Tuesday, December 6, 2011

Buffered Earnings

Salam & Hi korang!




Today just nak share current buffered earnings kat belogella. Alhamdulillah aritu ella buka nuffnang tengok kat buffer ada 3 campaign. Syukur rezeki Allah swt berikan, walaupun tidak lah banyak tapi sekurangnya masih ada rezeki di belogella ni. 


Terima kasih korang sudi jenguk belogella yang tak nak seberapa ni. Mudahan nanti dapat pulak rezeki sponsor post dari nuffnang. Walaupun earning sekarang ni dah mampu nak cashout tapi takpelah dulu ella nak simpan dulu kat situ biar lama janji makin membukit nilainya. 


Mungkin tips ni berguna untuk korang if nak dapatkan buffered earnings, korang selalu update blog korang pastu rajinkan lah berjalan kat blog orang lain dan tinggalkan komen *walaupun diri sendiri tak menyempat nak buat* mungkin diorang akan balas kunjungan korang tu balik =D walau apapun rezeki masing2 telah ditentukan Yang Maha Esa namun tak salah untuk kita berusaha mungkin suatu hari nanti ada rezeki untuk kita.



Till then xoxo!


Saturday, December 3, 2011

Khasiat Tutti Frutti

Salam korang!
Saja upkan entri pasal makanan je arini nak kasi korang lapar je memanjang boleh geng dengan perot ella.


Dengar nama Tutti Frutti pon korang dah tau ape tu kan.
Untuk yang tak tahu Tutti Frutti ni sebenarnya Frozen Yogurt atau ringkas orang sebut FroYo, ada banyak perisa dan korang boleh tambah buah or decoration yang korang nak then akan ditimbang ikut berat. Kalau tak silap ella 100g adalah Rm 5.30 *kalo salah sila komen*.


Nak tahu detail lagi? Nak baca history Tutti Frutti.



Dulu-dulu orang selalu makan yogurt je takda frozen ni tapi zaman beralih arus, makanan pun berubah wajah maka keluarlah Tutti Frutti. Soalan cepumas lah korang tau tak yang yogurt tu berkhasiat? mesti ada yang jawab tahu dan ada yang jawab tak tahu kan. Yang tak tahu tu mesti tau makan telan je asal sedap sebat tak fikir dah berkhasiat atau tak.


Meh sini rapat ella nak kasi tahu khasiat FroYo ni, senang cerita khasiat Tutti Frutti.  



Banyak kan? jadi lepas ni boleh lah makan Tutti Frutti tiap hari *kalo ella makan tiap hari poket rabak*
tapi dalam pada makan tu beringat juga yang mungkin kita akan diuji oleh Yang Maha Esa, tabah atau tidak kita hadapi ujian dariNya hanya kita yang tentukan. Makan pon makan jugak senaman itu penting kan ke mencegah lebih baik dari mengubati :)


Jagalah Kesihatan Anda!


nom nom nom



#Kredit wall info dari Tutti Frutti Axis Pandan Indah

Snowflake Taiwanese Dessert Secret

Korang pernah makan tak?
Tak pernah?
Booooooooooooooooo hahahaha padahal ella pun first time makan.



Tu pun puas duk gi mari gi mari depan kedai dia baru berani nak pergi order, kata first time haruslah tak tahu nak order yang mana satu. Banyak sangat pilihannya. 



Mula2 musyik jugak halal ke tak ni, tapi bila tengok ramai yang Islam bertudung makan terus yakin InsyaAllah Halal. Nak ordernya senang je *bajet terror* korang pergi je kedai Snowflake ni yang ella tau ada kat Pavillion dengan MidValley pastu pilih nak yang mana satu samaada nak panas ataupun sejuk then bayar.



Pastu nanti lepas bayar ambik resit dengan si alien bulat merah yang macam dalam gambor bawah ni.



alien moden



Pegang lah korang sampai si alien ni bernyala-nyala dan bergegar. Kalau dah macam nak terbang dengan lampu kelip siap gegar tu boleh lah korang pergi kaunter collection ambil apa yang korang order tadi. If tak gegar tak menyala sila tunggu jangan korang pergi menyibuk kat kaunter collection, mau kena maki dengan orang lain nanti karang. Pahem?


berkelip gegar sudah sampai kamera pon gegar



Bila dah collect snowflake yang korang order tu boleh lah korang melahap, tak cukup boleh tambah lagi, pergi beratur lagi, order lagi jangan memandai ingat refill free puloks sudah. :p


Jemput makan korang.


Lupe apa nama yang ella order ni *ampun*



Eh lupa rasanya macam air cikung bak kata orang tranung, bak kata orang KL macam air cincau tapi sedap. Yang oren tu adalah labu peringgi kenal tak labu peringgi? tak tau okey mat salleh panggil pumpkin dan yang putih tu ubi tapi wo pu chi tao ubi apa. Yang wa tau sedut masuk mulut telan masuk perot. 



Lagi sekeping gambar nak kasi korang terliur termimpi mimpi hikhikhik


sila telan lagi air liur anda

Friday, December 2, 2011

Redeem Cupcake beli melalui Milk A Deal


Tak sabar nak pergi pickup cupcake yang ella beli melalui Milk A Deal. Berbaloi baloi murah. Beli seploh hengget dapat 6 ketul cupcake mana nak cari kan. Terbayang bayang duk makan cupcake petang nanti.
Korang yang tak beli kan dah rugi. Lain kali ada deal beli dulu nak tak nak lain kira, kalau tak nak kasi kat sedara mara ke buat give away ke kasi ella pon okey jugak ella suka hehehe.




Thursday, December 1, 2011

Kacang Botok


Ella panggil ni kacang botok, korang panggil ni kacang ape? *telan air liur feeling tengah makan*