Tuesday, August 23, 2011

Saya tingtong terlampau

Korang mesti bizi prepare nak raya kaaaan?
Mesti duk pikir mana lagi tempat nak terjah untuk beramal jariah bayar gaji salesgirlsboys kan..
Teruskan usaha anda bangga peniaga duit masyuk riban bulan ni..

Ella pulak?
Sadis..
Baju raya ada sehelai yang lain takdek mood nak carik penangan memikirkan assignment, fyp, projek melambak..
Jadinya raya tahun ni adalah pengorbanan untuk grad tahun depan.. InsyaAllah~
Tahun depan panjang umur murah rezeki ella raya bagi duit raya pulak..
fuhfuhfuh amin~

Monday, August 22, 2011

Limited Edition Dutch Lady Sweet Corn

Jangan terkejut jika terjumpa susu dutchlady limited edition dekat 7eleven, itu bukan susu tiruan tapi kenyataan. Diulang kenyataan. 

Susu DutchLady Limited Edition ni hanya keluar untuk perisa Jagung Manis sahaja sebab si jagung manis ni menang masa voting kempen haritu. Kotaknya macam susu doraemon je cute comel lote bak kata orang pantai timur, harganya pulak RM1.20.

Kalau ikutkan ella kureng siket dengan air jagung sebab terbayang kordial jagung yang ada rasa pahit lidah tapi unbelievable sebab ella boleh minum srup srup sekotak air jagung manis cap dutch lady ni. Rasanya manis buah je bukan manis gula. Packaging dia pun menambat hati sekali beli terus terikat di naluri.. eewaah!

Kalau tak tahu macam mana rupa kotak Susu Limited edition ni, nak ella bagi besau closed up punya gambar, sila lah pergi meredah 7E dan kedai sewaktu dengannya sebelum kempunan..

Selamat mencari babeh!

Comey kan kotak si jagung manis ni

Kot kot ada yang nak baca jumlah gula =p

Saturday, August 20, 2011

BLOG PILIHAN SAYA IALAH


First time ni masuk segment dari blog bro Ben Ashaari..
Jadinya apa yang perlu ialah membuat pilihan belog manakah yang menjadi Belog Pilihan Ella..
Jom jom cek cek cekitout!

1) http://ninieazriena91.blogspot.com/
sebabnya belog ni comey tau kaler pink love love lagi, tersusun teratur cantik aje blog cik ninieazriena ni, msti mcm tuan punya belog jugak.

2)http://gurlgemini.blogspot.com
Bukak je belog tengok header nampak si anime comel, putih bersih paling best kejap je loading.. hehehe..

3)http://felizbellover.blogspot.com
cantik seyh mata si bella nih bulat besor.. suker suker!

4)http://simatapanda.blogspot.com
sorang lagi blogger mata bulat weee, kita sama lah suka pakai eyeliner..=) tergodalah puding roti kat belog awak tu..

5) http://cxopportunities.blogspot.com
Kaler kaler kau belog cx nih, tulisan awak pakai cantiklah.. saya suke!

6)http://gula-gulapelangi.blogspot.com/
Belog kaler pink yang menenangkan mata bila buka dan baca.. Sempoi betul.

7)http://maszull.blogspot.com
Belog mama yang cantik!

8) http://ceritasana-sini.blogspot.com/
Buka belog nih terus mata jadik besar sebab header comey sangat..

9) http://ernamorgan.blogspot.com/
memang comey macam hello kitty cik adik nih..

10) http://alyasyaqiera.blogspot.com/
belog secantik tuannya.. simple tapi awsome!


Yeay cukup seploh akhirnya.. Susah weh nak pilih belog dalam list tu banyak sangat, yang tak terpilih tu InshaAllah ada lah tu orang lain dah pilih.. =p Nak tau macam mana ella pilih belog kat atas tu? ella tutup mata scroll down then gerakkan cursor bukak mata tadaaaa itu dia pilihan ella.. kekeke...

Nak pergi terjah diorang pulak nak kasik announcement.. See yaa..

BEN ASHAARI NAK BLOG DENGAN SEGERA!


Tak tahu apa planning bro Ben Ashaari ni, xpe xpe kite join dulu =)

The Smurfs!

