Sunday, September 25, 2011

AiMoMois



Aimomois utuk mata ai yang asyik pedih ngadap leptop.
aimoai pun boleh jadi aimoyou jugak.


Lagi hitam lagi best


Sape tau mana nak cari coklat nih selain di airport?
Yang atas ni beli kat lcct, carik kat mall tak jumpa pun. Jangan cakap nak kena pergi lcct nak beli coklat ni semata. Kuasa ella nk prg.
Coklat yang ella cari ni dark chocolate.
If korang pengemar coklat dan xpernah try dark coklat sila try mesti mau lagi. =)

Thursday, September 22, 2011

Telor mata kuning cair yumyum



Siapa suka makan?


Ella kalau telor mata kuning cair ni memang feveret tapi kalau telor separuh masak geli anak tekak pulak nak telan. Telor rebus pun tolak pinggan takmo, telor goreng kuning keras pon tolak takmo. Kalau order kat kedai sampai telor kuning keras harus daku bertukar jadi rimau, sebabnya ella selalu cakap terang2 siang2 saya nak telor mata kuning tu cair tau kak bukan keras nak yang cair tak masak.


Sedap kalau makan dengan nasi goreng kampung tak pedas. Kalau pedas confirm makan sesuap je :p

Wednesday, September 21, 2011

OWASP DAY KL 2011




Seminggu dua ni bizi dengan OWASP DAY KL 2011 ni je, ella salah sorang committee student representative so memang kedaung saje otak terhadap belog & twitter. Arini last day baru lah dapat bernapas siket tapi esok pun dah start queue assignment, quiz & test.


 Ya Allah tabahkan aku untuk melalui semua ini.. ;) 

Sunday, September 18, 2011

Drop Link Belog

Hi korang!


Sebenarnya dah lama ella nak buat entri pendek ni cuma kadang2 tak terbuat, kadang bukak new post nak tulis menda lain last2 kuarnya entri lain, sabor aje lah.


Actually ella nk link kan belog2 korang semua yang baca belog ella nih *kalau ada yang baca lah, kalo takde orang baca buat2 entri ni takdek eh* padahal dalam hati sentap. Korang just dropkan kat komen InsyaAllah ella tepek entri korang kat tepi belog ella okiest!


dadaaaaaaaaa... :)

UPDATE: ella up balik entri nih sementara ;)

Wednesday, September 14, 2011

Preview Johnny English

Tengok status ChurpChurp terus gigih nak masuk tweetpost diorang. Masa join tu ella baru buka mata di petang Hari Raya. Yes tidur di hari raya sangat best terutama boleh ngelat basuh pingan seketika. Padahal tidor 30 minit je pun.

Cerita ni lah yang ella maksudkan tu

Ella beria sangat nak pergi tengok movie ni sebenarnya, tu bila ChurpChurp tweet untuk preview ella nak jugak dapat pas sebab nak tengok dulu sebelom korang tengok. Jahat tak tektik, tak kan? ;p Eh niat sebenar bukan macam tu niat sebenarnya nak pergi tengok pelakon kegemaran berlakon. Dah alang2 ada orang offer untuk preview apa salahnya mencuba nasib.


Masa kecik2 dulu ella suka tengok Rowan Atkinson ni berlakon dalam cerita Mr Bean, boleh kata semua tape setiap episod ada kat rumah *dulu pakai tape besor mana nak datang cd* bila dah tengok macam ketagih nak tengok lagi lagi, memang lah bodoh punya cerita tapi kelakar tu yang macam tak puas tengok. Part yang paling ingat masa si mr bean masuk kelas melukis pastu nak kena lukis pempuan yang bogel, dia pergi lukis buah pisang dengan cup ada mata. Lawak lucah gila. Tapi tu lah mr bean.


Tengok gaya si mamat ni pun ella dah nak gelak

Bila si Rowan Atkinson ni berlakon cerita lain haruslah nak pergi tengok jugek, macam dah boleh jamin mesti kelakar. Tengok muka dia pun dah nak gelak.  Lawaknya movie nih masa tarik batu dengan teeet dia. Macam nak guling gelak. Banyak part gelak2 je movie nih sesuai sangat kalo nak eksersais rahang.


