nando's Minggu 4 : "We Grill Champions":-

1) Segala keputusan adalah muktamad. Sebarang perubahan tertakluk kepada pihak penganjur.
2) Tinggalkan jawapan anda di bahagian komen entri ini lengkap beserta Nama penuh, Email, URL blog & Twitter handle. Ingat! tinggalkan details penuh anda, sekiranya gagal penyertaan anda akan dibatalkan secara automatik bagi memberi keadilan kepada semua peserta *Saya akan publishkan semua jawapan selepas tarikh tutup*
3) Tarikh tutup untuk Contest Nandos Minggu 4 : "We Grill Champions" adalah 13 julai 2012 Jam 6 ptg.
4) Setiap seorang hanya boleh tinggalkan satu komen sahaja, jika terlebih saya akan pilih jawapan yang pertama disubmit sahaja mengikut waktu dihantar.
5) Setiap minggu saya akan pilih seorang (1) pemenang, jadi akan ada 4 pemenang sepanjang contest ini berlangsung.
6) Hadiahnya adalah berupa 1 x Nando's Peri Platter (for 4pax) bernilai Rm62.
7) Peserta mestilah mempunyai account blog ataupun twitter.



Kalau ada pertanyaan sila tinggalkan komen ataupun mention di twitter saya @ellaNadj okay. Selamat Berjaya! 

Friday, July 6, 2012

Contest Nando's Minggu 3 : "We Grill Champions"

Assalamualaikum!


Sudah masuk minggu ke 3 untuk contest "We Grill Champions". Siapa yang terlepas untuk masuk dan menang bagi minggu 1 dan minggu 2 boleh masuk untuk minggu ke 3 ini. Untuk minggu ke 3 ni korang perlu Tiru gaya Harry Kok yeay! Korang suka posing kaaaan, nah sekarang posing lah sepuas hati hahahaha.




Macam mana nak tiru gaya Harry Kok? Senang aja, korang cuma perlu tengok video diatas dan cari pose yang korang nak tiru lepastu snap gambar. Senang sangat kan, takat pose depan kamera semua pun pandai, siapa yang cakap tak pandai memang pentipu tau, memory henpon penuh gambar korang posing memanjang je kaaan betul dok? jadi sesuai sangat korang join contest ni hehehe.


Ok ok contoh pose adalah seperti 2 keping gambar kat bawah ni, gambar tu pun saya ambil daripada video kat atas ni, so kalau korang nak tiru gaya Harry Kok selain daripada 2 contoh gaya yang saya kasi ni pun boleh, yang penting gaya yang korang tiru tu adalah gaya Harry Kok dari dalam video, gaya selain dari dalam video adalah tidak diterima. Korang kena tiru gaya si Harry Kok ni mengikut kreativiti korang masing-masing, nak tambah rambut afro ke, nak buat rambut tochang ke, nak makeup seploh inci ke, tak kisah janji yang utama ada rupa gaya Harry Kok. Selebihnya terpulang pada korang semua. Kalo korang malu suruh lah adik ke, abang ke, kawan ke tak menjadi masalah janji gambar tersebut adalah hak milik mutlak korang. Kalau korang ciplak gambar sesiapa saya tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang tindakan yang mungkin dikenakan oleh pemilik asal gambar tersebut huhuhu


Gaya No 1




Gaya No 2



Untuk menentukan pemenang bagi contest ni saya akan minta seseorang yang lebih pakar daripada saya untuk memilih pemenang. Mungkin lecturer saya ataupun universiti mate saya dari bidang multimedia kreatif ^.^


