Wednesday, June 29, 2011

CLINIQUE STAR TOUR 2011




CLINIQUE STAR TOUR kembali lagi dan kali ini bersedia untuk menakluki jalan jalan di Malaysia.. =) Tahun ini 3 lagi gadis bertuah akan mendapat peluang sesi one-on-one dan kerjaya sebagai model serta gambar anda akan dirakam oleh jurugambar professional berpengalaman untuk menjadi cover model dalam keluaran CLEO akan datang.. Teruja bukan??

Semua tu hanya di CLINIQUE STAR TOUR 2011..


Dengan menggunakan truck 3 tan yang telah diubah suai khas menjadi ruang solekan dan dandanan rambut serta lengkap dengan mini studio, Clinique Star Tour 2011 pasti memberikan keselesaan kepada para jelitawan yang datang. Untuk lebih menarik, Clinique Star Tour 2011 ini juga merupakan satu pertandingan! Yes pertandingan.. Smile everyone! Smile! claps... weeeee...

Untuk menyertainya tersangatlah senangnya.. You all just datang to any Clinique Star Tour roadshow, klik SINI untuk ketahui their location, purchase voucher RM35, register & beritahu semua orang "What is your Career Aspirations" and Clinique Star Tour expert team akan tolong makeup kan korang , then mendandan rambut supaya lebih gorgeous dan last yang paling best snap snap gambar.. All this makeover will done by Clinique Makeup Experts, Stylist expert also professional photographer yang expert.. Pendek kata semua expert.. Macam supermodel dalam tv tuuuu... Yiiiihaaaaa... *oppps terlebih excited.. shy me.. 



Oh bukan tu saje at the end of the tour bulan Ogos 2011, semua gambar yang diambil semasa roadshow dikumpulkan dan akan di posted kan secara online di www.cliniquestartour.com.my, and all Malaysian akan vote for top 25 favourites. Sudah settle votes, Clinique and Cleo experts pula akan jalankan tugas mereka untuk memilih the grand lucky winner. Pemenang akan menerima hadiah sehingga RM 5000 disamping head-to-toe makeover styled by CLEO untuk cover shoot..  Bukan itu saja di www.cliniquestartour.com.my juga mereka akan announce kan lucky draw winners setiap hari.. So rajin rajin lah buka website diorang mana tahu korang yang tak pernah dapat lucky draw tetiba menang.. Super excited kan kan..


nak jadi model? so apa lagi pilih tarikh, sedia duit, pikir apa yang korang nak cakap then register.. =)
Jumpa korang disanaaaaaa!


all picture credits to www.cliniquestartour.com.my

Sunday, June 19, 2011

mengumpul koleksi dengan gigih

Korang pernah tak ketagih nak kan sesuatu bila tengok benda tu betul betul menarik hati dan menyiksa jiwa sebabnya kena tunggu tarikh tertentu baru boleh dapat?
jawapan ella YES!
mula mula tengok iklan kat tv terus macam woaaa cantiknya unik betul dah lah limited time saja ada..
tetiba terkeluar niat nak kumpul jugak 6 koleksi warna walau apa cara sekali pun..
tak ingat bila tarikh start keluar *sekarang i cepat lupa* tapi yang pasti memang kerja check it out aja website mcd tengok dah keluar belom yang baru..
gigih hokey kumpul walaupun halfway tu balik terengganu tapi tetap jugak mengumpul..
ada sekali tu puasa then pagi tu dah sahur dengan breakfast mcd then teringat pesan budak ni cakap "sudah sudah lah ella makan mcd" tapi tapi tapi haritu warna baru keluar...
macam mana niiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
tak pikir panjang terus petang tu berbuka puasa dengan mcd jugak..
hehehe demi mu warna baru ku sanggup..
mesti korang terfikirkan apelah yang ella duk bebel warna ni kan...
sebenarnya warna warna yang ella cakap ni ialah gelas mcd coca cola lah...
ella berjaya kumpul kesemua 6 warna dan sekarang gelas tu tak pakai pun tapi telah selamat duduk dalam luggage besar simpan..
simpan dulu sebab berangan nak pakai nanti bila dah duduk rumah sendiri..
ngehngehngeh..
kang pakai kat rumah sewa ni mau ada yang berderai hancus...
udahler nak dapatkan berusaha kang kalo pecah sekelip mata mana mau cari..
tak sanggup tak sanggup...
nak try minum pun macam takpelah nanti lah..
sekarang ni tengok je lah dulu..
hihihi...

