Thursday, April 21, 2016

Expecting A Baby Part 1

Assalamualaikum!




 Kawen january 2014 berjimba situ sini dengan laki bina kerjaya kumpul duit hidup roller coaster buat itu ini apa yang kitaorang suka tanpa pening kepala pikir soklan soklan orang

"eh tak dok baby lagi?"

"bila nok ada baby ni?"

"brape lama doh kawen xdok anok lagi?"

grrrrrrr ape motip pun tak tau nak tanya soklan gitu.. nasib baik bab tu kita tak sensitip kalau tak memang dah gi fire jugak 😠
ajal maut jodoh anak kaya miskin semua bukan kita yang lukis atas kertas kalau dah rezeki kita buat acane pun itulah rezeki kita ni tak sibuk duk bertanya macamlah kita ni tau bila nak dapat rezeki huhuhu
peliknya yang bertanya tu semua golongan nenek kebayan mulut puaka kata dah makan asam garam dulu sepatutnya paham lah bab rezeki yang tuhan nak kasi
manusia manusia

Then bila tahu expecting ni sibuk pulak bertanya

"baby laki ke pempuan?"

"berat baby berapa kilo dah?

"macam mana boleh lekat?"

aiyooo penat lah nak menjawab
ella bila dapat soklan bebanyak cemgitu terus buat muka kalo tak paham jugok terus kasi alasan nak g toilet muahahaha

Mula-mula suspek pregnant masa time sibuk setting raya office kat dewan besar bila geng geng sibuk duk borak nak ganti puasa
maka dengan bangga ella kasitau ella tak payah ganti tahun ni sebab piyed kasi cuti sebulan kekeke
masa tu tak tahu lagi pregnant yelah sibuk kerja konon stress lah punca utama tak piyed then member-member suruh pergi check up, masa tu baru terpikir "acane eh kalu bebetul pregnant?"
balik rumah tak kasitau hasben lagi dediam je sendiri sampailah satu hari tu tak boleh nak bangun tidur tak boleh nak naik tangga sebab sakit pinggang + bontot yang amat sangat
bajet diri ni wonder women takmo gi klinik check tapi disebabkan sakit yang amat sampai menangis baru relakan diri pergi klinik
call klinik hari jummat nak g check doc tak available so buat appointment hari sabtu pagi pukul 9
lepas melantak roti canai 2 biji terus g klinik
doc tak cakap banyak terus suruh baring scan perut terus nampak si tomato ni toink toink lompat
ooo suka ya awak tomato lompat dalam perut mommy
patut lah mommy sakit pinggang bawa awak 9 minggu dah rupanya
maka bila dah tahu tu tamatlah riwayat high heels ku cuma kurung moden je masih bertahan
lepas dah confirm  tu jadi marilah kita pergi ke Klinik Desa pulak bukak buku pink 😘

Monday, April 18, 2016

Setelah Berkali-kali Tersungkur Inilah Kerjayaku

Assalamualaikum!
 
A little throw back untuk jadi kenangan later.. Bagaimana kerjaya sekarang bermula setelah graduate tahun 2012 dari unikl miit.. Nak start cerita pun dah sedih rasanya tapi semua tu jadi kenangan dan memori untuk lebih menghargai apa yang ada sekarang.
 

 
Grad dengan pointer yang boleh dibanggakan till boleh convert loan study kepada scholarship memang suatu yang diharapkan so boleh lah save duit. Kalo tak boleh convert mau sekarang terbongkok bongkok nak membayor hutang. Yelah loan diploma dan 30k+ tambak pulak loan degree 60k+ mau kerja untuk membayor hutang jelah jadinya. Alhamdulillah berkat kenakalan di universiti grad jugak budak ni 😗

 
 
Sebelum final exam last semester dah dapat offer interview kat Exxon Mobile tapi dah nama pun bukan rezeki tak dapat nak merasa keje dalam sector o&g. Takpe chill jelah mase tu walopon frust huhuhu. In between nak habis tu jugak dapat offer untuk jadi part time lecturer di unikl jugak ajar budak diploma untuk lab subjek ICIS tapi lupa dah amende subject tu, sempat lah jugak mengajar dalam setahun setengah. Mengajar tu part time on weekdays malam so siang hari boleh dah bekerja sama macam orang lain, time ni dapat offer as a Trainee Management Program di Texas Instrument Malaysia dengan gaji yang WOW untuk budak baru grad. Tapi sayang bertahan seminggu je huahuahua sebab tak tahan kena buat programming which is bukan minat utama jadi relakan hati melepaskan kerja kat situ.