Syarat-syarat bagi Contest Nando's Minggu 3 : "We Grill Champions":-


1) Segala keputusan adalah muktamad. Sebarang perubahan tertakluk kepada pihak penganjur.
2) Gambar yang paling kreatif dan menarik perhatian adalah pemenang bagi Contest Nando's Minggu 3 : "We Grill Champions".
3) Tarikh tutup untuk Contest Nandos Minggu 3 : "We Grill Champions" adalah 6 julai 2012 Jam 6 ptg.
4) Emailkan gambar korang kepada ellanadjla@gmail.com dengan subjek Contest Nando's Minggu 3 : "We Grill Champions" beserta Nama penuh, Email,  URL blog (jika ada) & Twitter handle. Ingat! tinggalkan details penuh anda, sekiranya gagal penyertaan anda akan dibatalkan secara automatik bagi memberi keadilan kepada semua peserta *Saya akan uploadkan semua gambar di blog selepas tarikh tutup*
5) Setiap penyertaan hanya boleh menghantar satu keping gambar sahaja.
6) Setiap sorang hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja. *Kalau ada yang hantar lebih saya akan pilih gambar yang pertama sahaja*
7) Gambar yang dihantar mestilah hak milik korang sendiri ataupun telah mendapat kebenaran pemilik asal gambar tersebut. Sekiranya korang didapati mencuri/mengambil hasil kerja orang lain, pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang tindakan yang mungkin dikenakan oleh pemilik asal gambar tersebut.
8) Setiap minggu saya akan pilih seorang (1) pemenang, jadi akan ada 4 pemenang sepanjang contest ini berlangsung.
9) Hadiahnya adalah berupa 1 x Nando's Peri Platter (for 4pax) bernilai Rm62.
10) Peserta mestilah mempunyai account blog ataupun twitter 


Kalau ada pertanyaan sila tinggalkan komen ataupun mention di twitter saya @ellaNadj okay. Selamat Berjaya!

Sunday, July 1, 2012

Pemenang Contest Nando's Minggu 2 : We Grill Champion

Assalamualaikum!



Phewwww watamat sudah untuk contest minggu ke 2 Nandos We Grill Champion. Sebenarnya ingat nak buat gempak sikit pemberitahuan pemenang tapi eden tak larat sudaaa mau pikio idea, penat berjalan pergi career fair tak abis lagi. Nanti bersambung pulak minggu ni ada 2 lagi acara coming rezeki blog, walaupun blog saya tak sehebat blog orang lain tapi saya bersyukur dengan setiap rezeki yang saya dapat, mungkin masa untuk saya belum tiba jadi saya kena berusaha hiyak huk hak hik :p


Eh melengcong lak hehehehe. Stret to the point pemenang untuk Minggu 2 Nandos We Grill Champion adalah


Baik punya dia bajet masa, lagi lima minit tutup contest dia shot comment. Tahniah yuk berjaya memenangi 
1 x Nando's Peri Platter (for 4pax) bernilai Rm62, nanti saya akan contact anda yer, hadiah anda akan dapat selepas 20 Julai 2012 yakni selepas tamat minggu ke empat. So esok jangan lupa contest Minggu ke 3 Nandos We Grill Champion bermula. Siapa nak menang jangan lupa join okay! Good Luck!

Friday, June 29, 2012

Contest Nando's Minggu 2 : "We Grill Champions"

Assalamualaikum!


Minggu lepas tamat sudah bagi sesi pertama contest "We Grill Champions", bagi sesiapa yang tak menang atau tak sempat masuk boleh cuba lagi minggu kedua ni. Mana tahu rezeki korang menang 1 x Nando's Peri Platter (for 4pax) bernilai Rm62 kan. Tak payah saya eksplain bebanyak moh ler kita tengok task untuk minggu ni.


Untuk minggu ni korang cuma perlu jawab 2 soalan. Yeeeeeeeeeeeer 2 soalan je, kang kasi bebanyak pening korang nak jawab pastu saya pon join pening nak pilih pemenang hahaha. Jadi untuk senang kerja 2 soalan pun cukup. Tinggi siket peluang korang nak menang ^.- So sekarang ni tugas korang adalah tengok video yang diberi, cari jawapan dan jawab soalan.