Nasib baik preview movie kali ni tak jadi error preview Bridesmaid aritu, cuma yang tak bestnya ella tak boleh duduk dengan my partner. Sorang duk depan sorang duk belakang. :(


Sinopsis cerita Johnny English:-

Rowan Atkinson returns to the role of the accidental secret agent who doesn’t know fear or danger in the comedy spy-thriller Johnny English Reborn. In his latest adventure, the most unlikely intelligence officer in Her Majesty’s Secret Service must stop a group of international assassins before they eliminate a world leader and cause global chaos.


In the years since MI7’s top spy vanished off the grid, he has been honing his unique skills in a remote region of Asia. But when his agency superiors learn of an attempt against the Chinese premier’s life, they must hunt down the highly unorthodox agent. Now that the world needs him once again, Johnny English is back in action.
With one shot at redemption, he must employ the latest in hi-tech gadgets to unravel a web of conspiracy that runs throughout the KGB, CIA and even MI-7. With mere days until a heads of state conference, one man must use every trick in his playbook to protect us all. For Johnny English, disaster may be an option, but failure never is.

Kredit to ChurpChurp





Tenkiu ChurpChurp!



Smurf Happy Song vs Tutti Frutti




Budak kenit baldu biru kat atas adalah anak2 baru smurfna, dia yang dok trengganu sibuk suh cari satu set si kenit biru tu nak susun dalam kereta kata dia, imagine kalau sederet kenit biru nih duduk dalam kereta confirm mama dia jerit suh buang.. Btw harga sekor tu rm 15.90 boleh pergi cari kat sunway pyramid.


Petang tadi pergi carik si kenit nih lah berpusing satu sunway seb baik jumpa tu pun kat kedai kecik2 je. Lepas tu pergi makan tutti fruiti for first time ever. Jakun kata ko orang lain dah muak kita baru nak try makan. Orang kampung ginilah :p Tutti frutti tu adalah dibeli dengan duit raya dari akhak ceera sedap dua kali ganda dari biasa *padahal ni baru pestime makan hiks! 


Sekali harung hapdate lagu Happy Song by sikenit dalam gambar diatas *dasar pemalas*. If korang dah tengok movie "The Smurf" sure punya korang tahu lagu nih, lagu orang biru kenit goyang kaki goyang bontot. Yang belom tengok boleh pergi download sekarang pastu pasang kuat kuat menyanyi teleng2 kepala bantai gelak tak hengat. Jangan lupa bawak kerepek sekali baring depan laptop sambil menguyah bajet makan popcorn dalam panggung.


La la la-la la la,
Sing a happy song.
La la la-la la la,
Smurf your whole day long.

La la la-la la la
Smurf along with me!
La la la-la la la
Simple as can be.

Next time you're feeling blue just let a smile begin,
Happy things will come to you...

So smurf yourself a grin!

Oooooo I hate Smurfs!
I'll get you, I'll get all of you
if it's the last thing I ever do! hehehehe!

La la la-la la la,
Now you know the tune,

You'll be Smurfing soon!



I SmurfLove u!

Saturday, September 10, 2011

Kembalinya dia pada yang Maha Esa

Innalillahi wainnalillahirojiun

DaripadaNya kita datang kepadaNya kita dikembalikan.

Dalam masih mood beraya dibulan syawal ella menerima berita menyedihkan.
Pagi tadi dalam pukul 1025 macam tu masa ella dalam kelas mama ella call bagitau tokki ella dah tiada. 
Tokki ella telah dijemput PenciptaNya masa waktu subuh 9 September 2011. 
Hari ni ella kehilangan seorang lagi ahli keluarga kesayangan, dia telah pergi dijemput yang Maha Esa.
Takde apa yang mampu diluahkan, ella kaku terdiam sekejap dalam kelas. 
Hanya doa yang mampu dipanjatkan pada yang Maha Esa agar roh tokki ella ditempatkan dikalangan para syidiqqin dan para syahid disisi Allah swt.

Fyi, tokki ella lahir tahun 1922  tak tahu tarikh sebenar sebab dalam surat beranak takde, kira sekarang ni umur 89 tahun dan meninggal sebab sakit tua. Alhamdulillah sampai ke akhir hayatnya tokki ella xda sebarang penyakit.

Moga tokki tenang di sana. Alfatihah~