Wednesday, November 30, 2011

Tv half ko ada?

Okay ni cerita tv kat rumah sewa..
Sebenarnya boleh kira dengan jari tangan je berapa kali ella tengok tv sepanjang duduk rumah sewa tu pun takkan habis jari kalau kira.
Sebabnya ella lagi suka lepak dalam bilik, bukan ada apa pun dalam bilik tapi ntah rasa lagi nyaman dalam bilik.*sebenarnya suka pelok bantal sambil bergolek*




Story tv half ni gini, aritu ella duk sensorang kat rumah semua housemate xbalik KL lagi pastu dah taktau nak buat apa tetibe teringat eh umah ni ada tv kan? apakata tengok tv. Dengan penuh eksited angkut semua makanan letak depan tv ambik air sekali dengan dessert bajet nak layan tv malam tu walopon taktahu ape cerita yang ada.



Eksited tu macam ada anugerah juara lagu live ko tahu. Tup tup bukak tv tengok gambar macam ni

|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/




Perasaan masa tu macam makan sup rasa air pahit, siap tukar channel lain takot signal problem tapi tetap hareeeem tv tu yang  problem. Siap pergi ketuk2 pujuk tv mintak elok sebab nak tengok tetap jugak tv tu merajok.


Terus ella pun merajuk sama tutup terus tv makan sambil layan pemandangan klcc dgn kl tower sambil dengar orang kuliah kat masjid kampung baru. I hetchu tv i hetchu. Sampai ke arini tu last ella sentuh tv rumah sewa *ceaaa macam bercerai je gayanya :p* tapi dengar kata pakcik nak beli tv baru. hikhikhik sukaaaa sayang pakcik *macamlah dia peminat tegar tv*



pssst apa cerita tengah in sekarang kat tv? maklumlah nenek ketinggalan siket bab2 rancangan tv nih.

Kata kata


Baca ni dekat wall my friend terus macam yeah its true, tapi sometimes tak semua kita ingat sebab tu adanya kamu untuk mengingatkan :)

Wednesday, November 9, 2011

Zam Zam Alaaakazam ~ Aladdin The Musical



Siapa yang nak terbang bersama Elladin menaiki permaidani terbang diatas magical land of Askabar jom ke Sunway Lagoon, bermula 25 November 2011 ni sebabnya Aladdin menunggu kita disana. Yes Aladdin The Musical ada di Sunway Lagoon wehoooooooo!



Malam pembukaan muzikal keluaran West End Production ni akan berlangsung pada 25 November 2011 ini di Gala Premiere dengan dibawakan bersama special stage effects sinonim dengan Amphitheatre @ Sunway Lagoon.



Kejayaan Peter Pan The Musical and Magical Musicals sebelum ini membuatkan Sunway Lagoon tampil dengan satu lagi cerita lagenda ajaib terhebat iaitu Aladdin The Musical. Dari permaidani terbang sehingga kepada salji semua ini akan dibawakan untuk menyelami kehidupan Aladdin.



Siapa yang tak tahu cerita Aladdin memang tipu, cerita ni top dari dulu sampai lah ke sekarang siap ada Aladdin musim panas salji semua tapi still jalan ceritanya masih sama dan sesuai untuk semua golongan. Eh ada juga yang tak tahu ek ceritanya macam mana? Yelaaaa ella cerita, manja tau korang ni nasib baik ella rajin kalau tak takda makna ella nak cerita :p



Tersebutlah kisah pengembaraan ajaib seorang budak yang seperti tikus jalanan sehingga menjadi putera raja, Aladdin berlawan dengan Jafar pembantu Sultan yang jahat untuk memikat hati Puteri Jasmine. Dengan bantuan lampu ajaib dan jin "rapping" yang baik hati Aladdin berjaya melawan kuasa jahat. Haaa gitulah sedikit kisah Aladdin The Musical ni. Nak tau lebih lagi sila pergi beli tiket nanti kita deting.



Selain set mewah dibawa khas oleh West End Production di Amphitheatre @ Sunway Lagoon itu nanti, turut akan ditambahkan ialah a modern, musical twist untuk setiap play stage, integrasi muzik pop kotemporari dengan jalan cerita klasik Aladdin The Musical memang sesuai sangat untuk dinikmati oleh semua peringkat umur.




Bukan tu saje tau, korang boleh juga bertentang mata tengok watak-watak yang terkenal. Ofkos lah Aladdin ada kan cerita dia ni, selain Aladdin ada juga Puteri Jasmine, Hamba Sultan, Jafar, Slave of the Ring dan yang pasti Jin lampu ajaib. Semua keenam watak tu akan dimainkan oleh bakat bakat terhebat dan terkenal dari London West End. Selain diorang berenam, mereka akan turut disertai oleh penari cast ensemble antarabangsa, fire eaters dan stilt-walkers.



Bak kata Chris Colby, Pengarah Aladdin The Musical ni

"Aladdin The Musical @ Sunway Lagoon has a lot of comedic elements which make for a wonderful year-end show for the entire family. Although the story is set in the fictional, ancient city of Askabar, the audience can be sure that they will stay entertained with a lively performance, filled with catchy music and great humour"



Lagi eksited David Kort, koreografer Aladdin The Musical pulak cakap yang korang tak akan pernah lihat koreografer yang seumpama ini kat Malaysia ataupun kat Sunway Lagoon sendiri. Lagi lah Elladin teruja nak menonton Aladdin The Musical ni.



Mesti dalam kepala korang ada macam macam soalan nak tanya Elladin kan, sebelum korang tanya Elladin dah ada jawapannya, tenkiu to jin Elladin yang baik yang tolong jawabkan semua soalan ni :p


Title: Aladdin The Musical
Tempat: Amphitheatre @ Sunway Lagoon
Tarikh: 25 November 2011 sehingga 2 Januari 2012
Tayangan:
~ Sekali sehari dari Ahad hingga Jumaat jam 8:00pm
~ Dua kali sehari pada hari Sabtu jam 7:15pm dan 9:15pm
~ Extra shows pada 25 December 2011 (Ahad) and 1 January 2012 (Ahad) jam 7:15pm & 9:15pm
~ Hari SELASA tak ada show yek

Harga tiket:
~ RM300, RM250, RM200 dan RM100 untuk orang dewasa
~ RM150, RM120, RM100, dan RM50 untuk kanak-kanak sehingga berusia 12 tahun.






Untuk maklumat lanjut mengenai Sunway Lagoon, korang boleh hubungi 603 5639 0000 ataupun layari www.sunwaylagoon.com ataupun pergi page Facebook diorang www.facebook.com/sunwaylagoonMsia ataupun Twitter www.twitter.com/sunwaylagoon1






Aladdin The Musical dibawakan khas oleh West End Production dan Sunway Lagoon Malaysia