Soalannya adalah jeng jeng jeng......

1) Apakah nama maskot pada rantai Macho Kai? *hint: nama maskot nando's*
2) Ejaan "champion" bagi Macho Kai adalah ______________


Syarat-syarat untuk contest ni adalah:-

1) Segala keputusan adalah muktamad. Sebarang perubahan tertakluk kepada pihak penganjur.
2) Orang TERAKHIR yang meninggalkan jawapan di bahagian komen adalah pemenang bagi Contest Nando's Minggu 2 : "We Grill Champions"
3) Tarikh tutup untuk Contest Nandos Minggu 2 : "We Grill Champions" adalah 29 June 2012 Jam 6 ptg.
4) Tinggalkan jawapan anda pada ruangan komen anda di bawah entri ini beserta Nama penuh, Email,  URL blog  & Twitter handle. Ingat! tinggalkan details penuh anda, sekiranya gagal penyertaan anda akan dibatalkan secara automatik bagi memberi keadilan kepada semua peserta*Saya akan publishkan semua komen selepas tarikh tutup*
5) Setiap orang hanya boleh tinggalkan satu komen sahaja. *Kalau ada yang hantar lebih saya akan ambil yang pertama*
6) Setiap minggu saya akan pilih seorang (1) pemenang, jadi akan ada 4 pemenang sepanjang contest ini berlangsung.
7) Hadiahnya adalah berupa 1 x Nando's Peri Platter (for 4pax) bernilai Rm62.
8) Peserta mestilah mempunyai account blog ataupun twitter.


Senang je kan soalannya, yang penting semua jawapan ada dalam video, pepandai lah korang korek dalam video tu. Good Luck!

Sunday, June 24, 2012

Peserta Dan Pemenang Contest Nando's Minggu 1 : "We Grill Champions"

Assalamualaikum!


Panjang betul tajuk entri saya kali ni semata untuk jawapan contest Nando's aritu hahahaha.. Sekarang saya listkan semua peserta yang tinggalkan jawapan pantun diorang dibawah entri contest saya. Contest Nando's INI lah yang saya maksudkan itu. Ada juga peserta yang tinggalkan link tapi masalahnya saya tak mintak buat entri saya minta jawapan je huhuhuhu, ada jugak yang tinggalkan jawapan kat blog kakak alyza saya tapi tu saya tak kira, saya hanya kira yang tinggalkan jawapan di blog saya dibawah entri contest tersebut sahaja dan peserta yang memenuhi semua syarat supaya ianya adil dan saksama. Jadi tiada istilah tak puas hati antara semua peserta. Setuju semua gitu kan? dan sekarang saya reveal para pesertanya *padahal boleh je tengok dekat komen tapi gedik nak jugak buat entri hehehe*


Details
Jawapan
Nama: Hidayu Zamani 
Email:
Twitter: @zhidayu
Blog:zhidayu.wordpress.com
Perut lapar bagai nak gila,
Eh patutlah sebab dah masuk waktu tengahari,
Harry Kok dan Macho Kai kata mahu belanja,
Apa lagi jomlah pegi Nandos's ada ayam peri-peri.
Nama : NURUL HIDAYAH BINTI A.HAMID
Email : nurulhidayahamid@gmail.com
URL Blog : yayaqazrin.blogspot.com
Twitter : @yayaqazrin
Bila Harry Kok bercerita pasal cita-citanya,
Bukan main si Macho Kai sakan dok mengata;
Tapi saya tak kisah pasal dorang berdua atau sesiapa,
Cuma nak mencekik Nando's bersama Babang tercinta.
Nama:
Email:
Url Blog:
Twitter: @nanaradieha
Batang ubi dikerat-kerat,
Tanah dirata tanam benihnya,
Harry Kok di Timur Macho Kai di Barat,
Nando's di utara pilihan akhirnya.
Nama: Wah Li Lian 
Email: wahlilian@yahoo.co.uk
URL blog: methecontradiction.blogspot.com
Twitter handle: @lilianwah
Macho Kai ada gaya ada stamina
Tengok dia kat Nando Peri Peri
Jom makan Cataplana kat sana 
Itulah sumber protein hari-hari!
Nama:  CharMiea
Email:
Url blog:
Twitter handle:
Letih berjalan, Harry Kok lesi
Macho Kai penat, dah taknak jalan
Perut lapar minta diisi
Nando's juga jadi pilihan

