Wednesday, August 17, 2011

Ramadhan ke 15

Syukur Alhamdulillah sekejap rasanya berpuasa dah dekat nak raya, kedai kat kampung baru ni memang dah siap beraya dengan lampu liplapliplapnya, ketupatnya, kad rayanya lagi feel lagu raya.. Memang dah boleh dengar sebatu dari kedai, sakan diorang pasang ambil mood nak raya.

Bila dengar lagu raya terus feel sayu, sepanjang puasa tahun ni tak berkesempatan lagi nak berbuka with family di kampung, asyik berbuka dengan family "kedai pau" je tiap hari. Tak sabar rasanya nak balik kampung, anak perantau macam ni lah setiap tahun kena berkorban, dua hari last Ramadhan baru dapat merasa air tangan masakan ibu, sedih kan *mata dah bergenang*.

Paling sayu bila papa call tanya bila nak balik berbuka ni, terus lap mata sedih okey.. Dari minggu sebelum puasa, first puasa sampai sekarang minggu ketiga puasa still tak ada masa nak balik Terengganu. Kelas tiap hari ada, weekend pula memang mengadap assignment dengan FYP mana nak cari lagi masa tambahan at least sekali pun takpe lah untuk balik berbuka with family.

Raya ni pun balik lewat juga berbanding kawan lain sebab cousin kerja sampai 26 August jadi 27 August pagi barulah drive balik Terengganu, harapnya highway tak lah sesak jadi  sempatlah tunaikan niat untuk berbuka puasa dengan keluarga dihari hari terakhir Ramadhan tahun ni.. *Amin*

Korang pula macam mana? Mesti bestkan dapat berbuka dengan keluarga tiap hari. Yelah setahun sekali kita berpuasa dan beraya mesti seronok satu keluarga pergi bazar, memasak, sedia makanan, basuh pinggan dan berterawikh.. Untuk anak perantau macam ella ni redha dengan ketentuan mungkin sekarang ini adalah dugaan dan pengorbanan hidup, kita tak tahu apa rencana yang Satu diatas sana. Semoga ramadhan kali ini memberi kerahmatan buat semua. Peace!


p/s: walaupun merantau dalam negara tetap kira anak perantau tau, kalo tak takdelah majlis beraya bersama anak perantau yang kerajaan negeri terengganu selalu buat tu..=p  


p/s: siap entry ni terus nak menangis teringat lauk perut sumbat dengan kuih nekbat..

0 comments:

Post a Comment

Cakap memolek neh.. trime kasih ^_^