Ingat tak ingat tak cerita pasal SMURF haritu? Kalau tak ingat mungkin anda perlu clearkan cookies kat kepala anda.. Banyak sangat makan ni sahur tadi.. Tu pasal lambat loading.. Hiks!
Back to the topics, alaaa yang Favourite Smurf dengan Smurf tu.Yesza yang Favourite Smurf ella gigih buat tau dalam english lagi, bukan sesaje gediks nak tulis english kalo sesaje memang tak buat dah salahkan cik puan malas pelis =p


Actually ella buat sebab nak join preview movie The Smurfs kat Nuffnang ni, kiranya kalo buat entry paling meruntun jiwa raga ada chance lah terpilih pergi tengok preview tu. Well sekarang kan ella gila Smurf jadinya ella bersusah lah buat untuk menambat hati jury Nuffnang.
Akhirnya syukran syukran, ella berjaya!
Yippie yippie lompat bintang sesudah makan dapat mengkuruskan perut.
Walaupun korang masa tu mungkin sudah dikampung tapi takpe ella tengok dulu untuk korang yer.. lalalala~


Tenkiu Nuffnang untuk invitation.
Saya sangat menghargainya, saya kan gila SMURF!
Jumpa di KLCC korang yang pergi..


Friday, August 19, 2011

Tako Tao tau tau

Entry sesaje, sejak puasa nak makan tapi asyik tertangguh sebab lepas berbuka mesti dah kenyang, kalau beli takut membazir jadi tengok gambar je lah.. Ada rezeki boleh lah beli.. Kat Sunway Pyramid best sebab penjual dia ramah! hikhik

My favourite semestinya Prawn & Octopus!



Thursday, August 18, 2011

First time layan Popeye

Yaaaa makanan lagi lagi, kata bulan puasa harus lah tayang makanan diwaktu berbuka saja. Kali ni edisi Popeye pulak, juga promo for 2 jugak tapi lupa brapa hengget total semua dan makanan very the banyak. Ella paling suka biskut + jem strawberry diorang sedap.. Tapi kalo sekali imbas tengok biskut tu macam roti tak jadi jek.. hihihi.. First time ni makan popeye jadi tak reti nak crita banyak, apa yang ada depan mata ngap ngap je.. 

Cumanya ayam dia tak berapa nak in lah, takde rasa sangat lah macam ayam goreng biasa je. Tapi kalo yang nasi memang sedap. Fries pon sedap.. Chicken wing pon sedap.. Yang sedap tu kira ella recommend untuk makan lah yang kureng tu kalo korang nak try sila lah mana tau tekak korang cakap sedap kaaan..

the set for 2 person
If korang jalan2 then ada orang pass kan kat korang diorang punya pamphlets korang buka tengok tak? ke terus campak bila jumpa tong sampah? 

Ella selalunya sangat rajin untuk ambik segala jenis kertas promo yang diorang bagi dan ella jugak rajin belek baca apa yang best sangat sampai diorang tunggu kat escalator nak bagi pamphlets tu, mana tau ada keuntungan makan.. =)

Pamphlets popeye memang memberi keuntungan untuk makan sebabnya boleh beli fries regular size dengan hanya 50 sen.. Yes 50 sen saje so apalagi rembat saja fries ituuuu... Untung untung.. Lepas ni if ada orang kasi pamphlets korang ambil belek2 kalo takde pape barulah byebye see your dustbin now.. hehe


offer weh 50sen untuk fries haruslah sebat

Wednesday, August 17, 2011

Ramadhan ke 15

Syukur Alhamdulillah sekejap rasanya berpuasa dah dekat nak raya, kedai kat kampung baru ni memang dah siap beraya dengan lampu liplapliplapnya, ketupatnya, kad rayanya lagi feel lagu raya.. Memang dah boleh dengar sebatu dari kedai, sakan diorang pasang ambil mood nak raya.

Bila dengar lagu raya terus feel sayu, sepanjang puasa tahun ni tak berkesempatan lagi nak berbuka with family di kampung, asyik berbuka dengan family "kedai pau" je tiap hari. Tak sabar rasanya nak balik kampung, anak perantau macam ni lah setiap tahun kena berkorban, dua hari last Ramadhan baru dapat merasa air tangan masakan ibu, sedih kan *mata dah bergenang*.