Susah untuk saya pilih pemenangnya sebab semua pandai-pandai buat pantun. Tapi saya ada masalah besar sebenarnya ni, masalah saya semua peserta contest ni tak ikut syarat bebetul huwaaaaaaaaaa *acane nak pilih pemenang ni sobs sobs sobs*. Jadi untuk mencari pemenang yang adil dan saksama tanpa ada bantahan daripada sesiapa walaupun keputusannya adalah muktamad, saya nak buat juga forensik untuk tetiap peserta huehuehue:-


Peserta 1 Hidayu, tak tinggalkan details lengkap



Peserta 2 Hidayah, jeda kat belakang pantun tak sama (refer petak merah)


Peserta 3 Radieha, tak tinggalkan details lengkap



Peserta 4 Lilian, tiada perkataan Harry Kok *tapi pantun sedap, saya suka*


Peserta 5 CharMiea, tak tinggalkan details lengkap



Setelah di telek, belek dan forensikkan semua pantun adalah best tapi setiap peserta ada terkurang tak mengikut syarat penuh huhuhu. Jadi untuk tidak menimbulkan pergaduhan dan untuk memilih pemenang secara adil daaan juga yang penting tak memeningkan kepala saya, saya decide untuk buat cabutan nama untuk pilih pemenang. Adil untuk semua pihak, walaupun tak ikut full syarat tapi saya pilih semua untuk punya harapan menang, maka jika nama anda tercabut, anda sungguh bertuah, saya gunakan kuasa tangan sakti saya untuk pilih pemenangnya. Dan pemenangnya mengikut pilihan tangan bertuah saya adalaaaaaaah




Sooo tahniah untuk pemenang minggu pertama daaaaan untuk yang tak menang nantikan hari isnin ini untuk task minggu ke 2. Yang ni saya jamin sangat sangat senang soalannya *saja nak kasi korang menang* Good Luck! Sebelum saya terlupa, hadiahnya pemenang akan dapat selepas 20Julai2012 okay! Nanti saya contact by email..

Friday, June 22, 2012

Contest Nando's Minggu 1 : "We Grill Champions"

Assalamualaikum!


* Contest Minggu 1 - TAMAT dengan rasminya* siapakah pemenangnya? jeng jeng jeng.. Kasi saya mentelaah satu persatu pantun korang, nantikan Contest untuk Minggu 2 bermula Isnin depan ^.^*


Update 1: Tinggalkan jawapan (pantun) anda di bahagian komen lengkap beserta Nama penuh, Email, URL blog & Twitter handle

Update 2: Setiap minggu saya akan pilih seorang (1) pemenang, jadi akan ada 4 pemenang sepanjang contest ini berlangsung. 

Yeay! buat julung kalinyaa saya buat contest. Teeeenkiuuu to Nando's Malaysia sebab sudi menaja hadiahnya weeehoooo >.< Kita kasi tau hadiahnya dulu ea supaya orang teruja nak join * macam ramai je nak join hahaha* Makanya hadiah untuk sepanjang contest ini berjalan adalah 1 x Nando's Peri Platter (for 4pax) bernilai Rm62. 


Contest  "We Grill Champions" ini akan berlangsung selama 4 minggu bermula 18 june 2012 sehingga 13 julai 2012 dan setiap minggu saya akan memberi satu task untuk korang semua. Tapi jangan bimbang task yang saya beri tu senang  aje kenyit mata pon buleh jawab hehehe.