Wednesday, June 15, 2011

Introduce to you SophieMonk

Yesza.. kali ni dapat product muka pulaaa.... Korang pernah dengar tak nama SophieMonk? tak pernah? actually ella pun tak pernah dengar tapi bila dah ada depan mata ni pernah lah dengar.. kikiki.. SophieMonk ni sebenarnya product dari Taiwan dan baru lagi masuk ke Malaysia.. Semua product SophieMonk ni untuk penjagaan kulit muka dari mask hingga lah nak buang black/white head, moisturizer gel lah, toner lah panjang kata semuanya untuk muka.. Yang lebih best macam Sophie Monk ni tau saja yang ella tak ada product khas untuk muka, pencuci muka ella adalah baby milk bath yang j&j tu.. jadinya sekarang my best face skin bf adalah Sophie Monk.. clap clap clap... ^;^

all 4 in the teddy paper bag

Tadi pergi Times teruslah terjah Watsons nak tengok harga produk Sophie Monk ni and the answer is not bad lah.. Harganya berpatutan berpadanan dengan product import, dan yang syoknya semua produk Sophie Monk ni boleh didapati di semua cawangan Watsons seluruh Malaysia.. takda alasan untuk korang tak boleh cari Sophie Monk ni kat Watsons..


Now cer teka berapa product yang ella dapat untuk try?? jawapannya bukan satu tapi empat product yang ella dapat dari Sophie Monk untuk dicuba dan memang terbukti yang ianya lembut untuk kulit.. Ella berani cakap macam ni walaupun baru pakai seminggu sebab kesannya betul nampak.. First tu ella try pakai moisturizer gel sapu kat muka then ella pakai bedak, kulit ella memang lembut sebab gel tu meresap masuk kulit & kulit terasa sejuk sangat..

comeykan packaging Sophie Monk ni

Lagi ella suka pasal Sophie Monk ni ialah product Blackhead bye bye set sebabnya set ni mask hidung nak buang Black dengan White head memang best dah lah bau strawberry lagi lah nak pakai banyak kalau boleh seluruh muka nak pakai.. hikhikhik..

Blackhead bye bye set + eye gel

hasil tamapalan hidung

Yang Gel Mata tu pulak ella pakai pagi dengan malam, yelah ella kan student so tidur malam surelah lambat sebab study kan mata pun memang panda lah ketara sangat gelap bawah mata tu.. Dengan Eye Gel ni no more hitam bawah mata... Mata pun bertambah segar.. Love it!

Mask + Moisturizer gel product

Nanti weekend ni ella nak try mask pulak lah boleh layaaaan aje rehatkan kulit dari segala jenis makeup..
You guys should try this product! ella recommend sangat sangat for those yang nak kulit cantik, sihat & bersih.. =D visit Sophie Monk for more info~

Sunday, June 12, 2011

Proud to be Terengganu'nian

Tahniah awok awok TERENGGANU sebab jadi juara Piala FA..
Dap doh brase pahni se team buleh g jalang London..
Kalu duk Tranung nih mesti napok doh dere lekat kat kete...
Bangga wey jadi orang Tranung..








*gmbr kredit to google*

Sunday, June 5, 2011

LIVERPOOL punya pasal

sebenarnya ella nih bukan kan kaki bola tapi disebabkan dah terpengaruh terikut tetibe termasuk pulak group Liverpool nih.. Korang tau ke tak tau yang Liverpool datang Malaysia tahun nih? diorang ada match lawan skuad Malaysia 16 July 2011 nih kat Bukit Jalil and now tiket dah start jual tapi tapi tapi only untuk Standard Chartered punya card holder sahaja.. Untuk cash tiket mula dijual start 10 June 2011 ni.. Malangnya untuk orang yang beli cash adalah tak dapat free training pass untuk tengok diorang training 14 July 2011 nanti.. If korang beli sekarang dengan Std Chrtd punya kad korang still ada harapan nak dapatkan free taining pass tu..