Lepas menggangur diwaktu siang hari dalam 2 bulan dapat pulak offer kat Indah Water hq as a Database Executive. Gaji takdelah sebesor di TIM tapi cukuplah nak bayar sewa rumah walopon masa ni mak still support 700rat tetiap bulan 😛 ku harap pelangi yang menjelma selamanya tapi ribut petir datang menyambor pulak. Keje sana sebulan lebih je kot terus ciow kes tak tahan nak kena keje balik lambat huhuhu. Iols mane boleh balik lambat keje bukan nak balik kasi anak makan tapi sebab iols kan lecturer part time iols ade student menanti. Gila wei nak redah Damansara - KL time balik keje pukul 5.30 ptg kelas start pkl 6 mane sempat dengan penat otak lagi, last choice hantar resignation letter.


Dengan kekebalan my dear erin dapatlah pulak keje di Brunsfield Embassyview as a Customer Service. Bayangkan budak grad IT keje jadi Cust Service. Tapi jangan dipandang dengan lobang hidung hokey iols keje jadi along kejar overseas owner untuk bayar management fees rumah diorang. Masa keje sini syiok wei sebabnya keje rileks tapi time membayor dengan time buat invoice juling siketlah mata mengira duit orang puluh puluh ribu. Yang lagi syiok keje sini boleh balik ontime, pukul 5 sharp punch out. Movie kat klcc pukul 5.50ptg pun sempat hoi 😄
 
 
Nampak tak bile dah duduk di Kolumpo takde maknanye ko boleh nak memilih keje lainlah kalo anak vvvvvip boleh ler petik jari nak keje kat mana
kalo keje kuli nih usaha lah sendiri untuk hidup yang lebih bermakna ecece
 
 
Stay kat Brunsfield setahun lebih then tangan gatal nak try keje lain pulok huehuehue
so applylah keje as a HR exec pulok utk syarikat sub con petronas
Ofis kalini bebetul depan KLCC
maka heharilah muka kelihatan di AvenueK dan klcc
Masa ni baru kawen so laki dari Ampang Hilir terus jemput bini dalam klcc nak ngelak jem
 keje kat sana tak lama sangat tetibe dapat surat interview gov apalagi cabut balik kampung ler interview
Alhamdulillah setelah 5-6 bulan gitu dapat result yang iols berjaya


Maka dengan itu sehingga sekarang gov lah majikan ku
memang takde maknanye nak resign dah lepas ni melainkan tukar profession jadi lecturer pulak ke tapi nak jadi lecturer dengan gov jugak xmo g swasta dah walopon kekadang private lagi best 😝
 
 
Apa yang nak share sebenarnya walopon uols grad dengan pointer gempak tahap gaban pun kalo dah dikatakan bukan masanya rezeki bersabarlah
InsyaAllah bila tiba rezeki korang dan memang tertulis itulah rezeki korang macam mana pun tetap jadi milik korang jugek
sabar dan continue happy with what you have till u get what u dream okey
💕

Wednesday, April 13, 2016

Perkiraan Komitment Untuk Membeli Rumah Idaman

Assalamualaikum!


Macam dalam entri sebelum ni ella ada bagitau nak share macam mana perkiraan yang ella buat sejak belajar sehingga berjaya beli rumah kan... If tak ingat boleh baca balik entri tu okeh..

So nilah dia cara-caranya yang mudah cumanya kena disiplin lah follow.. Let say bulan tu nak pakai duit so make sure remark kat situ guna untuk apa tarikh bila supaya senang nak refer balik.. Takdelah tetiba jadi rimau sebab tak tau duit ke mana perginya macam tuan yang tengah menulis ni yang kekadang gi fire laki sendiri sebab tak tau duit kemana padahal diri sendiri yang guna lupa nak update.. Laki jugak jadi mangsa 😆
 
Alhamdulillah dengan usaha gigih ni nampaklah duit tu kemana.. Kekadang bila emergency nak pakai duit pun kurang-kurang adalah tempat nak mencekau takdelah gigil nak mencari..
 
If korang nak pakai method ni silakan.. Mana tahu kita sma-sama boleh menyimpan dengan berhemah..
Ni ella kasi contoh tau:-

Budget April 2016

Basic : RM 2200 + RM 900 = RM 3100
8% kwsp : RM 100
Gaji bersih : RM 3000


Fix Expenses :
*Rumah - RM 1000 pay 25/3
*Bil iPhone - RM 200 pay 1/4
*Kerete - RM 600 trnfr to mbb-s 4/4
*Mara - RM 150 pay 4/4
Pantry - RM20
*Kelab sukan - RM10 trnfr 27/3

Total : RM 1980

RM3000 - RM 1980 = RM 1020

Perbelanjaan femili :
*Minyak - RM200 trnfr to b 24/3
*Makan - RM400 trnfr to b 24/3
Shopping - RM30

Total : RM630

RM 1020 - RM 630 = RM 390

Saving :
*ASB - RM50 trnfr 27/3
*Kerete - RM50 (cimb-i) trnfr 4/4
Anak - RM50 (pb-w)
*Saving - RM50 (cimb) trnfr to ayu 27/3

Total : RM 200

RM 390 - RM 200 = RM 190

Balance Gaji = RM 190


Pb-w (anak)
Pb-b (rumah)
Cimb-i (kreta)
Cimb (menabung)


haaa nampak tak lepas kira-kira tolak semua komitment ada lagi balance gaji RM 190.. Maka yang balance tulah boleh guna untuk berjimba rambu ramba ataupun kalo nerd sikit simpan untuk masa depan.. Gitulah  caranya..