So untuk minggu pertama ni apa yang korang perlu buat adalah reka satu rangkap pantun berdasarkan video dibawah ini. Terpulang kepada korang nak reka tunggang terbalik ke terlingkup tergolek ke janji sekreatip yang mungkin dan wajib ada perkataan Nando's, Macho Kai dan Harry Kok.




Syarat-syarat untuk contest ni adalah:-

1) Segala keputusan adalah muktamad. Sebarang perubahan tertakluk kepada pihak penganjur.
2) Pantun mestilah 4 kerat dan mempunyai jeda yang sama dibelakangnya contohnya gini:
   Satu dua Macho Kai berlari
   Manakan sama  Harry Kok idaman
   Tiga empat kedai ku mencari
   Akhirnya Nando's jadi pilihan

3) Tarikh tutup untuk Contest Nandos Minggu 1 : "We Grill Champions" adalah 22 June 2012 Jam 6 ptg.
4) Tinggalkan komen anda di bawah entri ini beserta Nama penuh, Email, URL blog & Twitter handle. *Saya akan publishkan semua komen selepas tarikh tutup*
5) Setiap seorang hanya boleh tinggalkan satu komen sahaja, jika terlebih saya akan pilih jawapan yang pertama disubmit sahaja mengikut waktu dihantar.
6) Hadiahnya adalah berupa 1 x Nando's Peri Platter (for 4pax) bernilai Rm62.


Update: Peserta mestilah mempunyai account blog ataupun twitter ^.^


Pemenang akan dipilih oleh saya sendiri dan jadinyaaa, selamat mencuba korang semua. Selamat memerah otak untuk mereka sekreatif mungkin serangkap pantun 4 kerat korang orite. Jangan lupa tarikh tutupnya :) Selamat berjaya.

Saturday, February 18, 2012

Nando's Kami Kongsi Kami Gembira



Assalamualaikum 


Yeay makan lagi kat mana semestinya kesukaan sepanjang masa Nando's. Ella ni kalau dengan Nando's jarang sekali nak tolak entahlah mungkin kesedapan dia boleh bawak masuk mimpi kot tu yang susah nak kata tak. Kalau tengah kenyang pun sanggup lagi penuhkan perut konon perot tu elastik boleh regang macam getah lepas makan baru teringat penimbang macam mana tu? hahahahaha



Kali ni ella lupa set apa yang ambil tapi rasanya set share-share kot. Pantang Nando's ada offer baru muka ella mesti ada je kihkihkih. Tapi tak pernah dapat any invitation from Nando's untuk join apa-apa project depa sedih :( walopon kita ni pelanggan tetap (eh eh tetiba mengadu) ni yang nak merajuk ni :p



Untuk set yang ella ambil tu ada semua ni, yang wedges tu ella recommend sesangat untuk korang cuba sebab sedap. Tak rugi langsung. Yang ayam tak perlu nak pertikai memang sah sah marveles. Macam biasa ayam satu mild satu lagi hot tapi masa makan ni waiter tu salah kasi extra hot meletops bibir pedas dia yaaa ampun. Nak fired jugak waiter tu tapi tak jadi sebab dia say sorry dedulu kan sejuk hati.


salad

wedges


2 set 1/4 chicken 


3 sideline Mediterranean rice + peri chips 

air lemon dalam jug unik


Sekali dalam set ni adalah air lemon tapi tekak ella kurang suka dalam tak suka habis jugak sebekas tu (nampak sangat suka makan mulut kata tak sedap tapi tekak kata nak) hahahahaha. Ni lagi satu nak recommend adalah air sparkling apple. Feveret ella sejak first time makan Nando's sekali minum rasa sayang nak minum lagi sebab takut habis hahahahaha selalu kidnap air orang sebelah sebab air coke / ais lemon tea boleh refill kalo minum banyak pon takpe (buruk perangai kan anak dara ni). This time ella pergi makan kat sunway pyramid and total semua tu dalam Rm 60 kot including all tax. Tapi satu je tak puas hati diorang tak kasi duit balik, dalam setengah jam gitu  nungu still xda respond nak pulangkan duit balance nak tanya dah malas jadi kita tweet je lah kat @nandos. Walaupun balances tu hanya sen sen tapi maaflah ella tak mengamalkan pemberian tips huhuhu.

