Tuesday, May 31, 2016

Long Girdle by Premium Beautiful

Assalamualaikum!
 



Hah kau terus beli girdle gara-gara berat masa pregnant naik 22kg
masa tu tak tau makanan sumbat kat celah mana sebabnya ramai yang tegur tak nampak gemok pun
hakikatnya tuan badan dah tak mampu nak gerak banyak pun huhuhu
 eh jangan di zoomkan gambor tu kang ada yang juling mata tengok harga kat situ
ella beli RM250 ajew yer
bukan preloved bukan reject tapi new
yer NEW
acane boleh murah cemgitu?
 alkisahnya ada seorang hamba Allah ni post kat fb dia nk stop business so nak letgo semua pada harga yang super duper low
ella pun mencuba nasib tanya dia bla bla bla
sekali dia bagitau harga 250 je kak
terus mengelupur pujuk laki kahkahkah
2-3 hari gak kot pujuk laki mintak izin nak beli


yelah lepas beranakkan junior nak naik penimbang masa sebulan checkup kat klinik berat 56kg
checkup dua bulan still ada no 5 tapi dah turun sikit jadi 53kg 
maknanya ada lagi 6kg nak kena hilangkan
before pregnant berat 46kg - 49kg aje tak pernah jejak no 5 tu kat depan huhuhu
tu yang usaha bodek lakiku nak beli girdle
yang lagi menakutkan bila tengok perut dan peha sendiri huwaaaaaaa
boncet berlipat weiiii
bukan minum ais pun nak boncet berlipat sangat 
minum air kosong je pun berbotol-botol huhuhu
jadinya lagiler ade alasan kukuh nak beli girdle kekeke
berjaya hokey membeli setelah dibuat pembentangan panjang lebor


now dengan full time menyusu junior dan bergirlde harapnya hilanglah boncet berlipat dan berat berlebihan ni
tapinya pulok napsu makan Ya Allah macam kingkong
lepas makan nasi capai pulak biskut pastu kurma pastu buah 
asyik lapor je memanjang pantang tengok makanan
tapi nasib baik laki bagi kata semangat walopon sebenarnya nak ambik hati ken hahaha


Now baru try sekali pakai girdle ni masa keluar
selesa tak panas kemas je rasa perut
harapnya berbaloilah melabur kalo tak mau kena perli dengan laki seminggu
next nak naik penimbang bulan 6 ni pulok masa checkup junior
semoga berat 53kg tu bertukar menjadi 35kg eh 😝 *amiin*
nanti lepas checkup kita update yer berat latest
for now bertabah dulu tengok perot boncet berlipat
dahler start keje 6/6/16 ni 
moga moga muatlah kurung moden ku itu tanpa perut kelihatan
doakan misi kurusku berjaya!
aamiiin
 
 

Tuesday, May 3, 2016

How to : Register Nuffnang dan Iklankan di Blog

Hello!

Cubaan untuk buat tutorial register nuffnang dan iklankan di blog agar kita mampu tuai hasil sesama nanti
Actually my schoolmate pm tanya macam mana nak buat duit dengan blog
nak ajar ikut message macam susah je sebabnya princess tomato ni nak duduk atas peha je mamanjang
padahal dia tido tapi bila angkat nak letak atas tilam terus bukak mata seluasnya huwaaaa 😭
macam dia tahu je mommy nak pergi buat keje lain tak duduk setepek tepi dia
acane mommy nak buat kerja ni junior {--- panggilan manja princess tomato since 9w


btw yuan ying hope this can help you
kalo you tak faham lagi takpe i teach you satu satu lagi okeh 😘
mula mula register dulu di website ni


pastu page ni akan redirect korang ke next page iaitu untuk key in details
make sure korang si yang betul betul tau bukan nickname yer
nanti kang bila nak cash out payment susah pulak nak kena update bagai
so isilah semuanya sebetulnya


okey bila dah siap isi semuanya akan keluar Finish
Bila dah klik Finish tu akan keluar pulak Account Activation yang mana korang kena pergi bukak email yang korang daftar tu dan klik link activation untuk mengaktifkan akaun Nuffnang anda
lepas dah siap aktifkan bolehlah log in dengan menggunakan email & pasword yang telah di tetapkan tadi


okay now pergi kat My Nuffnang
fokus ya sebabnya kat bahagian ni lah nak kena godek sikit untuk dapatkan kod html iklan
kalau ada masa sila try and error one by one + baca apa function yang tersedia okeh
me kenot explain satu satu sekarang sebabnya mengejar masa sementara princess tomato tidor
kang dia bangun save kat draft lah jawabnya entri ni huhuhu



dalam My Nuffnang tu akan ada tab belah kiri yang akan tunjukkan referral blog korang dari mana,
earning, statistic dan lain-lain
sila cuba satu satu ya
Now isikan semua details yang diperlukan macam dalam gambar 👇 ni



details tu mengenai blog korang yer bukan blog ella
then update survey semua
jangan lupa SAVE tau
then
kita ke bahagian ni pulak
nak kena pilih nak letak iklan nuffnang di bahagian mana dalam blog
kalo nak letak atas pilih yang no 1
nak letak tepi pilih no 2
nak letak tengah tengah entri pilih no 3
pilihlah sebanyak mana korang nak letak takde masalah


lepas dah pilih dan klik akan ada satu kod akan keluar di bahagian bawah template yang dipilih tu macam ni


okay now copy semua code tersebut
make sure copy bebetul
jangan tertinggal satu pun if not nanti tak jadi iklan korang tu

 lepas dah copy pergi login pulak blogger korang
then pergi kat bahagian layout

di bahagian layout ni pulak korang cari function untuk add gadget


okey now ada satu pop up yang keluarkan?
paste kan kod yang korang copy cari nuffnang tadi ke dalam skrin yang popup tadi like this



dan 
SAVE SAVE SAVE

Siap!

Sekarang sila pergi ke blog korang dan tengok iklan nuffnang kat sana