Paling sayu bila papa call tanya bila nak balik berbuka ni, terus lap mata sedih okey.. Dari minggu sebelum puasa, first puasa sampai sekarang minggu ketiga puasa still tak ada masa nak balik Terengganu. Kelas tiap hari ada, weekend pula memang mengadap assignment dengan FYP mana nak cari lagi masa tambahan at least sekali pun takpe lah untuk balik berbuka with family.

Raya ni pun balik lewat juga berbanding kawan lain sebab cousin kerja sampai 26 August jadi 27 August pagi barulah drive balik Terengganu, harapnya highway tak lah sesak jadi  sempatlah tunaikan niat untuk berbuka puasa dengan keluarga dihari hari terakhir Ramadhan tahun ni.. *Amin*

Korang pula macam mana? Mesti bestkan dapat berbuka dengan keluarga tiap hari. Yelah setahun sekali kita berpuasa dan beraya mesti seronok satu keluarga pergi bazar, memasak, sedia makanan, basuh pinggan dan berterawikh.. Untuk anak perantau macam ella ni redha dengan ketentuan mungkin sekarang ini adalah dugaan dan pengorbanan hidup, kita tak tahu apa rencana yang Satu diatas sana. Semoga ramadhan kali ini memberi kerahmatan buat semua. Peace!


p/s: walaupun merantau dalam negara tetap kira anak perantau tau, kalo tak takdelah majlis beraya bersama anak perantau yang kerajaan negeri terengganu selalu buat tu..=p  


p/s: siap entry ni terus nak menangis teringat lauk perut sumbat dengan kuih nekbat..

Tun Mahathir di depan mata

Lupa lah bila ni, tapi rasanya second or third day puasa, saja gatal pergi menyinggah kat Bazar Kampung Baru walhal ella tak suka pun pergi bazar.. Tengah berjalan toleh kiri kanan tetibe stop sebab ada orang berkerumun sekeliling macam ada something terus mulut laju je cakap "Sape pulak lah ni berhenti tengah2 jalan" pastu ada bro tu pusing cakap "Tun Mahathir lah dik" terus owh yeke... hiks malu tetibe...

Nak pergi ambil gambar berduaan tak kuasa nak redah take turn sebab ramai tapi so lucky bilamasa tengah nak beli cempedak goreng tetiba Tun Mahathir lalu betul betul depan mata dan senyum dengan manisnya, terus blur tak ingat sudah nak ambik gambar ke salam ke lupa terus.. Tergamam! 

Tun nampak sangat sihat walaupun berjalan dengan kadar dua langkah ella, muka Tun sangat bersih.. Bangga weh boleh jumpa bertentang mata dengan Tun Mahathir tuuuu...

Till then, tengok lah sekeping ni je yang ada dalam henpon..


Nando's kesukaan sepanjang masa

Ceritanya seminggu yang lepas, tak tahu nak berbuka kat mana on weekend tu so godek lah macam macam website cari tempat nak berbuka and ai found u u u... My all time favourite Nando's!

Biasanya kalau nak makan Nando's mesti pergi Sunway Pyramid sebab kat sana layanan diorang sangat friendly tak macam dekat dua big shopping mall yang famous tu sangat menyakitkan hati nak makan pun tak berselera bila terkenangkan attitude staff, tiap kali dapat layanan kerek automatik ella request complain form, bukan apa kalau nak bekerja buat secara ikhlas jangan buat acuh tak acuh tak baik sebab korang dapat gaji untuk bekerja jangan jadi makan gaji buta tak berkat weh.

So this time nak pergi sunway macam ouch confirm tak sempat untuk berbuka so lets try new port, and I choose Nando's dekat Ampang Point. Walaupun sebelum ni duduk Ampang hampir 2 tahun tapi still tak jumpa Nando's.. Pity me.. Pusing satu round then jumpa terus pergi terjah masuk and first thing yang biasa buat tengok keliling sambil dalam hati cakap cantik dekoration walaupun sebenarnya semua tempat lebih kurang je.. =p Tercegat depan pintu then seorang staff greet Welcome dengan big smiles, so nice man.

