Monday, May 2, 2011

Tiga Ceritera dalam sebuah WARNA

yesza!
seperti yang dijanjikan ella nak review novel ni untuk hari ni, kan dah janji nak cerita bila dah habis baca..
dalam novel ni ada tiga cerita semestinya ada tiga penulis.
cover page nyawarna hijau ada bunga bunga siket dan novel ni keluaran Jemari Seni tapi serang orang bilang JS sajok pendek dan padat.

cerita pertama dalam novel ni bertajuk "Bukan Dipaksa" tulisan Nazurah Aishah, ceritanya berkisahkan seorang gadis bernama Nardine Zahiyyah tetapi di panggil ayu oleh orang kampung dan keluarga. Ayu ni seorang cikgu dan pernah berkasih dengan Affan tapi half way dia diceraikan kerana mak mertua tak suka si Ayu ni, so dia bawa diri ke Australia hingga lah dia bersalin disana. Beberapa tahun juga lah si Affan duk mencari si Ayu tapi hampa, Azura adik Affan tetap berpegang teguh pada rahsia sahabat baiknya agar tidak memberitahu Affan di mana Ayu berada sehinggalah Affan yang sudah bergelar doktor pulang ke kampung dan bertemu semula Ayu. Affan juga nekad mahu mencari dimanakah harta kurniaan Allah swt yang dilahirkan Ayu, sehinggan ke titik pertemuan semula mertua Ayu tidak dapat menerima Ayu, namun kuasa Allah swt mengatasi segalanya apabila si kecil Nayli memanggil mertua Ayu nenek membuatkan dia berlembut hati..

jalan ceritanya macam pendek saja tapi cukup berkesan, kalau satu novel full ni mau nya ada adegan airmataku mengalir lagi.. hahaha.. congrats Nazurah Aishah.. cant wait to see your new baby "Bening Merah Jingga"


story ke dua pulak tulisan Rnysa, Hikari Ainori.. Secara jujurnya ella seperti belum pernah membaca tulisan Rnysa, mungkin pernah mungkin tidak tapi apa ada hal baca tetap baca review tetap review..=p
Hikari membawa maksud cahaya ataupun nama kereta api  berkelajuan tinggi di negara matahari terbit. Cerita ni banyak berkisarkan kehidupan student di Jepun dan US dan setelah pulang ke Malaysia mempunyai kerjaya yang very mantop. Main story mengenai Hazelina, Adriena Ayuni dan Rafique, pada mulanya Ayuni bercinta dengan Rafique namun selepas Ayuni diserang penyakit dan pulang ke Malaysia hanya dengan meninggalkan sepucuk surat kepada Rafique membuatkan Rafique tekad menyatakan yang hatinya hanya untuk Ayuni walaupun dia terpaksa bertunang dengan Hazel. Hazel berusaha untuk menerima Rafique lelaki pilihan keluarga walaupun hatinya tidak terarah kepada lelaki itu. Setelah menemui Ayuni di UNIKL MIAT, Rafique nekad untuk memutuskan pertunangan dengan Hazel dan memilih Ayuni sebagai teman hidupnya.. dan Hazel cuba dipikat oleh Rayyan lelaki melayu yang berambut blonde putih dek kerana protes kepada bapanya.

nice storyline, tapi pada pendapat ella mungkin tak cukup kuat untuk membuatkan hati tersentuh melalui pembacaan, bak kata Adlin Aman Ramli untuk student AF "semua dah okay cuma tak sampai ke hati ar cerita yang nak disampaikan" * sesuki je ella komen kan.. ampun Rynsa pendapat ella je tu.. =D


lastly cerita ketiga dalam novel ni yang baru jek abis baca pagi td bertajuk Karamel tulisan Nasz..
sebelum baca ella macam dah boleh agak mesti hero takpun heroin cerita ni suka Karamel, dah settle baca kang betul memang si Nory Ana ni hantu Karamel. Cerita ni ada part lawak ada part romantik, tapi paling banyak lawak kot cuma bukan lawak yang ketawa berdekah dekah tu tapi lawak yang buat orang baca senyum sensorang.. =D
Nory Ana yang memang sentiasa mempunyai idea gila tetapi selalu dibuli oleh bos yang dipanggil Tak Arif hanya kerana Arif menyangka Ana adalah ibu tirinya. Dibuli sehingga terpaksa menghantar Arif pulang ke Chemor walaupun dalam keadaan terpaksa dan dibalas balik pembulian dengan memberi Arif kopi expired bercampur ajinamoto. Namun akhirnya bersatu dengan dilamar oleh Arif di satu majlis kenduri dan hanya diberikan jam tangan oleh tuan empunya badan Arif sebagai tanda lamaran. Comel cerita ni sebab macam macam hal berlaku sepanjang cerita very sweet tau si Nasz ni tulis..


korang nak baca? pergi cepat cari kat Popular ke MPH ke Kinokunia ke *buatbuat betul kalo salah eja* memang tak rugi tapi mungkin korang rugi sikit lah kot sebab kat luar harganya Rm 21.50, oleh kerana ella beli di pesta buku jadi murahlah sikit tak sampai Rm 20, kata pesta buku ada diskaun sapa suruh tak rembat awal.. ngeh ngeh ngeh...

tapi tak salah menghabiskan duit untuk pembacaan, bukankan itu juga satu ilmu yang dituntut supaya kita mencarinya... happy reading!

0 comments:

Post a Comment

Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^