Tuesday, December 20, 2011

DiGi iPhone 4SURE MOST AFFORDABLE

'Sorry your phone line has been barred, please contact your service provider or visit our branch to make the payment. Thank you'



Okay.. 


Okay..


Kena bar lagi phewww terima kasih lah tolong bagi tahu *cakap dalam hati kat diri sendiri pang padan muka!*


Boleh kata dalam setahun adalah empat lima kali kena macam tu, dasar tak berapa nak sedar diri tu student tapi gatal nak pakai bil jadi ambik kau terimalah kalau line kena barred sebab duit dalam purse cukup nak buat makan kalau bayar bil maggi pun belum tentu kau mampu makan nak tunggu hujung bulan hahahaha.


Orang pakai bil ko pun sibuk nak pakai bil pastu gelabah bila closing date lambat lagi tapi bil dah 80% nak capai kredit limit. Bila lambat pergi kelas nak mintak member tolong cover mulalah pinjam henpon housemate nak message sekeping padahal sendiri pakai henfon mahal tapi bil kena potong malu wuiii malu.


Ginilah padahnya bila signup mobile plan yang diri sendiri tak affordable nak bayar. Kadang mampu kejar settle semua bil kadang tunggu lah elaun masuk bayar dulu siket kasi line up pastu berjimat habisan nak call lecturer pun sayang kredit rela tunggu berjam luar bilik nak tanya pasal assignment.



Tak settle lagi pasal bil dengan henfon cikai gatal pulak tangan nak angkat iPhone 4s tapi kali ni memang nak kena rancang betul betul mobile plan yang nak kena ambil. Yelah apa guna kalau pakai smart phone tapi tak ambil mobile data plan macam makan telur separuh masak tak letak kicap dengan lada sulah rasa semacam kembang tekak. Jadinya setelah survey baaaaaik punya compare setiap mobile plan dengan semua telco yang ada kat Malaysia akhirnya ku temui cinta hati mobile plan yang cocok dengan henfonku iaitu tadaaaaaaaa DiGi mobile plan is the best!




Ella nak pilih plan ni iDiGi 88 sebabnya yang sebelum ini punya plan monthly agak mencekik tapi yang plan DiGi ni cuma RM55/month. Yang bestnya plan yang ella guna sebelum ni dengan telco yang lain sama je yang iDiGi 88 ni offer. Kira Voice call, sms, mms dengan data memang sebijik sama tapi with DiGi ella cuma perlu bayar half price compared dengan sebelum ni. 




Jadi lepas ni ella tak payahlah nak terima ucapan minta maaf yang tak diundang dari cik kak dalam telefon tu lagi sebab confirm plan DiGi ni mampu sesangat nak sign up. Sememangnya nak cakap kat korang yang  ‘DiGi iPhone 4SURE MOST AFFORDABLE’. Tak sabarnya nak tunggu iPhone 4s sampai depan pintu =)





Nak tahu lagi plan yang DiGi offer boleh pergi tengok dekat link SINI <-- klik. Confirm korang tak rugi, lagi #Untungler adalah =D

Monday, December 19, 2011

(Interface) Muka Baru Twitter

Sekarang twitter dah ada interface baru wowowow kan aritu diorang duk cakap cakap yang ada update untuk smartphone tapi sebenarnya ada juga update untuk versi laptop. Tapi ella tak tau macam mana nak kasi korang dapat jugak update versi laptop ni sebab rasanya if korang update korang punya twitter kat smartphone dia akan automatik update kat korang punya versi laptop ni. 


Yang account ella ni pun 2 3 hari jugak baru update kat versi laptop. Terus terasa alahaiiii bertuahnya haku hakhak padahal twitter je pon. Tu pun nak kechoh. Biasalah benda baru update mengada lah siket nak tayang :p


So if korang ada smartphone sila update korang punya twitter pastu tweet dari smartphone korang tu dulu beberapa kali eh banyak kali pun buleh kang tu henpon korang :p pastu kalau rajin nak check pergi login twitter kat laptop korang pulak tengok bertukar tak interface. If tak bertukar lagi korang tunggu lah beberapa hari nanti bertukar lah tu kot. Kalau tak jugak ella pun tak boleh nak tolong mungkin boleh tanyakan help diorang. ngeeeee 


So ni lah interface twitter yang baru tu.