Have a sit then staff nama Nonie pula datang ambil order, she's sooooo friendly! Oooo yang panjang menunjukkan sangat sangat friendly oke. Order apa yang nak then bila nak pilih dessert tanya Nonie which one is the best, she bagitahu CheeseCake so terus lah tambah dalam menu. Dari sampai kurma sampailah licin pinggan mulut katup, nak bayar baru bercakap, menikmati hidangan.. hehe

Oh yaa untuk berbuka puasa di Nando's diorang ada promo for Ramadhan Rm 55 @ 2 person sangat berbaloi. Check it all the menu:

Kurma berinti badam
Sepatutnya air Strawberry F&N tapi minta tukar Coke
Then sausage yang gemuk sampai 
My set 1/4 Mild chicken +  Mediterranean rice + Potato salad 
Other set 1/4 Hot chicken + Mediterranean rice + Peri Chips

Peri Chips tu terbaik okeh besar gajah punya kentang, puas hati makan memang Wajib ambil for sidelines sangat recommended! and lastly the Cheesecake, yang ni bagi mulut ella memang kalah secret recipe rasanya penuh mulut memang sangat sangat recommended jugak.


Cheesecake karamel kot namanya * lupa tapi memang cheesecake lah
Ni betul akhir isi form, I love do this! then pergi letak dalam suggestion box. Bila ella suka or hate something memang ella akan komen dan wajib pen ada dalam handbag plus tisu sebab kadang diorang cakap form takda so atas tisu lah ella buat karangan.. hehehe..



p/s: Buat entry ni diwaktu tengah hari dan puasa, apakah yang sedang bermain di kepala jawapannya makanan dan perut mula gatal berdondang sayang.

Tuesday, August 16, 2011

Wajib untuk pencinta haiwan

Pencinta haiwan patut pergi tengok movie ni, sumpah kelakar tak rugi beli tiket memang mengelekek gelak.. Baru je pergi tengok cerita nih penuh hall... Memang best.. Bak tagline perodua memang best wohoho memang best wohoho...=p




p/s 1: masa tengok movie nih ada budak pempuan melayu kantoi tak PUASA! walopon boyfriend ko tu non Islam tapi muka ko tu memang cop tang tang ISLAM.. selamba badak ko je ngap popcorn tengah tengah khalayak ramai.. Kot iyer pon tak boleh puasa kaver lah derr..

p/s 2: TGV sekarang buat Students Day pulak kan every Tuesday.. Best best.. Jimat duit.. hakhakhak.. Nak pergi jangan lupa bawa ID yerr..=P

Saturday, August 13, 2011

Budak design UNIKL masa anda untuk menang RM 10,000!

Kalo korang budak yang pandai design design nih boleh lah asah bakat design korang dengan try masuk pertandingan nih..
Boleh menang 10,000 ribu tuuuuu..
Tuah ayam nampak dikaki tuah manusia hanya bila ko try masuk pertandingan mana tahu menang kaaaan!
Budak budak UNIKL yang course design tu patot try masuk nih mana tau Nescafe dengan baik hati nak taja UNIKL kan..
Kalo ella pandai bab design nih dah lama buat senyap masuk sensorang kes nak menang 10k sensorang tapi dah kerana niat tak baik tu pasal lah Allah swt tak bagi bakat design kat ella... kihkihkih...
weh korang masuklah..
Masuklah..
Nak tengok design terbaru Nescafe nih...
Eh eh bukan budak UNIKL pon boleh masuk..
Pertandingan nih terbuka bukan tertutup..
Kang ada yang ingat ni pertandingan untuk budak UNIKL je..
Tidak yer, semua buleh masuk..
Apelagi..
Sila lah masuk..
Borang pertandingan free..^-^

Monday, August 8, 2011

“My Favorite Smurf”

Hellow readers!
Still remember my entry "SMURF"?
Yes ni this  times I want to tell you about Smurf again...

The Smurfs


Have you ever wondered if one day when you take a walk the middle of garden and suddenly you found a blue colored cute things get lost to find a way home? never right? Let say the blue colored cute things can talk but the problem for you is how you want to show them the way back..  The blue colored cute things introduced them self start from Papa Smurf, Brainy, Clumsy, Smurfeete, Grouchy and the last one name Gutsy.

The situation become more complicated but because they was very cute you automatically take them as a good friend. Firstly the situation become very confused and garbled because you are not usual stay with them and they are also not usual with human, but eventually you feel the fun of making friends with them because Papa Smurf like to give you his riddle. You feel in love with them but the truth remains that the Smurf must return to their Smurf villages.