Thursday, February 9, 2012

Promotions Nando's Murahnyaaa


Memang berbaloi baloi. Siapa suka Nando's macam ella memang acara wajib untuk pergi isi perut. Best restaurant yang ella suggest adalah di Sunway Pyramid & di Ampang. Sebabnya ringkas je staff diorang super friendly. Siapa nak join? jom skali melantak :p

Wednesday, August 17, 2011

Nando's kesukaan sepanjang masa

Ceritanya seminggu yang lepas, tak tahu nak berbuka kat mana on weekend tu so godek lah macam macam website cari tempat nak berbuka and ai found u u u... My all time favourite Nando's!

Biasanya kalau nak makan Nando's mesti pergi Sunway Pyramid sebab kat sana layanan diorang sangat friendly tak macam dekat dua big shopping mall yang famous tu sangat menyakitkan hati nak makan pun tak berselera bila terkenangkan attitude staff, tiap kali dapat layanan kerek automatik ella request complain form, bukan apa kalau nak bekerja buat secara ikhlas jangan buat acuh tak acuh tak baik sebab korang dapat gaji untuk bekerja jangan jadi makan gaji buta tak berkat weh.

So this time nak pergi sunway macam ouch confirm tak sempat untuk berbuka so lets try new port, and I choose Nando's dekat Ampang Point. Walaupun sebelum ni duduk Ampang hampir 2 tahun tapi still tak jumpa Nando's.. Pity me.. Pusing satu round then jumpa terus pergi terjah masuk and first thing yang biasa buat tengok keliling sambil dalam hati cakap cantik dekoration walaupun sebenarnya semua tempat lebih kurang je.. =p Tercegat depan pintu then seorang staff greet Welcome dengan big smiles, so nice man.

Have a sit then staff nama Nonie pula datang ambil order, she's sooooo friendly! Oooo yang panjang menunjukkan sangat sangat friendly oke. Order apa yang nak then bila nak pilih dessert tanya Nonie which one is the best, she bagitahu CheeseCake so terus lah tambah dalam menu. Dari sampai kurma sampailah licin pinggan mulut katup, nak bayar baru bercakap, menikmati hidangan.. hehe

Oh yaa untuk berbuka puasa di Nando's diorang ada promo for Ramadhan Rm 55 @ 2 person sangat berbaloi. Check it all the menu:

Kurma berinti badam
Sepatutnya air Strawberry F&N tapi minta tukar Coke
Then sausage yang gemuk sampai 
My set 1/4 Mild chicken +  Mediterranean rice + Potato salad 
Other set 1/4 Hot chicken + Mediterranean rice + Peri Chips

Peri Chips tu terbaik okeh besar gajah punya kentang, puas hati makan memang Wajib ambil for sidelines sangat recommended! and lastly the Cheesecake, yang ni bagi mulut ella memang kalah secret recipe rasanya penuh mulut memang sangat sangat recommended jugak.


Cheesecake karamel kot namanya * lupa tapi memang cheesecake lah
Ni betul akhir isi form, I love do this! then pergi letak dalam suggestion box. Bila ella suka or hate something memang ella akan komen dan wajib pen ada dalam handbag plus tisu sebab kadang diorang cakap form takda so atas tisu lah ella buat karangan.. hehehe..



p/s: Buat entry ni diwaktu tengah hari dan puasa, apakah yang sedang bermain di kepala jawapannya makanan dan perut mula gatal berdondang sayang.