Harga tiket yang available adalah Rm58, Rm 68, Rm108 dan Rm 388.. semua free seating kecuali yang Rm388 itu numbered seating.

Disebabkan sudah terpengaruh jadi ella bersemangat waja lah nak pergi tengok Liverpool punya match, yelah diorang bukan datang Malaysia tiap tahun jadinya tahap kesabaran tu memang over kau nak cari tiket. Duk janji kiri kanan dengan orang yang ada kad Std Chrtd tu minta tolong beli tiket with training pass tu kiranya bank in kat account diorang then diorang tolong swap kad aje untuk ella dapatkan tiket tu.. tapi manusia kan bila dah orang mintak tolong bersungguh ada pulak yang buat hal main tipu cakap tiket habis lah, janji nak tolong cari lah, janji nak jumpa bagi tiket  lah.. kejadahnya janji tapi tak menjelma siap extra charge pulak tu..
Tapi tak semualah yang buruk perangai macam tu ada jugak yang baik sudi tolong dengan ikhlas walaupun tak pernah jumpa ttak penah kenal tapi dek kerana minat yang sama tetap dibantu dengan seikhlas hati. Betullah yang fans Liverpool ni "YNWA" serius respect.

Disebabkan sudah tertipu memang give up terus nak pergi tengok match tu tau, nasib baik ada bro radzi nih sudi membantu, janji nak meet kat ampang point pukul 6 ptg tapi tahap over tak sabar pukul 3 ella dah terpacak kat ampang point. Melampau kan tahap tak sabar tapi nak wat camne manusiakan memang nafsu tu lebih... =p

Puas duk berjalan menunggu bro radzi tetibe ella dapat idea, cakap dekat aunty kedai mintak tolong reservedkan tiket dengan training pass Liverpool dan dengan laju zaaassnya pergi cari kaunter information tanya itu ini direction terus jalan kaki dengan gigihnya dan dengan tersengajanya ella pergi buka account Standard Chartered tang tang tu jugak semata mata tak sabar tunggu bro radzi.. Siap pegawai bank tu geleng kepala cakap "u ni memang gila" sanggup bukak account demi tiket.. Nak buat macam mana kak dah ter ni kak..

siap dengan kad terus cabut pergi jumpa aunty tiket tunjuk kad Std Chrtd, aunty tu bantai gelak tak hengat, dia cakap ape tau "u tak percaya i ke amoi, i betul simpan untuk u punya lah, i tak tipu punya" hahaha i yang termelampau aunty.. dah sreeettt swap kad tengok tiket dengan training pass ditangan terus pheeewww legaaa.. Rasa macam nak tayang kat semua orang kot tapi tu tak buat lah melampau nau kau ella kalo buat macam tu.. ngehngeh..


jadiknya bila dah ada ditangan kad Std Chrtd, ella pun berbudilah kat fans Liverpool yang lain yang nak beli tiket + training pass tapi takde kad untuk tolong belikan tiket dengan pass tu selagi stock training pass tu ada sebabnya pass tu adalah limited sajork.. kebanyakkan yang mintak tolong tu pm kat fb then ella bagi direction terus meet kat mana2 kita pergi beli sesama barulah "YNWA" kan.. harini pun ada lagi pergi running cari tiket + pass dan ada yang bernasib baik sebab dapat both.. yang tak dapat pass tu mintak ampun banyak dik sebab tak tau kan pass tu ada berapa lagi tapi selagi boleh tolong ella tolong.. Esok dengan isnin pun ada lagi nak tolong pergi cari tiket + pass untuk orang hopefully semua dapat lah pass tu.. Kali ni nak pergi meneroka tempat lain pulak untuk dapatkan pass tu..

semoga tuah menyebelahi korang!


*YNWA* dah sekarang ni okey.. =P