Maybe this not logical in your thinking, but to me it was a exciting if Papa Smurf can take me to visit their village while helping lead others to find a way back to their Smurf village. Can you imagine that at first they went astray in a big city, be a friend with human and finally they inviting you to visit their village as well as help others to return to their homes safely..


In my mind now just like me, come from village to Kuala Lumpur then meet new people, then adapt with the new environment, influence other to come and visit my village. What a lovely experience.. =)

Papa Smurf I want to visit your village please ...

Oh before I forgot my favorite Smurf award goes tooooo SMURFEETE!!
I LOVE U!
I LOVE U!
You are so sexy, adorable and charming..
I LIKE You Ahaks Ahaks!




btw english ku berterabur tapi tak pedulik pon!

Thursday, August 4, 2011

Semester yang perlukan banyak pengorbanan

Firstly tenkiu too BCSS club members sebab bagi kepercayaan untuk pegang jawatan AJK.. Walopon hanya AJK biasa tapi tetap ada tugasa berat untuk dilaksanakan. Tambahan this year first time BCSS nak join open day so bertambah lagi lah idea perlu dikorek untuk dicurahkan..

Tu cerita club, masuk cerita FYP pulak.. phewwww.. Topic already been approved by supervisor so now need to work up with all the codes.. sebenarnya I HATES codes! tapi demi FYP ella perlu strongkan jiwa untuk mula mencintai bahasa komputer PHP sebab totally my FYP based on PHP.. Hopefully the project will boomp lah kan.. Penat tau mata mengadap codes tapi tu lah kan pengorbanan student FYP.. Nak grad mestilah bekorban lebih..

So semester nih ella ambil 23 kredit hour and ella ada 4 big project running.. First mestilah FYP kan, then Project Management, pastu PIKOM2 research then open day + OWAPS day.. Banyak sangat perlu dikorbankan masa, macam last week weekend ella pergi bertapa kat unikl from 9am till 10pm baru muncul depan pintu rumah.. Nak pergi tengok movie pun tak sempat nak cilok.. Asyik booking booking booking tapi satu pun tak pergi ambil.. Sedihkan..

Betullah orang cakap student yang buat FYP nih nanti time present mesti jadi zombie.. Sekarang pun dah ada unsur jadi zombie.. Setiap apa yang kita nak mestilah perlukan pengorbanan, jadi ella redha untuk setahun ni mesti bersabar dan terus bersabar dan berusaha.. Caiyok ellla chan!


Wednesday, August 3, 2011

Khas untuk budak UNIKL only untuk ambil pdf CEH

Ini hanya untuk kawan kawan yang mau access result CEH unikl sajer yer.. Yang tak berkenaan tak nak baca boleh kelik pangkah kat hujung belah kanan kaler merah tu ok.. Tapi kalo nak baca tambah ilmu pon boleh..
Kalo tak nampak kasi kelik itu gambar untuk tumbesaran yang berjaya.. kikiki

Ni ella kasi tau step by step nyer:-

1) Taip kat search bar tu https://ibt1.prometric.com/

2) Pergi kat simbol kunci atas belah kanan page tu untuk login.


3) Masukkan username + password korang tu yang aritu kita guna untuk jawab test tu... Jangan cakap tak ingat sebab ella pon tak ingat password korang.. kihihkih * macamlah korang gtau ella kaaan..=p Yang lupe tu sila makan sayur dan ikan lepas nih stop makan ayam..  muahahah..


4) Tekan "Continue" kat atas tu.


5) Klik lagi "I Agree" tuu..


6) Kelik lagi "Continue" kat bawah page tu..


7) Then pilih kelik kat "Review Score" 


8) Kelik kat date tu pulak.


9) Then klik lah kat pdf file tu pastu save.


10) Last sekali send kat madam shafiza okeh..


Akhirnya siap, main kelik kelik je kan senang je tu.. Ingat bayar RM 190 sebelum 31 Ogos 2011 ni.. Nanti kang tak dapet sijil ori dari US, takkan nak guna sijil soft copy tu pulak letak dalam resume macam kelakau je tau.. Semoga berjaya!