Assalamualaikum!
Sudah masuk minggu ke 3 untuk contest "We Grill Champions". Siapa yang terlepas untuk masuk dan menang bagi minggu 1 dan minggu 2 boleh masuk untuk minggu ke 3 ini. Untuk minggu ke 3 ni korang perlu Tiru gaya Harry Kok yeay! Korang suka posing kaaaan, nah sekarang posing lah sepuas hati hahahaha.
Macam mana nak tiru gaya Harry Kok? Senang aja, korang cuma perlu tengok video diatas dan cari pose yang korang nak tiru lepastu snap gambar. Senang sangat kan, takat pose depan kamera semua pun pandai, siapa yang cakap tak pandai memang pentipu tau, memory henpon penuh gambar korang posing memanjang je kaaan betul dok? jadi sesuai sangat korang join contest ni hehehe.
Ok ok contoh pose adalah seperti 2 keping gambar kat bawah ni, gambar tu pun saya ambil daripada video kat atas ni, so kalau korang nak tiru gaya Harry Kok selain daripada 2 contoh gaya yang saya kasi ni pun boleh, yang penting gaya yang korang tiru tu adalah gaya Harry Kok dari dalam video, gaya selain dari dalam video adalah tidak diterima. Korang kena tiru gaya si Harry Kok ni mengikut kreativiti korang masing-masing, nak tambah rambut afro ke, nak buat rambut tochang ke, nak makeup seploh inci ke, tak kisah janji yang utama ada rupa gaya Harry Kok. Selebihnya terpulang pada korang semua. Kalo korang malu suruh lah adik ke, abang ke, kawan ke tak menjadi masalah janji gambar tersebut adalah hak milik mutlak korang. Kalau korang ciplak gambar sesiapa saya tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang tindakan yang mungkin dikenakan oleh pemilik asal gambar tersebut huhuhu
Gaya No 1
Gaya No 2
Untuk menentukan pemenang bagi contest ni saya akan minta seseorang yang lebih pakar daripada saya untuk memilih pemenang. Mungkin lecturer saya ataupun universiti mate saya dari bidang multimedia kreatif ^.^
Syarat-syarat bagi Contest Nando's Minggu 3 : "We Grill Champions":-
1) Segala keputusan adalah muktamad. Sebarang perubahan tertakluk kepada pihak penganjur.
2) Gambar yang paling kreatif dan menarik perhatian adalah pemenang bagi Contest Nando's Minggu 3 : "We Grill Champions".
3) Tarikh tutup untuk Contest Nandos Minggu 3 : "We Grill Champions" adalah 6 julai 2012 Jam 6 ptg.
4) Emailkan gambar korang kepada ellanadjla@gmail.com dengan subjek Contest Nando's Minggu 3 : "We Grill Champions" beserta Nama penuh, Email, URL blog (jika ada) & Twitter handle. Ingat! tinggalkan details penuh anda, sekiranya gagal penyertaan anda akan dibatalkan secara automatik bagi memberi keadilan kepada semua peserta *Saya akan uploadkan semua gambar di blog selepas tarikh tutup*
5) Setiap penyertaan hanya boleh menghantar satu keping gambar sahaja.
6) Setiap sorang hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja. *Kalau ada yang hantar lebih saya akan pilih gambar yang pertama sahaja*
7) Gambar yang dihantar mestilah hak milik korang sendiri ataupun telah mendapat kebenaran pemilik asal gambar tersebut. Sekiranya korang didapati mencuri/mengambil hasil kerja orang lain, pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang tindakan yang mungkin dikenakan oleh pemilik asal gambar tersebut.
8) Setiap minggu saya akan pilih seorang (1) pemenang, jadi akan ada 4 pemenang sepanjang contest ini berlangsung.
9) Hadiahnya adalah berupa 1 x Nando's Peri Platter (for 4pax) bernilai Rm62.
10) Peserta mestilah mempunyai account blog ataupun twitter
Kalau ada pertanyaan sila tinggalkan komen ataupun mention di twitter saya @ellaNadj okay. Selamat Berjaya!
Waah, menarik nie. Boleh join tak :))
ReplyDeleteboleh sangat kak.. meh lah join konfem akak menang ^.^
ReplyDeleteella ni mcm duta pemasaran nandos dh..hehe
ReplyDeleteke duta btol..??
eh tak lah nens hahaha duta makan je nih :p jom lah join contest ni mana tau rezeki boleh menang ^.^
ReplyDelete