Oh sebelum lupa yang tanda * kat depan tu maknanya duit tu dah di ambil dari bank atau dah diguna pada tarikh sekian sekian so mudah nak detect duit apa yang tinggal..

Tuesday, April 12, 2016

Beli rumah diusia 26 tahun

Assalamualaikum!


fuh fuh nak backdated cerita sebenarnya nih walopon sebelum ni dah ada cerita sikit-sikit kat entri ni tapi apakan daya masa dan keadaan mencemburui kita {----- banyak alasan gila pempuan nih 😝


Okeh meh start cerita..


Macam mana boleh nak terbeli rumah ni?



Alhamdulillah.. Teringat azam berpuluh tahun dulu masa mantan PM Tun Dr Mahathir datang upacara pecah tanah dekat sini masa tu umur berapa pun lupa dah tapi ingat lagi tunggu depan pagar rumah mama nak tengok tun depan mata.. Dipendekkan cerita rezeki dan azam puluh tahun tu jadi kenyataan bila 2014 dapat offer kerja kat terengganu terus balik tak pikir panjang dah.. Masa tu bulan Jun 2014, 3 bulan ulang alik TGG-KL sebab hasben ella still keje sana masa tu, then lepas hitung panjang buat belanjawan hasben ella nekad nak pindah balik terengganu jugak walopon masa tu dia xdapat kerja lagi kat terengganu nih.. Tapi dah nama pun rezeki yang kita tak tahu percaturan Allah swt Alhamdulillah hasben ella dapat keje lecturer.. Maka bertukarkan profession dia dari Technical IT ke Lecturer sampai sekarang 😃


Okeh berbalik cerita beli rumah, lepas pindah balik terengganu ella dah ada buat survey sikit-sikit nak beli rumah, yelah takkan sampai tua nak duduk rumah mama ella kan, nak jugak beli aset sendiri.. Pantang nampak iklan rumah mesti laju je bukak pastu buat research baca situ sini.. Then satu hari tu ella buka website PMINT tengoklah diorang ade bukak balik jualan rumah di KP Perdana.. Apalagi tak pikir panjang terus mencuba nasib apply Alhamdulillah dapat surat tawaran untuk rumah yang ella mohon tu.. Walopon rumah tu yang fasa 2012/2013 tapi ella dengan hasben dah pergi round kawasan yelah rumah yang nak beli ni dengan rumah mama ella tu 5 minit je drive kuikui


Lepas dah puas hati terus catat nombor rumah yang nampak available means yang takde meter air dengan meter letrik untuk memudahkan proses pilih rumah nanti masa kat PMINT..


Apa yang kitaorang buat sebelum bebetul decide nak beli rumah adalah....... Buat perkiraan perbelanjaan bulanan yang wajib nak kena bayar.. Ni sangat penting tau supaya nanti bila dah beli rumah takdelah kitaorang kebulur nak makan nak shopping sebabnya hutang dah bertambah dengan amount yang sangaaaaat besar..


Lepas dah buat segala perkiraan maka jomlah kita ke bank.. Naik turun semua bank yang ada ada kat terengganu ni untuk dapatkan rate yang paling rendah.. 2 minggu jugaklah duk bertangga kat bank yelah kena fahamkan bebetul term dan condition diorang sebelum nak mohon.. Ella tak boleh nak ambil gov loan sebabnya kitaorg buat shared loan (loan bersama).. Kata pun beli rumah bersama haruslah loan bersama jadi hutang pun bersama sama bayar hahahaha 😝


Akhirnya dapatlah bank yang offer kitaorang dengan rate yang sangat berpatutan.. Masa nak memohon tu exec diorang akan tanya gaji then apa komitment bulanan yang ada.. Jawablah dengan jujur sebabnya kalo tipu pon takde paedah nya lepas submit borang diorang akan buat screening lagi sekali huhuhu.. Alhamdulillah lepas tunggu 2 bulan akhirnya perkabaran gembira loan bersama tu lulus yippii 😍


Macam mana boleh lepas loan tu??? actually kami pun terkejut jugak hehehe yelah dengan baru tukar keje, gaji ciput, ada loan study, ada loan kereta, loan asb then tak strong lagi kerjaya baru huhuhu


Jawapannyaaa


Komitment bulanan yang kitaorang ada tak tinggi means dengan gaji + komitment yang ada still gaji kitaorang mampu untuk tampung loan rumah ni maka sebab itulah loan rumah kitaorang lulus.. Alhamdulillah pada usia 26 tahun ella mampu genggam kunci rumah sendiri walopon tu rumah milik bersama..


Later ella share macam mana ella buat calculation komitmen monthly yang ella amalkan dari zaman belajar dulu sampailah sekarang okeh..