Sunday, June 5, 2011

LIVERPOOL punya pasal

sebenarnya ella nih bukan kan kaki bola tapi disebabkan dah terpengaruh terikut tetibe termasuk pulak group Liverpool nih.. Korang tau ke tak tau yang Liverpool datang Malaysia tahun nih? diorang ada match lawan skuad Malaysia 16 July 2011 nih kat Bukit Jalil and now tiket dah start jual tapi tapi tapi only untuk Standard Chartered punya card holder sahaja.. Untuk cash tiket mula dijual start 10 June 2011 ni.. Malangnya untuk orang yang beli cash adalah tak dapat free training pass untuk tengok diorang training 14 July 2011 nanti.. If korang beli sekarang dengan Std Chrtd punya kad korang still ada harapan nak dapatkan free taining pass tu..

Harga tiket yang available adalah Rm58, Rm 68, Rm108 dan Rm 388.. semua free seating kecuali yang Rm388 itu numbered seating.

Disebabkan sudah terpengaruh jadi ella bersemangat waja lah nak pergi tengok Liverpool punya match, yelah diorang bukan datang Malaysia tiap tahun jadinya tahap kesabaran tu memang over kau nak cari tiket. Duk janji kiri kanan dengan orang yang ada kad Std Chrtd tu minta tolong beli tiket with training pass tu kiranya bank in kat account diorang then diorang tolong swap kad aje untuk ella dapatkan tiket tu.. tapi manusia kan bila dah orang mintak tolong bersungguh ada pulak yang buat hal main tipu cakap tiket habis lah, janji nak tolong cari lah, janji nak jumpa bagi tiket  lah.. kejadahnya janji tapi tak menjelma siap extra charge pulak tu..
Tapi tak semualah yang buruk perangai macam tu ada jugak yang baik sudi tolong dengan ikhlas walaupun tak pernah jumpa ttak penah kenal tapi dek kerana minat yang sama tetap dibantu dengan seikhlas hati. Betullah yang fans Liverpool ni "YNWA" serius respect.

Disebabkan sudah tertipu memang give up terus nak pergi tengok match tu tau, nasib baik ada bro radzi nih sudi membantu, janji nak meet kat ampang point pukul 6 ptg tapi tahap over tak sabar pukul 3 ella dah terpacak kat ampang point. Melampau kan tahap tak sabar tapi nak wat camne manusiakan memang nafsu tu lebih... =p

Puas duk berjalan menunggu bro radzi tetibe ella dapat idea, cakap dekat aunty kedai mintak tolong reservedkan tiket dengan training pass Liverpool dan dengan laju zaaassnya pergi cari kaunter information tanya itu ini direction terus jalan kaki dengan gigihnya dan dengan tersengajanya ella pergi buka account Standard Chartered tang tang tu jugak semata mata tak sabar tunggu bro radzi.. Siap pegawai bank tu geleng kepala cakap "u ni memang gila" sanggup bukak account demi tiket.. Nak buat macam mana kak dah ter ni kak..

siap dengan kad terus cabut pergi jumpa aunty tiket tunjuk kad Std Chrtd, aunty tu bantai gelak tak hengat, dia cakap ape tau "u tak percaya i ke amoi, i betul simpan untuk u punya lah, i tak tipu punya" hahaha i yang termelampau aunty.. dah sreeettt swap kad tengok tiket dengan training pass ditangan terus pheeewww legaaa.. Rasa macam nak tayang kat semua orang kot tapi tu tak buat lah melampau nau kau ella kalo buat macam tu.. ngehngeh..


jadiknya bila dah ada ditangan kad Std Chrtd, ella pun berbudilah kat fans Liverpool yang lain yang nak beli tiket + training pass tapi takde kad untuk tolong belikan tiket dengan pass tu selagi stock training pass tu ada sebabnya pass tu adalah limited sajork.. kebanyakkan yang mintak tolong tu pm kat fb then ella bagi direction terus meet kat mana2 kita pergi beli sesama barulah "YNWA" kan.. harini pun ada lagi pergi running cari tiket + pass dan ada yang bernasib baik sebab dapat both.. yang tak dapat pass tu mintak ampun banyak dik sebab tak tau kan pass tu ada berapa lagi tapi selagi boleh tolong ella tolong.. Esok dengan isnin pun ada lagi nak tolong pergi cari tiket + pass untuk orang hopefully semua dapat lah pass tu.. Kali ni nak pergi meneroka tempat lain pulak untuk dapatkan pass tu..

semoga tuah menyebelahi korang!


*YNWA* dah sekarang ni okey.. =P

1 comment:

Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^