Login page yang baru

Ella rasalah lagi mudah guna yang baru ni nampak lebih kemas. Kalau yang lama tu nampak macam simple bebenor. Pastu nak baca timeline pun senang nak tengok gambar lagi senang klik je kat view photo terus dia bukak kat situ jugak tak payah nak pergi page lain. Tu bagi ella lah bagi korang mungkin lain. Citarasa masing masing :)


Ni rupa page baru lagi cun senang nak tengok

Sunday, December 18, 2011

Keputusannya Julai 2011


Petang semalam dalam pukul 3 lebih gitu tetiba terasa nak buka ecitie, korang yang tak tahu ecitie tu online application untuk budak UniKL. So capai laptop terus nak login sekali zzzzzzzzzzzz respond to long dah pelik dah tapi buat tak tahu yelah semua budak tau server ecitie tu bukan boleh orang access sekali harung ribu riban mesti nak jammm. Pastu buka wall budak dah kecoh result keluar terus mek gigih buka ecitie naik keras urat refresh. Adalah dalam setengah jam try baru boleh buka. Berdebar toksah cakap lah macam nak buang jantung gantung kat hanger bilik kasi sejuk sikit kena aircond. 



Cik sah ada duk terbongkang tidur tak heksited langsung nak tengok result anak. Biasalah penyakit keturunan kaki tidur tak boleh salahkan sesiapa kalau tidur tak cukup 12 jam. Dah boleh klik my result sekian hal pulak nak nungu loading macam tunggu kau kaunter nak refill air kat mekdi tapi takda orang layan. Macam mana rasa tunggu air dapat penuh cup macam tu lah jugak rasa tunggu ecitie tu loading. Kalau server tu boleh bercakap harus dimakinya semua yang tak sabar nak dilayan.



Bila dah boleh tengok result yang first sekali tengok Grade takutlah ada tersangkut C, Alhamdulillah setakat di UniKL ni takda lagi C syukur sangat pastu baru buka mata leluas tengok result lain. Yang best sekali result NetSec sebab prof cakap kalau nak dapat A mesti otak kena sama macam dia jadi siapa yang baca status semalam mesti paham kenapa. Yang tak paham duk diam diam hakhakhak.



Jadinya inilah result untuk semester 7 di UniKL. Alhamdulillah masih dalam perjalanan untuk satu lagi semester sebelum buat cik sah, cik maz dengan encik raz tersenyum lebar. Ada impian untuk digapai masa konvokesyen, semoga segalanya diizin dan dipermudahkan olehNya.




Untuk kawan kawan result korang amacam? Semoga bagus juga. Terima kasih untuk sepanjang satu semester korang membantu saya yang tak seberapa ni. Sem depan kita usaha sesama lagi.




To you i will always be with u!

Thursday, December 15, 2011

Elladin dating dengan Aladdin kat Sunway Lagoon

Jumaat aritu ella pergi tengok Aladdin the Musical kat Sunway Lagoon. First time katakan tengok kat sana haruslah jakun pukul 4 dah kat sana padahal startnya tulis kat tiket pukul 745pm padahal start pukul 8 lebih gitu dan boleh masuknya pukul 730pm.


Dek kerana terlalu teruja terawal haruslah melepak dulu kat jco layan jcopop dan iced chocolate dulu sampai muok. Tapi sekarang rasa nak makan donut lagi :(


Dalam pukul 740pm gitu terus pergi amphitheater ingatkan dekat lah rupanya nak kena naik trem bagai nak ke amphitheater tu. Jakun gila! Tahap excited naik trem tu memang meningkatkan adrenalin dalam darah nasib baik tak lompat pastu posing kat kepala trem tu kalau tak malu achik malu kalah budak umur 5 tahun. Yelah last sekali pergi sunway lagoon 4 tahun lepas kot. Lama gila. Masa tu tiket kira murah lagi sekarang tiket mencanak ko nak membayar. Takpelah kita tunggu Legoland siap lah. :p



|
|
|
|
\/


|
|
|
|
|
\/


|
|
|
|
|
\/




Okeh tamat entri ni ngeh ngeh ngeh. Achik malas nak taip panjang panjang noks. Tengok gambar je lah yer :p Yang pasti memang terhibur sepanjang muzikal ni buat korang sama menari menyanyi tak rugi nak pergi tengok sampai balik tu sakit tekak menjerit pastu rugi 3 hengget 80 sen sebab air mineral botol kecik dalam sunway 5 hengget sebotol ko tahu. Apapun tenkiu Sunway Lagoon sebab bawakan muzikal yang gempak ni. Lain kali bawak Cinderella takpun Snow white pulak okeh.



Till then xoxo!



Wednesday, December 14, 2011

Kuasa Allah swt


Semuanya kuasa Allah swt, kita sebagai hambaNya hanya mampu berdoa dan tunduk pada Kebesaran & Kekuasaan Dia Yang Maha Esa.


Kejadian gambar ella ambil ni pada hari Ahad 4 Disember 2011 pukul 5.49pm dari rumah ella tingkat 14.
Sesungguhnya Engkau lah yang Maha Berkuasa Tuhan Sekalian Alam.


Pada hari tu rasanya banyak kejadian pokok tumbang diserata KL, hujan yang turun masyaAllah lebat sangat dengan anginnya lagi takut sangat. Ella hanya mampu berdoa semoga semuanya selamat. Alhamdulillah masih lagi berpeluang untuk menatap alam fana ini.


Till then xoxo!