hari tu masa balik terengganu tetiba terliur nak makan puding koktail tetapi nak buat sendiri tak pandai nak pergi beli memang konfrem 100% tak sedap ikut mulut so dengan gigihnya ajak ma pergi giant cari bahan bahan.. yes! ajak pergi giant dulu pastu baru terhegeh hegeh call anak cik wan maimunah suruh tanya emaknya apa bahan bahan.. dasar aci langgar aje semua benda bila sampai kedai baru seluk seluar carik henpon tanya tapi yang bestnya tanya bahan aje terus pakej dapat cara buat.. macam nak buat puding dekat giant pulak dah..=P
rupanya senang aje nak buat dan bahan pun simple je takder lah cerewet benau nak buatnya.. yang cerewet kalo ko nak pergi tambah buah segar ke icecream ke coklat ke air coke ke juice ke tu memang ko pergi google sana sendiri.. sini yang simple mimple pimple aje..
okeh untuk bahan bahan kita perlukan:
sebungkus agar agar #takkisahbrandapa
susu cair satu tin #pontakkisahbrandapa
buahan koktail dalam tin with syrup #jugaktakkisahbrandapa
air putih 3-4cawan
gula
cara cara pulak yer:
1. Masukkan agar agar dalam periuk bersama 3-4 cawan air #yang air ni ikut korang nak agar agar tu lembik ke keras kalo nak lembik letak 4 cawan air *lembik tu macam dadih tau* kalo nak keras siket letak 3 cawan air. Masak sampai mengelegak aka mendidih. (ella lagi suka lembik sebab nak makan boleh terus slupp so letak 4 cawan air)
2. Lepas dah didih tu masukkan pulak gula. Yang ni betul betul nak kena ikut lidak korang sendiri, kalo nak manis letak lah 4 senduk gula kalo nak kurang letak 2-3 senduk gula pun dah memadai sebab nanti kita nak letak syrup buah koktail jugak. Letak gula then biar didih baru rasa nak bagi gula tu larut betul sebab kalo pergi rasa terus memang satu plastik gula ko bubuh nanti.
3. Okeh bila dah didih elok cantik aje, masukkan susu cair. Betul! masukkan susu cair satu tin tu dalam periuk agar dan gula yang tengah didih tadi then kacau perlahan lahan, biarkan 3-4minit untuk bagi susu tu mesra alam dalam periuk.
4. Bila dah settle semua step diatas tutup api periuk then kacau dalam 3 minit korang ambik sedikit syrup buahan koktail tu masukkan sedikit dalam periuk yang ada agar agar tadi.. Letaklah dalam sesenduk syrup. Biarkan agar tu suam suam kuku.
5. Balance syrup tu korang pergi letakkan dalam bekas yang korang dah siap siap susun buahan koktail.
6. Dah siap letak buahan dan syrup dalam bekas, sekarang korang bolehlah tuangkan agar agar yang suam kuku tu dalam bekas yang korang susun buahan koktail tadi tu. Then biarkan agar tu sejuk dan mengeras. Nak lagi best letakkan dalam peti ais dan makan diwaktu ia sejuk sangat meleleh telan air liur.
Bila nak jemput orang makan korang tonggeng lah puding tu ke bawah jadi orang nak makan akan nampak terliur sebab nampak buahan banyak dalam puding tu.. TETAPI hati hati masa nak tonggeng tu sebab syrup buahan tu ada tau..
*Tips: Kalo nak tahu tahap kelembikkan agar agar tu senang aja, ambik piring kosong then letak dalam peti ais kejap bila dah sejuk keluarkan ambik agar2 yang tengah masak tu letak atas piring biarkan sekejap then rasa agar agar tu keras ke lembik. Ulang sampai lah tahap lembik yang korang mau. done!
Selamat Mencuba!
bahan basic yang gula dengan air aci redah |
pembantu dapur aka budaksajesukesibuk sedang letakkan buahan koktail dan syrup dalam bekas *step 5 |
tadaaaa siap! bila nak makan tonggeng lah puding dalam bekas lain *gambar puding tonggeng takder sebab malas kes sendiri nak ngap. |
0 comments:
Post a Comment
Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^